Chapter 6 Unpredictable
"Cpu-biology?" Aswandy menyoal kepada dua anak saudaranya,ketika itu mereka di bilik pejabatnya dalam istana. Luqman serta Aminudden mengangguk mengiyakan soalan bapa saudara sulungnya.
"Never heard of it..." ujar Raffie apabila dipandang Aswandy.
"Masa cik Wan bertempur dengan salah seorang daripada mereka...inginkan ribuan askar berkuasa super.." ujar Luqman mengingatkan semula apa yang terjadi.
"Tak pernah-pernah dia menyibuk...ni apa cer?" Soal Yusri sambil tersenyum sinis,Reezal hanya membisu kerana tidak mahu mengganggu perbualan mereka.
"Itu sebab kitorang yang menyibuk dulu?" Jawab Aminudden sambil tersengih,Luqman menekup muka sebaik adiknya memberi penerangan bagusnya kau Min...jujur,sangat jujur.
Luqman mengomel sendirian sambil mengintai reaksi bapanya,dan ternyata reaksi ayahnya sama dengan fikirannya.
"Sudah Reezal....kali ni perkara serius.." tegas Aswandy.
"Jadi apa cadangan abang?" Soal Reezal.
"Apa kata tunggu si Ikhwan datang? Mungkin dia boleh bagi cadangan?" Ujar Yusri.
"Seriously? Ikhwan...? Like he gonna take a part.." ujar Raffie menjeling Yusri.
"We never know until we try..." ujar Yusri mengangkat kedua tangannya. Aminudden dan Luqman pula hanya melihat suasana yang dingin sebaik sahaja Yusri dan Raffie menamatkan debat mereka masing-masing. Pada masa yang sama,Ikhwan pula sedang berbincang bersama ayahandanya. Raja Solleh.
"Amnesia?" Soal ayahandanya,raja Solleh. Ikhwan mengangguk perlahan dan mereka dalam perjalanan menuju ke arah bilik menghadap raja.
"Jarang kau ambil tahu pasal negara..." ujar ayahandanya.
"Jika mengenai penjenayah ataupun masalah kecil saya tak kisah jika yang menyelesaikannya bukan saya.." ujar Ikhwan serius.
"Tapi ini melibatkan eksperimen manusia..melibatkan ratusan ribu nyawa..saya tidak boleh berdiam diri..." sambungnya lagi.
"Cukuplah hilang nyawa seseorang...." tambah Ikhwan suaranya lemah,dan Raja Solleh mendiamkan dirinya. Air mukanya berubah.
"Abang yakin dia akan masuk campur juga kali ini..." Aswandy bersuara tegas serta yakin.
"Kalau macam tu...mesti menarik..hehe" ujar Yusri tersenyum ceria.
"I hope your guys right...." Raffie memeluk tubuhnya menyandar belakang kerusi.
"........" Reezal sekadar berdiam sahaja,dan dia bersyukur jika adiknya kembali pulih dari luka peristiwa lima tahun yang lalu. Apa yang berlaku pada lima tahun yang lepas?
*****************************
Ikhwan berdiri melihat ke arah bingkai foto,gambar di mana dia dan lima lagi orang adik beradiknya bersama. Lima? Siapakah wanita yang duduk di hadapannya? Gambar di foto dia sedang berdiri bersama dua lagi abangnya,Yusri dan Raffie. Aswandy serta Reezal duduk mengapit seorang wanita. Kakaknya? Jika ya,di mana wanita itu berada sekarang? Sedang dia memerhatikan bingkai foto tersebut,imej wanita yang sama di dalam bingkai foto itu, dengan keadaan berdarah di mulut serta tangan memegang pipinya menjelma. Terukir senyuman di air muka wanita itu,seraya Ikhwan memejamkan matanya. Memadamkan ingatannya dan dia hampir terjatuh,namun setakat melutut.
"Damn it..." Ikhwan berlalu pergi sambil menyentuh dinding,kesedaran kurang stabil dan berjalan dengan terhuyung-hayang. Hanya dinding yang mampu dibuat sokongan,dari sudut yang jauh seseorang memerhatikannya. Seorang pemuda lelaki semestinya,berambut warna putih melihat ke arah Ikhwan yang berjalan lemah.
Langkahnya cuba digerakkan dengan kuat,kepalanya mula seperti dalam keadaan berpusing 360 darjah. Lama kelamaan kesedaran mula hilang dan tubuhnya seperti rebah ke lantai.
"Effect.....ergh!..." akhirnya permandangan menjadi gelap,dan dia hilang kesedaran dirinya. Kemudian dia rebah hampir mencium lantai,mujur sempat disambut oleh seorang perempuan.
"Awak?...hey!" Seorang perempuan mendakapnya,Alisa cuba mengejutkannya namun gagal. Seorang pemuda yang sebentar tadi memerhatikan Ikhwan,muncul dan Alisa sedikit terkejut.
"Tuan putera! Apa yang berlaku?" Soal pemuda itu sambil memeriksa keadaan Ikhwan,Alisa menggeleng kepala tiada jawapan.
"Kita kena bawanya ke bilik...." ujar pemuda itu.
"Emm..." tiada bantahan oleh Alisa.
Alisa mengekori pemuda yang mengangkat Ikhwan,dan berjalan sebelah pemuda itu. Dia perhatikan rambut pemuda itu,berwarna putih kemudian dibelek pula rambutnya.
"Cantik...." bisiknya sendirian.
********************************
Pemuda berambut putih itu setelah meletakkan Ikhwan di biliknya,segera beredar dan Alisa memerhatikannya sehingga pintu bilik.
"Tolong tengok-tengokkan tuan putera kalau awak sudi.." ujar pemuda itu dan beredar pergi.
Alisa hanya terdiam kemudian dia mengalihkan pandangannya,ke arah Ikhwan yang tidak sedarkan diri. Tidak lama selepas pemuda berambut itu beredar,kedengaran pintu sedang ditolak. Muncul seorang wanita melangkah masuk,Alisa terkejut kerana dia tidak mengenalinya.
"Jangan takut...." ujar wanita itu,biarpun usianya di peringkat 50an,namun wajahnya awet muda. Wanita itu menghampiri katil di mana Ikhwan sedang baring,tidak sedarkan diri dan dari reaksi air mukanya,wanita seperti sedih dengan keadaan Ikhwan.
"Err.....awak Alisa? Ikhwan selamatkan awak?" Alisa mengangguk kerana tidak mengenali wanita tersebut.
"Jangan risau,maaf tidak kenalkan diri...saya Rumina..ibu Ikhwan"
"Ibu?" Alisa terkejut dan seperti wanita itu,bernama Rumina tahu akan sebab kenapa reaksi Alisa.
"Kalau awak persoalkan wajah saya,sekarang saya sudah berusia 58...tapi mungkin anugerah Allah wajah saya usia 30an..." Alisa mengangguk-angguk memahami penjelasan Rumina.
"Ibu...? Alisa...?" Ikhwan mula sedar daripada pengsan.
Ikhwan cuba bangun walaupun dengan susah payah,akhirnya dibantu ibunya,Rumina dan diperhatikan oleh Alisa. Ikhwan melepaskan nafas lega,Rumina pula menggelengkan kepalanya melihat keadaan puteranya itu.
"Err...." Ikhwan dan Rumina menyedari Alisa cuba berkata sesuatu.
"Awak selalu kena macam ni ke?" Ikhwan hanya mendiamkan diri,dia tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut. Rumina yang melihat reaksi anaknya,sekadar menghela nafas pendek.
"Itu effect selepas guna kuasa api biru tu.." satu suara menjawab soalan itu,Ikhwan mendongak dan melihat ke arah suara itu.
"Ahh....." Rumina sedikit terkejut,lalu tersenyum.
"Raffie...."
***********************************
Bilik Latihan Visual.
Luqman dan Aminudden berpandangan,Luqman merenjat kilatnya dan Aminudden pula menyalakan api merahnya dengan marak. Kelihatan mereka berdua ingin melakukan,latihan pertempuran sebentar sahaja lagi. Tidak jauh dari lokasi mereka di dalam mesin kawalan untuk bilik latihan visual,seorang gadis kecil usia sekitar 14 tahun melihat mereka berdua. Intan Faressa Reezal,anak ketiga dan terakhir kepada Reezal. Yusri pula turut bersamanya.
"Get ready Min....i'm not gonna hold back!" Ujar Luqman tangan kanannya mengalir kilat,sambil tersenyum dan reaksi Aminudden sekadar membuatkan apinya makin marak.
"Better you not....because i'm the same...!" Ujar Aminudden seiring dengan melakukan serangan permulaan.
"Amboi...excited betul!" Luqman turut maju ke hadapan.
"Flame arts style! Flame Claw!"
"Thunder arts style! Ankle Drop!"
Lagaan dua tinju yang serupa dan berlainan elemen,kilat versus api. Siapa lagi kuat dan kedua-duanya di bawah ajaran yang sama,di bawah tunjuk ajar Ikhwan Solleh. Impak yang kuat terhasil dengan kabus menutupi cermin di bilik kawalan,yang mengawal aturan bilik latihan visual.
"Aish! Semangat betul budak dua ekor ni..." Yusri menekan butang tertentu,dan asap kabus disedut di ruang vakum yang dipasang pada bilik latihan visual tersebut.
"Itu pun mereka!" Ujar Intan menarik lengan Yusri,sambil menuding ke arah di mana Luqman dan Aminudden bertempur.
"Semangat,memang semangat!" Puji Yusri kemudian tertanya-tanya,macam mana Ikhwan train diorang ye?
"Falcon arts! Elbow Thrust!!" Serangan menggunakan kekuatan pada siku,Luqman menahan namun lengannya seperti terasa kebas.
"Jangan lebih sangat! Get Out Of My Sight!!" Satu serangan balas kilat,membuatkan Aminudden ke belakang. Luqman ternyata hilang sabar dengan asakan adiknya.
"Tak habis lagi la...!!" Jerit Aminudden kemudian menghasilkan bola api gergasi,seperti matahari mini jika dilihat.
"Flame arts style,Finishing..."
"Don't get cocky...Thunder arts style,Finishing!"
Kilat menyambar tangan Luqman,dan terhasilnya cahaya kilat yang mengalir di lengannya. Kali ini lebih besar dari biasanya,namun sedikit demi sedikit cahaya kilat itu semakin besar.
"Sun Destroyers!!" Aminudden membaling bola api gergasi tersebut.
"Lightning spear!!" Imej tombak yang besar dilepaskan,kemudian kedua-dua serangan itu bertembung.
"Better do it now, from sorry after that!" Ujar Yusri menghasilkan dinding perisai halimunan.
Gegaran yang kuat terhasil akibat pertembungan serangan penamat,milik Luqman dan Aminudden. Letupan sudah semestinya terhasil,dan kedua-duanya sama hebat. Aminudden keperibadian suka bermain-main,namun apabila waktu bertempur tidak kira latihan atau tidak,dia akan serius dan perkara Luqman sudah semestinya tahu. Kerana itu Luqman sudah serius daripada awal-awal lagi.
"Great bro! Lets keep on!" Ujar Aminudden teruja.
"You asked for it!! I'm not gonna holding back!" Balas Luqman pula semangat membara.
"Hiargh!!!" Latihan perlawanan menjadi semakin sengit.
Luqman menggunakan teknik seni tarung dari Korea,Tae Kwan Do digabungkan dengan tinju naga diraja. Setiap serangan dituju pada kepala,itu yang membuatkan setiap pukulan berbahaya.
Aminudden turut menggunakan teknik yang sama,tentulah sama kerana mereka di bawah ajaran bapa saudara mereka Ikhwan.
"Let's rumble!!"
"Yeah let's keep on!!!"
Lagaan dua pertembungan berlaku,menyebabkan seluruh istana bergegar. Membuatkan pengawal dan dayang istana terkejut,ada juga yang ketakutan.
"Budak dua ekor ni....." bisik Ikhwan selepas berlaku gegaran hebat itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top