Episod 18

"Terdengar Rahsia"

Rafi pakai kacak-kacak pada hari ini, sebab hari ini dia akan berjumpa dengan Sarah di KLCC. Hari hujan, jadi dia ambil keputusan untuk naik bas sahaja. Tapi dia perlu pecahkan wang yang dia ada untuk tambang bas.

Dia pakai minyak wangi, tapi terpaksa redah hujan. Dia berjalan tepi jalan, tapi ada kereta melanggar lopak dan lubang jalan, terpercik kena seluar baggynya.

"Woi, bodoh!" jerit Rafi ke arah kereta itu.

Dia berjalan melalui pepohon kelapa di sepanjang depan sekolah, lalu melintas jalan menuju ke CP 4. Dan dia singgah di FR Shoppe, untuk menukar wang.

Dia beli rokok sebatang.

"Dik, bagi duit lima puluh ringgit, beli rokok batang. Melampau ni. Beli la barang lain. Beli rokok kotak ke," kata cashier kedai runcit itu. Dia tergaru-garu kepala. Dia cari barang lain yang boleh dipecahkan.

Dia ternampak Cik Osman sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Dia curi-curi dengar perbualan itu.

"Twenty million ringgit will be transferred to her account. Yes, she will studying at Tokyo University starting this summer. Yes. She ordered me to proceed. Alright. Will contact you later."

Berderau jantung Rafi mendengar kata-kata Cik Osman.

"Twenty million ringgit? Weh, bukan thousand, weh. Million! Patutlah rilek je payung semua orang."

Dia terus dial nombor Sarah.

"Hi sayang. Nak dengar cerita tak?"

--

"Dendam Sarah"

Sarah batalkan pertemuan di KLCC, sebaliknya menaiki teksi menuju ke Cheras Perdana. Niatnya hanya satu, untuk membalas dendam pada Eleena selepas Kamelia memutuskan persahabatan dengannya beberapa bulan yang lepas.

"Haih, kau tengok, Tuhan bayar cash. Tuhan tunjukkan jalan kejahatan kau, Eleena. I bet kawan-kawan kau tak tahu yang kau ni sebenarnya beli orang je untuk berkawan. Kau tak reti berkawan sebenarnya kan? Haha kawan-kawan dia yang lain pun semuanya fake. Kamelia yang dah duduk situ pun mula jadi fake."

Hujan tak menunjukkan tanda untuk berhenti. Sarah tiba di mapley belakang supermarket.

Rafi sedang menunggu dengan segelas teh tarik.

"Mapley, teh tarik satu. Makan tak mahu."

Rafi senyum puas.

"Mana you dengar cerita ni?"

"Tadi, masa I nak tukar duit, I dengar Cik Osman.."

"Drebar dia tu?"

"Haa! Dia cakap twenty million ringgit. Patutlah ka-ching! Sekarang dah terjawab misteri dalam kepala otak I selama ni."

"Hmm, beli kawan, bolehlah. Sekarang apa kita nak buat?"

"Beritahu kawan-kawan la! Betapa kayanya minah ni."

"No, no! I have a better idea! Dorang selalu lepak kat mana?"

"Warung char kuey teow bapak Adli."

"La, peniaga warung je ke bapak Adli tu? Bapaklah low class, mulut macam longkang. Perangai macam pukimak. Patutlah suka sangat dengan Eleena tu sebab minah tu kaki payung."

"You nak buat apa?"

"Kita minum dulu!" kata Sarah mengajuk iklan susu tepung.

Lepas minum, mereka ke kedai pasaraya Seng Soon, membeli Jutaria.

"Kedai bapak dia kat mana?"

"CP 6."

"Jauh tak, kalau jalan?"

"Dari sini? Agak la jauh."

"Tak apa, worth it."

Mereka berjalan kaki meredah hujan.

--

"Eleena Dimalukan"

Mereka semua tidak jadi ke Gabai kerana hujan lebat, jadi mereka hanya melepak di warung char kuey teow Adli.

"Ail, hang dah kat Permatang Pauh tu, mai la kampung pakcik kat Penanti sana tu!" kata ayah Adli sambil goreng char kuey teow.

"Kalau nak mai, pakcik takda buat apa? Nak jumpa siapa?"

"Ni, hang tau kedai char kuey teow paling top kat Penanti sana tu? Yang depa pakai teloq itik tu?"

"Yang tu ka?"

"Yang tu, sepupu pakcik! Hang mai sana, hang roger pakcik! Biaq pakcik habaq sama dia, kasi taruk special punya!"

Semua gelak ketawa.

"Kalau hang pi Kepala Bataih, hang roger Cik Osman, na! Sana makan ikan bakaq, terbaikkk!"

Nizam dan Eleena berpandangan mata dan berpegangan tangan. Kamelia pula sedang minum teh tarik sambil membaca buku Neil Gaiman. Adli pulak sedang potong daun kuchai mengikut arahan ayahnya. Oleh sebab tak jadi pergi Gabai, Alim dan Ziela tak jadi ikut. Radhi pulak di Kajang.

"Orait, guys!" Nizam ketuk-ketuk cawan.

"Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Eleena, di sepanjang persahabatan dan, percintaan saya dengan dia, dia banyak membantu saya dalam kehidupan ini. Eleena menjadikan saya lelaki yang lebih baik dari sebelum ini. Saya ucapkan semoga maju jaya di Jepun nanti, dan rajin-rajin telefon. Power Rangers ini akan merindui awak."

Eleena tersipu malu.

Kamelia bangun.

"Saya ingin ucapkan terima kasih pada Eleena, sebab dia, seorang sahabat yang baik, dan sentiasa bersama saya, susah atau senang, sihat atau sakit. Terima kasih, sahabat dunia akhirat."

"Terima kasih, Kam."

Adli yang sedang potong daun kuchai dari jauh menyahut.

"Saya ingin ucapkan terima kasih pada Eleena sebab selalu masak sedap-sedap untuk kitorang, dan selalu berjamming bersama. You rock, Eleena! Ma maaaaannn!"

"Woman la," kata ayah Adli sambil gelak-gelak.

Ail pula bangun.

"Dulu, saya seorang kutu rayau di Cheras Perdana. Hari ini, sebab Eleena banyak mengajar saya masa SPM dulu, saya dah masuk universiti. Terima kasih, Eleena!"

"Edry?" tanya Kamelia.

"Kakak baik! Kakak cantik! Kakak pandai!"

"Haah, memang pandai. Pandai beli orang."

Tiba-tiba Sarah muncul depan warung bapak Adli.

"Kimak ni datang cari pasal kat kedai bapak aku apahal pulak ni?" Adli berhenti potong daun kuchai.

"Ingat kitorang tak tau, bapak kau ada dua puluh juta ringgit dalam akaun bank? Kaya boleh la beli member-member."

Eleena pandang Nizam sebab Nizam seorang je tahu perkara ini selain Cik Osman dan Edry.

"Dan kawan-kawan semua, nah, ambik duit Jutaria ni, aku bagi korang duit fake sebab korang ni kawan yang fake! Especially you, Kamelia!"

Sarah baling duit Jutaria pada muka Kamelia.

Eleena terus capai beg dan blah.

"Hekeleh, merajuk pergi mana tu Cik Datin woi!"

Cik Osman dan Nizam terus mengejar Eleena.

"Woi, kimak, kau nampak pisau ni tak? Korang berdua kalau tak nak mampos, baik blah," kata Adli.

"Ingat aku tak.."

Adli campak pisau, sipi-sipi.

"Aku dah kata korang blah, blah lah!" kata Adli dah nak menghunus penumbuk.

Rafi dah muka takut. Dulu Adli pernah tumbuk sorang macha badan besar, tumbang.

Kamelia kejar Eleena walaupun baru operate.

"Weh, Rafi, kau ingat kau buat macam ni, kawan-kawan nak balik kawan dengan kau ke? Ha elok lah, kawanlah korang berdua. Kau ingat kitorang kawan dengan Eleena ni sebab duit dia ke? Dia kalau anak Agong pun, dia tolong kitorang. Bukan macam kau, Sarah, baru kaya sikit, dah sombong, berlagak. Ha eloklah korang berdua kawan. Mampos lagi baik la, Rafi."

Nizam capai tangan Eleena.

"Lepaskan saya!"

"Sumpah saya tak tahu apa-apa!"

"Saya dah tak boleh percaya pada awak lagi, Nizam. Ini patutnya rahsia kita berdua. Maafkan saya, awak dah buat saya tak percaya awak lagi. Selamat tinggal."

"Eleena!" jerit Kamelia.

"Cik Osman, cepat ambil kereta."

"Baik, puan."

"Kan saya dah cakap, Nizam. Saya susah nak percaya orang. Maafkan saya, awak dah kecewakan saya. Sekali orang hancurkan hati saya, saya susah nak terima. Saya pergi dulu. Terima kasih atas segala kenangan."

"Eleena, bagi saya peluang..."

Kamelia tak sempat mengejar Eleena sebab dia terhencut-hencut berlari.

"Kam, jom pergi rumah dia?" kata Nizam.

"I don't think you should go. Trust me, let me handle this. Buat masa ni, you stay out of the picture. Eleena ni bila dia marah, dia akan lebih marah lagi. I will talk to her."

Nizam tumbuk pokok, lepas geram.

"Sial lah!"

--

"Kamelia Slow Talk"

Kamelia berada di depan pintu pagar rumah Eleena. Cik Osman berada di luar. Dia merasakan semua ini salah dia. Dia mengaku dia menjawab telefon di FR Shoppe masa membincangkan soal harta tadi.

"Cik Osman, boleh saya jumpa Eleena?"

"Saya tak pastilah, Kam. Saya takut Cik Eleena marah saya nanti. Dia sedang di biliknya."

"Boleh saya tahu perkara sebenar?" tanya Kamelia.

Cik Osman melepaskan nafas yang berat.
"Nombor plat kereta Persekutuan ni sebenarnya olok-olok ja, Kam. Sebab Eleena tak nak orang tahu dia ni siapa. Tapi memandangkan semua orang dah tahu, saya cerita."

Cik Osman bercerita tentang salasilah keluarga Eleena. Rupanya ayah Eleena terlibat dalam kemalangan itu, sebenarnya ayahnya dibunuh kerana perebutan harta antara keluarga. Eleena melarikan diri ke sini kerana melindungi diri. Sebab itu dia tidak mahu orang ramai tahu tentang dirinya. Cuma Nizam sahaja yang tahu, kerana Eleena pada masa itu, cuma mempercayai Nizam seorang di sini.

"Cik Osman, kami semua tak mahu pun duit dia. Kami cuma mahu persahabatan ini. Saya harap saya dapat bercakap dengannya sebelum dia ke Jepun."

"Kam rasa Kam boleh pujuk dia? Dia susah untuk dipujuk."

"Saya cuba, Cik Osman."

Cik Osman buka pintu. Kamelia berjalan menuju ke bilik Eleena.

"Eleena, Kam ni. Bukalah pintu."

Kamelia ketuk pintu. Agak lama juga Kamelia ketuk pintu sampai lenguh dan dia duduk bersila di depan pintu Eleena.

Akhirnya Eleena buka pintu biliknya selepas melihat Kamelia sudah terbaring di depan pintu biliknya.

"Kam?"

"Eleena, dengar sini. Sebenarnya Nizam tak tahu apa-apa pasal tadi. Cik Osman kata dia tercakap pasal hal harta tu semua masa di FR Shoppe tadi. Dan kebetulan Rafi ada di situ. Eleena, Rafi tu dari dulu lagi kaki pecah lubang. Dan dia hubungi Sarah. Dan Sarah memang kaki drama. Nizam tak ada silap salah dalam hal ni. Saya tahu Nizam tu macam mana orangnya."

Eleena terus peluk Kamelia.

"Saya tahu, tapi saya malu tadi. Saya rasa saya dah buat Nizam rasa bersalah sangat sekarang."

"Kita pergi rumah Nizam, jom? Tolonglah, awak dah nak ke Jepun, korang tolonglah jangan putus. Tolonglah, saya merayu dengan awak."

Eleena cuba telefon Nizam. Telefonnya ditutup.

"Kita pergi rumah Nizam, sekarang?" rayu Kamelia.

Eleena mengangguk kepala tanda setuju.
--

"Nizam Lari Dari Rumah"

Malam itu, Nizam ambil semua baju-bajunya. Dia nekad untuk tinggalkan Cheras Perdana.

Dia nampak gitarnya tersandang di tepi katil.

"Maafkan aku, aku kena tinggalkan kau."

Nizam mengucup gitar elektrik kesayangannya sebelum menulis nota di atas meja untuk bacaan ibunya.

"Mak,

Nizam pergi dulu. Mak jangan risau. Nizam ada dengan kawan Nizam. Nanti bila keadaan dah tenang, Nizam call mak. Jangan beritahu sesiapa Nizam pergi ni, terutamanya Eleena. Nizam minta maaf pada semua. Jangan telefon polis. Nizam ada di tempat yang selamat, dengan kawan yang Nizam percaya. Nizam pergi dulu ya, minta halal makan minum tempat tinggal semua."

Nizam perlahan-lahan buka pintu rumah, dan keluar dari rumah.

"Selamat tinggal, Cheras Perdana."

--

"Maafkan Saya, Cinta."

Eleena dan Kamelia tiba di depan rumah Nizam. Keadaan kecoh dalam keluarga Nizam. Nizam sudah lari dari rumah.

"Makcik Latifah, Pakcik Lazim, mana Nizam? Eleena dengan wajah yang risau.
Mak Nizam hanya menangis, dan ayah Nizam menunjukkan nota yang ditinggalkan oleh Nizam pada ibunya. Abang Khairul kebingungan melihat drama sabun live di matanya.

"Ya Allah, Nizam. Kenapa awak buat macam ni. Saya minta maaf, cinta. Saya salah sangka. Mari kita cari Nizam?" tanya Eleena.

"Nak cari dia di mana?"

Rumah pertama dia pergi ialah rumah Ail. Ail menyahut.

"Nizam? Dia takde datang pun. Cuba cari rumah Adli. Apa? Dia lari dari rumah? Baik, saya tunjuk rumah Adli."

Mereka ke rumah Adli.

"Apa? Nizam lari rumah? Mana pulak malaon ni pergi? Besok tak nak pergi sekolah ke, sengal?"

Mereka pergi semua rumah kawan Nizam, kecuali Rafi.

"Kita cuba rumah Rafi?" tanya Eleena.

"Tak mungkin," Kamelia menjawab.

"Tolonglah saya, saya tak nak Nizam saya hilang!" Eleena menangis.

Hati Ail terasa sebak mendengar tangisan Eleena.

Akhirnya mereka ke rumah Rafi.

Rafi keluar dari rumah. Keluar-keluar rumah saja, Adli capai kolar baju Rafi dan beri satu tumbukan tepat pada pipi kanan Rafi.

"Kau tau tak sekarang Nizam dah hilang?" kata Adli yang sempat bagi satu penyepak pada belakang Rafi.

"Aku tak tau mana dia pergi, Adli."

"Kau apa tahu, Rafi? Cari bohsia kat chatroom je kerja kau. Pastu, kerjasama dengan perempuan gila tu," Ail menyahut dari tepi pintu kereta.

"Kau nak kena penumbuk dengan aku lagi ke? Apa lagi, mintak maaf la dengan Eleena, bodoh! Dengan mak bapak Nizam! Semua kau punya pasal! Bodoh sangat kejar pantat sampai sanggup tikam member sendiri!" Adli dah hilang sabar dengan Rafi.

"Tapi apa yang aku cakap tu semua betul kan?"

"Kitorang peduli apa la Eleena ni anak Agong ke, anak Bush ke, anak Bill Gates ke, anak Illuminati ke, dia baik dan banyak tolong kita. Woi, Matematik kau dari F ke C tu kalau tak kerana Eleena, memang kau fail lah, Rafi," Ail bagi tarbiah pada Rafi.

"Lekas la, minta maaf! Kau nak aku pijak kau lagi ke, cibai!"

"Dah, Adli. Sudah. Kita cari Nizam di tempat lain, ya?" kata Eleena menarik baju Adli, menghalang dari terus menumbuk Rafi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top