Chapter 11 Declaration

"Hari ini,hari terakhir kau putera!" Ujar Raven cuba menikam Ikhwan yang sedang terbaring,tidak mampu bergerak. Ikhwan tergamam kerana nyawanya dihujung tanduk.

Namun.....

Tikaman hanya dituju pada sebelah wajah Ikhwan,pada tanah dan Raven mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu pada Ikhwan. Mata Ikhwan membulat besar dan mengetap kuat giginya,menahan kegeraman.

"Minutes spike!" Satu tujahan kaki menendang tangan Raven dengan tiba-tiba.

"Apa?" Sedang Raven terkejut dengan serang curi,Zero muncul di hadapannya.

"Kau.....?"

"Craw Bites!!" Satu serangan bersama api merah,membuatkan Raven berundur.

"Kau....huh?" Belum sempat Raven menghabiskan ayatnya,Jamel sudah berada di sebelah kanannya.

"Kau apa huh? Tiger punch!" Jamel memberi penumbuk padu,namun Raven tidak berdiam diri.

"Jamel....Shadow Bites!" Raven semakin berundur ke belakang.

Raven mengatur nafas dan Jamel berundur semula mendapatkan Zero,dan Ikhwan yang teruk kena belasah sebentar tadi oleh Raven.

"Putera! Putera tidak apa-apa...?" Soal Zero cemas,tiada jawapan daripada Ikhwan kerana menahan kesakitan.

"Pengsan ke?" Soal Jamel.

"Tidak,dia tengah tahan sakit..." jawab Zero.

"Kau bernasib baik....Ikhwan,kerana anjing istana ni selamatkan kau...." ujar Raven senyum licik.

"Diam....." satu suara halus menegurnya,dia mendongak sebongkah kiub ais yang besar menghempas menuju ke arahnya. Namun dia segera mengelak dengan pantas,tetapi serangan ais dari tanah pula muncul berterusan.

"Aswandy...."bisiknya.

"Kau panggil?" Aswandy muncul sebelah kirinya,tangan kanan bersalut ais bentuk penumbuk yang besar.

"Owh.....craps..."

"Ice arts style...blizzard knuckle!" Satu penumbuk tepat mengenai mukanya,dan Raven melanggar batu besar berhampiran.

"Uuh.....that's must be hurt!" Seloroh Jamel sedikit melawak.

"Ergh....." Raven bangun dari jatuhnya,mengurut-urut sedikit badannya. Kemudian dia kembali pulih,seperti tiada apa-apa serangan Aswandy sebentar tadi.

"Cih....baru balik kena sambut dua orang putera...sorang penyibuk,sorang klon...!" Sebaik sahaja perkataan 'klon' disebut,Raven menoleh ke arah Zero.

"Melihat ada orang lain serupa dengan aku,membuatkan tekak aku loya....!"

"Oi....! Oi! Ko sekarang ni sorang je...fikir dulu baru cakap!" Ternyata Jamel bengang dipanggil penyibuk oleh Raven.

"Huh! Siapa kata aku seorang sahaja?" Sebaik sahaja Raven selesai berkata-kata,muncul tiga lelaki melompat dan mendarat di hadapannya.

"Button Brothers...." ujar Aswandy mukanya serius,buku lima tangannya mula membeku sedikit demi sedikit.

"Kita nak serang ke boss?" Soal Jeff menoleh ke arah Raven.

"Tidak lebih baik berundur dahulu..." arah Raven,mereka bertiga mengangguk faham. Dean segera mencipta bulatan teleportasi.

"Nak lari?" Jamel menyedari tindakan mereka.

"Jangan harap...!" Kata Aswandy sambil meluru ke arah mereka berempat.

"Heh...kita berjumpa lagi,putera sulung....." sebelum sempat Aswandy berbuat apa-apa,Raven dan Button Brothers telah hilang bersama cahaya teleportasi.

Ikhwan,Aswandy,Jamel serta Zero hanya mampu melihat sahaja,dan Ikhwan menjerit kuat penuh dengan kekesalan. Zero pula sekadar mampu menenangkannya,Aswandy melihat keadaan adiknya turut merasai kesedihan di dalam dirinya juga.

"I will grow stronger for sure....!" Ujar Ikhwan pada abangnya,Aswandy terkejut sedikit kemudian dia tersenyum mengangguk setuju.

=======================================================

Istana

Alisa yang berada di ruang rehat istana,menyedari Ikhwan tiba di laman istana mendarat dari melompat bangunan ke bangunan. Ikhwan sedikit terkejut apabila menyedari Alisa berada di ruang rehat istana,manakala Aswandy,Jamel dan Zero terus mendarat di bumbung istana.

"Zero kau okay?"

"Err....okay kenapa tuan putera?" Zero hairan dengan soalan Aswandy.

"About what Raven said...."

"Don't worry about me,i'm fine...." ujar Zero berlalu pergi,Jamel menyusul dari belakang.

"Mel....." Aswandy menahan Jamel dengan memegang bahunya.

"Pastikan Guardians yang lain alert,Raven dah kembali..." ujar Aswandy memberi arahan,Jamel mengangguk faham,kemudian dia segera beredar membuat panggilan seseorang yang dia kenal. Aswandy pula yang melihat Jamel beredar,turut membuat panggilan.

"Yusri....."

"Yes brother?...."

"Beri amaran pada askar kita,hantar mesej amaran tak kira guna media atau cara lama...pastikan semua tahu Raven dah kembali...!"

Yusri mengangguk faham dan talian dimatikan,kemudian jari-jemarinya diregangkan. Sepantas kilat dia menaip di papan kekunci digital.

Pada masa yang sama,Ikhwan dan Alisa berbalas pandangan kemudian Alisa terkejut mendapati luka dan lebam pada wajah Ikhwan.

"Ikhwan!...." segera berlari memegang wajah Ikhwan,Alisa memeriksa setiap lebam dan luka. Ikhwan hanya mendiamkan diri,kemudian dengan tiba-tiba Alisa merawat luka dan lebamnya.

"Huh? Luka dah hilang.....?" Ikhwan terkejut mendapati lukanya telah hilang.

"Baguslah......" ujar Alisa tersenyum.

"How you doing that?...." soal Ikhwan memegang tangan Alisa.

"I don't know...but i know i have healing power..." Ikhwan membulatkan matanya,dan tertanya-tanya.

Ini ke kuasa cpu-biology yang ada?

====================================================

Kawasan Bandar Terbiar

Raven dan Button Brothers muncul dengan kuasa cahaya teleportasi,Dean menghela nafas lega kerana mereka berjaya melarikan diri.

"Boss apa rancangan kita selepas ini?" Soal Ren menoleh ke arah Raven.

"Sekarang ni...berapa cpu-biology ada pada kita?" Soal Raven.

"Ada 4....sepatutnya 5..."jawab Jeff mendesah.

"Mana lagi satu?" Soal Raven hairan.

"Pada kawan lama boss la....putera bongsu.."

Raven terdiam dan mengaktifkan satu skrin visual digital muncul,diperiksa dan tertera nama Alisa Darweez dan statusnya adalah LOST.

"Interesting......." ujar Raven perlahan,dia berjalan perlahan melangkah keluar dari bangunan terbiar.

"Make sure the other cpu-biology not runaway...i handle this one.." Raven segera beredar,manakala Button Brothers mengangguk faham arahannya.

Raven melangkah di kawasan bangunan yang pada bandar terbiar,kemudian satu kelibat tubuh kelihatan di hadapannya.
Seorang gadis berambut pendek paras bahu,berwarna biru muda dan cemeti di pinggang kanannya. Anak mata berwarna perak memandang ke arahnya.

"Elena....apa yang kau buat di sini?" Soal Raven.

"Saja....ambil angin di sini..." ujar gadis bernama Elena itu,sambil tersenyum dan menghampiri Raven.

"Hey...jangan stress sangat..." ujar Elena memegang dada Raven,lalu diusap perlahan dengan senyuman menggodanya.

"Nak makan penumbuk ke?" Raven terasa tidak selesa.

"Come on don't be shy...."

"Hmph!" Raven memaksa Elena menjarakkan dirinya,dengan tusukan bayang hitamnya.

"Oups! You not fun at all!" Elena merungut.

"Find someone else if you wanna have fun!" Kata Raven kemudian segera beredar.

"Lelaki pelik!" Ujar Elena yang melihat Raven berlalu pergi.

======================================================

Ikhwan mengetuk jari-jemarinya di mejanya,dia berasa tidak puas hati kerana masih lemah jika dibandingkan dirinya dengan Raven. Alisa memerhatikan Ikhwan yang berkelakuan pelik,dia tertanya-tanya sebab kenapa Ikhwan dalam keadaan begitu.

"Damn it......" bisik Ikhwan perlahan,mengingati semula kata-kata Raven tadi.

"Bertenang putera,kemarahan bukan jalan penyelesaian...." Karma cuba memujuk Ikhwan,namun Ikhwan hanya mendiamkan dirinya.

"Aku harus menjadi kuat....." kata Ikhwan bergetar.

"Ikhwan....." Karma memahami perasaan Ikhwan,dia menyalahi diri sendiri kerana Ikhwan tidak menggunakan kuasanya dengan tanpa ada kesan bahaya.

"Aku nekad untuk mengawal kuasa Blue Blaze kau..."

"Huh?"

"Aku janji Karma....aku pasti akan menguasainya!" Ikhwan ternyata nekad dengan keputusannya.

"Aku akan bantu dengan apa yang aku mampu lakukan..." ujar Karma.

"Terima kasih kawan...." Alisa tersenyum dan menarik nafas lega,melihat Ikhwan kembali semula dengan dirinya yang asal.

"Raven you just wait....." Ikhwan mengarahkan tangannya pada langit yang membiru,kemudian digenggam kuat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top