Episod 9
"Sekolah Baru"
Nizam bersiap-siap pakai baju sekolah kembali, dan kemudian pakai beg sekolah lamanya. Dia tidaklah membuat keputusan untuk kekal belajar di Tingkatan Enam seperti Kamelia atau Adli, dia hanya menunggu peluang belajar di tempat yang lebih best.
Sebenarnya dia sendiri tak tahu apa dia nak buat bila dah besar nanti. Dia cuma minat muzik, muzik, dan muzik.
Dan dia pernah juga berbincang dengan Eleena tentang hal ini. Eleena seolah-olah tak mahu beritahu apa rancangannya selepas sekolah.
Kalau terpisah, nak kekalkan hubungan mesti lagi susah, kan?
Tapi Eleena masih ada di sisi, dia rasa lega. Buat masa ini.
Dia turun ke bawah bukit menuju ke Taman Indah, sebelum melalui Pekan Batu 11 Balakong. Dia beli gula-gula Sugus di gerai suratkhabar Acheh tepi restoran Cina. Sambil tu dia beli susu kotak. Dia kemudian melintas, dan berjalan melalui KFC Balakong sebelum ke Lebuhraya Cheras-Kajang, melintas melalui bawah flyover, sebelum ke bus stop.
Untuk ke Kajang, ada bas Foh Hup yang Dam Ganjaran bawak dulu, nombor 572. Kemudian ada bas Cityliner 572 dan 818, yang tu dia pergi sampai Seremban via Beranang.
Kejap lagi dia nampak susuk tubuh yang dia selalu nampak.
"Adli adlo adli makan telo!" kata Nizam salam calit ibu jari dan fistbump pada Adli.
"Masuk juga Form 6? Aku ingat kau dah nak kahwin dah?" kata Adli sambil light rokok.
"Sementara je ni, kot. Dapat tempat best, gua chow la," kata Nizam sambil hirup susu kotak.
"Ha, kau punya paddle pop drummer dah sampai," Adli pandang Kamelia yang pakai baju kurung sekolah. Kamelia nampak Nizam pakai baju sekolah. Dia rasa berdebar, dalam masa sama dia cuba kawal perasaannya selepas peristiwa hari tu di rumah Eleena.
"Nizam, anda masuk Tingkatan Enam?" kata Kamelia dengan nada excited yang cuba dikawal.
"Apa? Kau panggil dia, anda?" Adli terkejut.
"Kejap je ni agaknya, anda. Dapat tempat best saya ke tempat lain agaknya," kata Nizam.
"Nak ikut Eleena la tu," kata Adli menyelit.
Bas Cityliner 818 sampai. Macam biasa kena berhimpit dengan orang ramai yang nak menuju ke bandar Kajang.
Bas berhenti depan-depan Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, atau nama glamernya SAAS Kajang. SAAS Shah Alam dekat Seksyen 2 tu lagi femes kot, tapi SAAS Kajang tak kurang femesnya jugak.
Sekolah baru, jadi segalanya blur. Benda pertama Adli cari ialah port hisap rokok paling baek.
Kamelia dan Nizam duduk sebelah di kantin. Kamelia makan sandwich.
"Anda nak sandwich?" Kamelia hulur sandwich pada Nizam.
"Tadi dah makan kat rumah tadi. Mak masak nasi goreng."
Kamelia mengangguk kepala. Dia cuba mencari topik untuk bercakap dengan Nizam, tapi tak tahu topik apa.
"Tahu tak Weezer dah keluar album baru?" tanya Kamelia.
"Yang lagu Keep Fishin' tu ke? Tu single je, kan?"
"Tak lah, anda. Album baru, Maladroit."
"Wow, produktif pulak dorang ni. Dulu masa Pinkerton tu ingat tu last album dorang. Green Album ok lah. Nanti nak try dengar album baru tu."
"Pinkerton ke Blue Album?" soalan Kamelia ini adalah soalan paling femes untuk Weezerian tegar.
"Personally, saya suka Pinkerton. Anda?"
"Kenapa tak suka Blue Album?" tanya Kamelia.
"Bukan tak suka, dalam Blue Album saya suka lagu In The Garage, sebab itu memang secara peribadi, lagu tentang saya. Tapi, Pinkerton, macam ada beritahu insecurities dalam Rivers, itu yang saya suka. Fragility."
Setiap tutur kata Nizam buat Kamelia rasa nak dengar lagi dan lagi dan lagi.
"Saya ada album baru The Get Up Kids, nanti anda nak pinjam?"
"No kidding? Anda tak bergurau? Best gila anda ni! Mestilah nak!"
Tiba-tiba Adli datang dengan membawa karipap di tangan.
"Weh, sekolah ni susah sikit la nak ponteng. Luas gila sekolah ni. Tak macam CP," kata Adli. Rupanya dia survey lubang ponteng nanti.
"Kata nak insaf, Adli?" kata Kamelia.
"Margeraisme la cerita dia ni," kata Nizam sambil gelak.
--
"Kawan Baru"
Selepas taklimat Tingkatan Enam, mereka pun masuk satu kelas. Kamelia duduk sebelah Nizam.
"Hekeleh, nak duduk sebelah Nizam je, blah laaaahh!" kata Adli yang duduk meja lagi sebelah.
Kamelia dah segan. Last-last dia duduk sebelah Adli.
"Woo, kau Nizam kan?" datang seorang budak nak menyalam.
"Haah," kata Nizam yang sedang baca majalah komik Utopia.
"Kau yang main dua band masa Battle of the Bands hari tu kan? Nama aku, Radhi!"
"Yang sebelah sana member aku, Adli, yang lagi satu, Kamelia. Kau panggil dia Kam."
"Weh, korang gempak doh! Kau kan awek drummer muka sombong tu kan?"
Kamelia diam je. Adli salam calit ibu jari dengan Radhi.
"Kau la yang bakar mercun dalam bas tu kan?" kata Radhi.
"Well, I'm Adli Margera!"
"Kau layan Jackass!"
"Of course."
"Then you're ma man."
"Ma maaaaaaannnn!"
Belum apa-apa, Adli dah ada member baru dah.
"Nama siapa tadi?"
"Radhi."
"Kam. Kamelia. Drummer Paddle Pop Pelangi."
"Layan doh band korang. Tapi Bangla tu menang pulak."
"Bangla tu memang power. Dia selalu jamming tempat kitorang. Cool gila dia," kata Kamelia.
"Oh kau ada studio jamming ke?"
"Bapak aku bukak. Datang lah."
"Kau boleh main bass?" tanya Adli.
"Boleh la, asal?"
"Bassist kitorang pergi UiTM Pulau Pinang, pastu lagi sorang pergi UiTM Shah Alam. So kalau kau nak try jamming. Kau main apa beb?"
"OAG! Pastu aku main The Strokes, Oasis, Pulp, Suede, Blur, Kula Shaker..."
"Muse?" tanya Nizam.
"Main la kadang-kadang."
"Power, Radhi. Nanti lepak la dengan kitorang."
"Weh, keyboardist korang siapa nama dia eh? Lawa sial, single lagi tak?"
"Eleena. A..a..awek Nizam," Kamelia jawab.
"Peeehhh boek sial awek lu, Nizam! Lu memang ma maaaaannn!" Radhi peluk bahu Nizam.
"Dia memang baik pun," Nizam pandang muka Radhi.
"Kitorang hari ni memang ada jamming pun, nanti datang lah," Kamelia jemput Radhi untuk join jamming nanti.
"Kat mana?"
"Taman Suntex. Depan sekolah Batu 9."
"Depan kubur tu ke?"
"Haah."
"Ok, aku datang dengan member aku, boleh? Boleh la jamming situ. Jamming kat Suresh asyik kena tunggu lama je," kata Radhi.
Seorang ustaz yang sangat-sangat dikenali Kamelia lalu tepi koridor.
"Adli, Adli!" Kamelia singgung siku Adli.
"Mende?"
"Tu...tu!"
"Holy shit! Ustaz Hanafi pindah sekolah ni ke?"
Nizam dah terbarai gelak.
"Pahal, pahal?" tanya Radhi.
"Kau nampak tak ustaz tu?"
"Ha, kenapa dengan dia?"
"Ustaz tu dulu sekolah kitorang. Nemesis Adli Margera. Ustaz ni selalu kena dajal dengan Adli."
"Woi, aku dah cuci tangan. Adli Margera stays in CP," kata Adli.
Tiba-tiba Ustaz Hanafi masuk kelas Tingkatan Enam. Dia ajar Tassawur Islam.
"Oh, fuck," Adli ternganga.
"Bangun semua! Assalamualaikum ustaz!"
Ustaz Hanafi membetulkan cermin mata, dan memandang tepat pada Adli.
"Kau ada kat sini? Puaka betul!" jerit Ustaz Hanafi.
Adli diam saja. Dalam banyak-banyak kelas, kenapalah dia boleh dapat ustaz Hanafi jadi cikgu kelas dia?
"Macam ada personal je," tanya Radhi pada Nizam.
"Memang lah, personal gila kot. Dah level bagi makan tahi kat pegawai PPD masa ustaz tu meniaga hot dog dulu. Pancitkan tayar tu dah biasa dah. Tu belum cerita bagi makan julap, baling mercun masa ustaz tu tengah berak. Personal la," kata Nizam sambil mengeluarkan buku latihan untuk catitan.
"Legend betul Adli Margera ni," Radhi pandang saja Adli.
--
"Line Up Baru"
Eleena dan Nizam tiba saat Adli, Kamelia dan Radhi serta seorang membernya sudah duduk menunggu di studio jamming Wak Ramlan. Sementara itu, Aboo dan Dinajpur Rockers sedang main lagu "House of the Rising Sun" dari The Animals.
"Cinta, ni kawan kelas baru saya, nama dia Radhi," kata Nizam.
"Hi Radhi, nama saya Eleena. Eleena Mahathir."
"Anak.."
Eleena hanya menggelengkan kepala.
"Yang ni kawan aku, nama dia Acap."
"Hi Acap, Eleena Mahathir."
"Awak, hari ni Edry nak datang tengok, boleh?" tanya Eleena sambil pegang tangan Nizam. Radhi pandang Adli sambil telan air liur.
"Mestilah boleh," kata Nizam.
"Kejap lagi Cik Osman sampai, dia ambil Edry di sekolah. Hi Kam!"
"Eleena!" Kamelia yang sedang sibuk bersihkan habuk dari rak, turun tangga dan peluk Eleena.
"Sorry, banyak habuk," Kamelia pegang tangan Eleena.
"Eleena, cuba teka, siapa cikgu kelas kitorang kat Form 6?"
"Awak satu kelas dengan Nizam dan Adli kan?" tanya Eleena.
"Haah, tapi nak tahu tak siapa cikgu kelas kitorang?"
"Siapa?"
"Ustaz Hanafi."
"Hah? Apa? Adli!"
Adli dah buat muka stress. Biasa dalam kelas dia paling bising. Tercengang juga dia bila nampak Ustaz Hanafi masuk kelas tadi. Dah la bukan sekadar ustaz je, jadi cikgu kelas pulak tu.
"Masa ni la Margeraisme awak akan lebih bersinar, Adli!" kata Eleena. Adli buat muka monyok je. Dia memang nak berubah.
Lagu Special K dari Placebo dimainkan oleh Mangkuk Hayun/Paddle Pop Pelangi. Buat masa ni tak tahu dah mana satu ahli band mana, sebab semua pun macam member-member. Kamelia main dram, Eleena jadi vokal, Nizam main gitar, Radhi main bass, Adli main lead.
"Edry!" Eleena nampak adiknya masuk studio. Dan semua orang bersalaman dengan adik Eleena.
Lepas jamming mereka semua lepak di warung char kuey teow ayah Adli. Setiap kali jamming je, meriah dan harmoni macam ni. Walaupun Ail dah tak ada, dan Rafi busy kerja, tapi kemeriahan itu jelas terasa.
"Korang main OAG tak?" tanya Radhi.
"Main lah!"
"Next jam, main lagu OAG sekali?"
"Lagu apa? Knocked Silly ok?" tanya Nizam.
"Cun Zam, cun!" Radhi hulur tangan untuk give-me-five.
"Awaaaaakkk..."
"Ya?"
"Nak dadah?"
Eleena suka gigit bibir bawahnya bila pandang Nizam.
"Ok, kejap."
"Nizam! Kirim aiskrim limau susu tu?" tanya Kamelia.
"Limau susu?" Nizam mengerut dahi.
"Yang dalam dia susu, luar limau warna hijau," Kamelia menerangkan aiskrim kegemarannya.
"Okay," kata Nizam.
Nizam bangun dan berjalan menuju ke kedai runcit.
"Dadah?" Radhi blur.
"Kau tunggu je Nizam balik nanti, dia bawak apa," kata Adli.
Nizam balik dan hulurkan aiskrim limau susu yang diminta Kamelia, dan paddle pop pelangi pada Eleena.
"La, dari sini la nama band korang rupanya!" Radhi tergelak-gelak.
"Weh, aku gerak dulu la, besok jumpa kat sekolah weh, Nizam, Adli, Kam! Dah pukul berapa dah ni, aku rumah dah la Kajang," kata Radhi sambil bersalaman dengan semua geng.
--
"Rahsia Eleena"
Eleena dan Kamelia duduk di luar rumah Eleena sambil minum kopi dan biskut Oreo.
"Banyak nyamuk pulak hari ni," Kamelia menampar-nampar lengannya.
"Nah, Mopiko," Eleena hulurkan ubat penghilang gatal nyamuk pada Kamelia.
"Cantik bulan malam ni, kan?" kata Kamelia.
"Ya, cantik. Kam, seronok, sekolah Tingkatan Enam?"
"Seronok. Kenapa Eleena tak masuk?"
Eleena melepaskan nafas yang berat.
"Hujung tahun ni, saya akan ke Jepun. Melanjutkan pelajaran ke sana."
"Nizam tahu hal ni?"
Eleena menggelengkan kepala.
"Saya tak tahu macam mana nak beritahu pada Nizam tentang hal ni."
"Ala, zaman sekarang kan dah canggih. Ada Friendster, ada MiRC, ada Yahoo Messenger..."
"Saya tak percaya pada media sosial," kata Eleena. Kamelia diam.
"Kenapa?"
"Saya percaya satu hari nanti apabila media sosial sudah jadi norma, kita akan lihat kepalsuan peribadi yang hanya dipampangkan di Internet. Saya lebih gemar surat-menyurat. Atau telefon. SMS saya boleh terima. Tapi seperti Friendster, chatroom, saya tak suka."
Kamelia diam.
"Jadi, kalau awak di Jepun nanti, macam mana kita nak berhubung?"
"Pos Malaysia dah bankrap ke sampai tak boleh hantar surat, Kam?"
"Tapi lambat."
"Biar lambat asal murni dari hati."
"Awak balik ke sini tahun bila?"
"2006."
"Awak rasa hubungan awak dengan Nizam boleh kekal ke?" tanya Kamelia.
"Saya cuba. Saya cintakan Nizam. Jadi saya akan sedaya upaya untuk bertahan masa di sana nanti."
"Kalau tak, macam mana?"
Eleena pandang tepat pada Kamelia.
"Awak cubalah menang hati dia pula. Awak kan suka pada dia."
"No! No! Saya tak akan khianati awak, Eleena!"
"Sahabat dunia akhirat, Kam."
"Eleena, tak boleh ke awak belajar di sini saja?"
Eleena tak ada jawapan untuk diberikan pada Kamelia.
"Awak tolong rahsiakan ini dari Nizam, ya? Biar saya sendiri yang beritahu dia. Janji?"
Kamelia hanya mengangguk.
"Eleena, jangan putus hubungan tau?"
"Baik, sahabat dunia akhirat."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top