Chapter 13 Tegas

Luqman mengintai dari jauh,melihat gerak-geri ayahnya dan bapa saudara sulungnya. Walaupun ditegah oleh ayahnya,dia tetap berdegil dan keputusan mengekori ayahnya dalam senyap.

"Kalau kantoi...memang goreng mee basah kena sumpah seranah..." Luqman mengomel sendirian.

"Mee goreng basah sedap tu...kan?" Satu suara menegur.

"Tu la memang kaw-kaw....eh? Hmm....." Luqman baru sahaja menyedari suara yang menegur itu,begitu dia kenal sekali dan menoleh.

"Yo..." sapa orang itu,Luqman membulatkan matanya kerana Aminudden,Zero serta Jamel dihadapannya.

"Korang?!! Ulps!" Hampir sahaja Luqman menjerit,namun dengan pantas Jamel menekup mulutnya.

"Senyaplah sikit! Kan dengarnya ayah dan cik Long... goreng mee basah jadi goreng mee mamak.." ujar Aminudden merapatkan sebatang jari pada bibirnya,cik long adalah gelaran mereka pada Aswandy.

"Macam mana korang ada di sini?"

"Cik Wan la....suruh bawa abang balik!"

"Habis tu,yang dua orang penting boleh ada sekali apa cer ni?" Ujar Luqman menunjuk menggunakan jarinya,satu persatu pada Zero dan Jamel tersengih licik.

"Dah la bang baik ikut kami pulang...." pujuk adiknya menegaskan.

Luqman tidak mengendahkan amaran adiknya,dan memalingkan kepalanya kemudian menyedari ayahnya serta bapa saudaranya mula beredar. Luqman segera mengekorinya,dan Aminudden menggelengkan kepalanya sahaja.

"Apa rancangan putera muda?" Soal Zero.

"Rancangan apanya,follow abang saya la apa lagi?" Aminudden bengang kerana kedegilan abangnya,dia mengetahui misi jenis apa yang ayah dia ingin lakukan.

Perompak penjenayah tahap D atau Danger,memperdagangkan manusia....

==================================================

"Zal...." Aswandy memanggil Reezal dengan panggilan pendek,Zal.

"Ada apa?" Soal Reezal ketika itu,sedang berjalan melalui kawasan hutan gelap.

"Kau perasan tak ada orang follow kita?"

"Perasan sangat,Luqman...." jawab Reezal mendesah.

"Kau tak nak patah balik ke?"

"Biarkan la bang,nanti apa jadi biar dia rasa jadikan pengajaran"

Aswandy menggelengkan kepalanya tersenyum,dia malas untuk campur tangan hal mendidik keluarga adiknya iaitu Reezal. Aswandy memeriksa kompas yang digunakan olehnya,kemudian menghentikan langkahnya.

"Rasanya kita dah hampir ke kawasan penjenayah..." jelas Aswandy dan Reezal mengangguk faham,ketika Luqman telah sampai dan bersembunyi di sebalik daun pokok yang tebal.

Apabila Aswandy cuba melangkah,dia merasai ada dinding lutsinar dan menghalang adiknya untuk memecahkan dinding tersebut.

"Kita tak boleh tarik perhatian ramai orang mereka.."

"So macam mana sekarang?" Soal Reezal.

Aswandy memegang dinding lutsinar,dan membekukan sedikit daripadanya. Semasa dinding lutsinar itu dibekukan,jelas seperti kelihatan udara telah terbeku.

Tap!

Aswandy memetik jarinya,kemudian dinding lutsinar pecah dengan perlahan-lahan pada kawasan yang dibekukan. Aswandy dan Reezal berpandangan sesama mereka,mengangguk serta masuk kawasan musuh.

"Beware Zal...."

"Don't worry...i will.."

Kedengaran beberapa orang lelaki gelak ketawa,minuman keras diletak dimeja,botolnya bergelimpangan. Kemudian di bilik sel atau seperti penjara,ada beberapa orang wanita berada di dalam terkurung.

"Haha...ada order baru,diorang nak dalam 10 orang budak pulak.." ujar salah seorang daripada mereka,berambut pacak.

"Hey Spark,kau sure ke tak akan kantoi?" Soal rakannya,Nick.

"Sure bro,just trust me...everything wil fine..." balas Spark senyum sinis,penuh dengan muslihat tentunya.

"Don't confidence to much...ini negara Mentari.." sampuk seorang lagi kawannya mencelah.

"Why Bill? You scared?" Spark mengusiknya.

Perbualan mereka Aswandy serta Reezal dapat dengar dengan jelas,mereka berpandangan dan mengangguk kemudian ingin melakukan tindakan tapi terhenti kerana...

"Lepas la!" Luqman meronta diikat ditarik oleh seorang rakan penjenayah.

Reezal seperti ingin meluru namun dihalang Aswandy,tangannya berisyarat supaya menunggu masa yang sesuai.

"Apahal ni bro? Zen?" Soal Spark bangun dari kerusinya.

"Budak ni tadi aku tangkap tengah merayau kawasan depan markas kita..." ujar orang dipanggil Zen,memegang erat lengan Luqman.

"Eh...? Bagus la,tinggal lagi 9 orang nak cari..." ujar Spark tersengih.

"Mighty Bison...." bisik Reezal dan kawasan lantai tempat penjenayah itu bergegar.

"Motherfu.....?" Belum sempat penjenayah itu menghabiskan ayatmya,keluar seekor bison dari tanah di sebalik lantai.

"What the? Bison?? This one is bigger!!!" Jerit salah seorang pengikutnya.

"Hmph...electricity explodes!" Luqman segera mengecas kuasanya,semasa Zen sibuk leka dengan gangguan serangan Mighty Bison.

"Kurang asam jawa....meh aku bagi tambah! Raikoken!!!!" Satu tumbukan padu diselangi kuasa kilatnya,tepat mengenai perut Zen.

Aminudden ketika itu yang turut sama berada di satu sudut berbeza,lokasi yang sama tetapi pada jarak yang agak jauh. Mengintai bersama Jamel dan Zero.

"Tangkap budak kilat tu!" Arah Spark menuding pada Luqman.

"Blizzard fist art...." Aswandy membekukan kawasan berdekatan,membuatkan kuncu-kuncunya Spark berhenti meluru ke arah Luqman dan menoleh ke arahnya.

"Diamond Edge...." seluruh kawasan itu terbeku,dan kiub ais menujah dari darat menumbangkan semua penjenayah.

"Huh? Rambut panjang hitam...? Ada garis putih salji...? Tak mungkin!... First prince?!" Ujar antara salah satu kuncu Spark.

"Berani kau cuba dagang manusia!" Ujar Reezal dengan air mukanya kemarahan,Spark terkaku dan tidak sampai beberapa saat,satu tumbukan padu ke muka Spark.

"Malah kau cuba nak jual anak aku juga.."

"Ayah?"

"Luqman bera..." belum sempat Reezal menghabiskan ayat,Aswandy menahannya.

"Nanti-nanti je marah tu...settle masalah ni sekarang!" Ujar Aswandy menegaskan,Luqman menarik nafas lega.

Spark yang tercampak ke belakang,mengimbangi badannya dari terjatuh kemudian menarik senjatanya yang kemas disangkut pada pinggangnya.

"Jangan berlagak la!..." jerit Spark meluru ke arah Reezal.

Pada masa yang sama,Aminudden bersama Zero dan Jamel pula sedang berbincang.

"Okay...kamu berdua uruskan mangsa tahanan,aku tolong ayah putera muda..." Jamel segera menuju ke arah kuncu-kuncu Spark yang masih cuba mengasak Luqman.

"Woreah!!..." jerit Jamel memberi sepakan terajang ala Bruce Lee.

"Cik Jamel?" Luqman terkejut apabila Jamel muncul secara tiba-tiba.

"Baiklah mari putera muda.." Zero segera mengajak Aminudden melakukan tugasan mereka pula.

Penjenayah itu semua diasak hebat oleh Reezal dan Aswandy,mereka berdua menyedari kehadiran Jamel yang membantu dan sekadar meneruskan apa yang perlu dilakukan.

Spark ternyata degil dan tidak mahu mengalah,malah menyerang mereka berdua dan turut dibantu Nick serta Bill. Namun serangan mereka dipatahkan oleh Jamel yang tiba-tiba muncul,begitu juga reaksi Aswandy dan Reezal.

"Haipp....ops sorry bro,termasuk kawasan lain plak...hehe" ujar Jamel sambil segera beredar,kemudian dia kembali menyambung berlawan dengan pengikut penjenayah yang lain.

"Wei korang macam mana dengan orang yang....eh?" Spark terkejut apabila orang yang dikurung oleh mereka,telah dilepaskan oleh Aminudden serta Zero.

"Hehe.....peace!" Ujar Aminudden sebaik melepaskan mangsa yang terakhir,menunjuk isyarat V pada mereka bertiga.

"Aminudden pun ada di sini?" Aswandy menggaru kepalanya.

"Kurang ajar!" Bill serta Nick meluru ke arah Aminudden dan Zero.

Zero dan Aminudden berpandangan sesama mereka,kemudian mengangguk faham apa yang perlu mereka lakukan. Mereka berdua mengaktifkan api masing-masing,dan menerjah ke arah Bill dan Nick.

"Heat Drive!" Zero melakukan serangan pada Nick.

"Flame arts style.... Falcon Claw!" Serangan api seperti cakaran helang,menumbangkan Bill.

"Bill! Nick!" Jerit Spark melihat dua rakannya tumbang,namun dia menyedari daya tekanan kuat daripada Aswandy dan Reezal.

"Bison Blow!" Serangan tembakan seumpama meriam dari mulut Mighty Bison,Reezal memberi isyarat pada Aswandy.

"Blizzard finishing arts...." Aswandy berbisik kemudian melihat ke arah Spark yang masih tercampak di udara.

"Blizzard Typhoon...." satu serangan seperti puting beliung,dan akhirnya Spark terbeku di dalamnya.

"Terima kasih kerana tolong Luqman..."
Ujar ayahnya,Luqman tersengih namun bukan lama.

"Tak bermakna ayah tidak bagi hukuman..."

"Yeah...that should be...hehe i'm done..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top