FINALE

Guruh berdentum kilat saling sabung menyabung,Ikhwan merenung ke luar tingkap dari bilik. Dia melihat awan begitu,dan ternyata hujan pasti hujan dengan selebat-lebatnya. Ikhwan memandang ke dalam,melihat Intan berselubung takut akan guruh serta kilat.

"Intan okay tak ni....?" Soal Alisa yang menemani di sebelahnya,Ikhwan dan Alisa berjalan di ruang kaki lima sebelum ini.

Mereka berdua ingin ke kantin untuk menjamu makanan tengah hari,namun kerana kilat dan guruh Intan meminta mereka menemaninya.

"Takut kilat? Hmm..." kata Ikhwan menongkat pipi kirinya.

"Kita ni perempuan,adat la takut kilat!!" Ujar Intan menjerit tanpa sengaja,sebaik guruh berdentum.

"Cik Alisa okay jer...." ujar Ikhwan lagi.

"Awak...cukup.." Alisa memandang ke arahnya,Ikhwan faham dan mengangkat tangan tanda faham.

"Jam baru lepas zohor,tapi dah gelap macam nak masuk maghrib,mesti lebat gile-gile hujan nanti.." ujar Luqman berjalan beriringan dengan Aminudden.

"Sebut pasal hujan ni,adik kita okay tak?" Soal Aminudden.

"Ha'ah la..." Luqman baru teringat setiap kali hujan,Intan akan ketakutan kerana kilat dan guruh.

"Huh?" Aminudden yang menjengah kepalanya,ke arah tingkap bilik adiknya.

"Kenapa Min...?" Soal Luqman.

"Aku rasa okay kot...sebab aku nampak cik Wan ada di dalam bilik Intan..." jawab Aminudden menuding ke arah tingkap bilik adiknya.

"Mesti cik Alisa ada sekali tu..." Luqman menduga.

Lokasi diubah ke tempat lain,di mana Jamel dan Zero bersama Maria serta Jane sedang menjamu selera di kantin. Kilat dan guruh yang kuat,membuatkan Jane menekup kedua telinganya.

"Kuat betul guruh..." ujar Maria yang sedang memeluk Jane yang menekup telinganya.

"Mana putera bongsu ni? Kata nak datang turut serta..." soal Jamel menoleh kiri serta kanan,kemudian dia menghela nafas. Satu alat drone kecil terbang ke arahnya,Jamel hampir melompat akibat terkejut.

"Ada pesanan,hmm....'sorry tak dapat join,jaga anak sedara takut kilat n guruh..by Ikhwan'....aik?'' Jamel menoleh ke arah Zero.

"Jangan pandang aku camtu...kan puteri Intan takut guruh? Macam guru dia ni?" Ujar Zero sambil melihat ke arah Jane.

"Ye...ye,aku tahu..." Jamel kemudian bangun,dan mendekati Jane yang sedang ditenangkan oleh Maria.

"Jane....." Jamel memberi isyarat pada Maria,perlahan-lahan Jane ditarik lembut ke dakapan Jamel.

"Hey....okay tak?" Jamel menyoal lembut,dan pada masa yang sama Maria duduk bersebelahan Zero.

"Awak...saya takut guruh..." ujar Jane memeluk Jamel.

"Okay..jangan risau,saya ada di sini..."

Sedang mereka yang berada di dalam istana membuat hal masing-masing,hujan mula turun dengan biasa dan akhirnya lebat berpanjangan.

"Risau pula saya hujan lebat macam ni.." ujar Ikhwan melihat ke luar tingkap,Intan akhirnya terlena.

"Kenapa pula? Bukankah rahmat?" Soal Alisa yang berada di sebelahnya.

"Ye..tapi ini terlalu lebat..." jawab Ikhwan.

Bilik Kawalan Kamera Tertutup

"Hadoyai....hujan lebat ni risau pula aku.." rungut Yusri menyandar pada kerusinya.

"Ai hujan pun risau?" Soal Raffie yang sedang membaca novel.

"Yelah takut banjir ke per..." jawab Yusri memerhatikan kamera yang banyak itu.

"Hmm.....paras bahaya macam mana?" Soal Raffie menghampiri meja.

"Buat masa ni masih normal.." Balas Yusri membesarkan salah satu monitor.

"Kita periksa paras tu dari semasa ke semasa..." ujar Raffie dan mereka berdua mengangguk.

Bilik Latihan Visual

"Okay Min...get ready for round 2..." ujar Luqman membetulkan sarung tangannya.

"Anytime you want brother..." balas Aminudden.

"Macam mana aku boleh join budak dua ekor ni?" Soal Zero sendirian.

"Master Zero..Kami dah sedia!"

"Ya...ya,sebentar...." ujar Zero menekan sesuatu pada mesin kawalan,latar belakang berubah dan mereka berdua tersengih.

"Let's go!" Ujar Aminudden menyalakan bara apinya.

"Everything is set!" Luqman turut mengecas kuasa kilatnya.

"Game on...start now!" Zero memberi pengumuman dari bilik kawalan.

Luqman dan Aminudden segera meluru sesama sendiri,dan berlaku pertembungan kuasa. Zero memerhatikan latihan mereka dari jauh,kuasa dua beradik itu semakin matang.

"Hargh!!" Luqman melakukan tumbukan,namun Aminudden menangkis dan memberi satu tujahan sepakan.

Luqman pula menahan tujahan kaki oleh Aminudden,penumbuk disusun semula diselubungi kilat. Aminudden turut melakukan posisi pertahanan,terseret ke belakang Aminudden dibuatnya.

"Hngh!" Aminudden membetulkan langkah dan menahan dirinya,dari terus terseret kemudian terus berada di belakang Luqman sepantas kilat.

"Aih? Pantas betul...?" Luqman terkejut,dan Aminudden melibaskan tangannya seiring api merah dilepaskan.

Sedang dua adik beradik itu berlatih,dari bilik kawalan. Zero memeluk tubuhnya dan bersandar di kerusi,tangannya menggigil serta dia mengingati semula perbualannya dengan professor Zahari.

"Macam mana? Okay?" Soal Zahari melihat Zero yang membetulkan sarung tangannya,dia memerhatikan pantulan imej pada cermin.

"Aku ni cuma klon je..." ujar Zero melihat cermin.

"Well...this is life Zero.." ujar lelaki botak itu bangun dari kerusinya.

"Kenapa mereka layan aku dengan elok? Aku ni klon pembunuh keluarga mereka..." Zero menunduk.

"Yang bunuh puteri Reena adalah Raven...not you Zero.." balas Zahari memegang bahu Zero.

"But i...."

"That's enough Zero...we shouldn't talk about this.." babak imbas kembali tamat,Zero masih lagi memantau dua beradik.

"I don't have much time...." ujar Zero sendirian,menekup mukanya dan menelan air liur. Apa maksud Zero?

Reezal dan Aswandy berjalan beriringan,di belakangnya Siddiq mengekorinya. Mereka bertiga menuju ke bilik latihan visual,di mana Zero,Luqman dan Aminudden berada.

"Huh? Putera sulung,putera kedua...hmm?" Zero yang sedang duduk terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.

"Mereka berlatih lagi? Rajin anak kau Zal..." kata Aswandy mendekati cermin yang memisahkan antara pusat kawalan,dan bilik latihan visual.

Reezal melihat dua anaknya berlatih,agak pelik jika difikirkan kerana ketiga-tiga anaknya tidak memiliki kuasa yang sama dengannya. Namun dia tetap bangga dengan anak-anaknya,Siddiq yang melihat Luqman dan Aminudden berlatih teruja.

"Hujan lebat betul!" Ikhwan berdiri merenung ke luar.

"Tak apa ke kita tinggalkan Intan macam tu?" Soal Alisa memandang ke pintu bilik tidur Intan,selepas Intan terlena Ikhwan dan Alisa melangkah keluar..

"Takpe...sebab saya ada call kak Razeedah..nanti dia datang la.." ujar Ikhwan membetulkan jaketnya.

Hujan lebat tetap berterusan dan langsung tiada tanda-tanda ingin berhenti. Solleh memandang ke arah tingkap,melihat hujan masih belum berhenti.

"Hmm...musim panas sekarang ni,elok juga hujan..."

"Kebiasaan memang hujan macam ni ke?" Soal Alisa memandang hujan yang lebat,air yang mengalir deras dari bumbung istana memenuhi longkang.

"Hmm...rasanya la..sebab musim panas kan sekarang..." balas Ikhwan memegang kepalanya,kemudian digaru kepalanya yang tidak gatal.

"Emm...." Alisa menghampiri Ikhwan,dan tanpa sempat disedari oleh Ikhwan. Alisa meletakkan kepalanya di bahu Ikhwan.

"Alisa?" Ikhwan terkejut dengan reaksi Alisa.

"Biar saya tumpang bahu awak sekejap..." ujar Alisa sambil memeluk lengan Ikhwan.

''Ouh? Uh...okay..." balas Ikhwan memandang semula ke luar.

Seolah-olah istana tiada penghuni,Ikhwan dan Alisa berdiri di ruang kaki lima. Melihat keadaan luar,namun ketika itu Ikhwan membuat persediaan menghadapi Raven.

Dua hari sebelumnya..

Ikhwan bertemu dengan Raven tanpa sengaja,ketika itu dia meronda sendirian di kawasan serangan. Dia merenung Raven dan cuba menyalakan api birunya,namun di halang oleh Raven.

"Bertenang putera,aku cuma nak berbual dengan kau..." ujar Raven.

"Apa?" Ikhwan masih dalam keadaan berjaga-jaga.

"Like i said...i just wanna talk..." balas Raven.

"Apa niat kau kali ini Raven..." Ikhwan merenung ke arah Raven,apa tujuan lelaki berambut perak panjang paras bahu ini?

"Ikut aku...tak sesuai berbual di sini...." ujar Raven berjalan meninggalkannya.

"Supaya kau boleh ambush aku ke?" Soalan Ikhwan membuatkan Raven menghentikan niatnya.

"Kau memang tak akan percayakan aku?"

"Yeah...since you killed my sister..."

"Baiklah...aku nak kau serahkan cpu-biology tu pada aku.."

"Huh? Alisa? What do you want from her?"

"It's not your business..." kata Raven menanggalkan cermin matanya.

"Itu dah jadi urusan aku,kerana dia berada istana..." kata Ikhwan menyalakan api birunya,Raven terkejut dan sekadar mendesah.

"Kalau macam tu,aku akan buat cara kasar...''

"I dare you....try...it"

"Hmph...." Raven memalingkan badannya.

"Mana kau nak pergi?" Soal Ikhwan.

"Like i said...i just wanna have a chat.." jawab Raven membelakangkan Ikhwan.

"Raven....."

"Be prepared...." Raven segera meninggalkan Ikhwan,kemudian babak imbas kembali telah tamat dan masa sekarang.

"I will grow more stronger..." ujar Ikhwan dan Alisa hanya tersenyum.

The Beginning - END

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top