Chapter 8 Jamel & Zero

"Putera muda...." pemuda berambut putih itu sedang duduk minum di meja,terkejut apabila Ikhwan berada di hadapannya. Alisa turut bersamanya,oleh kerana yang menyelamatkannya adalah Ikhwan.

"Penat aku cari kau....kat sini rupanya.." kata Ikhwan sambil duduk semeja,Alisa turut sama.

"Terima kasih angkat aku...itu hari" ujar Ikhwan.

"Tak perlu ucap terima kasih putera muda...that's my job" ujar pemuda itu,ataupun namanya dipanggil Zero.

"Your job? Like carrying me to the my room? What are you? Babysitting?..." ujar Ikhwan tersenyum.

Zero terdiam menggaru dagunya,selepas mendengar gurauan daripada Ikhwan. Dia tersenyum menahan tawanya,Ikhwan tersenyum melihat reaksi Zero.

"Siapa dia?" Ujar Zero menunjukkan jarinya pada Alisa.

"Alisa Darweez...itu je dia ingat.."

"Amnesia?"

Ikhwan mengangguk mengiyakan jawapan Zero.

"Mana seorang lagi?" Soal Ikhwan mengangkat kepalanya,seperti mencari seseorang.

"Jamel? Dia ada urusan penting hari ni katanya.."

"Ouh...ingat boleh borak sama-sama..." kata Ikhwan mengangguk kepalanya,kemudian menyandar kerusi.

"Putera muda gunakan api biru tu semula?" Soalan Zero menyebabkan Ikhwan tersentak. Alisa sekadar melihat dari tepi,seperti sesuatu yang berlaku.

"Ye....aku terguna tanpa sedar..." ujar Ikhwan pendek.

Karma yang berada dalam tubuhnya sekadar mendiamkan diri,dia hanya dapat melihat dari sudut ini. Dia seperti mengetahui apa yang berlaku pada Ikhwan.

"Putera muda,kuasa putera muda unik dan kuat.." ujar Zero dan Ikhwan terkejut dengan penjelasan Zero,dia terdiam sekali lagi.

Apakah aku ini pengecut?.....

Getus hati Ikhwan berbicara,dia kemudian tersentak sedikit apabila Alisa menyentuh tangannya.

"Alisa?" Mata Alisa berwarna biru itu,memandang ke arahnya.

**************************

Ruang bilik Solleh.

Solleh membaca sebuah laporan,dia meneliti dengan cermat tanpa ada kesilapan. Rumina mengetuk pintu yang sudah terbuka,Solleh menyedari kehadiran isterinya kemudian tersenyum.

"Masih memeriksa lagi bang?"

"Ye...laporan kewangan ni,kena teliti betul-betul.."

"Nak minum?" Ujar Rumina sambil menjeling ke arah mesin pembuat kopi automatik.

"Huh? Hmm...boleh juga,tekak dah kering ni..." kata Solleh tersenyum.

Rumina menyediakan kopi panas,kemudian dihidangkan atas meja Solleh. Sekadar tersenyum kemudian duduk di kerusi yang berada di hadapan Solleh,melihat gelagat suaminya yang sibuk bekerja.

"Kenapa tak suruh orang lain buat je..."

"Ni melibatkan duit,lagi-lagi duit untuk rakyat...kita tak boleh silap pandang...."

"Saya tahu awak tu raja,tapi kesihatan dan rehat yang cukup tu penting...anak-anak dah besar semuanya...kenapa tak minta mereka tolong? Tak percaya jugak? Mereka anak kita bang,darah daging kita..."

Solleh terkedu apabila melihat isterinya bersuara,menerangkan apa yang betul dan apa yang salah. Dia terdiam sejenak,apa yang dikatakan oleh isterinya ada betulnya.

"Tak sia-sia saya ada isteri macam awak..."

"Saya sebagai ratu bukan untuk menunjuk..."

"Haha....Rumina..." nada Solleh mula berubah.

"Saya nak bersara..." sambungnya lagi,Rumina terdiam kemudian tersenyum.

"Bagus juga.....lagipun bukan selamanya awak muda bukan?" Kata Rumina tersenyum ceria.

"Yo tuan raja! Saya ada ba....erkk?..." seorang lelaki berambut panjang muncul,merempuh masuk tanpa memberi salam. Namun dia terkejut apabila melihat,Rumina turut berada bersama Solleh.

"Ya....sorry....hehe" ujar lelaki itu dan segera beredar,Solleh dan Rumina berpandangan.

"Bang...itu bukan Jamel ke?"

*******************************

Bandar Kota Negara Mentari

Ikhwan berjalan melepasi kawasan pasar,waktu pula sudah hampir waktu malam. Zero dan Alisa turut bersamanya,manakala Zero memerhatikan Alisa.

"Hey Alisa,awak nak apa-apa?" Soal Ikhwan singgah salah satu gerai,Alisa sekadar melihat suasana pasar ketika itu. Ikhwan hairan dengan reaksi rusa masuk kampung Alisa.

Ikhwan menghela nafas pendek,dia menoleh ke arah Zero dan kelihatan Zero segera beredar. Ikhwan pula menghampiri Alisa,yang kagum dengan suasana riuh di pasar.

"Nah....." kata Ikhwan memberi klip rambut berwarna merah api.

"Err...." Alisa tercengang melihat klip rambut yang diberi oleh Ikhwan.

"Take it...is a gift..."

"Thanks....."

Zero daripada jauh melihat mereka berdua,sekadar membetulkan cermin matanya. Dia tersenyum dan menyambung langkahnya,Alisa hanya memakainya dan Ikhwan menunjukkan ibu jari.

"Terima kasih..."

"Sama-sama"

Booom..!!!!

Bunyi letupan kuat kedengaran,Ikhwan dan Alisa terkejut disebabkan bunyi letupan tersebut. Zero patah balik berkejar mendapatkan Ikhwan dan Alisa berada.

Orang awam mulai resah dan ada yang mula rasa takut,Ikhwan memerhatikan keadaan di bandar. Dia tidak boleh terus gerak,meninggalkan Alisa seperti itu.

"Putera muda!"

Pada masa yang sama,seorang pemuda berambut panjang melompat dan mendarat di hadapan Ikhwan dengan mengejut. Terukir senyuman licik,Ikhwan hanya tenang manakala Alisa berlindung di belakangnya. Musuh?

"Jamel! Lambat betul kau..." ujar Zero yang berlari ke arahnya.

"Relax la..."

"Bunyi letupan tu!" Ujar Zero dan lelaki bernama Jamel itu mengangguk faham.

"Tuan putera,kami pergi periksa apa yang berlaku.." ujar lelaki bernama Jamel itu,Zero berlari ke arah bunyi letupan itu,kemudian melompat tinggi ke bangunan ke bangunan yang lain.

"Aish...! Tak sabar-sabar..hmph!" Ujar Jamel kemudian terus melompat ke atas bangunan tinggi,dan mengejar Zero.

"Wan....." Alisa menarik lengan baju Ikhwan.

"Ya?...."

"Saya rasa takut...."

"Apa...?"

"Saya dapat rasakan kuasa negatif yang amat kuat..."

Ikhwan sedikit terkejut,namun dia hanya menenangkan Alisa.

"Jangan difikirkan sangat,Insha Allah tiada apa-apa...."

Alisa mengangguk perlahan,kemudian kepalanya dihempas lembut pada bahu Ikhwan. Sedikit terkejut namun Ikhwan hanya membiarkan Alisa menenangkan dirinya sendiri.

Dia memandang ke arah bunyi letupan kuat itu berlaku,kemudian menghela nafas pendek.

Kenapa aku rasa tidak sedap hati ni?

Pada masa yang sama,Zero dan Jamel menuju ke arah bunyi letupan itu berlaku. Akhirnya mereka tiba di lokasi kejadian,beberapa orang polis diraja Mentari sudah berada di situ.

"Tuan!" Ujar salah seorang polis memberi tabik hormat.

"Apa yang berlaku?" Soal Zero mengangguk selepas diberi tabik hormat.

Sedang mereka berbincang,seorang polis muda yang baru sahaja direkrut tertanya-tanya siapakah mereka berdua.

"Kenapa? Tak kenal?" Soal penyelianya tiba-tiba muncul di sebelahnya.

"Ye tuan,siapa mereka?"

"Mereka berdua adalah salah satu pengawal diraja tertinggi,mereka antara yang boleh mendekati raja serta putera dengan sesuka hati mereka..."

Polis muda itu terkejut apabila mendengar penjelasan penyelianya,kemudian dia menoleh ke arah penyelianya.

"Fortress Guardians?" Penyelia dia mengangguk sambil tersenyum.

Fortress Guardians adalah pahlawan yang terpilih melindungi istana,serta raja dan puteranya. Mereka dikatakan lebih kurang setanding dengan putera diraja,Fortress Guardians ada lebih kurang 10 orang. Identiti mereka buat masa sekarang cuma baru Zero dan Jamel.

"Nasib baik tak ada orang,kalau tak..susah!" Rungut ketua polis itu di hadapan Zero dan Jamel.

"Bertenang tuan...masalah boleh settle! Serahkan pada kami..." ujar Jamel menenangkan ketua polis,Zero pula memerhatikan kawasan sekelilingnya.

"Tuan!" Zero segera menarik ketua polis mengelak daripada tembakan curi.

"Jamel! Sniper!"

"What the f.....hmm!" Satu lagi tembakan curi dilakukan,kali ini penembak hendap sasar pada Jamel. Namun Jamel lebih pantas dan menangkis peluru dengan senjatanya,Tekpi sejenis senjata bermata bilah tiga.

"Zero....! Mata kau....!"

Zero mengangguk faham,kemudian dia melihat keadaan sekeliling. Memastikan tiada orang awam yang berada di lokasi kejadian,sekali lagi dia memerhatikan kawasan.

"Semua unit polis...ambil tempat perlindungan!" Arah Zero ketika itu,Jamel menangkis tembakan yang hampir mengenainya.

"Thanks friend...."

"Yo welkam....eish! Cakap melayu sudeyhh!...aku fail omputeh ni...!!"

Zero tersenyum kemudian air mukanya serius semula,tangannya digenggam erat. Matanya dipejam rapat,seluruh kawasannya menjadi gelap. Dia fokus mencari di mana penembak hendap tersebut,Jamel tenang melindungi ahli polis tersebut daripada serangan hendap.

"Arah jam 9...! Sekarang....!"

"Roger that!"

"Kau kata cakap melayu?"

"Diam ler....hmph!" Balas Jamel kemudian sepantas kilat hilang dari pandangan Zero.

Jamel memberi tekanan kuasa pada senjatanya,dan dibaling sekuat hati ke arah yang ditunjuk oleh Zero. Sniper yang dimaksudkan oleh Jamel,cuba melakukan serangan sekali namun,apabila dibidik melalui binokular yang ada pada sniper itu terpacak Tekpi.

"Apa?" Sniper itu tersentak.

"Hello...ku tanya apa khabar...." sergah Jamel sambil menyanyi sepantas kilat berada dihadapan sniper.

Tekpi diambil semula kemudian,dengan senyuman yang licik.

"Kau habis bro...."

Serangan sepantas kilat sehinggakan senjata sniper berkecai,dan sniper itu dijatuhkan dengan satu kali serangan.

Zero yang melihat daripada jauh,sekadar menarik nafas lega.

"Coup de grace..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top