Chapter 10 Ikhwan versus Raven

"Cik Alisa,look!" Intan melambai ke arahnya,Alisa diminta oleh ibu Intan,Razeedah Ben untuk menjaganya. Manakala Intan merasakan entah kenapa dia selesa apabila Alisa bersamanya.

"Wah....cantik bunga ni..." ujar Alisa tersenyum melihat bunga yang dipetik oleh Intan.

"Kan? Kan? Bunga ni semua...cik Reena.....yang tanam....emm" nada Intan mula berubah,menjadi perlahan.

"Reena? Siapa tu.....?"

"Mak cik kami....tapi orangnya dah lama tiada.." Luqman muncul sambil menerangkan siapakah Reena.

"Mak cik kamu? Sudah meninggal?" Soal Alisa sedikit terkejut,Luqman mengangguk kemudian menghampiri kawasan tanaman bunga.

"Dia selalu ke sini,habiskan masa tanam bunga baru...kalau tak ada urusan negara.." sambung Luqman lagi.

"What happens? Why she die?" Soal Alisa.

"She being killed...." ujar Luqman suara tersekat,Alisa tergamam dan Intan menundukkan kepalanya.

"Killed by someone once is our knights..." ujar Luqman menyambung kata-katanya,menoleh ke arah Alisa.

Alisa hanya mampu tergamam,terdiam hilang kata-kata dan Intan pula sekadar mendiamkan diri. Melihat bunga yang ditanam oleh allahyarham ibu saudaranya.

===========================================

Garaj Istana

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Aminudden ketika itu di dalam kereta jenis seperti Honda NSX,Ikhwan pula sekadar memeriksa keadaan kereta.

"Buat tak tahu pula...." rungut Aminudden.

"Tanah perkuburan diraja..." ujar Ikhwan.

"Ouh....jawab kan senang..."

"Boleh diam kejap?"

"Okay boss..."

"Wan? Kau nak pergi mana?" Soal Raffie yang muncul secara tiba-tiba di garaj.

"Tanah perkuburan..." jawab Ikhwan pendek.

"Ouh....hati-hati..." ujar Raffie kemudian berlalu pergi,Ikhwan sekadar mengangguk dan menghidup enjin kereta.

"Pakai seatbelt Min...kang kena saman..."

"Ala negara atuk sendiri pon nak pakai..."

"Pakai seatbelt...."

"Baik....."

Gear ditekan kemudian kluc dilepaskan perlahan-lahan,kereta seperti jenis Honda NSX itu bergerak keluar dari istana Mentari.

"Kita ni sebagai pemerintah kena buat apa yang kita aturkan..." ujar Ikhwan menjeling ke arah anak saudaranya.

"Kalau kita sebagai pemerintah,tak buat rakyat nak ikut ke?" Soal Ikhwan menjeling sekali lagi.

Aminudden diam sekadar menggelengkan kepalanya,Ikhwan menunjukkan tanda 'bagus!' Kemudian gear ditukar dan pendikit minyak ditekan,kereta menyusur laju.

Tanah perkuburan terletak di kawasan gunung,sebagai penghormatan tidak kira raja atupun askar mereka akan dikebumikan di sana. Ikhwan memasuki perkarangan tempat letak kereta,askar diraja yang ditugaskan di situ sebaik melihat kereta itu segera melakukan tabik hormat.

"Sampai dah....kenapa tak berjalan lompat bangunan ke bangunan...." ujar Aminudden sambil membuka pintu,dan terus keluar.

"Tak payah la bazir tenaga...tahu la boleh lompat tinggi sana sini...simpan tenaga,kang penat musuh serang tiba-tiba..kau nak handle macam mana?" Leter bapa saudaranya,sambil berjalan menuju pintu masuk ke kawasan tanah perkuburan.

"Hari ni harinya kan?" Soal Aminudden,Ikhwan sekadar jawab dengan gerak kepala.

Kakak....bisik Ikhwan dalam hati,Aminudden menyedari reaksi bapa saudaranya namun dia sekadar membiarkannya sahaja.

Doa dibaca perlahan,fatihah dibaca untuk memberi ketenangan pada allahyarham.

Sedang Ikhwan membacakan doa,seorang pemuda melangkah perlahan kemudian berhenti di tepi jalan bandar kota. Cermin mata hitamnya berkilat apabila dipanah cahaya mentari,dia mendongak dan melihat ke arah gunung di mana Ikhwan berada. Renungan matanya yang tajam,dapat dilihat daripada kaca mata hitamnya.

Zero yang sedang berehat di atas bumbung istana,menyedari sesuatu kemudian air mukanya berubah serius. Jamel yang baru tiba terkejut apabila melihat Zero yang tiba-tiba sahaja melompat meninggalkan istana,dia berasakan sesuatu yang kurang enak,lantas mengejar Zero.

"Amin....." Ikhwan selesai membaca doa,Aminudden kembali segar kerana ketika mengaminkan doa tersenguk-senguk menahan dari tertidur.

"Takkan la ngantuk...." perli bapa saudaranya.

"Hehehe...."

"Sudah jom..kita pergi sarapan dulu,awal lagi ni baru jam 9 setengah...!" Ikhwan mengajak Aminudden sarapan pagi.

"Yeah!" Ujar Aminudden menunjukkan isyarat bagus melalui tanda ibu jarinya.

"Wah.....bab makan laju je....tak ngantuk pulak?"

"Lain kes cik....."

Ikhwan sekadar menggelengkan kepalannya,kemudian segera menuju ke arah keretanya. Sekali lagi askar diraja itu melakukan tabik hormat,apabila Ikhwan dan Aminudden berjalan keluar dari perkarangan tanah perkuburan diraja.

Ketika dalam perjalanan,Aminudden mendapati bapa saudara seakan resah tentang sesuatu. Tangan kirinya mengawal steering,manakala tangan kanannya menongkat dagunya.

"Kenapa cik?"

"Tak sedap hati la...."

Sebaik sahaja Ikhwan memasuki pintu gerbang kota,dia merasakan satu daya tekanan kuasa yang kuat. Malah dari pengamatannya,kali ini berbahaya dan dia mula fikirkan keselamatan orang awam.

"Cik...tekanan kuasa ni..." Aminudden turut sama merasainya.

"Ya....." balas bapa saudaranya.

"Huh?" Bukan sahaja Aminudden,malah Luqman dan yang lain-lain turut menyedari akan tekanan kuasa itu.

"Begitu gelap..." Solleh turut sama merasai kuasa itu,dan dia mengenali kuasa itu.

"Dia dah balik...." ujar Aswandy ketika bersamanya.

"Raffie...better make sure evacuated all people...ring the alarm..!" Ujar Reezal berjalan dengan cepat,menuju ke arah di mana ayahandanya berada.

"Yes brother...!" Raffie tidak membantah dan segera bergerak lain arah.

Wing...............!!!!!!!!!

Bunyi loceng amaran bergema dan seluruh rakyat di kota,segera berkemas,kemudian menutup kedai dengan tergesa-gesa. Ikhwan yang baru sahaja keluar dari kereta,segera membaling kunci pada Aminudden.

"Huh?" Aminudden terkejut.

"Bawa kereta cik balik...sarapan kena tangguh...dulu"

"Huh? Ala....." rungut Aminudden masuk kembali ke dalam kereta,tetapi di tempat pemandu.

Ikhwan melangkah perlahan,tanpa kedengaran bunyi tapak kaki sekalipun. Air mukanya mula berubah,menjadi serius langkahnya terhenti. Seorang pemuda berkaca hitam yang sama melihat ke arah gunung,Ikhwan dan pemuda berkaca mata hitam berbalas pandangan.

"It's been a while...." ujar Ikhwan dan tangannya mula membara.

"Yeah...." ujar pemuda itu berambut putih,sama seperti Zero kemudian cermin matanya diturunkan perlahan-lahan.

"You got some nerve came back here..." ujar Ikhwan dan kemarahannya mula meluap-luap.

"Raven....." tambah Ikhwan menyebut nama pemuda itu.

Apa yang mengejutkan,wajah Raven begitu serupa dengan Zero. Ikhwan tidak sedikit menunjukkan reaksi terkejut. Semua orang yang berada bandar kota,telah pun berada di tempat perlindungan untuk mengelakkan terlibat dalam pertempuran bakal berlaku sebentar sahaja lagi.

"What? This my nation....w-" belum sempat Raven menghabiskan ayat,Ikhwan mencengkam mukanya dan menariknya meninggalkan kota tersebut.

Raven dicampak ke bawah,terhempas ke tanah sebaik sahaja Ikhwan memastikan tiada orang awam yang berada di kawasan berdekatan.

"Jangan kau berani cakap ini negara kau...." ujar Ikhwan sambil mendarat,Raven bingkas bangkit daripada jatuhnya.

"SELEPAS KAU BUNUH KAKAK AKU!!"

"Itu sebab dia menyibuk hal aku...jadi itu habuannya..." ujar Raven.

"Apa kau cakap..." sedikit demi sedikit bara merah Ikhwan berubah menjadi biru.

"Jangan gunakan Blue Blaze tuan putera!"

Karma memberi amaran namun tidak diendahkan oleh Ikhwan,Raven yang mula sekadar berwajah tenang kemudiannya terkejut apabila Ikhwan tepat menumbuk ke pipi kirinya.

Blue Blaze adalah api biru milik Karma,Ikhwan boleh menggunakan dengan sesuka hati. Namun dia tidak boleh guna lebih dari lima minit,Alisa yang tengah melayani Intan tersedar akan kuasa api biru itu.

"Ikhwan?"

"Dragon Drive!! One inch!!" Satu serangan tumbukan tepat mengenai perut Raven.

"Tch!...Shadow Binding!" Satu bayang mengikat melilit tubuh Ikhwan.

"Dragon Drive!...Blaze Explode!!!" Letupan demi letupan berlaku,mematahkan ikatan bayang Raven.

"What.....the..." Raven sedikit terkejut.

"This just for warm up Raven....." api biru semakin marak di tangan Ikhwan.

"Masa cuma 3 minit je lagi...tuan putera.." Karma cuba memberi amaran,Ikhwan sekadar mendiamkan diri.

"Nampaknya begitu kuat sekali kemarahan kau.." api biru milik Ikhwan membara lebih kuat,dan dia meluru ke arah Raven wajah yang bengis.

"Oraaaaahh!!!"

"Hmph!" Tumbukan mereka bertemu,seluruh kawasan meletup kerana kesan pertembungan kuasa mereka berdua.

Kemudian dengan mengejut,Ikhwan menangkap buku lima Raven dan ditarik kemudian mencampak ke arah runtuhan batu. Namun serangan Ikhwan tidak terhenti di situ,dia menghasilkan bola api yang besar berwarna biru.

"Huh?" Raven yang dalam keadaan tercampak,menyedari tindakan seterusnya Ikhwan.

"Dragon Blaze arts style! Blaze Destroyer!!" Ikhwan mencampakkan bola api biru yang besar ke arah Raven,serentak terjatuh dan mengenai jurus daripada Ikhwan.

Letupan yang kuat terhasil,dalam masa yang sama Yusri yang melihat perlawanan dari bilik pemerhatian tercengang. Tergamam dengan bahana kuasa api biru milik Ikhwan.

"Holy craps! Badass!" Ujar Yusri sendirian.

"Hah! Hah! Hah!....ergh..!" Ikhwan mula merasakan kesakitan yang amat sangat,bara apinya berubah semula normal iaitu merah.

"Hebat...." Raven berkata perlahan,dan meletup runtuhan batu yang menimbuskannya.

"But you still can't use more than five minutes..." sambungnya kemudian muncul dengan pantas di hadapan Ikhwan.

"Apa? Argh!!" Penumbuk sulung tepat mengenai perutnya,namun serangan Raven tidak terhenti di satu. Satu persatu tumbukan mengenai Ikhwan,dan akhirnya dia jatus menghempas bumi.

"Ergh...argh!" Sedang Ikhwan merintih kesakitan,Raven memijak perutnya dengan kasar.

"Kau...lemah! Kau tak layak digelar raja naga..."

"Sial kau! Ergh!" Ujar Ikhwan,dan Raven menguatkan lagi pijakan kakinya pada perut Ikhwan.

"Masih bersuara...."

"Sial kau,aku nak bunuh kau! Aku pasti akan bunuh kau!!" Jerit Ikhwan seperti orang yang hilang pertimbangan dirinya.

"Nak bunuh aku? Kau kawal Blue Blaze pun tidak mampu,ada hati nak bunuh aku? Baiklah...." tangan Raven menghasilkan sebatang lembing,Ikhwan terkejut.

"Hari ni hari terakhir kau putera!"

Penampilan Ikhwan Solleh aku gambarkan lebih kurang sama dengan Kyo Kusanagi..nanti aku update gambar watak2 dalam novel ni...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top