Chapter 12 Mencurigakan

Kantin Istana

Aminudden menguap panjang,mengantuk rasanya sekali di hatinya. Menyesal tidur lewat semalam,kerana menolong bapanya iaitu Reezal menyiapkan laporan mengenai kes-kes pengaduan yang diterima oleh pihak polis. Yang mana kes yang di luar kemampuan pihak polis.

"Pergh mengantuknya...." keluh Aminudden sendirian,sambil tangannya menyuap kepingan roti yang di sapu jem. Tiba-tiba bahunya diusap perlahan,lalu dia menoleh Alisa rupanya gerangan pelaku.

"Lesu jer? Kenapa?" Soal Alisa tersenyum.

"Semalam tolong ayah,ada kes luar biasa punya laporan perlu disiapkan...la ni ayah pagi-pagi dah keluar..." ujar Aminudden menerangkan.

"Baru perasan tadi tuan Reezal keluar awal sangat,pukul 7 lepas solat subuh tadi...." beritahu Alisa cuba mengingati semula.

"Tengok? Awalnya...." rungut Aminudden.

"Tuan Aswandy pun turut ikut sama..." tambah Alisa lagi.

"Eh!!???" Aminudden terkejut dan secara tiba-tiba,Ikhwan muncul mengetuk kepalanya.

"Ikhwan?" Alisa terkejut.

"Adoi! Sakit ah cik!" Rungut Aminudden menoleh ke arah Ikhwan.

"Ni apa pagi-pagi dah jerit kuat sangat ni?" Ujar Ikhwan mengepal penumbuknya,manakala sebelah tangan kirinya memegang dulang diisi air kotak dan roti.

Askar yang berada berdekatan menjeling ke arah mereka bertiga,mungkin disebabkan jeritan kuat Aminudden. Ikhwan menjeling ke arah askar tersebut,dengan segera mereka mengalih pandangan.

"Janganlah garang sangat..." pujuk Alisa melihat renungan Ikhwan yang tajam,pada askar yang melihat mereka sebentar tadi.

"Hmm....." balas Ikhwan.

"Aduyai...nak manja-manja pula..." bisik Aminudden.

"You say something Min?"

"Huh? No...not! Nothing hehe..just your imagination..." ujar Aminudden berdalih.

"Hmmm....." Ikhwan mengecilkan matanya.

Bunyi loceng amaran bergema,menyelamatkan Aminudden dari terus disoal. Ikhwan mula mengalihkan perhatiannya,Aminudden menarik nafas lega kerana terselamat.

Perhatian diminta putera bongsu hadir ke bilik menghadap maharaja! ASAP!

"Cik....tu nama cik,mesti datuk yang panggil...mesti berkenaan..." belum sempat Aminudden menghabiskan ayat,Ikhwan mengusap kepalanya dan tersenyum lalu mengangguk.

Maaf! Penambahan Alisa Darweez diminta turut sama hadir! ASAP!

Sekali lagi pengumuman dibuat,kali ini nama Alisa turut dipetik dan merisaukan Ikhwan. Alisa memegang tapak tangan Ikhwan dan tersenyum ke arahnya,seperti berkata 'semuanya pasti okay'

"Alisa....baiklah.." balas Ikhwan dan segera beredar,disusuli Alisa namun dia sempat menoleh ke arah Aminudden.

"Kalau penat sangat,rehat tidur!" Kemudian Alisa segera mengejar mendapatkan Ikhwan.

Aminudden melihat Alisa dan Ikhwan pergi meninggalkannya,dia menongkat dagunya melihat bapa saudaranya bersama seorang perempuan yang cantik. Dia tersengih ceria dan kemudian tersedar sesuatu,ke mana abang sulungnya?

Ai...mana abang long aku ni? Bangun subuh dah hilang? Mana pergi merayap,di call tak jawab,haish! Nanti mak tanya apa nak aku jawabnya?

Membebel Aminudden seorang diri,digaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengambil keputusan untuk meronda luar istana,dia terfikir manalah tahu akan bertembung dengan Luqman.

Yosh! Lets killing time!

Aminudden berkata pada dirinya sendirian,risaunya pada abangnya membuatkan diri terlupa sedang kepenatan. Segera dia melompat keluar dari pagar besar istana,askar yang berkawal di pondok terkejut.

"Putera muda Aminudden?"

"Kenapa?" Soal Zero yang turut sama berada di situ.

"Putera muda Aminudden,dia tiba-tiba mengejut lompat keluar.." jelas askar itu,Zero sekadar menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu,saya akan ikut tuan putera muda dari belakang..jangan beritahu putera Reezal..." askar itu mengangguk kemudian memberi tabik hormat faham dengan arahan diberikan oleh Zero.

Zero segera melompat keluar dan menuju ke arah yang sama dituju oleh Aminudden,dia tertanya-tanya apa yang akan dilakukan olehnya.

"Zero?" Satu suara pada alat penghubung yang dipakai pada telinga,dia agak terkejut juga kerana itu suara milik Ikhwan.

"Putera bongsu?"

"Kau tahu ke mana anak saudara aku tu?" Lagi sekali dia terkejut,terdiam sejenak.

"Zero?"

"Buat masa ini belum tahu lagi,sebab mungkin dia mencari putera muda Luqman..."

"Luqman?"

"Ya tuan,selepas solat subuh tadi putera muda Luqman keluar sehinggalah sekarang.."

Ikhwan yang ketika itu di hadapan ayahandanya,terdiam dan raja Solleh perasan air muka anaknya berubah. Alisa turut sama risau,dia turut menyedari pagi tadi selepas subuh Luqman terus mengenakan pakaian biasanya dan terus keluar dari istana.

Zero yang ketika itu,sedang mengejar Aminudden menyedari orang dikejar berada di atas dahan pokok. 'Alamak...' Zero mendesah kemudiannya,Aminudden menunggunya dan dia terlalu memandang rendah padanya.

"Craps! I'm busted!" Omel Zero mendarat di dahan pokok yang sama.

"Abang Zero tahu ke mana abang saya pergi?"

"Hmm mungkin ikut ayah dan bapa saudara putera muda?" Sebaik sahaja Zero berkata sedemikian,Aminudden mengingati ayahnya juga turut keluar awal selepas solat subuh.

"Apa kau buat bang.....ayah tahu ni nahas ko.." rungut Aminudden sendirian,digaru kepalanya yang tidak gatal.

"Abang Zero ada cadangan?"

"Hmm....jika nak bawak balik putera muda Luqman..saya boleh tolong..."

"Good that's more than enough! Let's GO!" Ujar Aminudden mula melompat dari pokok ke pokok,kemudian Zero sekadar menggelengkan kepalanya dan mengekorinya.

================================================

Ruang menghadap raja

Ikhwan yang pada masa itu baru selesai menghubungi Zero,selepas dimatikan talian dia mulai resah. Ayahandanya turut menyedari keresahan Ikhwan,Solleh bingkas bangun dari kerusi rajanya.

"Ada yang tak kena?"

"Tak....tidak ada apa-apa ayahanda..." ujar Ikhwan,dia tidak mahu merisaukan ayahandanya.

"Wan?..." Alisa seperti dapat menangkap keresahan Ikhwan.

Baiklah ayahanda,jika tiada apa-apa anakanda mohon beredar...." ujar Ikhwan kemudian menggeleng kepala, tanda meminta Alisa jangan beritahu apa-apa pada ayahandanya.

"But...."

"Please Alisa....."

"Just please okay? " Ikhwan bertegas,dan Alisa akur.

"Kenapa awak risau? Bukankah mereka mengekori ayah mereka?" Soal Alisa masih tidak faham.

"Dua abang saya itu dalam perjalanan memburu perompak. Luqman tidak tahu tentang perkara ini..."

"Bukankah anak saudara awak kuat kedua-duanya?" Ikhwan menghentikan langkahnya,kemudian berpaling ke arah Alisa.

"Perompak yang abang saya buru,bukan sembarangan perompak..mereka dikategorikan sebagai level yang bahaya..Luqman dan Aminudden masih mentah...sebab itu kita kena rahsiakan daripada ayahanda!" Jelas Ikhwan matanya memandang tepat ke arah mata Alisa.

"Sekarang ni saya cuma harapkan Zero sahaja...."

"Aku ko tak mintak tolong ke?" Suara lelaki menegur dari belakang.

"Jamel!" Ikhwan terkejut apabila Jamel berada di belakangnya.

"Yo....pagi-pagi dah kecoh...apehal?"

Ikhwan menerangkan segala-galanya pada Jamel.

"Okay serahkan pada aku!" Ujar Jamel menepuk dadanya.

"Kau boleh kejar ke?"

"Hey....serahkan pada aku,lagipun aku ada White Tiger...hehe" Ikhwan mengangguk tersenyum.

"Well i leave them too you bro...."

"Aduyai speaking ni yang lemah ni..."

"Aku serahkan diorang pada kau bro..." ujar Ikhwan mentafsirkan makna untuk Jamel.

"Ouh...terima kasih kerana melayukan...ingat ea arep omong jowo...kikiki...." ujar Jamel sempat melawak dan segera beredar.

"Be safe Luqman,Aminudden...Zero you too..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top