Chapter 2 Penyibuk

"Mana pula budak sorang ni pergi...." leter Reezal
sendirian,kemudian menyedari sesuatu dan mendesah serta mengeluh.

"Bagus sekali dengan dua bujang kecik tu pon tak ada.." katanya lagi sebaik sahaja membaca teks daripada anak bongsunya Intan Fareesa Reezal 14,yang ketika itu berada di dalam bilik seseorang. Kemudian terdengar suara orang tergelak sendirian daripada belakang.

"Kanda...." ujar Reezal sebaik sahaja menoleh ke arah suara itu

"Aku agak Ikhwan keluar? Sekali dengan dua bujang tu?" Soal Aswandy tersenyum,dan Solleh muncul daripada belakang Aswandy kemudian menghasilkan satu bola sfera. Kemudian tidak berapa lama muncul imej bangunan pencakar langit,Reezal terkejut apabila melihat Ikhwan dan dua orang anaknya berada di situ. Kelihatan dua orang anaknya sedang bertekak ketika bermain permainan video jenis portable,manakala Ikhwan pula hanya memerhatikan dengan menggelengkan kepalanya.

"Janganlah risau adik kamu tu kuat,tahu jaga diri sendiri" ujar Solleh tersenyum,Reezal hanya tersenyum pahit dan Aswandy berbisik dalam hati mohon jangan ada masalah la kau Wan.

"Bisinglah kau! Aku tahu la main game!" Jerit Luqman 16
tahun,pada adiknya yang mengganggunya.

"Tahu pa....kalo asyik mati jer...." Aminudden 15 tahun mula bengang kerana nasihatnya tidak diendahkan.

"So what? Ko ada masalah ke?"

"Memang lah kalo ko kalah ko hentak psp tu! Tu aku punya! Bukan tahu nak ganti pon!" Mereka bertelagah merapatkan muka mereka antara satu lain,urat di muka jelas kelihatan.
Kemudian......

PANG! PANG!

Muka mereka ditampar oleh Ikhwan dengan tiba-tiba,dan mereka menahan kesakitan sehingga mencangkung. Ikhwan sekadar memandang anak saudaranya yang merungut sakit akibat tamparan olehnya.

"Sedap tak...cukup? Ke nak tambah sebelah lagi pipi tu?" Soalan Ikhwan mengejutkan mereka berdua.

"Cukup-cukup pak cik! Dah sakit gilerr ni...hehe" Jawab Aminudden mengusap pipinya berulang kali,dia terlupa bapa saudaranya cukup pantang jika buat bising di hadapannya. Sedang dia menahan kesakitan,satu aktiviti dikesan dan menyiku abangnya.

"Apa? Nanti kena...woo!" Belum sempat Luqman menghabiskan ayatnya,kepalanya ditarik dan dihala arah Aminudden maksudkan. Luqman terkejut apabila terlihat satu aktiviti yang mencurigakan,di belakang perlabuhan. Luqman dan Aminudden berpandangan kemudian tersenyum serentak,Ikhwan terkejut dengan reaksi air muka mereka kemudian terus lompat ke bangunan berdekatan segera menuju ke lokasi yang ditetapkan.

"Apahal budak dua ekor tu nak....hmm?" Ikhwan melangkah ke depan,melihat arah anak saudara ingin dituju,kemudian dia terlihat aktiviti yang dimaksudkan oleh Luqman dan Aminudden.

"Hmm..." kemudian dia menyusul anak saudaranya.

"Baik-baik sikit lah!" Jerit salah seorang yang berada di kawasan aktiviti dimaksudkan oleh Aminudden. Luqman memerhatikan tidak jauh dari kawasan aktiviti itu dijalankan,Aminudden menyedari sebuah kapsul yang amat besar diangkat forklift ke dalam gudang yang berhampiran.

"Oi...." Ikhwan menegur secara tiba-tiba,membuatkan mereka hampir terkejut dan membuat bunyi namun sempat menutup mulut masing-masing.

"Pak cik! Jangan buat macam tu lah...kalo buatnya kami terjerit.." ujar Luqman berbisik,Aminudden mengurut dada jantung berdegup laju.

"Apa yang seronok sangat sampai korang kejar sampai sini?" Soal Ikhwan menjengah ke arah gudang,kemudian dipandang semula anak saudaranya. Luqman dan Aminudden berpandangan sesama mereka,seperti Ikhwan ada rancangan,dikeluarkan telefon pintar lalu Ikhwan mendail satu nombor dan membuat satu panggilan. Luqman dan Aminudden menunggu Ikhwan sehinggalah selesai,kemudian memandang semula ke arah mereka berdua.

"Kapsul tu ada orang dalamnya.." Aminudden dan abangnya terkejut,perempuan di dalam kapsul? Tapi kenapa? Itulah persoalan dalam hati mereka berdua,bahkan bapa saudaranya turut tertanya-tanya.

"So sekarang macam mana?" Soal Luqman pada Ikhwan.

"Tanya pak cik pula,korang yang nak sangat jadi hero,gi la apa lagi tunggu?"

"Hek eleh......" rungut Aminudden.

"Sudah la Min,kau gi belakang gudang" arah abangnya

"Kau plak gi mana?"

"Nak jadi bodoh tu bertempat la,kalau tak ada orang back-up ko macam mana nak masuk tanpa dikesan?" Sedang mereka berdua bertelagah,Ikhwan menyalakan api di tangan kanan dan baling ke arah kontena berhampiran. Letupan yang kuat berlaku,Luqman dan Aminudden memandang ke arah bapa saudaranya.

"Korang nak bertekak berapa jam lagi?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top