Chapter 7 Nekad!
Gegaran yang kuat menyebabkan orang yang berada di istana panik,ketika itu Aswandy dan Reezal sedang dalam perbincangan bersama Raja Solleh. Terhenti untuk meneruskan perbincangan,mereka berpandangan sesama sendiri.
"Anak kamu tu Reezal...semakin kuat ayah perhatikan.." ujar raja Solleh sambil tergelak kecil.
"Jangan roboh sudahlah yah..." balas Reezal senyum.
"Mustahil..kalau adik bongsu kita tu,mungkin ya.." tambah Aswandy pula.
"Abang dah cakap macam ni...mana Ikhwan?"
"Rasanya ada di bilik,berehat sebab kesan dari guna kuasa api biru Karma.." jawab ayahnya.
"What the....he use that flame? Saya ingatkan dia dah tak nak guna api tu sebab peristiwa 5 tahun lepas?" Reezal ternyata terkejut,Aswandy pula hanya mendiamkan dirinya.
"Bertenang Reezal,mungkin ada sebab dia gunakannya..." ujar raja Solleh mula tegas kedengaran pada nadanya.
Api biru milik Ikhwan Solleh adalah unik,dan spirit beast kepunyaan Ikhwan pula jenis yang jarang. Jika di dunia cuma ada lima sahaja,iaitu lima naga elemen. Kuasa api biru agak kuat,biarpun Ikhwan boleh gunakan dengan sesuka hatinya,namun ia menjejaskan kestabilan tubuh badannya. Dia cuma hanya gunakan api merah sahaja dengan kekuatan penuh,namun api biru? Belum lagi dapat keluarkan kesemua kekuatan potensi penuh. Namun sejak berlaku peristiwa hitam lima tahun lepas,dia sudah jarang gunakannya. Kali pertama selepas lima tahun,adalah berhadapan Button bersaudara.
Untuk info dalam dunia Chronicles Kaiser,kesemua pahlawan memiliki spirit beast dalam diri masing-masing. Bergantung jenis beast untuk mengetahui kekuatannya,contohnya kuasa milik lima anak raja Solleh,mula dari Aswandy adalah Leviathan dan kuasa unsur air serta ais. Reezal pula alkimis dan spirit beast miliknya adalah Mighty Bison. Yusri pula kuasa elemen angin dan spirit beast adalah Wind Falcon,selain itu dia mempunyai teknik istimewa digeruni pihak musuh. Ianya adalah Absolutely magic canceling. Raffie pula memiliki kuasa unsur kilat,spirit beast miliknya adalah White Liger.
Ikhwan dan Raffie berpandangan,Rumina pula hanya menggelengkan kepalanya. Alisa tidak faham dengan situasi yang berlaku,Raffie menghela nafas pendek. Kemudian duduk di kerusi yang sedia ada dalam bilik itu,Ikhwan sekadar memerhatikan abangnya dari atas katil.
"Ni kamu berdua nak main mata sampai bila?" Soalan Rumina membuatkan Raffie tersedar,Ikhwan pula hanya mendiamkan diri.
"Wan...Zero beritahu abang tadi..." mendengar nama Zero,Ikhwan membulatkan matanya.
"Zero....?" Soal Ikhwan terkejut.
"Yeah....tak lama tadi..baru saja.."
"Mana dia sekarang?"
"Tadi dia beritahu,kena pergi sebab ada urusan perlu diselesaikan...katanya.."
Ikhwan mengangguk perlahan kemudian memandang ke arah Alisa,terkejut sedikit apabila Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Awak temankan saya ke tadi? Terima kasih...." ujar Ikhwan sambil tersenyum tawar. Alisa seperti merasakan perasaan Ikhwan,setiap kali dia melihat senyuman Ikhwan. Perasaan yang penuh dengan kesakitan dapat dirasai.
"Bang....." Ikhwan memanggil Raffie.
"Ye?" Sahut abangnya sedang duduk berbicara dengan ibondanya.
"Saya inginkan bantuan....mengenai eksperimen melibatkan manusia..." terang Ikhwan dengan nada yang serius.
Raffie membesarkan anak matanya,terkejut dengan permintaan adiknya. Ternyata dia ingin masuk campur mengenai hal-ehwal negara,tetapi tentu ada sebab dan dia memandang ke arah Alisa.
Terukir senyuman di mulut Raffie.
**********************************
Lagaan demi lagaan berlaku,Luqman dan Aminudden kedua-duanya tidak mahu mengalah. Biarpun mereka adalah adik beradik dan rapat,namun apabila di medan pertempuran berbeza.
"Hmph! Flame arts style!" Aminudden merapatkan tapak tangannya,Luqman terkejut dan melakukan perkara yang sama.
"Thunder arts style!" Gaya mereka serupa namun berlainan elemen,muncul kepala helang dan naga pada penghasilan kuasa mereka berdua.
Yusri terkejut kerana dia mengenali gaya tersebut,satu-satunya teknik terulung adik bongsunya. Ikhwan.
"Seriously? They gonna do that techniques?! God damn it!" Rungutnya dan berlari keluar,Intan terkejut dengan tindakan bapa saudaranya.
"Hell Destruction Cannon!!" Letusan kuasa yang kuat dilepaskan,apabila kuasa mereka hampir bertembung,Yusri muncul di tengah pertembungan dua daya kuasa secara tiba-tiba.
"Cik Yusri?" Luqman terkejut begitu juga Aminudden,Intan yang berada di dalam pusat kawalan turut terkejut.
"Korang....." Yusri sedikit bengang.
"Cik! Bahaya!...." Luqman memberi amaran,dia tidak dapat membatalkan kuasanya.
"Special Techniques! Absolute Canceling!!" Dua daya kuasa yang hampir merempuhnya,lenyap sekelip mata. Yusri menggunakan teknik istimewa ciptaannya sendiri,kuasa pembatalan sepenuhnya.
Raffie memasuki pusat kawalan bagi bilik latihan visual,kemudian disusuli oleh Ikhwan. Mereka mendapati Yusri menggunakan teknik istimewanya,kemudian melihat kelibat Luqman serta Aminudden.
"Cik Raf! Cik Wan!" Intan terus memeluk kedua bapa saudaranya.
"Apa yang berlaku ni?" Soal Raffie.
"Abang Luq dengan abang Min,buat teknik yang ada kepala naga..tiba-tiba je cik Yusri cepat-cepat keluar.."
Mendengar penjelasan Intan,air muka Ikhwan mula berubah dan terus memasuki ruang bilik latihan visual. Menuju ke arah Luqman dan Aminudden yang diberi nasihat oleh Yusri. Aminudden yang sedang mendengar nasihat menyedari kehadiran Ikhwan,segera dia menyiku abangnya.
"Apa? Cik Yusri tengah bagi ceramah free ni...huh? Ehhh!!!"
"Korang ni dah kenapa? Huh? Wan?"
Ikhwan menuju ke arah dua beradik itu,Yusri terkejut apa yang membuatkan dia lebih terkejut,Ikhwan menyalakan apinya sehingga menjadi kepala naga. Namun kepala naga itu melekat di tangan kanannya,kemudian dihalakan ke arah dua anak saudaranya.
"Berapa kali aku pesan?" Tembakan seumpama meriam kereta kebal dilepaskan,Luqman dan Aminudden terkejut lalu terkial-kial mengelak.
"Jangan...." ujar Ikhwan menembak,dua beradik itu mengelak.
"Suka-suka...." tembakan tetap diteruskan,lagi sekali mereka berdua mengelak.
Yusri tercengang melihat apa yang berlaku
"GUNA HELL DESTRUCTION CANNON DALAM BILIK LATIHAN VISUAL!!" Jerit Ikhwan menghentikan tembakannya,Raffie dari dalam pusat kawalan hanya mampu melihat Ikhwan memarahi dua anak saudara mereka.
"Maaf cik....kami terlalu excited...hehehe..." Jawapan mereka membuatkan Ikhwan menghasilkan meriam naga ditangan kirinya pula.
"Ouh...." kedua-duanya dihalakan ke arah mereka berdua.
"Cik...? Hehe...relax..."
"Excited ye.....hehe..." ujar Ikhwan tersenyum ngeri.
"Min....."
"Ye bang..."
"We're finish....for today.."
"I know that..."
Boommmmmm....!!!!!!
Satu lagi gegaran terhasil,Solleh,Aswandy dan Reezal sekali lagi berpandangan.
"Istana ni kukuh kan?" Soal Aswandy.
"Rasanya...." jawab Solleh.
Aswandy dan Reezal berpandangan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top