Chapter 18 Act 2
Future Aminudden menerangkan segala-galanya,kepada mereka yang berada bersama. Noh serta Zaren turut sama sertai,Raffie mendengar cerita daripada future Aminudden dan antara percaya ataupun tidak.
"Me be the king?" Soalan Ikhwan dijawab dengan anggukan kepala oleh future Aminudden.
Ikhwan tertanya-tanya kenapa dirinya di masa hadapan,bersetuju menjadi raja? Apa yang berlaku di masa hadapan? Tetapi persoalan itu dia biarkan bermain di kepalanya,kemudian dia memeriksa rekod pada butiran peribadi.
"Hmm...ternyata Kaser menjalankan satu kerja berkaitan boneka...ataupun lebih tepat cyborg..."
"Kita kena tangkap dia!...sebelum apa-apa berlaku..!" Tegas future Aminudden.
"Woo! Woo! Easy pal! Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman pada orang yang belum melakukan kesalahan yang dia belum lakukan...!" Ujar Jamel menenangkannya.
"Benar apa yang dikatakan Jamel,kita tidak boleh bertindak tanpa bukti yang kukuh..." ujar Zero menyokong kata-kata Jamel.
"Now what are we gonna do? Just sitting here?" Soal Raffie.
"Well....Zaren kau sudah pastikan maklumat mengenainya?" Soal Ikhwan menoleh ke arah Noh dan Zaren yang sekadar memerhatikan putera diraja itu berbincang.
''Saya dah arah askar-askar dan dari pemerhatian mereka,Kaser masih belum membuat apa-apa tindakan..."
Ikhwan mengangguk faham dengan kenyataan Zaren,dan meletak jari telunjuk pada bawah bibirnya. Dia harus mencari jalan penyelesaian,jika tidak Kaser pasti akan berjaya melaksanakan rancangan jahatnya.
"Hey Mel...." Zero menegur Jamel.
"Apa?"
"Pandai kau speaking tadi? Easy pal..." ujar Zero tersenyum melirik matanya pada Jamel.
"Diam la....." balas Jamel agak bengang dengan usikan rakannya.
Ikhwan sekadar mendiamkan dirinya,melihat ke arah future Aminudden dia berfikir dengan masa depannya. Jika dia menolak untuk menjadi raja,apa yang dia boleh lakukan selain menjadi seorang putera?
Begitu banyak persoalan bermain di minda fikirannya,namun dia harus mengenepikan mengenainya itu dahulu. Sekarang dia harus mencari jalan untuk berhadapan dengan Kaser.
"Ikhwan....." Alisa tanpa dia sedari,dirinya mula risau tentang Ikhwan.
"Must be something...." ujar Ikhwan sendirian.
"Hey Raf...is everything gonna be okay? I'm worried about you..guys" ujar Sheema memegang bahu Raffie.
"Don't mention it...we got everything under control..." kata Raffie membalas sentuhan tangan Sheema.
====================================================>>>
Noh dan Zaren berkawal di atas pagar tembok besar,mereka berdua hanya duduk dan sekadar mendiamkan diri masing-masing.
"Macam tak percaya pula...robot dari masa depan..nak bunuh putera bongsu pula tu..." Noh mula bersuara,
"Der...sekarang ni zaman apa pun boleh jadi..."
"Tapi memang sukar diterima akal..herr...!"
Noh dan Zaren terus berbual,dan ketika itu Ikhwan sedang beristirehat di rumah diraja yang disediakan. Alisa melihat keadaan Ikhwan dengan perasaan risau,kemudian dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik. Dia tidak mahu mengganggu Ikhwan.
"Oups maaf!" Sebaik sahaja pintu dibuka,terpampang muka Sheema di hadapan pintu.
"It's okay...." balas Alisa menundukkan mukanya,tanda hormat dan Sheema seakan menyedari sesuatu mengenai gadis cantik ini.
"Err....is Ikhwan inside?" Alisa mengangguk.
"Is he okay?"
"Okay for what?" Suara Ikhwan menegur secara tiba-tiba,dari belakang Alisa.
"I'm sorry....about that cyborg..from future wanna kill you..." kata Sheema sedikit risau.
"Saya okay..kak Sheema,jangan risau...." kata Ikhwan tersenyum,namun itu tidak menyakinkan Alisa.
"Kalau macam tu baguslah...senang aku nak bunuh kau..." nada Sheema berubah,dan muncul pedang tangan kanannya lalu menyerang Ikhwan.
"Alisa!" Jerit Ikhwan menariknya,bagi mengelak daripada serangan 'Sheema' itu.
Booommmmm......!!!!!
"What the......" ujar Raffie yang ketika itu berada di biliknya,bersama Sheema?
"Apa?" Future Aminudden terkejut apabila terdengar bunyi letupan tersebut,hatinya mula risau dan pada masa yang sama seseorang sedang berjalan memasuki kota tersebut.
"Awak okay?" Ketika itu Ikhwan dan Alisa tercampak merempuh dinding lalu terkeluar dari dalam bangunan itu,memeluk Alisa. Sekadar gelengan kepala sahaja dijawab oleh Alisa,kemudian 'Sheema' keluar dari lubang yang dirempuh oleh Ikhwan.
"Siapa kau?" Soalan Ikhwan tidak dijawab,namun mukanya mula berubah dan muncul muka XK01.
"Robot tak guna....." ujar Ikhwan geram,melepaskan pelukannya.
"Next phase...will start right now..." selesai XK01 berkata-kata,Ikhwan meluru ke arahnya dengan pantas dan satu tumbukan padu mencampakkan XK01 terbang ke udara.
"Next phase your ass!"
Lokasi yang berlainan pula,Noh dan Zaren mendengar letupan tersebut. Mereka berdua berpandangan kemudian mengangguk,dan segera berkejar ke arah letupan.
"Cyborg tu datang lagi? Tak penat ke? Lupa dia robot..." rungut Noh dan Zaren pula hanya mendiamkan dirinya.
"Sial kau robot tak guna! Menyamar rupanya.." situasi berubah di lokasi Ikhwan,Alisa hanya melihat dari tepi.
"Sonix blade...." XK01 menukarkan tangannya kepada pedang.
"Hmph!" Begitu juga Ikhwan menyeru pedangnya.
Mereka berdua meluru sesama mereka,lagaan pedang terhasil malah menyebabkan daya tekanan yang kuat.
"Woorah!!!'' Ikhwan mengasak cyborg itu dengan hebatnya,pada masa yang sama kelihatan lelaki misteri,melihat dari bangunan tertinggi kota keempat.
"Swordplay!....Blade Thrust!" Ikhwan meluru dengan laju ke arah XK01.
XK01 sekadar menunggu dan pedang mereka berlaga sekali lagi,Alisa yang melihat dari tepi risau. Risau akan Ikhwan,ini kerana keadaan Ikhwan seperti terdesak. Dia tidak menumpukan perhatian dalam berlawan,itu apa yang difikirkan oleh Alisa.
Raffie dengan pantas segera berkejar,ke tempat pertempuran Ikhwan dan cyborg dari masa hadapan. Lagaan demi lagaan berlaku,dan kelihatan seperti Ikhwan dalam keadaan terdesak. XK01 terus tanpa membuang masa,melibas kuat pada pedang Ikhwan dan hancur dengan satu tetakan.
"Apa?" Tidak memberi ruang pada Ikhwan menarik nafas,satu tumbukan sepantas kilat mengenai mukanya.
"Ikhwan!" Alisa terkejut apabila Ikhwan terkena pukulan kuat.
"Pak cik...." future Aminudden yang baru tiba,turut sama terkejut.
Ikhwan mengerang kesakitan dan mengimbangkan badan,bagi mengelakkan dirinya terjatuh. Dia mengesat darahnya,XK01 terus menerus menyerang secara bertubi-tubi.
"Woo......that's thing is fast!" Kata Noh sebaik sahaja tiba,Zaren segera meluru ke arah XK01.
"Hmm? Ancaman dikesan" namun sebelum sempat XK01 menoleh,Zaren sudah berada di tepi kirinya. Kemudian dengan segera,Zaren melakukan pukulan tepat dan menyebabkan ia tercampak jauh.
"Putera bongsu tidak apa-apa?" Soal Zaren memapah Ikhwan,sekadar anggukan dan Ikhwan mengalihkan pandangan ke arah XK01.
"Teruskan misi..." XK01 mula bangkit dan mensasarkan ke arah Zaren dan Ikhwan.
"Looks like...we have tag along huh?" Ujar Zaren.
"Nampaknya begitulah...." api merah dinyalakan,Ikhwan bersiap sedia kemudian menoleh ke arah Zaren.
"Mari mulakan putera bongsu...."
"Tak perlu beritahu....fire-beast!"
Pertempuran dua lawan satu bermula,XK01 diasak hebat oleh Ikhwan dan Zaren. Alisa pada mulanya menarik nafas lega,terhenti dan air mukanya berubah. Noh yang sebagai penonton menyedari reaksi Alisa,dia menghampiri Alisa.
"Kenapa ni? Cik muda?"
"Ikhwan dan kawan awak dalam bahaya..."
"Apa?" Noh kurang memahami apa yang diperkatakan Alisa,pada masa yang sama Ikhwan dan Zaren menyerang XK01 bertubi-tubi. XK01 menambahkan kepantasannya,dengan tiba-tiba kedua tangannya menyentuh dada Ikhwan serta Zaren.
Alamak.........
Menggunakan daya tekanan yang kuat,XK01 mencampakkan mereka berdua jauh ke belakang. Noh kaget dengan tindakan XK01,kemudian dia segera mengumpul kuasa dalamannya.
"Nanti...!" Halang Alisa.
"Apa cik muda nak lakukan?" Soal Noh terkejut dengan tindakan Alisa.
"Raigeki....." satu panahan kilat dari atas langit,menyambar XK01 yang ingin meneruskan serangannya.
"Putera kelima.....!" Noh tersenyum menyedari kehadiran Raffie.
"Abang....." ujar Ikhwan lemah memegang dadanya,dan membantu Zaren bangun. Raffie melihat keadaan adiknya,dia menoleh semula ke arah XK01.
"So.....you wanna play?"
"Threats level....unknown.." ujar XK01 melihat Raffie diselubungi kilatnya.
"Kau tengok mana?" Raffie menyoal sebaik sahaja berada dibelakang XK01.
"Lightning Liger Claw!!" Hayunan tangan kirinya,diiringi imej seperti cakaran harimau. Menyebabkan tiga rekahan,Ikhwan yang masih memapah Zaren melihat dari tepi.
"Putera bongsu!" Sapa Jamel sebaik sahaja muncul,Zero menyusul dari belakang.
"Mel....tolong tengokkan Zaren..." ujar Ikhwan sambil menyerahkan Zaren yang dalam kesakitan.
"Bagaimana dengan putera bongsu?" Soal Jamel.
"Aku nak hentam cyborg itu puas-puas..." sambil baranya dinyalakan,Ikhwan melompat dan menyerang XK01 ketika sibuk diasak oleh Raffie.
"Hmph!" Penumbuk diselubungi api dituju pada XK01,terkial-kial cyborg itu menahan dan Raffie mengambil kesempatan.
"White Liger Thunder Claw....." serangan cakaran berkilat serta bersilang,mengenai XK01 sehingga cyborg itu berundur ke belakang.
"That's enough XK01.....retreat for now!" Suara Kaser muncul dan mengarahkan XK01 supaya berundur.
"Affirmative" selepas berkata sedemikian,dengan pantas cyborg tersebut melarikan diri. Kali ini Ikhwan hanya memerhatikan sahaja,dan dia pasti cyborg itu pasti akan datang lagi.
Tak guna......
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top