Chapter 5 Cpu-biology
Balang kapsul tersebut terbuka,dan kepulan asap sedikit terkeluar seiring dari bukaan pintu balang kapsul. Ikhwan menunggu apa yang akan terjadi seterusnya,masing-masing terpaku termasuk tiga Button bersaudara yang tumbang ke tanah.
"Impossible...." Jeff berkata sendirian,namun dapat ditangkap oleh Ikhwan.
"Pak cik!" Aminudden berlari mendapatkan bapa saudaranya,Luqman pula turut memandang ke arah balang kapsul gergasi itu.
"What in the world..." Ikhwan membulatkan matanya,melihat individu yang keluar daripada balang tersebut. Berpakaian ketat dan jelas adalah seorang gadis muda,rambut hitam lurus dan matanya berwarna biru laut,Ikhwan merasakan tekanan yang kuat. Sehinggakan dia jatuh melutut memegang dadanya.
"Pak cik!" Aminudden dan Luqman membantunya,Karma yang berada di dalam badan Ikhwan turut merasai tekanan misteri itu. Ikhwan dan gadis misteri itu berpandangan satu sama lain,gadis itu yang pada mulanya diam mula berbicara. Namun disebabkan jarak yang jauh,Ikhwan hanya mampu melihat gerakan mulut gadis tersebut. Jeff yang mulanya terbaring,cuba bangkit walaupun bersusah payah. Ikhwan menyedari perbuatannya,namun dari riak air muka Jeff dia menangkap sesuatu tidak kena.
"Hiah!!" Jeff terus melompat meluru ke arah gadis tersebut,Ikhwan terkejut dan tertanya maksud kata-kata Jeff kemudian mengejarnya dengan pantas.
"Impossible! You shouldn't awake right now!!" Jerit Jeff meluru ke arah gadis itu yang tenang melihat Jeff,cuba menyerangnya namun Ikhwan sudah berada di hadapan gadis tersebut dengan pantas apinya menyala di tangan kanan.
"Move!!" Jerit Jeff
"Dragon flame arts style...! Flame Sphere Dragon!!" Satu bola api biru agak kecil sebesar bola belon air,dan dengan gerakan mengejut tepat mengenai perut Jeff. Ikhwan mencampak jauh musuhnya sehingga merempuh keluar dinding gudang tersebut.
"Jeff!!" Jerit Ren yang masih terbaring,cuba bangun namun dalam keadaan yang susah payah. Ikhwan menghela nafas pendek,pada masa yang sama dari belakangnya gadis itu memerhatikannya.
"Tak guna....aku tergunakannya!" Rungut Ikhwan sendirian,manakala Karma hanya mampu mendiamkan diri sahaja dari dalam badan Ikhwan. Dean tidak sedarkan diri,Ren bangkit akhirnya dan menghasilkan daya elektromagnetik yang begitu kuat.
"Alamak...." Ikhwan mula risau,jika medan elekromagnetik dilepaskan semestinya letupan yang kuat terhasil.
"Aku takkan bagi ko terlepas!" Jerit Ren dengan menguatkan daya elektromagnetik,pada masa Ikhwan,Aminudden dan Luqman sedang risau gadis yang baru sedar dari tidur mencuit lengan baju Ikhwan.
"Lari....." ujar gadis itu perlahan.
"Mustahil...tak sempat" jelas Ikhwan.
"Karma!" Satu imej sayap terhasil dari api biru,kemudian Ikhwan menarik gadis itu dan memautnya. Aminudden dan Luqman pula ditarik,kemudian sayap api biru itu dibuat perisai.
"Bertahan untuk impak..."
"MATI!!" Satu letupan yang kuat tercetus,gudang besar itu merekah dan bersepai serta bertaburan. Melenyapkan semua benda di sekeliling,gegaran yang kuat terhasil sehinggakan Aswandy dan Reezal merasai kuasa letupan tersebut. Letupan itu melenyapkan kesemua benda yang berhampiran,mujurlah kawasan itu jauh dari kota negara Mentari.
"Ergh!!" Ikhwan cuba bertahan dengan daya letupan tersebut,gadis itu yang dalam pelukan Ikhwan menyedari keadaan lelaki itu dan menyentuh dadanya. Seperti menyalur satu daya tenaga menyerap ke dalam tubuhnya,kemudian Ikhwan merasakan dia mempunyai kekuatan untuk bertahan lama.
"Ouh damn it! Looks like our dad will kill us!" Rungut Luqman.
"Just shut your mouth up!" Balas Aminudden pula.
Gegaran demi gegaran terhasil dan akhirnya suasana mula lengang,Aswandy dan Reezal tiba di lokasi kejadian. Melihat keadaan yang berlaku mereka hanya mampu tergamam,kemudian dari jauh Aswandy terlihat satu sayap yang terhasil dari api biru. Kemudian sayap api biru itu terbuka sedikit demi sedikit,muncul kelibat Ikhwan bersama anak saudaranya,tapi dia menyedari wajah yang tidak dikenali olehnya.
"Huh...ingatkan kita akan mati tadi..." ujar Aminudden berseloroh kemudian,dia dengan Luqman menyedari ayahnya sedang berdiri merenungnya,sambil berpeluk tubuh. Luqman dan Aminudden tersengih melihat air muka Reezal yang serius,kemudian Reezal mengalihkan pandangannya ke arah adiknya yang sedang mendukung seorang gadis.
"Siapa pulak yang kau culik ni?" Soal abangnya namun,Ikhwan sekadar berjalan melepasinya dan menuju ke arah abang sulungnya,Aswandy.
"Saya tak ada jawapan untuk soalan abang,tapi yang saya tahu kita kena bawa dia ke istana..."
"Baiklah....pengawal! Uruskan gudang ni..cari kalau ada yang terselamat,tidak kira penjenayah ataupun tidak!" Arah Aswandy pada pengawal yang mengiringinya.
"Baik tuan!" Lantang pengawal itu menurut arahan yang diberi.
Ikhwan memandang ke arah gadis dalam dukungannya,dia mengingat semula semasa menahan kuasa letupan elektromagnetik. Gadis itu pengsan secara tiba-tiba. Kemudian dia menyedari kelibat mayat Button bersaudara,tiada di lokasi kejadian. Dia terfikir jika benar mereka mati,sudah tentu mayat mereka berada di sekitar kawasan gudang yang telah dihancurkan akibat letupan tersebut.
"Cik?" Aminudden menegurnya.
"Tak ada per..." ujar Ikhwan menggeleng kepalanya.
"Pelik..." Luqman bersuara melihat kawasan sekeliling sambil matanya,meliar mencari sesuatu.
"Luqman!" Suara ayahnya membuatkan dia terpaksa membatalkan hasratnya.
********************
Istana Mentari
Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan,sedikit demi sedikit permandangannya menjadi terang. Kemudian dia cuba bangun,dan menyedari berada di dalam kamar bilik yang agak besar. Dia menoleh kiri serta kanan,bingung dan imbasan memori di mana wajah Ikhwan muncul. Ingatan di mana Ikhwan berhadapan tiga lelaki yang cuba mendapatkannya,dan juga imbasan memori dia hilang kesedaran dalam dakapan Ikhwan.
"You're awake..." satu suara menegurnya,gadis itu menoleh dan Ikhwan berdiri menyandar di tepi dinding. Seperti Ikhwan menunggunya bangun.
"Terima kasih sebab tolong tadi..." ujar Ikhwan
"Err....saya tak faham maksud awak.."
"Tadi masa dalam letupan,awak sentuh dada saya...masa tu seperti ada kuasa sokongan menolong..." jelas Ikhwan
"Saya...cuma...ingin menolong" gadis itu menundukkan kepalanya,seperti takut dengan reaksi lelaki yang berada di hadapannya.
"Raise your head..." ujar Ikhwan menghampirinya.
"Huh?" Gadis itu mengangkat kepalanya sebaik Ikhwan duduk di hujung birai katil.
"Awak selamat di sini,di istana kami..." gadis hanya berdiam diri,menyedari reaksinya Ikhwan tersenyum sendirian.
"Ikhwan Solleh..." sekali lagi gadis itu membulatkan matanya,hairan apabila Ikhwan memberi namanya.
"Itu nama saya,awak?"
"Alisa....Alisa Darweez..that's the only i remember..." jawab gadis bernama Alisa.
Ikhwan sekadar mengangguk perlahan,dan berdiri kemudian menuju ke pintu bilik. Sebelum menutup pintu dia menoleh ke arah Alisa.
"Jangan risau,awak selamat di sini..ouh by the way pintu ni tak berkunci..awak bebas nak keluar ataupun tidak..." selepas beberapa ayat,Ikhwan segera beredar meninggalkan Alisa yang berada di dalam bilik. Semasa berbual dengan lelaki yang bernama Ikhwan,dia dapat merasakan kesakitan dalam hati lelaki itu.
"His in pain..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top