Chapter 15 Lelaki misteri

Ikhwan memandu keretanya merempuh hujan lebat,Alisa telah lena dan perjalanan ke perkampungan Selamat agak jauh,dan ia terletak di kota keempat Mentari. Jarak perjalanan sejauh 4 jam,Raffie pula telah awal-awal lagi memberitahu akan pulang lewat.

"Besar betul negara kita ni..." omel Ikhwan sambil menguap,dan singgah ke stesen minyak. Minyak kereta hampir kehabisan,Raffie pula sekadar menunggu di dalam kereta.

"Minyak X51" ujar Ikhwan di kaunter pembayaran.

"Terima Kasih...datang lagi.." kata juruwang itu,seorang gadis muda yang comel.

"Sama-sama..." ujar Ikhwan membalas senyuman juruwang itu.

Melihat senyum balas daripada Ikhwan,juruwang itu merah mukanya. Lagi-lagi dia amat cam dan kenal siapakah Ikhwan,juruwang itu menunduk menyembunyikan wajahnya.

"Putera bongsu nak pergi mana itu bukan menghala ke Kota Istana Mentari..." ujar seorang pemuda,dari gaya uniform berpangkat pengurus.

"Hmm....?" Pengurus itu menoleh ke arah juruwangnya.

"Hoo......kamu suka putera bongsu ye? Nice taste!"

"Pengurus!!" Juruwang itu muka semakin merah padam,dan pengurus lelaki itu bergelak tawa dan berlalu pergi.

Kereta jenis Honda itu terus menyusur laju,memotong kereta demi kereta. Hujan tetap terus turun dengan lebat,Alisa mula sedar dari tidurnya.

"Dah bangun?" Ikhwan menyoal apabila menyedari Alisa bangun dari tidurnya.

"Huh? Ermm....." Alisa masih lagi belum sedar sepenuhnya,tangannya menggosok matanya. Alisa kemudian yang baru sedar sepenuhnya,menoleh ke arah Ikhwan yang sedang memandu.

"Awak tak penat ke?" Soal Alisa.

"Penat? Sebab?" Soal Ikhwan hairan.

"Awak dah memandu hampir 3 jam..."

"Nah biasa jer....."

Raffie sekadar mendiamkan diri, melihat mereka berbual dan dia tersenyum mungkin Ikhwan akan kembali menjadi dirinya. Jika dia terus bergaul dengan Alisa.

"Ikhwan...abang err putera Raffie..." Alisa menukar nada suaranya.

"It's okay..you can call 'abang'" kata Raffie memberi kebenaran.

"Okay.....saya dapat tahu dari Luqman,kamu berdua sepatutnya ada adik beradik perempuan?..." sebaik sahaja Alisa selesai bertanya,guruh yang kuat berdentum. Ikhwan dan Raffie terus terdiam,Alisa menyedari air muka mereka berdua berubah dan mengambil keputusan mendiamkan diri.

"Yeah....me and Ikhwan have sister,big sister...once.." Raffie memulakan bicaranya,dan Ikhwan pula sekadar mendiamkan diri.

"And she died,killed by traitor..." sambung Raffie,Ikhwan masih dengan reaksi yang sama.

"Siapa yang bunuh dia?" Soalan Alisa menyebabkan Ikhwan menggenggam steering dengan kuat.

"Raven dulu dia adalah salah seorang 10 Guardians.." satu suara di corong radio kereta menegur,sebelum sempat dijawab oleh Raffie.

"Abang Yusri..? Why you...." Ikhwan mula kegeraman.

"Relax brother...aku cuma nak tolong cik adik manis tu.." ujar Yusri di corong radio.

"Who's Raven?" Soal Alisa.

"Raven dahulu adalah salah seorang 10 Guardians...yang diketuai oleh Reena,iaitu kakak kami..." jawab Yusri.

"Kenapa dia bunuh Reena....?"

"Sebab dia berpenyakit teruk...cuma maut saja yang boleh sembuhkan..." ujar Ikhwan mula bersuara akhirnya,Raffie sekadar menghela nafas pendek.

"Sheesh...bertenang Wan...sekarang jejak Raven hilang semula...begitu juga Button Brothers.." Yusri mengenali sikap adiknya dan menenangkannya.

"Bagaimana aku nak bertenang....mendengar namanya sahaja,buatkan aku darah aku mendidih" kata Ikhwan sambil menggengam tapak tangan kirinya. Alisa segera memegang tangan Ikhwan,terkejut dengan tindakannya.

"Bertenang Ikhwan....bertenang..." ujar Alisa mentenangkan Ikhwan,mereka berpandangan.

"Sebab awak sedang memandu...bahaya jika hilang fokus!" Tambah Alisa lagi.

"Ouh...right!" Ujar Ikhwan segera fokuskan ke jalanraya,hampir tergelak Raffie melihat kerenah mereka.

"Kita dah sampai...." ujar Ikhwan.

"Kota Keempat Negara Mentari...." bisik Raffie dan melihat Ikhwan meletakkan keretanya,kedatangan mereka disambut dua individu daripada 10 Guardians yang ditugaskan disitu.

"Selamat datang tuan putera kelima,putera bongsu dan...err.."

"Ini Alisa... Alisa Darweez,bakal isteri putera bongsu.." ujar Raffie selamba,air muka Ikhwan merah sedikit,manakala Alisa tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Raffie.

"Ouh...err selamat datang cik Alisa Darweez..." penjaga kota keempat,Noh dan Zaren memberi hormat pada Alisa.

"Ouh....thanks...." ujar Alisa mengangguk namun tidak tersenyum,Ikhwan sedar selama dia memerhatikan Alisa hanya tersenyum kepadanya. Dia terfikir kenapa aku je dia senyum?

"Wan." Raffie menepuk bahunya,dia menoleh ke arah abangnya.

"Aku gerak sendiri ke kampung tu..kau pusing-pusing la dulu" ujar Raffie kemudian segera beredar.

"Hey...umm....ah! Sudahlah!" Belum sempat Ikhwan menghalangnya,Raffie segera beredar meninggalkannya.

"So...now what i'm supposed to do...hmm?" Sedang dia berfikir,Alisa menarik lengan bajunya dan menunjukkan ke arah satu kawasan.

"Ah....lupa pula....." Ikhwan tersenyum simpul

"Kenapa Wan?" Soal Alisa.

"Kota sini bila bulan May,ada festival untuk musim panas..." jelas Ikhwan menoleh ke arah Alisa.

Perbualan antara Ikhwan dan Alisa diperhatikan oleh Noh dan Zaren,mereka tertanya-tanya apakah hubungan putera bongsu dan perempuan cantik itu?

"Cantik betul perempuan tu..." ujar Noh.

"Toksah la berangan Noh,tu putera bongsu punya...tak dengar apa putera kelima cakap tadi?" Tegas Zaren segera beredar.

"Kau nak ke mana?"

"Kerja.....kita bertugas sebagai ketua di sini....tunjuk sikit contoh ideal pada anak buah kita.."

"Kau Zaren,tak berceramah tak sah ke?"

"Aku ni kawan kau Noh....ingatkan jer..."

Noh dan Zaren beredar,kemudian Ikhwan pula mengambil keputusan untuk membawa Alisa bersiar-siar di festival musim panas.

Negara Mentari mempunyai empat musim,dari musim bunga,musim panas,musim luruh kemudian musim sejuk. Majoriti yang menetap di negara Mentari adalah kebanyakan bangsa melayu. Bangsa cina hanya dalam 10% daripada melayu.
Bangsa India pula hanya 5%.

"Ah......" Ikhwan menghela nafas lega,selepas menghirup teh yang dihidangkan oleh pelayan di kafe.

"Abang Raffie ke mana?" Soalan Alisa hanya membuatkan Ikhwan berhenti dari terus menghirup air teh tersebut.

"Hmm....kita pergi sana jom?" Cadang Ikhwan.

"Pergi mana?" Soal Alisa kurang faham.

"Kampung Selamat...." jawab Ikhwan tersengih,spontan dia memberi reaksi dan Alisa tersenyum lalu mengangguk setuju.

======================================================

"Fiuh! Liat betul diorang ni..." kata Jamel meregangkan ototnya.

"Mereka penjenayah kelas A...kesemuanya..memang la agak payah sedikit...." kata Zero yang baru sahaja selesai menggari kesemua perompak itu,Jamel menggeliat dan menguap panjang.

"Cun...dah beritahu pada sweeper?" Soal Jamel.

"Beres....." balas Zero,sweeper adalah unit yang ditugaskan untuk mengambil penjenayah ataupun perompak,yang telah ditumpaskan.

"Okay....jom ngeteh...." ujar Jamel kemudian beredar,Zero sekadar menggelengkan kepalanya melihat telatah rakan setugasnya. Namun dia menjeling ke arah belakang,dia menyedari daripada awal lagi ada lelaki misteri mengintip mereka berdua.

"Mel....." ujar Zero,Jamel menghentikan langkahnya dan memahami apa yang dimaksudkan oleh rakannya.

"Hey...kau sampai bila nak jadi tikus? Menghendap orang?!" Lelaki misteri itu terkejut,apabila tanpa diduga Jamel dan Zero menyedari kehadirannya. Tapi sejak bila?

"Kalau kau tak nak keluar,aku 'jemput' kau!" Jamel meluru dan menumbuk,pada pokok yang berhampiran dengan lelaki misteri itu.

Mereka berjaya mengumpanlelaki misteri itu,keluar dari persembunyian dan pada masa lelaki itu fokus pada Jamel. Zero menembak api ke arahnya.

"Second shot!"

Namun lelaki misteri itu berjaya menangkis serangannya,Zero dan Jamel berpandangan kemudian mengangguk lalu meluru ke arah lelaki misteri itu secara serentak.

"Woo! Woo! Kejap-kejap!..." ujar lelaki misteri menghala kedua tangannya pada mereka berdua.

"Aku datang bukan sebagai musuh!" Ujar lelaki itu mengangkat kedua tangannya ke atas,tanda menyerah kalah.

"Yang ko ngendap kitorang pesal?"

"Maaf-maaf....!" Ujar lelaki itu.

"Siapa kau?" Soal Zero dan lelaki itu seperti merenungnya lama.

"Aku.....datang daripada masa depan...." ujar lelaki itu sambil menurunkan hudnya,Zero dan Jamel terkejut melihat wajah yang terpampang dihadapan mereka.

"Putera muda...AMINUDDEN?!!!!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top