10 DARK KNIGHT


Hellooo guys

Ini bukan update

Ini adalah upgrade

Gurau je..

Aku nak berikan pengenalan untuk watak-watak bagi untuk antagonis sebenarnya.

Skull Wing hanyalah sementara,selepas menentang Skull Wing mereka akan berhadapan dengan satu anasir jahat.

Mereka diketuai oleh Luiz Morgan

Mereka digelar

10 DARK KNIGHT

Aku akan berikan spoiler untuk yang ini,jika ada pertanyaan silakan private message.

Alright ayuh kita mulakan dengan dia...

Sila scroll ke bawah...

1. LUIZ MORGAN

Luiz merupakan bekas pahlawan yang pernah bertarung di sisi Iskandar,melawan Marvus dan mendamaikan dunia dari peperangan puak.

Namun semuanya berubah apabila adiknya mati dibunuh oleh pengkhianat,hatinya menjadi hitam dan spirit dari kuasa Marvus merasuknya.

LUIZ MORGAN DALAM BENTUK DARK KNIGHT juga bersama Harimau berperisai

2. MERLIN REGAN

Seorang yang jenis happy go-lucky,mampu membunuh manusia hanya dengan perkataan. Dia dikatakan pernah berkhidmat dengan pihak keadilan,namun faktor dia berpaling tadah tidak dapat dipastikan.

3. ERNOUL The Slayer

Seorang yang misteri kerana wajahnya tidak siapa kenal,namun jika sesiapa ternampak wajah sebenarnya pasti akan mati.

4. LIJART The Shadow


Lijart merupakan pewaris terakhir dari Sahdo Clan,iaitu pengguna bayang yang original. Dia menyertai Luiz dan yang lain,hanya satu tujuan iaitu membangkitkan semula Sahdo Clan(Shadow clan)

5. GERBERTUS The Scar

Pahlawan yang mati dikhianati oleh rakan seperjuangan sendiri,namun diberi peluang kedua dan dihidupkan semula oleh Luiz Morgan.

6. AVERARDUS the Devious

Seorang askar yang berbakat namun dia dikuasai oleh kuasa kegelapan,sebuah kerajaan dihancurkan oleh dia dalam masa sehari. Dia berjaya diberkas namun oleh sebab dia immortal,dia dikurung di 7 lautan dalam.

7. ROLLANT of the Nightfall

Seorang pahlawan yang hanya berlawan untuk menjadi kuat,sanggup lakukan untuk kekuatan hakiki dan menjumpai Blade of Nightmare. Sebaik dihunus pedang tersebut,Rollant mula dahagakan darah dan membunuh ramai orang tidak bersalah. Dia berjaya ditangkap dan dikurung hujung dunia,kerana pedang itu membuatkan dirinya kebal.

8. GAWAYNE of the Night

Dalam kalangan 10 Dark Knight,dia paling pendiam dan jarang berkata-kata. Dia hanya menurut arahan sahaja,Luiz Morgan tidak percayakan dia kerana personalitinya seperti itu.

9. ARMIN the Dragonslayer

Percaya atau tidak Armin membunuh naga dengan menggunakan dua pucuk pistol sahaja,ketangkasan dia menggunakan pistol dan berjaya menembusi kepala naga membuatkan dia ditakuti oleh Puak Naga. Namun atas bantuan Iskandar dan 4 lagi pahlawan,Armin berjaya ditangkap dan dihukum mati. Luiz Morgan dan Merlin yang menghidupkannya semula,kali ini sasarannya adalah kehancuran dunia.

10. LUDOVICUS the Blizzard Demon

Api biasa bukan lawannya,Ludovicus mampu membeku tujuh lautan tanpa sebarang masalah. Dia dianggap malapetaka jika dibiarkan hidup,hanya Blue Blaze sahaja mampu bersaing dengannya.


Alright guys

That's all

Ada watak yang belum keluar,jadi jangan hairan dan sila bersabar kerana mereka akan muncul memberikan ancaman pada hero-hero kita.

Sila kemukakan komen,dan vote juga jangan lupa.

Pendapat dan kritikan yang membina okay

Okay

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top