Episod 17
"Adli Bercakap Tentang Masa Depan"
Tiga orang ahli The Jackals melepak di warung makcik depan sekolah sambil makan cucur udang dan minum air Fanta Strawberi.
Ziela membelek-belek videocam Adli sambil kunyah cucur udang.
"Weh, kau janganlah makan sambil pegang videocam aku tu. Mahal tu satu hal, kat videocam tu penuh bakteria, kau makan nanti sakit perut pulak," kata Adli sambil minum Fanta Strawberi.
"Sejak bila pendajal lejenderi macam kau ni reti geli dengan bakteria, Adli Margera? Lipas, tahi, kau selamba je pegang?" kata Ziela, letak balik videocam Adli.
"Sejak berkawan dengan Eleena la. Awek Nizam. Sabtu depan dia ajak kita semua pergi berkelah kat Gabai, mau ikutkah korang?" tanya Adli.
"Mestilah! Aku dah lama tak mandi sungai!" kata Ziela.
Alim Knoxville makan cucur udang. Dah wangi sebab Adli ajar dia pakai minyak wangi.
"Ha, ini macamlah baru Alim Knoxville! Barulah pendajal yang professional. Dah pandai mandi pakai sabun, bau pun wangi. Ziela pun boleh jatuh hati dengan kau."
"Kepala hotak kau!" kata Ziela.
"Eleh, malu-malu pulak. Sekali kalau besok-besok, si Alim ni kacak gila, tiba-tiba bergaya macam Julian Casablancas, tak cair kau dibuatnya?"
Tersembur cucur udang Ziela terkena muka Alim Knoxville. Alim dah muka blur.
"Kau tengok, kau dah mencacatkan ketampanan Alim Knoxville, kau tau? Penat aku makeover dia, suka-suka je kau ludah muka dia dengan cucur udang kau."
Ziela ambik tisu dari begnya, dan lap muka Alim.
"Haaaa, itu macamlah. So sweet both of you," Adli gelak-gelak.
"Tapikan, leceh la Adli pakai videocam ni. Aku nak rekod cikgu Afifi pun cam goyang-goyang. Kan bagus kalau handphone kita ni, boleh rakam video?" kata Ziela.
"Aku ada fikir gak dulu. Mula-mula aku bayangkan handphone kita ni ada kamera, pastu boleh rekod video. Pastu pulak, boleh pulak dengar lagu dalam handphone. Lepas tu, nak lagi best, handphone ni boleh main Internet, boleh main chat, boleh macam-macam la," kata Adli.
"Besar mana pulak handphone kita tu nanti kalau dah semua benda dalam tu," kata Ziela.
Adli senyum dan memikirkan seperti gaya seorang visionari.
"Kau janganlah fikir nanti handphone kita besar komputer pulak bila handphone kita macam komputer, Ziela. Handphone mungkin masih saiz yang boleh dipegang tangan, tapi mikrocip dalam dia tu lebih berkuasa dari sekarang," kata Adli.
"Futuristik gila tu. Kau rasa kereta terbang akan ada tak masa 2020 nanti?" tanya Alim pula.
"Tak kot. Sejak September 11 ni para saintis tak nak cipta dah kereta terbang. Kang terrorist guna je kereta terbang tu langgar bangunan. Tak ke naya?" Adli menghabiskan cucur udangnya.
"Baru nak bayang masa depan macam The Jetson," kata Alim.
"Kalau asyik perang je macam perang Afghanistan sekarang, kita lagi dekat nak jadi Flintstones dari The Jetson, kau tau?"
Kedua-duanya diam sambil makan cucur udang.
"Kau rasalahkan, akan datang, ada tak satu website yang masukkan semua video-video? Website tu kita nak tengok video je," tanya Ziela.
"Lembab la kalau gitu. Aku tengok blue 30 saat pun berapa lama nak loading," kata Alim.
"Alim, pandang aku jap?" kata Adli.
Adli kasi stalait pada dahi Alim.
"Kecik-kecik tengok blue. Sekali aku lempang berpusing kepala kau, baru kau tau."
"Kau rasa ada tak?" tanya Ziela, menyambung topik.
"Ada aku rasa. Tapi lepas tu semua orang pun upload video-video merapu. Lepas tu semua nak jadi instant famous. Nak mencapap kat Internet. Lepas tu famous for nothing. Orang tak ada bakat pun boleh popular. Peh, aku rasa kalau tu berlaku la, bullshit gila budaya kita masa tu," Adli capai lagi seplastik cucur udang.
"Sekarang pun kan, Adli, ada reality show, kau bayangkan future macam mana. Semua orang nak jadi famous walau cara bangang sekalipun," kata Ziela.
"Kata Ziela si peminat Jackass," Adli balas balik.
"Hahaha, tanpa Jackass, zaman remaja kita tak fun, doh. Lagipun, Jackass tu kira stunt talent, apa."
"Ye lah, masa akan datang, orang yang tak ada bakat akan popular dan masuk TV dan internet, orang yang ada bakat akan menganggur dan terpaksa buat kerja-kerja bosan. What the fuck dunia masa tu. Dan masa tu, aku tunggu nak simbah minyak tanah dan bakar segala isi dalam dunia yang serba membosankan masa tu," kata Adli.
"Semoga generasi akan datang akan ada macam kita juga, The Jackals!"
"Yeah, hidup The Jackals!"
Mereka bertiga menjulang plastik Fanta Strawberi ke udara sebagai tanda cheers pada kejayaan mereka menundukkan ego seorang cikgu disiplin.
--
"Cinta Jarak Jauh"
Eleena bawa Nizam ke bukit menara telekomunikasi untuk melihat bintang. Dan di bawah cahaya bulan yang terang itu, Eleena meneropong ke arah bintang Capella.
"Cinta, awak tengok ni," kata Eleena pada Nizam. Nizam duduk dekat, dan meletakkan mata pada teleskop. Eleena peluk Nizam dari belakang.
"Ish, terkejut, tau? Awak punya pelukan tu ada current, tau?"
"Kalau yang ni?" Eleena cium pada tengkuk Nizam.
"Awak ni nak tengok bintang ke nak tengok Power Rangers beraksi," kata Nizam, senyum nakal.
"Auriga."
"Sorry?"
"Nama buruj tu, Auriga. Bintang paling besar tu Capella. Bintang ni selalu digunakan untuk pengembara yang mengembara jauh untuk menentukan arah."
Nizam dengan perasaan kagum melihat bintang yang terang itu.
"Cinta, kalau satu hari bila kita berjauhan, macam mana, ya?"
Nizam terus berhenti memandang bintang.
Eleena hanya memandang Nizam dengan satu perasaan sayu.
"Cinta? Awak ada sesuatu ke nak cakap?" tanya Nizam.
Lidah Eleena kelu.
"Kan bagus kalau kita takkan membesar selamanya. Umur kita macam ni je. Bila dah tua, kita akan semakin melupai hidup kita ini sebenarnya indah."
"Straight to the point, cinta."
"Saya akan ke Jepun melanjutkan pelajaran."
Muka Nizam berubah.
"Bila?"
"Lagi dua minggu bergerak ke sana. Maafkan saya, baru sekarang saya beritahu awak. Saya tak tahu macam mana nak beritahu awak."
Nizam rasa hatinya macam kena tikam.
"Susah kan bila jadi dewasa?" kata Eleena.
"Buatlah akaun Friendster. Atau Yahoo Messenger. Please?"
"Maaf, saya tak suka media sosial."
"Kenapa?"
Eleena cuba menyusun ayat dan memberitahu hujah mengapa dia menolak teknologi itu.
"Bayangkan, pada suatu hari, 15 tahun dari sekarang, bila teknologi Internet yang ada hari ini sudah semakin canggih, dan semua orang berhubung melalui media sosial seperti Friendster. Cari kawan pakai Internet, cari jodoh pakai Internet, beli barang pakai Internet. Kedengaran senang dan bagus, kan?"
Nizam mengangguk tapi cuba faham pandangan Eleena.
"Cuba bayangkan bila fitnah boleh disebarkan melalui Internet. Dan berita palsu yang tidak ada kredibiliti disebarkan melalui Internet. Aib orang pada masa itu boleh disebarkan ke Internet. Cuba bayangkan, manusia jenis apa kita akan jadi pada masa itu? Kita akan sibuk mencari malu orang, dan memalukan orang lain, dan cuba bayangkan, pada masa itu, manusia akan lakukan apa sahaja untuk popular di Internet. Dan manusiakah kita nanti bila perhubungan kita nanti semua berlangsung di Internet?"
Nizam bersandar pada penghadang jalan, kemudian duduk di besi tersebut.
"Cuba bayangkan, bila satu masa nanti, bila semua orang berpura-pura dan menjadi palsu dalam profile Internet mereka, kita mungkin akan berkenalan dengan kawan yang salah, bercinta dengan kekasih yang salah, dan membenci orang yang salah. Sebab kita hanya dengar melalui skrin komputer, atau apa saja alat yang akan digunakan pada masa itu."
"Kalau awak anti teknologi, kenapa awak masih gunakan handphone?"
"Saya tak anti teknologi, cinta. Apa yang saya tak mahu ialah bila manusia hilang keupayaan menjadi manusia bila segalanya bergantung pada Internet."
"Jadi, bila awak di Jepun nanti, awak nak berhubung dengan saya dengan cara apa?"
"Awak dah lupa ke kita masih ada pen dan kertas? Awak dah lupa ke kita masih ada pejabat pos? Atau awak melihat ini semua tidak relevan lagi bila segalanya sudah berlangsung dalam talian?"
"Kenapa awak benci Internet, cinta?" Nizam mahu tahu dengan lebih lanjut tentang diri kekasihnya yang tak pernah main chat, tak pernah nak ada Friendster. E-mail pun dia tak ada.
"Dahulu, semasa perpustakaan menjadi sumber ilmu, orang ke sana, membaca buku, mendalami ilmu, berbincang dan berdebat santai. Cuba bayangkan bila semua orang ada kemampuan untuk berdebat di talian? Maka proses mendalami ilmu itu tidak lagi wujud, sebaliknya berdebat hanya untuk nak menang. Dan sumber maklumat yang dicari, hanya klik dan control c control v, kita tak dapat apa-apa manfaat pun dari situ."
"Tapi, orang macam saya, sekarang saya nak tahu sesuatu, saya pergi je Wikipedia, dan baca. Tak payah beli encyclopedia macam dulu."
"Awak pasti ke maklumat tu tepat memandangkan semua orang boleh meletak maklumat di situ? Dan awak pasti, di Internet semua orang berniat murni seperti awak?"
"Cinta, awak paranoid sangat ni."
"Bukan paranoid, perkara itu akan berlaku. Ada 6 billion manusia, ada 6 billion perangai. Penipu ada di mana-mana. Dan cuba bayangkan bila si tolol yang tidak tahu apa-apa, hilang semua benda di Internet. Awak pernah dengar, orang yang mencuri maklumat dan kandungan peribadi penting untuk tujuan mengugut dan merompak?"
"Saya cuma mahu berhubung dengan awak bila kita terpisah jauh, itu sahaja."
"Kalau ada cinta dalam hati, awak di Saturn, saya di Venus pun, kita boleh berbahasa, sayang. Lagipun, bukankah lebih romantis bila membaca tulisan kekasih sendiri? Kalau di Internet, bila dah tua nanti, awak boleh cari surat cinta saya dalam fail online? Tak romantiknya bila semuanya digital."
"Awak ni old-school la, Eleena."
"Lebih baik lama tapi bertahan, dari kontemporari tapi cepat basi."
"Jangan lupa hantar surat tau? Telefon ke?"
"Kalau surat tak sampai, Edry akan cari awak. Saya dah minta tolong dia dah."
"Saya akan rindu wajah kesayangan hamba ni, cinta."
Eleena senyum.
"Dan saya akan rindu Power Rangers saya ni."
"Malulah panggil Power Rangers."
"Go go Power Rangers..." Eleena mengusik nakal.
--
"Buku"
Kamelia sedang sedap membaca buku Coraline dari Neil Gaiman di studio jamming, sambil ditemani oleh band Aboo bermain lagu Incense and Peppermint dari Strawberry Alarm Clock. Ini kali pertama dia di studio jamming selepas pembedahan hysterectomy beberapa minggu lepas.
Ail tiba di studio jamming, bawa lebih banyak buku lagi.
"Eh, Ail! Kau datang? Mana yang lain?"
"Nizam dating, Adli tolong ayah dia niaga, jadi aku sorang je datang. Aku datang ni nak bagi buku kat kau. Tu pun kalau kau suka la."
"Kau gila, aku tak suka buku? Gila suka kot! Eh, duduklah. Kejap, lama aku tak borak dengan kau ni. Kau nak apa-apa tak? Coke, air kotak? Air mineral?"
"Air mineral lah. Aku sejak kat UiTM ni dah tak minum air manis sangat."
"Wah, jaga badan nampak. Jadi, kau kat sana, sihat? Nampak gayanya makin katang kau ni."
"Ada la buat workout sikit. Nak climbing kan, kenalah ada stamina."
"Bagus, kau tak ajak Rafi ke? Lama betul aku tak nampak dia?"
"Aku dah tak bercakap dengan dia sejak dia langgar janji dia pada aku pasal travelling dulu."
Kamelia tak mahu lagi meneruskan topik Rafi.
"Aku harap kau suka la, buku-buku ni. Buku-buku ni aku beli kat Chow Rasta, Penang. Semua buku-buku secondhand."
"Ala buku Neil Gaiman ni pun aku tak habis lagi."
"Aku harap buku akan kekal selamanya. Aku sebenarnya risau bila segalanya bergantung pada Internet."
"Kau ni sama la macam Eleena, paranoid sangat dengan Internet. Dia tak suka internet ni. E-mail pun dia tak ada. Susahlah macam tu."
"Aku tak tau la Kam, tapi bagi aku lah, benda yang paling seronok tentang membaca buku ialah kau pegang buku dan baca, betul tak?"
"Betul."
Ail buka air mineral, dan minum.
"Cuba bayangkan betapa letihnya mata kita bila menghadap skrin komputer, atau masa depan nanti entah alat apa kita guna nanti, bila baca fiksyen yang berpuluh ribu perkataan?"
"Tu lah, tapi nak buat macam mana kan? Internet ni kan senang. Kita download je, dah dapat baca dah."
"Kam, kau ada fikir, penulis novel ni survive macam mana? Kalau aku la, kalau aku minat satu buku tu, aku beli. Walaupun aku dah baca di Internet."
"Ye lah, ini je lah sumber pendapatan dia."
"Kau tengoklah nanti, bila Internet menguasai segalanya, muzik, buku, segalanya di Internet. Dan masa tu penghasil muzik dan penulis buku akan struggle untuk hidup. Akan banyak sampah sarap akan naik dan bercampur aduk dengan yang lain. Masa tu, yang bagus akan tersorok, yang sampah akan bersepah di Internet."
Kamelia berfikir sejenak kata Ail.
"Ye lah, sebab semua orang dah ada akses kat Internet, kan? Tapi, bukan ke lagi senang nak promote buku kat Internet bila semua orang berhubung nanti?"
"Berapa ramai pulak manusia nak cari benda berilmiah dan berkualiti, Kam? Apa depan mata, apa yang popular, depa ambik ja!"
"Amboi kemain dah depa-depa sekarang, Ail!"
"Eh, Kam. Sabtu depan, jadi tak, Gabai?"
"Jadilah, sebab nak sambut majlis perpisahan kita dengan Eleena. Dia nak study kat Jepun nanti."
"Peh, best gila. Tapi Nizam sakit la."
"Tu lah, aku harap dorang bertahanlah. Susah long distance relationship ni. Sedangkan kawan pun susah, inikan lagi couple."
"Aku ni, Kam. Dari kecik lagi nak mengembara jauh. Tapi, walau jauh macam mana pun aku pergi, Cheras Perdana, masih dalam hati. Kalau Eleena sayangkan persahabatan kita, soal tu takkan timbul. Tapi kalau kau duduk kat Cheras Perdana, tapi kau hanya fikir pantat dalam Internet, orang yang dah kawan dengan kau dari kecik pun dah malas lepak dengan kau."
Kamelia tahu Ail bercakap pasal Rafi.
Mereka berdua berbual lagi hingga tutup studio.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top