Episod 8
"Battle of the Band 2002"
Battle of the Band 2002 berlangsung rancak di Dewan Serbaguna Taman Mesra, Kajang. Banyak band metal menyertai kategori metal, tetapi kategori non-metal ada la dalam enam band.
"Awak, good luck for Mangkuk Hayun tau?" kata Eleena yang sedang berlatih untuk persembahan.
Mangkuk Hayun main lagu Learn to Fly, dan crowd boleh la layan sepam dua. Tapi biasalah, band post-grunge ni, sebelah Kajang ni tak berapa kuat pengaruhnya macam Seattlewangsa (Setiawangsa). Sini banyak metal.
Band Aboo turut perform, dan mendapat sambutan yang hangat terutamanya dari para stoners dan para pelayan super mario. Mereka main lagu The Zombies - Time of the Season.
"Aboo Hendrix!" jerit Nizam mengangkat tangan pada Aboo semasa dia sedang menggoreng gitar. Aboo pandang Nizam, dan tunjuk jari ke atas tanda "this is for Azlam". Nizam senyum tanda faham.
Persembahan seterusnya dari band Taman Megah, main lagu Oasis - Don't Look Back In Anger. Band dari Saujana Impian main lagu The Strokes - Last Nite. Band dari Sungai Ramal main lagu Rancid - Time Bomb.
"Seterusnya, kumpulan ini nama bandnya sangat comel ya! Anggotanya juga comel-comel! Dipersilakan, kumpulan Paddle Pop Pelangi!"
"Eleena, I don't think I can make it!" Kamelia mula darah gemuruh.
"Awak pernah naik pentas berlakon teater dulu kan?"
"Pernah, tapi saya tak pandang penonton."
"Jangan pandang penonton. Pandang dahi mereka."
"Kita kena main lagu orang tua kalau nak menarik perhatian para juri, dan lagu orang muda untuk tarik crowd," kata Nizam.
"Lagu apa?" Kamelia tanya.
"Medley. Here Comes The Sun.."
"Beatles?" tanya Kamelia.
"Ya, lepas tu kita main lagu LeAnn Rimes."
"Can't Fight The Moonlight?" Kamelia terpinga-pinga.
"Yes, sebab drum dia anda boleh ikut."
"Takpe saya tahu lagu tu," kata Eleena.
"Wooooo awek cun awek cun!"
"Aku nak awek keyboardist tu!"
"Awek drummer pun hot gak."
"Peh bahagia sial mamat ni diapit dua awek!"
Eleena pandang Kamelia, geleng kepala tengok crowd.
"Anda ok, Kam?" tanya Nizam.
Kamelia tunjuk ibu jari.
"Cinta?"
Eleena angguk.
Tak kira lagu The Beatles atau LeAnn Rimes, orang bersorak, tapi part Eleena nyanyi yang orang bersorak lebih. Biasalah crowd macam ni.
"Keyboardist nak phone number!"
"Pewitttt drummer makwe sombong!"
Kamelia turun pentas dengan perasaan lega. Gemuruhnya dah habis, segalanya berjalan lancar.
"Nizam, anda tak cakap pun kita main lagu LeAnn Rimes? Nasib baik Eleena backup tadi. Takut anda tau tak?"
"Ok je tadi," jawab Nizam.
"Ye lah memanglah okay tapi blur kejap tadi."
"Kita dah lakukan yang terbaik. Apa-apapun, hari ni kumpulan Paddle Pop Pelangi, saya belanja makan!" kata Eleena.
"Woi, Paddle Pop Pelangi je ke? Mangkuk Hayun takde ke?" kata Adli dari tepi.
"Tu mangkuk hayun sorang tu, tersengih-sengih," kata Rafi.
"Awak ni Adli, mestilah dengan Mangkuk Hayun sekali!"
"Terbaiklah Eleena!"
Tempat ketiga dimenangi oleh band yang main lagu The Strokes tadi.
"Tempat kedua, jatuh pada Paddle Pop Pelangi!"
"Eh, nombor dua kita?" Nizam tanya Eleena.
"Awak ambil lah hadiah tu?" kata Eleena.
"Kita pergi serentak. Kam, jom!" Nizam memimpin kumpulan.
"Dan tempat pertama, jatuh pada Dinajpur Rockers!"
Band Aboo menang. Tapi kitorang semua okay. Afterall, battle of the bands ni bukan nak rival sangat, tapi sebab nak main muzik. Nak seronok-seronok.
Sesi bergambar dan sesi bergelak sakan berlangsung di backstage.
"Untuk penyanyi Mangkuk Hayun/ Guitarist Paddle Pop Pelangi"
Tiba-tiba ada seorang makwe hulur surat pada Adli.
"Woi, Nizam dapat surat sial!" kata Adli. Ail dan Rafi mula berkerumun.
"Hi, awak comel. Stay roxx! xoxo Shasha Lavinge."
"Nizam ada fangirl sial! Cilaka!" Adli dah menjerit-jerit.
"Pahal doh?" Nizam datang tepi.
"Surat peminat kau, kahkahkah!"
"Aku jugak yang masih single," Rafi merintih nasib diri.
Muka Nizam dah merah tahan malu. Kamelia pandang saja budak perempuan tu tak puas hati.
"Wow, abang Power Rangers ada peminat lah, hihi," Eleena bergurau sambil memautkan tangannya pada leher Nizam.
"Eja Lavigne pun salah," Kamelia pandang mata ke atas.
"Kau tak jeles ke Nizam ada peminat?" tanya Adli pada Eleena.
"Kenapa lah nak jealous, biarlah. Perasaan kat hak masing-masing. Lagipun...saya tahu bagaimana nak buat Power Rangers saya beraksi," Eleena beri pandangan tajam sambil gigit bibir bawah.
"Eleena, ni kat depan orang ramai ni?"
"Awak malu ek?"
"Takdelah..."
Eleena pegang kedua-dua tangan Nizam dan menghayun-hayunkannya. Dan terus memandang Nizam. Dan terus gigit bibir bawah. Dan tunjuk lesung pipitnya.
"Hi, handsome boy," Eleena betulkan kedudukan cermin mata kayu pusaka ayah Eleena yang berada di hidung Nizam.
"Hi, wo de ai."
"Wow, dah pandai cakap Mandarin."
"Belajar kat Meteor Garden."
Adli dengan Ail dah semak dah dengan drama percintaan acah-acah Mexico ni, terus hisap rokok kat belakang dewan. Rafi pulak try usha awek skingirl. Kamelia hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Aku ni tak manja, kot? Ok, fine."
--
"Pengumuman Ail"
Eleena belanja Mangkuk Hayun dan Paddle Pop Pelangi makan seafood. Satu meja panjang disusun sampai tiga table, sebab ada beberapa band lain turut nak ajak melepak. Dari tiga, terpaksa gabung lagi dua meja belakang, sebab hampir 30 orang berkumpul.
Dinajpur Rockers pun lepak sekali, hisap rokok dengan Adli.
"Aboo, you kenapa boleh terror main gitar? You makan rambut Jimi Hendrix ka?"
"Adli, you kalo mau good play guitar, ini, you hisap," kata Aboo dengan mata merah setengah.
"La, cautud rupanya kau ni Aboo. Bak tang!" Adli terus capai gulungan daun di tangan Aboo.
Tiba-tiba datang budak kecik bawa pen dan kertas.
"Abang, abang. Kakak yang tu nak nombor telefon?" kata budak kecik tu pada Nizam.
"Mana?"
"Tu," budak tu menunjuk ke satu makwe pakai singlet hitam dan tie merah atas tengkuk."
"Avril wannabe gila," kata Kamelia.
Eleena capai pen. Kemudian dia senyum. Macam ada niat jahat.
"Awak letak nombor telefon Kamelia?"
"Kam?" Eleena panggil.
"Hmm?"
"Nanti kalau ada gadis bernama Shasha call, awak jawab tau. Dengan penuh bersopan santun adat susila awak," Eleena naik kening. Kamelia turut senyum.
"Margeraisme!" Kamelia dan Eleena kata serentak.
"Nah adik, cakap kat kakak tu balik, thanks tau?" kata Eleena.
Budak kecik tu pun blah menuju ke kakak bajet Avril Lavigne tadi.
Adli kembali ke meja bersama ahli band Aboo.
"Ail nak buat pengumuman!" kata Rafi sambil ketuk-ketuk gelas dengan garfu.
Ail bangun.
"Korang semua, Mangkuk Hayun, Rafi, Nizam, Adli. Paddle Pop, Eleena, Kam. Aboo and the gang. Aku nak mengumumkan bahawa aku dapat pergi universiti di UiTM Pulau Pinang!"
"Wooooo! Cayalah Ail," sorak Adli.
"Jadi, aku dengan berat hatinya mengumumkan aku quit dari band Mangkuk Hayun..." kata Ail sambil menitiskan air mata.
"Woi, mana ada quit woi? You will be always be Mangkuk Hayun, ma man!" Adli angkat cawan teh o ais pada Ail.
"Tapi nanti, korang kena cari bassist baru la?"
"Apa ada hal, Nizam takde Hafiz ganti. Kau takde member-member jugak ganti. Rafi pun, hari tu dia kerja, Kam jadi drummer kitorang. Eleena, Nizam, main je mana-mana band. Tak kisahlah, kau pergi sana, kejar cita-cita kau, but for us, kau Ail Kabiron, will be always part of us. Walau kau sampai El Salvador, eh, El Salvador kat mana, Ail?"
"Sebelah Honduras, bawah Guatemala."
"See, ma man, ini dia Ail, our Geography Geek. Juara Geografi daerah Hulu Langat 2001, ma man! Yang mandi berkubang kat loji taik dengan aku, Adli Margeraaaaaa!"
"Woi, Li? Kau cautud ke?" kata Nizam.
"Barang Aboo Hendrix sedaplah sial."
"Cinta?" tiba-tiba Eleena senyum.
"Apa dia?"
"Cautud tu apa ya?" tanya Eleena dengan nada manja.
"Oh, sampai planet lain."
"Oh, cinta, sudi tak awak, cautud dengan saya malam ni?" tiba-tiba dia keluarkan biskut butterscotch chocolate chips dari begnya.
Kamelia nampak.
"Naaaaaaaaaaaakkkkkkkk......."
Eleena pandang Kamelia naik kening. Kamelia dah senyum.
Eleena hulur satu pada Kamelia, dan satu lagi untuk Nizam. Lagi satu dia makan.
--
"Kamelia's Confession"
Kumpulan Paddle Pop Pelangi lepak di port biasa kumpulan itu, di rumah Eleena. Mereka bertiga bermain game, makan, minum, berbual, main teka-teki, dan bercerita seram.
"Cinta, Kam ada satu cerita," kata Eleena.
"Tahu tak, kat rumah depan padang bola Suasana tu? Rumah hujung sekali?" tanya Kamelia pada mereka berdua.
"Tau," Nizam sambut.
"Dulu, ada satu upacara mistik berlaku di situ. Seorang perempuan yang mengamalkan ilmu hitam bernama Maria. Dia ni, amalkan ilmu Mentadak Mentadu, dimana mereka akan mengadakan hubungan seks, sebelum.."
"Anda, wait! Majalah Mastika ke ni?" tanya Nizam.
"Ish anda ni, betul lah! Cara dia berkenalan dengan mangsa melalui sahabat pena di majalah-majalah, sekitar tengah 90an...dia akan suruh lelaki-lelaki ni, datang ke rumahnya, lalu selepas adakan hubungan seks, perempuan itu akan memotong kemaluan lelaki itu lalu membunuh lelaki tu. Dan kemaluan itu dia awetkan untuk buat serum mudanya."
Nizam dan Eleena dah duduk rapat-rapat.
"Kam, kita buat serum, nak?" Eleena pandang Kamelia dengan senyum nakal.
Kamelia dah pelik.
"Gurau je, okay. Ala, kenapa awak semua serius sangat ni!"
Nizam dah paranoid lain macam.
"Gurau je, Power Rangers," Eleena menggosokkan kepala.
"Abang Nizam, tolong Edry nak pasang Gundam," tiba-tiba Edry nak tarik Nizam.
"Saya temankan Nizam dengan Edry kejap, ya?" kata Eleena.
"Okay," kata Kamelia.
Kamelia capai semua cawan dan piring.
"Kam, sampai bila kau nak simpan perasaan ni?" tanya Miko seekor arnab.
"Entahlah, aku rasa aku tak patutlah."
"Tapi, Kam, kau memang suka Nizam, kan?" tanya Miko lagi.
"Ya, aku memang suka Nizam. Tengoklah tadi dia main gitar. Wow. Dia buat semua orang ternganga."
"Bukan tu Eleena ke?"
"Eleena pun. They're both so great at stage. I je yang not good enough."
"Kau bahagia ke macam ni, Kam? Dah la Ray kau dah macam tak peduli dengan kau?"
"Ray tak pernah minat kat aku pun."
"Nizam?"
"Entahlah, Nizam ni masa aku mula-mula nampak, dia pegang cover kaset The Descendants. Dah la pakai spek tebal macam tu. I was like oh my God ada wannabe Milo Aukerman rupanya. Then the next time, I nampak dia pakai baju Weezer. Dia ni wannabe Rivers Cuomo la pulak. Then I started to stalk him. Dia macam, diam je, sambil tengok Adli Mat Kentut tu gelak-gelak. He called me Cornflake Girl sebab kaset Tori Amos dari walkman I yang kena rampas, dia sanggup pecah masuk bilik cikgu disiplin, just to get my walkman back. Oh my God, masa dia bagi apple at English Week tu, dia bagi lyrics from The Smiths. "Sixteen, clumsy and shy." I knew it was him. I knew he stares me all the time, then out of sudden, Eleena came. I was so jealous because definitely I can't defeat her. I'm feel weak and useless in front of Nizam."
"Tak lah, Nizam tak cakap macam tu pun."
Kamelia terdiam. Itu bukan suara Miko.
Eleena berjalan ke sebelah peti ais dan pandang Kamelia. Kamelia hanya tunduk pandang sinki. Rasa bersalahnya terlalu berat sampai menangis.
"Hi Miko, nama saya Eleena. Eleena Mahathir. Senang berkenalan dengan awak."
Selain period pain, ini kali pertama Kamelia menangis.
"I'm sorry, Eleena. I'm really in love with your boyfriend, I'm so sorry, I can't hide this much longer!"
Eleena pandang atas kalau-kalau Nizam turun.
"Kam, mari sini."
Kamelia memandang Eleena. Dengan perasaan takut.
"Mari."
Kamelia perlahan-lahan datang ke arah Eleena. Eleena memeluk Kamelia.
"Tak apa, Kam. Itu kan perasaan Kam. Janganlah bohong perasaan sendiri demi saya."
"Saya minta maaf, Eleena. Saya tak patut simpan perasaan ni. Saya tak layak jadi sahabat awak!"
"Awak, awak bad trip ke ni?"
Eleena terus memeluk Kamelia dan membawanya ke arah biliknya. Kamelia nampak lukisannya yang digantung, berserta gambar Nizam di meja lampu, 2 Gundam, buku Zarathustra bersama-sama buku syair Chairil, dan buku Hamka, dan buku tentang self discovery.
"Kam, Kam baring. Tenangkan fikiran."
Kamelia hanya mengikut sahaja kata Eleena.
"Awak, perasaan tu tak salah. Awak berhak untuk ada perasaan tu. Ok, awak ingat tak budak Avril yang minat dekat Nizam tadi?"
"Ingat."
"Saya tak marah dia. Ye lah, cuma nak margeraisme dengan dia, saya tak ada rasa marah terhadap dia."
"Tapi awak sahabat baik saya? Saya dah mengkhianati awak bila ada perasaan ni?"
"Tapi awak dah mengkhianati diri awak sendiri bila awak menafikan perasaan itu?" tanya Eleena.
"Nizam boyfriend awak..."
"Saya tak miliki dia."
"Eleena..."
"Kam, ingat tak kita cakap apa dulu, tak kira apa jadi, kita sahabat dunia akhirat? Takkan lah saya nak putuskan sahabat semata-mata dia mencintai kekasih saya? Biarlah."
"Eleena..."
"Cinta adalah perasaan, bukan pemilikan."
Kamelia peluk Eleena.
"Rasa weird pulak crush dengan boyfriend best friend?"
"Awak, kalau awak jadi madu saya, saya tak kisah tau. Awak boleh ajar saya tendangan terbang Chun Li, dan saya boleh ajar awak buat bento bentuk beruang!"
"Huh?"
"Dan bila Nizam balik dari kerja, kita pun jadikan dia Power Rangers..."
"Eleena, awak ni boleh tahan nakal juga, ya?"
"Orang yang rapat je saya tunjuk," kata Eleena.
"Tapi Eleena, boleh tak awak rahsiakan ini dari Nizam? Saya tak nak dia takut nak jumpa saya lagi."
Eleena memeluk Kamelia.
"Sahabat dunia akhirat, Kam."
"Sahabat dunia akhirat, Eleena."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top