Chapter 4 Mulanya Beraksi!

"How dare you....." Ren ternyata semakin berang,Ikhwan pula hanya mengatur langkah untuk melakukan serangan.

"Aku tanya sekali lagi,siapa di dalam balang tu?" Soalan Ikhwan tidak diendahkan oleh Ren,malah meluru ke arah Ikhwan dengan air muka yang bengis.

Ikhwan hanya mendesah,kemudian api marak dihasilkan di tangan kirinya. Ketika itu individu yang berada di dalam balang gergasi itu,seperti terangsang dengan daya kuasa api Ikhwan.

"Bang! Kau ada plan ke tak?" Aminudden memegang bahu abangnya,Luqman yang melihat pertarungan bapa saudaranya. Dia menoleh ke arah satu tempat,menyedari Dean iaitu individu pertama yang dicampak oleh Ikhwan mula sedar.

"Min,aku handle mamat belah sana,ko amik yang belah sana yang pakai cermin mata tu..." arah Luqman berlari menuju ke arah di mana Dean berada.

"What? Wei!" Aminudden cuba memanggil abangnya,namun tidak diendahkan. Kemudian dia menoleh ke arah di mana Jeff berada,dia mendesah panjang dan mengangkat bahunya lalu menuju ke arah sepatutnya.

"Woo...ko lebih bertenaga daripada saudara yang lain..." ujar Ikhwan menahan serangan Ren. Ikhwan berundur ke belakang dan Ren berhenti dari terus menyerang.

"Tell me young prince..." Ren memulakan bicara,Ikhwan menantikan kata-kata seterusnya.

"Kalau kau ada askar yang berkuasa,puluhan ribu...apa yang kau akan lakukan?" Soal Ren dan daripada sebalik hudnya,mulutnya tersenyum sinis dan licik. Ikhwan diam seribu bahasa mendengar soalan Ren,kemudian Ikhwan terus melakukan serangan mengejut. Namun Ren berjaya mengelak,walaupun dalam susah payah.

"Askar terulung?" Ikhwan mula berbicara.

"Like i give a damn for that! Elbow Thrust!" Ujar Ikhwan melakukan serangan,Ren menahan namun tidak menyelamatkannya dan meyebabkan dia tercampak melanggar dinding gudang.

"Karma...." ujar Ikhwan perlahan dan dari bayangan gelap,daripada dalam badan Ikhwan muncul satu imej sedikit demi sedikit seekor naga berdiri megah belakang Ikhwan. Badan Ikhwan diselubungi api merah kemudian bertukar menjadi warna biru.

Beep!

Balang kapsul itu warna isyarat pada pintu yang berwarna merah asalnya,bertukar kepada warna hijau tanda pintu itu kunci dibuka. Aminudden memalingkan tubuhnya sebaik mendengar bunyi daripada balang kapsul itu.

"Bunyi tu....bukan ke...."

"Jarang kau seru aku..." ujar naga bernama Karma sambil tersenyum.

"Tak ada masa nak berceloteh...mari tamatkan..." ternyata kata-kata Ikhwan benar,Ren lebih kuat daripada dua lagi saudaranya. Kerana dia mampu menahan serangannya. Namun ketika itu,Jeff dan Dean sedar daripada pengsan. Malah ketika itu mereka berdua menyedari Aminudden dan Luqman berdiri di hadapan mereka. Aminudden menoleh semula ke arah balang kapsul tersebut,dia tertanya-tanya adakah cuma perasaan dia ketika mendengar bunyi beep! sebentar sahaja tadi.

"Oi...ko tengok mana?" Jeff dengan pantas melakukan serangan,Aminudden menahan kemas biarpun musuhnya menyerang dengan mengejut. Kemudian tangan Jeff dicengkam kuat dan menariknya ke arahnya.

"Apa?" Jeff terkejut dengan tindakan Aminudden.

"Shoulder blow!" Tepat! Mengenai leher Jeff dan terjatuh,kemudian dengan pantas Jeff bangkit dan berundur beberapa tapak ke belakang.

"Hmm...!" Namun ternyata Aminudden tidak menghabiskan serangannya di situ,dan meluru ke arah Jeff dengan pantas.

"Kau..." Jeff ternyata berang dan melakukan serang balas,tumbukan mereka bertembung dan menghasilkan daya impak yang amat kuat.

"Ah...cih sial!" Rungut Luqman mengelak serangan selendang daripada Dean,dia tidak menyangka pihak musuhnya mempunyai kuasa seperti itu. Selendang boleh memotong? Kacau!

"Back-kick!" Luqman menggunakan teknik seni yang kerap menggunakan kaki,Tae Kwan Do namun dia agak bengang kerana tidak mampu mendekati pihak lawannya.

"Sorry kid,aku tak ada masa nak layan budak kecik macam kau!" Kata tohmahan Dean mencetuskan amarah Luqman,dan dia berhenti daripada bergerak.

"Mati!" Ujar Dean menyerangnya dengan selendangnya,namun Luqman melakukan tindakan yang tidak disangka olehnya. Selendangnya dicengkam dan ditarik oleh Luqman.

"Budak kecik?" Luqman berkata perlahan,Dean yang dalam keadaan ditarik ke arahnya hanya mampu tercengang. Kilat mengalir kuat ditangan Luqman.

"Thunder arts style..! Raikoken!!!" Tumbukan padu yang diiringi kuasa kilat singgah di air muka Dean,dan jeritan yang kuat memenuhi ruang gudang.

"Dean!" Jerit Jeff dan Ren,mereka melupakan sasaran mereka,dan meluru ke arah Luqman dengan wajah yang bengis.

"Abang! Bahaya!" Aminudden memberi amaran.

"Alamak...." keluh Luqman menyedari kehadiran mereka berdua,dan bersedia menghadapinya. Lain pula Ikhwan yang ternyata geram kerana anak saudaranya dalam bahaya,dan melepaskan daya kuasanya yang kuat,kemudian hilang dengan sekelip mata muncul di hadapan Luqman.

"Apa?" Jeff dan Ren terkejut,kerana Ikhwan dengan pantas muncul melindungi anak saudaranya.

"Pak cik?" Luqman turut sama terkejut.

"Dragon art style..special techniques!" Ikhwan mengatur nafas sekali lagi,dan meluru ke arah mereka berdua dengan pantas malah tubuhnya pecah kepada dua.

"Impossible...." Dean hanya mampu tergamam,begitu juga dengan Jeff dan dengan pantas satu demi satu tumbukan dan sepakan yang tidak terkira berapa kali dilepaskan,sehinggalah mereka jatuh menghempas bumi.

"Dragon Drive...!" Aminudden menyebut teknik bapa saudaranya,dan ia adalah teknik yang mampu melawan musuh jika pihak musuh mempunyai jumlah yang ramai. Aminudden kemudian menyedari balang kapsul gergasi itu terbuka.

"Pak cik! Balang tu terbuka!" Ujar Aminudden menuding jarinya ke arah balang kapsul gergasi tersebut.

"Apa?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top