Chapter 16 Mulanya Serangan
Negara Mentari
February 2065
Luqman dan Aminudden melarikan diri dari sesuatu,menembak mereka bertalu-talu keadaan kota yang hancur ditinggalkan oleh manusia. Letupan demi letupan berlaku,Luqman,31 tahun kemudiannya berpaling ke arah bertentangan.
"Abang!?" Aminudden 30 tahun,terkejut dengan tindakan abangnya.
"Pergi gunakan mesin masa!"
"Kau macam mana!? Aku tak nak kehilangan kau juga!" Jerit Aminudden.
"Tak apa...jika kita berjaya masa depan akan berubah,aku akan terus hidup!" Kata Luqman menoleh semula ke arah bertentangan,sebuah mesin tempur gergasi menuju ke arahnya.
"Luqman......" Aminudden mula mengalirkan air matanya.
"Pergi Min! Pergi ke masa bapa saudara kita masih hidup! Bagi amaran padanya!...argh!!" Jerit Luqman meluru ke arah mesin tempur gergasi itu.
Aminudden matanya berkaca dan dia harus meneruskan misinya,kemudian berlari meninggalkan abangnya dengan perasaan bersalah. Tetapi ini permintaan abangnya,sama ada abangnya mati atau tidak dia harus ke masa lepas,berjumpa dengan Ikhwan yang dikatakan mati di masa hadapan.
=======================================================
Negara Mentari
May 2050
Kafe Mentari
Jamel dan Zero berpandangan sesama mereka,antara percaya atau tidak mereka sedar orang di hadapannya adalah Aminudden yang berusia 30 tahun. Tiada perbezaan dan hanya tinggi fizikal,dan rambutnya pendek dan pacak.
"Tengok cik Jamel dan cik Zero....membuatkan aku rasa lega...aku berjaya pergi 12 tahun sebelum kejadian...." ujar lelaki bernama Aminudden itu.
"Kejadian? Kejadian apa?"
"Ikhwan Solleh akan mati dibunuh ketika ditabalkan menjadi raja dalam masa 3 tahun akan datang...jika dikira secara saintifik..." Jamel dan Zero membulatkan matanya,terkejut mendengar penjelasan oleh future Aminudden.
"Tapi siapa yang nak bunuh dia? Selain Raven otak aku tak boleh berfikir...siapa orangnya" jelas Jamel mengusap dagunya.
"Orangnya digelar Darwin Kaser...." jawabnya
"Huh? Kau buat lawak ke? Itu pereka senjata negara kami...!" Ujar Jamel menghentak meja,Zero menyentuh bahunya tanda suruh bertenang.
"Dia cakap ada benarnya,Kaser pernah cuba mencederakan putera bongsu ketika dia masih budak lagi..apa yang pernah diceritakan tuan putera keempat..." jelas Zero.
"Yelah tapi kenapa?" Soal Jamel tidak berpuas hati.
"Kau lupa ke? Kaser ada kuasa meramal masa depan?" Ujar Zero.
"Ye betul tu,Kaser ingin memerintah tapi bapa saudara kami adalah penghalang utama...jika dia memberontak sekalipun bapa saudara kami boleh menghapuskannya...jadi dalam masa 3 tahun" jelas future Aminudden.
"Jika kau katakan dalam masa 3 tahun,tapi kau datang 3 tahun awal....kenapa? Kalau macam tu kita tiada bukti nak bawa Kaser ke muka pengadilan!" Kata Jamel lagi.
"Ini kerana...dia menghantar cyborg pembunuh ke masa kini...untuk membunuh putera bongsu sebelum kuasa menjadi matang..." jelas future Aminudden lagi,Jamel membulatkan anak matanya
"Apasal kau tak cakap awal-awal!!!?" Jerit Jamel berdiri,orang yang berada di dalam kafe menoleh ke arahnya.
"Maaf!" Future Aminudden menundukkan kepalanya.
"Zero....kita kena cari putera bongsu! Sebelum caibok..pe natang tu namanya dapat cari putera bongsu...sebelum kita!" Tegas Jamel dan Zero mengangguk tersenyum.
"Cepat! Kau! Sekali jom!!...." kata Jamel pada future Aminudden,sambil meletakkan wang pada meja kafe.
Sebaik sahaja mereka beredar,pelayan di situ mengemas dan mengira duit yang diletakkan di atas meja oleh Jamel.
"Tak cukup......"
======================================================
Pada masa yang sama,di lokasi berbeza di makmal Darwin Kaser sedang membuat kerjanya. Balang kapsul berisi boneka mirip manusia,dia mengatur tetapan pada komputernya. Tiba-tiba satu kilat kecil diselangi angin kuat,satu portal terbuka.
"Holy shi....." portal terbuka dan keluar seorang seperti manusia,Kaser tergamam kerana individu itu serupa dengan boneka rekaannya.
"Professor Kaser....saya XK01...dihantar sendiri oleh awak yang berada di masa hadapan....misi menghapuskan Ikhwan Solleh.." terang individu digelar XK01,mungkin inilah cyborg jenis tempur yang dimaksudkan oleh future Aminudden.
"Bagus aku di masa hadapan..." ujar Kaser sambil menyeringai,seluruh bilik makmalnya bergema dengan gelak ketawanya.
Namun tanpa dia sedari,seseorang memerhatikannya dan anak mata pengintip misteri itu melirik ke arah boneka yang masih di dalam balang kapsul gergasi milik Kaser.
=======================================================
"Hah........" Ikhwan akhirnya tiba di perkampungan yang diberi nama kampung Selamat.
"Putera bongsu!..." tegur salah seorang penduduk kampung,yang berada di gerai makan.
"Selamat tengahari....hujan ni putera bongsu tidak basah kan?" Soal seorang lagi penduduk kampung itu.
Ikhwan hanya mengangguk kepalanya kerana jika orang biasa mungkin sudah basah tetapi dengan kelebihan yang dia miliki,aura kuasanya menghalang dari terkena hujan dan begitu juga Alisa.
"Boleh saya tanya? Ada nampak kelibat abang saya? Putera kelima? Raffie Solleh?"
"Jika tidak silap saya,dia pergi ke rumah penghulu di hujung sana..." jawab salah seorang penduduk kampung.
"Jika begitu saya mohon beredar,mari Alisa?" Ikhwan memegang tangan Alisa dan beredar pergi.
"Untungnya ada teman cantik seperti itu..." ujar pemuda yang berada di gerai itu.
Alisa yang dipegang tangannya,berjalan mengekori Ikhwan dan dia melihat tangannya yang digenggam erat. Tanpa dia sedari tersenyum sendirian,dan membalas genggaman tangan Ikhwan.
"Huh?" Ikhwan menyedarinya dan tersenyum.
"Saya cuma putera biasa saja...." kedengaran suara Raffie dengan nada mesra,Ikhwan memperlahankan langkahnya dan begitu juga Alisa.
Ikhwan menjengah perlahan-lahan dari sebalik dinding rumah,kelihatan Raffie berada di pondok dan seperti berbual dengan seseorang lalu dijengah kepalanya separuh. Alisa turut sama menjengah dibawahnya,melihat dengan siapa Raffie berbual.
"Bagi saya awak putera yang berhati rakyat...sanggup datang bertemu rakyat seperti saya..." seorang perempuan? Ikhwan dan Alisa berpandangan sesama sendiri,dan kembali menyambung mengintip dari jauh.
"Ye ke? Terima kasih...." Raffie tersenyum ceria,Ikhwan terkejut melihat abangnya tersenyum. Dia jarang melihat senyuman Raffie,Ikhwan mengalihkan kepalanya dan menghela nafas pendek.
"Jom Alisa?" Ikhwan memegang tangan Alisa.
"Emm....!" Alisa mengangguk.
"Itu...saya...hehe..dan huh?" Raffie tersentak apabila melihat Ikhwan,dan Alisa yang bersamanya muncul secara tiba-tiba.
"Putera bongsu? Awak datang sekali ke? Kenapa tak ajak sekali?" Soal perempuan cantik itu,Ikhwan hanya menundukkan kepalanya tanda hormat.
Ketika dari sudut yang berbeza,tetapi lokasi yang sama sasaran ditetapkan pada Ikhwan dan tembakan peluru berpandu dilepaskan.
"Huh? Elak!" Ujar Ikhwan segera mendukung Alisa,Raffie pula segera mendukung perempuan itu dan peluru berpandu memusnahkan pondok tersebut.
Ikhwan menoleh ke arah datangnya peluru berpandu itu,dan terkejut cyborg XK01 sudah melancarkan serangan. Peluru berpandu dilepaskan sekali lagi,kali ini Ikhwan menyeru puluhan pedang dan menyerang balas.
"Alisa awak boleh jaga diri kan?" Air muka Ikhwan berubah,Alisa segera mengangguk dan melompat dari dukungannya. Cyborg tempur itu kemudian melompat terbang meluru ke arahnya.
"Robot? Ergh....!" XK01 meluru dengan laju,dan merempuhnya lalu Ikhwan tercampak keluar dari kota.
Jamel,Zero dan future Aminudden yang baru tiba di kota keempat,ternampak Ikhwan yang tercampak dan XK01 mengejar dari belakang.
"Alamak kita terlambat saibok natang tu dah mulakan serangan..." Jamel mula geram.
"Hey Mel...!" Kedengaran suara Raffie dan Jamel terkejut,apabila agakannya betul.
"Putera keempat? Alisa! Err..." Jamel terkejut apabila tidak mengagak Raffie,Alisa turut bersama. Future Aminudden meluru ke arahnya,membuatkan Raffie kaget.
"Aminudden? Bila masa kau besar macam ni sekali?" Soal Raffie tidak faham.
"Sekarang bukan masanya! Kita kena bantu putera bongsu!!" Ujar Jamel segera berlari ke arah di mana Ikhwan tercampak,begitu juga Zero menyusulnya.
"Ikhwan tu kan kuat?" Soal Raffie kurang peka.
"XK01....Xtreme Killer Zero One...direka dengan kuasa anti api....dan ia amat kuat lebih kuat dari cik Ikhwan..." tegas future Aminudden.
"Apa yang membuatkan kau pasti? Siapa kau?"
"Aminudden Reezal,datang dari 15 tahun masa ke hadapan...."
"Apa? Tak mungkin...."
"Bunyi macam gila,tapi ini betul...3 tahun akan datang pak cik kami mati dibunuh oleh benda tu,bermula dengan membunuh Ikhwan Solleh...dan kamu semua..tinggal kami berdua..namun untuk berjaya kembali masa lepas,Luqman abang saya mengorbankan dirinya..."
Penjelasan anak saudaranya yang daripada masa hadapan,membuatkan dia terdiam dan peluh jantannya mengalir. Tiba-tiba tangannya digenggam oleh perempuan yang bersamanya,Raffie menoleh ke arahnya.
"Pergi bantu....adik awak...pemuda ini berkata perkara yang betul.." ujar perempuan itu,Alisa hanya melihat dari tepi kemudian wajah future Aminudden dilihat.
"Sheema...." agak lama dia memandang perempuan bernama Sheema itu,kemudian dilihat sekali lagi wajah future Aminudden.
"Baiklah....kau tunggu sini jaga mereka.." ujar Raffie dan future Aminudden mengangguk faham.
Ikhwan segera menyeimbangkan badannya,dan mendarat ke tanah begitu juga XK01. Ikhwan dan XK01 berpandangan,api merah milik Ikhwan menyala,namun XK01 turut menyalakan api merah. Ikhwan sedikit terkejut namun,dia enggan mengaku kalah.
"Mari sini kau robot tak guna!" Jerit Ikhwan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top