Chapter 22 Kemarahan

Kota Istana diserang hebat,namun para kesatria berjaya membawa para rakyat berlindung ke kawasan perlindungan. Manakala Aminudden dan Luqman mengikuti Yusri dari belakang,menuju ke kawasan yang belum diperiksa oleh mereka.

"Thunder bolt...!!" Luqman meletupkan satu persatu drone yang menyerang.

"Haih....!" Rungut Aminudden selepas menjatuhkan drone.

"Banyak lagi lahanat!" Bentak Luqman menghentak drone tersebut.

"Woi! Bahasa!!" Yusri memberi peringatan.

"Letih betul la macam ni,sampai bila nak habis ni?" Rungut Aminudden sendirian.

"Wind arts style..." Yusri mengangkat tangannya,drone dalam jumlah yang banyak meluru ke arahnya.

"Err,..nak tolong ke?" Kata Aminudden melihat ke arah situasi bapa saudaranya.

"Wing breaker!!" Satu libasan membelah beberapa drone menjadi dua.

"Tak payah la....fikir diri sendiri jer..." ujar Luqman menjawab soalan adiknya,sambil mengipaskan tangannya.

"Betul gak tu..." balas Aminudden kemudian tersengih.

"Eh?..." dua beradik terkejut apabila menyedari kehadiran robot tempur yang besar,Yusri turut sama menyedarinya.

"Target locked...." robot tempur gergasi mengunci sasaran.

"Heh...this gonna be fun..!" Aminudden menyalakan apinya,Luqman pula mengecas kuasa kilatnya. Yusri pula sekadar tersengih melihat pertempuran itu,kemudian dia menyeru busur berwarna perak berkilat.

"Luqman,Aminudden....!!" Jeritnya ke arah dua beradik itu,seraya mendengar jeritan bapa saudaranya mereka menoleh.

"Get ready...."

"Heh....Flame arts styles..." Aminudden mengatur nafas serta langkah.

"After you...Thunder arts styles..." Luqman turut sama mengatur langkah.

"SINGLE WING!"

"LIGHTING AXES!!"

Robot gergasi itu berundur sedikit ke belakang,akibat serangan kombo dua beradik itu. Kemudian Yusri yang mengumpulkan kuasanya,sudah pun selesai dan melakukan serangan penamat.

"ARROW DASH...." serangan rempuhan anak panah menyebabkan tubuh besi robot itu,berlubang dan dalam kiraan lima saat robot tersebut meletup.

"Horah! Yeah!!" Jerit dua beradik itu bertepuk tangan,Yusri tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

====================================

"Oooh......" Jamel menarik nafas ketika ingin melakukan serangan,dan penumbuknya menembusi besi armor drone tersebut.

"Hmph! Heat Drive...." Zero merempuh setiap drone yang berada di hadapannya.

"Jamel! Zero! Bagaimana dengan situasi kamu?" Kedengaran suara Yusri di alat komunikasi yang diselit pada telinga

"Drone masih lagi ada di sektor 5..tapi sudah berkurangan.." Zero menjawab sambil melihat sekitar kawasan,di mana Jamel sibuk menumbangkan satu persatu drone tersebut.

"Good! Maintain kan posisi kamu...." kemudian suara Yusri hilang dari alat komunikasi.

"Roger that..." balas Zero perlahan.

"Oi! Kau nak curi tulang ke apa?" Kata Jamel seraya melibas salah satu drone.

"Relax...putera kelima hubungi aku la..." jawab Zero tersenyum.

"Herr....jangan sibuk lah!" Rungut Jamel menghentak drone,apabila robot drone itu cuba menyerangnya.

"Tangan aku dah Parkinson ni!!" Ujar Jamel geram dan sepuluh drone hancur keseluruhannya,Zero hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Hmm...Mel..." Zero menepuk bahu Jamel,menyedari sebilangan drone sedang meluru ke arah mereka.

"Ho?..banyak gila siyak!"

"Cepat bro....kita kena selesaikan dengan pantas..."

Jamel sekadar tersengih melihat reaksi Zero,dia melagakan penumbuk dan serentak dia serta Zero melompat ke arah puluhan drone yang sedang meluru ke arah mereka berdua.

"Tangan aku dah Parkinson ni!!

"Burn to ashes!!"

Jamel melakukan tumbukan padu setiap drone,Zero melakukan serangan berkombo berterusan. Mereka berdua memang serasi apabila dalam medan pertempuran.

"Hiargh!!!" Satu drone dihentak ke tanah oleh Jamel.

"Oraah!!!" Penumbuk menembusi badan besi drone,Jamel mula tersengih teruja.

"Ora...! Ora!!! Oraahh!!!!!" Jamel segera menumbuk bertubi-tubi,ke arah drone yang banyak tumbukannya seolah-olah menjadi ribuan penumbuk.

"Oi....tinggalkan sikit la..." Zero melompat dan menumbuk ke tanah,tenaga dipusatkan kemudian dilepaskan.

"Chain Drive! MAX POWER...." api merah yang besar membakar drone yang tinggal.

"Ngauman Harimau Putih..." Jamel mengatur pernafasan,kemudian dia mengaum dan drone yang masih berbaki musnah akibat ngauman Jamel.

"Beres!" Jamel mengangkat penumbuknya ke langit,sambil tersenyum.

"Hmm...." Zero mendongak ke langit,menghela nafas perlahan-lahan.

"Putera bongsu...."

================================

Ikhwan berdiri tegak merenung XK01 dengan anak matanya,yang berubah warna menjadi biru. Suasana seperti menjadi senyap dan sunyi,Alisa menyedari api milik Ikhwan berlainan auranya.

"Ikhwan!" Raffie muncul dan mendarat di sebelahnya,kemudian menyedari future Aminudden tidak lagi bernyawa.

"Ya..Allah,Amin....?" Raffie melutut memeriksa denyutan nadi,hampa.

"Abang..." Raffie mengangkat kepalanya,menoleh ke arah Ikhwan.

"Don't interfere...." ujar Ikhwan perlahan,namun jelas didengari oleh Raffie.

Ikhwan mula melangkah dan menuju ke arah cyborg tersebut,XK01 merasai kelainan pada bacaan haba milik Ikhwan. Kaser yang turut memerhati dari dalam makmal terkejut,dia seperti melihat orang lain.

"Hmph!!" Sebaik tapak kaki kanan Ikhwan menjejak tanah,dengan pantas Ikhwan sudah berada di hadapan XK01. Tangannya yang diselubungi api terus memulakan serangan,XK01 berjaya mengelak dan Ikhwan tidak berhenti di situ tanpa membuang masa mengejarnya.

"Itu adik aku ke?" Raffie bagai tidak percaya,kerana aura Ikhwan betul-betul berlainan.

"Ya...itu Ikhwan..." ujar Alisa mengangguk,Raffie membulatkan matanya.

"I'm sure everything will be fine..."

Pertempuran agak sengit,malah Ikhwan dan XK01 begitu setanding kuasa mereka. Bara api merah milik Ikhwan bertaburan seperti bunga api,tumbukan cyborg dan Ikhwan berlaga.

Ikhwan berundur sedikit ke belakang,dan meninjau keadaan sekeliling. Dia menyedari kesemua rakyat telah berjaya di bawa ke tempat perlindungan,anak mata berwarna biru meliar kiri serta kanan.

"Hmph..!" Ikhwan mendesah dan cyborg itu menunggu gerakan dia yang seterusnya,Kaser tidak dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh Ikhwan.

"Aku rasa api merah tak cukup untuk kalahkan kau...tak!" Ujar Ikhwan menyalakan api merahnya.

"Aku telah diprogramkan anti kuasa api merah,jadi tindakan kau hanyalah kegagalan..." jawab XK01 kemudian dia dan Kaser terkejut.

"I guess go with the blue...." kata Ikhwan perlahan-lahan menukarkan api merahnya,berubah kepada biru. Alisa menyedari tekanan kuasa itu,dan dia tersenyum lega.

"Bring it on cyborg....you route end here!" Ikhwan segera menembak api birunya ke arah XK01,namun XK01 berjaya mengelak.

"Bagus! Boleh mengelak..." kata Ikhwan sudah berada di belakang XK01,kemudian tangan kirinya menyalakan api birunya.

"Makan ni!!" XK01 menjunam ke bawah akibat serangan Ikhwan.

KLONG!!!

"Bangun!! Aku tahu kau kebal....!" Jerit Ikhwan sebaik mendarat ke tanah,XK01 bangkit dari tempat jatuhnya.

Api biru Ikhwan membara dengan begitu marak,namun Ikhwan mengawal kemarahan di dalam hatinya. Dia memang sedang marah kali ini,tangan kanannya pula menyala api birunya. Kedua-dua tangannya kali ini membara,dia menunduk kemudian dirapatkan kedua tangannya seperti bentuk X.

"Dragon Blaze killing arts...BLUE X FLARE!!" serangan api biru yang besar,malah berbentuk X meluru pantas ke arah XK01.

"Threat detects! Commencing avoid!" XK01 melompat tinggi mengelak serangan Ikhwan,letupan yang kuat hasil serangan itu berlaku.

"Ouh...no..no! Jangan fikir dah habis.." lantas Ikhwan menghasilkan kepala naga dari api birunya,kepala naga berwarna biru kristal gelap bersinar.

"Dragon Blaze Cannon!"

"Hmm?"

BOOMMM!!!!

Tepat mengenai cyborg tersebut dan tercampak ke tempat lain,Ikhwan kemudiannya melompat sekali lagi mengejarnya.

Your finish damn cyborg!

XK01 masih lagi berada di udara,Ikhwan dengan kuasa api biru kekuatan berkali ganda dari biasa. Akhirnya Ikhwan betul-betul berada di bawah XK01,yang hampir terjatuh dan pada masa yang sama disedari oleh Zaren.

"Putera bongsu?"

"Let's end this!" Ikhwan menghadiahkan penumbuk,melambungkan XK01 ke udara semula. Ikhwan melompat dan berpecah kepada lima.

"Wow.....five deadly move!" Zaren tersenyum kagum.

"One!" Muka XK01 menjadi sasaran pertama.

"Two!" Serangan lutut diberi,tubuh XK01 mula pecah sedikit demi sedikit.

"Three!" Serangan kaki menongkat ke udara.

"Four!!" Serangan kaki sekali lagi,pada masa yang sama Noh yang berada di lokasi berbeza turut menyaksikannya.

"Hmph!" Bayang klon imej bersatu semula,di mana Ikhwan berada di atas XK01 yang di awangan,tidak mampu bergerak.

"FIVE!!" kepala naga diseru semula,dan menggunakannya mengakhiri gerakan terakhir menghempaskan XK01 ke bawah. Impak gegaran kuat menyebabkan gempa bumi buatan berlaku,mujurlah situ adalah kawasan tanah lapang.

"Dragon Blaze arts styles...BLAZE DESTROYERS!!" Bebola api seperti matahari mini dihasilkan,sama seperti ketika Ikhwan gunakan pada Raven.

"MAKAN NI!!" Letupan yang kuat dan cahaya biru terhasil,XK01 akhirnya tumpas dan hancur berkecai.

Ikhwan mendarat selamat dan meninjau keadaan sekeliling,sedang dia memeriksa kawasan. Ikhwan menyedari satu cahaya berkelip-kelip,dari serpihan badan XK01.

"Apa benda ni?" Ikhwan cuba mendekati,dan tidak semena-mena bayangan hologram terpampang.

"Ha?" Ikhwan terkejut.

"Salam perkenalan....."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top