Chapter 14 Konflik?

Bilik Kawalan Kamera Tertutup

Jarinya diketuk perlahan-lahan pada meja,melihat Yusri yang menikmati teh o panas hidangan dayang istana. Raffie melirik ke arah monitor yang banyak,mewakili seluruh kawasan kota Mentari pertama.

"Bosan betul...tak ada benda yang menarik ke?" Rungut Raffie.

"Ai dah merungut pula? Kalau bosan...pergi la ronda kat luar.." ujar Yusri sambil menuang semula teh o.

"Halau nampak?"

"Ke situ pula fikirnya? Aku suruh ko ronda sana,hilangkan bosan..dari ko duduk je mulut asyik mengomel tak ke mana Raf!"

Raffie terdiam kemudian memikirkan apa yang dikatakan abangnya,Yusri adalah betul. Kemudian air teh di cawan hirup sehingga habis,dan segera beredar keluar dari bilik pemerhati.

Yusri dan Raffie adalah putera keempat dan kelima,mereka bertanggungjawab menguruskan kamera yang mengawasi seluruh kota.

Raffie keluar dari bilik kawalan kamera tertutup,dan ketika itu dia ternampak Ikhwan yang sedang duduk di taman bunga istana bersama Alisa. Dia sekadar tersenyum lega,kerana Ikhwan boleh tersenyum ceria. Mungkin dia patut berterima kasih pada Alisa jika adiknya boleh melupakan dendamnya.

"Bang? Mana tu?" Ikhwan memanggilnya dan Raffie buat isyarat keluar bersiar-siar.

"Join sekali....bosan sekarang ni..." kata Ikhwan bangun dari tempat duduknya,Alisa menyusul dari belakang.

"Eh? Bukan kamu berdua tengah dating?"

"Dating nanti-nanti je boleh..." ujar Ikhwan dengan wajah selambanya.

"Ouh...okay...." Raffie malas cerita panjang lebar,kemudian segera berjalan semula menuju ke pintu utama istana.

"Naik kereta ke jalan kaki je?" Soal Ikhwan.

"Kereta la lagi nak pergi jalan jauh..." ujar Raffie dan Ikhwan pula menoleh ke arah Alisa.

"Kenapa? Saya ikut sahaja.." Alisa berkata spontan tersenyum tanpa sengaja.

"Well,kalau macam tu..." ujar Ikhwan mengangguk,dia seperti terpikat dengan senyuman Alisa.

Raffie hanya memasang telinga sahaja,tidak mahu masuk campur dan menyedari seorang perempuan berada di hadapannya. Memeluk tubuh melihat ke arah Raffie,dia sekadar berbisik sendirian Leena....

"Who's that?" Alisa menarik lengan baju Ikhwan.

"Huh? Ouh....itu Leena...anak kepada ketua panglima kami..." ujar Ikhwan menerangkan pada Alisa.

Alisa mengangguk kepalanya tanda faham,kemudian Raffie menyuruh mereka berdua pergi ke depan dahulu. Ikhwan mengangguk dan menarik tangan Alisa,ketika melepasi perempuan bernama Leena,Alisa berbalas pandangan dengan Leena.

Pandangan Leena begitu dingin padanya,Alisa mengalihkan pandangannya dan hal itu disedari oleh Ikhwan sendiri.

"Awak nak ke mana?" Soal Leena.

"Keluar sekejap bosan duk istana saja...kenapa?" Jawab Raffie.

"Kenapa tak beritahu saya?..." soal Leena sedikit bengang.

"Saya nak ke mana sekalipun,hak saya...yang awak nak bengang kenapa?

"Awak tunang saya!" Jerit Leena.

Pertelingkahan mereka diperhatikan oleh Ikhwan daripada jauh,dia hanya mengeluh kerana setiap kali Raffie dan Leena bertemu mesti bertengkar.

"Saya tak pernah setuju pun yang awak tunang saya..." ujar Raffie merenung ke arah Leena,kemudian segera menuju ke arah Ikhwan dan Alisa.

"Raffie!! We're not done yet!" Jerit Leena geram.

"Dah,gerak jom!" Ujar Raffie.

Ikhwan tidak mahu bertanya dan mengekori abangnya namun dia sempat menoleh ke belakang,melihat Leena yang menjerit memanggil nama abangnya.

"Biarkan dia...." ujar Raffie lagi.

Pada masa yang sama,Luqman dan Aminudden turut menyaksikan pertelingkahan bapa saudaranya dan tunangnya. Mereka berdua berpandangan,dan segera beredar.

"Jadi orang dewasa ni susah ek?" Kata Aminudden pada abangnya.

"Better stay away from those adults problems..." kata Luqman sambil mengangkat bahunya.

Yusri turut menyaksikan pertengkaran Raffie dan Leena,dia menggelengkan kepalanya dan dia berdoa agar Raffie cari yang lebih sesuai.

"Hope i'm not like that...."

=====================================================

Kereta model jenis Honda NSX,berkuasa turbo meluncur laju memintas setiap kereta. Polis cuba mengejar,namun apabila menyedari lambang yang ditampal,niat mereka dibatalkan.

Mentari Nation

"Kau okay tak bang?" Soal Ikhwan sambil memandu,melihat abangnya mendiamkan diri dan Alisa pula menjeling ke arah Ikhwan.

"Aku okay jer...si Leena tu tak payah fikir sangatlah kau..." ujar Raffie.

"Ouh okay...." balas Ikhwan.

"By the way....nak ke mana?" Soal Ikhwan lagi.

"Hmm...kita pergi perkampungan Selamat.."

"Kampung Selamat?....ada apa kat sana?"

"Just drive....nanti kau tahu la...."

Ikhwan masih kurang faham apakah tujuan abangnya itu,menyuruhnya untuk menuju ke kawasan perkampungan. Kereta masih menyusur jalanraya dengan laju,cuaca semakin gelap guruh pula berdentum. Hujan lebat ni rasanya getus hati Ikhwan berbisik dalam hatinya.

"Awan gelap..." ujar Alisa.

"Tunggu lama sikit,mesti akan hujan...." Ikhwan menyampuk dari tempat pemandu,Raffie tiada reaksi.

"Sekarang musim panas,bagus juga hujan..." Raffie mencelah dari tempat dusuk belakang..

"Yeah...betul kata abang...ha! Dah hujan!" Ujar Ikhwan melihat keadaan luar yang mula dibasahi hujan.

Hujan mula turun dengan begitu lebat,kelajuan terpaksa dikurangkan. Wiper mula diaktifkan,kemudian Ikhwan menyedari Alisa yang khusyuk memandang ke luar. Alisa diperhatikannya dan tanpa disedari terdetik hatinya,melihat senyuman spontan Alisa.

Ikhwan mengalihkan pandangan,air mukanya kemerahan tanpa disedari. Perkara itu disedari oleh Raffie,sekadar senyuman reaksi olehnya. Kereta terus meluncur perlahan menuju ke destinasinya,masing-masing terus mendiamkan diri.

===================================================

Zero dan Jamel pula pada masa itu sedang berhadapan sekumpulan perompak,pada mulanya mereka mengejar salah seorang dari pengikut perompak itu. Namun perompak itu begitu bijak membuat mereka terkepung,tetapi sekadar senyuman teruja Jamel lemparkan dan Zero menanggalkan cermin matanya.

"Those guys didn't know who gonna deal with them.." Zero berkata perlahan di belakang Jamel.

"Omputeh speaking again? Good...i don't understand sepatah haram...." rungut Jamel tersengih,begitu juga Zero senyum simpul.

"Kerjakan mereka!" Arah salah seorang daripada mereka,mungkin ketuanya.

"Maaf la banyak-banyak kami bukan cikai-cikai punye orang..!" Ujar Jamel mengilas tangan salah seorang daripada perompak.

"Zero! Nah!" Jamel mencampak perompak itu ke arah Zero,dan turut menangkap Zero menghempas perompak itu ke tanah sehingga tanah merekah teruk. Perompak yang lan tergamam,dan Jamel tersenyum sinis.

"Tengok apa? Serang la!!" Arah ketua perompak itu menjerit.

"Ye la serang la,aku sentiasa menunggu..." Jamel melakukan provokasi.

"I'm waiting...." ujar Zero pula.

Para perompak itu menyerbu serentak ke arah mereka berdua,api merah dinyalakan oleh Zero. Jamel menyeringai senyumannya dan terus merempuh ke arah perompak yang ramai itu.

"Chain Drive...." Zero menghadiahkan serangan berkombo,kemudian dia terus menghentak tanah lalu api marak membakar kawasan dia berada.

"Oorah...!!!!!" Satu tumbukan yang padu,mengenai salah seorang perompak itu kemudian Jamel mengangkatnya dan membalingnya ke arah rakan-rakannya.

"Mari! Tak habis lagi!!!" Ujar Jamel sambil menghayun penumbuknya,dan perompaknya terlambung ke udara.

"Tumbukan waja....bertalu-talu!!" Serangan Jamel bagaikan mesin gatling dituju pada para perompak itu.

"Minutes Spike....orah!" Tendangan yang kuat diberi pada salah satu perompak,manakala rakannya yang lain cuba meluru ke arah menyerang Zero.

"Hyper Chain Drive! Max!" Lantas tangannya menyala bara api merah yang besar dan dihenyak ke tanah,membakar para perompak itu.

"Serangan Istimewa....! Ngauman Harimau putih!!" Muncul kepala harimau putih merempuh para perompak itu.

Tempat lokasi yang berbeza,ada seseorang lelaki misteri memerhatikan mereka berdua dari jauh. Memakai jaket berhud,menyukarkan untuk melihat wajahnya. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket jaket,Jamel menyedari kehadiran lelaki misteri itu.

"Zero...!" Jamel menghampiri Zero.

"Yeah....aku tahu...tapi kita selesaikan diorang ni dulu!" Balas Zero mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Jamel. Kemudian meneruskan membereskan para perompak,Jamel mengangguk dam membantunya.

Hish! Ada saja pengacau...!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top