Episod 16
"The Jackals Rules The School!"
Lagu Corona dari Minuteman yang menjadi tema lagu Jackass bermain dalam radio imaginasi Adli. Dia selamba memakai cermin mata hitamnya berjalan di tengah, yang diapit oleh Ziela yang menolak basikal pink dan depan ada raga, dan Alim Kasut yang berdahi jendul. Nasib baik dia dah cukur rambut pekan Ronaldo dia.
Mereka berjalan menuju ke stor sukan. Alim Kasut pegang kayu dari kerusi yang patah di sekolah.
"Alim, apa-apahal, kalau Cikgu Afifi menggila, kau ketuk kepala cikgu dengan kayu. Dia tu body katang, sekali dia tumbuk kita, melayang tiga-tiga," kata Adli.
"Ziela, kau rekod video dan ambil gambar."
"Kau nak buat apa ni, Adli Margera?"
Adli tersenyum.
"You got to fight for your right, to party."
Adli buka kunci Solex yang dikunci sejak semalam.
BANG!
Terkejut Cikgu Afifi yang tido dalam ketakutan sambil memeluk bola ragbi. Ternyata Cikgu Afifi masih menangis dalam phobia melihat lipas yang berkeliaran.
"A..a...apa aw...awak nnnnaakk?" suara Cikgu Afifi yang berbody katang tetapi sedang menangis teresak-esak macam budak tadika kena tinggal kat tepi kubur seorang diri.
Adli senyum, sambil bakar rokok.
"Beberapa tuntutan."
Ziela tersenyum sambil merakam video cikgu berbody katang sedang menangis teresak-esak.
"A...a...pa apa awak ssssemua nak?"
"Pertama, jangan sentuh kami di sekolah. Terutamanya Alim Kasut. Dia anak yatim. Apa hukumnya buli anak yatim, cikgu?"
"Beerrrr...berrrrdosa!"
"Pandai pun cikgu. Nombor dua, kami mahu cikgu padamkan semua rekod-rekod kami."
"O...o...kay!"
"Nombor tiga, bayar lah kami sikit. Nanti video ni kami sebar kat budak-budak sekolah sekitar Kajang ni, mana cikgu nak letak muka? Body katang tapi takut lipas. Budak-budak ragbi tak respek cikgu nanti."
"B..be..berapa kamu sem...semua nak?"
"Enam rat."
Ziela dan Alim Kasut pandang Adli dengan tersenyum.
"O..o..ok!"
"Ish ish ish, sampai terberak cikgu sebab phobia dengan lipas," kata Adli.
"Cikgu lagi barai dari Alim Kasut sekarang ni, ish ish!"
Cikgu Afifi pergi ke bilik disiplin, dan hulur kad bank pada Adli.
"Ish cikgu ni. Tak nak la bagi kad bank. Nanti cikgu tipu pin number. Tak nak. Cash only."
"Tapi saya tak ada cash sekarang," Cikgu Afifi panik.
"Dah tu, moh la kita ke bandar Kajang. Lagi satu, Lim, kau kasi seluar spare aku bagi tadi tu, celaka la bau tahi ni. Mengingatkan aku terhadap pegawai PPD yang makan tahi aku dulu," kata Adli. Alim mencampakkan seluar pendek pantai gambar SpongeBob yang Adli beli di pasar malam Rabu Cheras Perdana.
"Kamu lah Adli..." kata Cikgu Afifi.
"Ya, Adli Margera. Ingat nama tu, cikgu."
Cikgu Afifi membawa mereka menuju ke Bandar Kajang dan cucuk duit di Maybank Jalan Besar. Cikgu Afifi menghulurkan enam ratus ringgit di tangan Adli.
"Tolong jangan sebar video ni pada orang, malu saya," kata Cikgu Afifi.
"Ziela, kau bagi tape tu kat dia. Kita habis sampai sini je. Tapi kalau saya dengar cikgu buli anak murid lagi, ingat nama Adli Margera. Dia akan menghantui anda!"
Mereka bertiga pun berjalan kaki menuju ke Restoran Hameed dan makan nasi kandar udang harimau besar goreng.
"Sebelum makan, ni duit korang. Sorang dua ratus. Ingat, kita pendajal kena ada prinsip. Pertama, kau jangan dajal cikgu baik. Nanti kena tulah. Kedua, kau jangan ulang trick yang sama. Dan nombor tiga, kalau ada pesaing, kau harus ingat, mereka adalah rakan sekomrad, bukan musuh. Faham semua?"
"Faham," kata Ziela dan Alim Kasut sambil makan nasi.
"Sorang dua ratus. Alim, duit tu kau jangan beli gam pulak. Aku tampar kau berpusing kepala kau, baru tau. Beli kasut sekolah, beli minyak wangi. Bagi hensem sikit. Baru Ziela terpikat dengan kau," Adli bagi ceramah. Alim Kasut terangguk-angguk kepala.
"Kau memang idola aku, Adli Margera. Sebelum ni, aku cuma prank cikgu takat letak bangkai burung, pancitkan tayar kereta, tu je."
Adli tersengih.
"Aku tak letak nama Margera kat belakang nama aku suka-suka la. Kau Alim, nanti bila imej kau dah macho, nama kau, Alim Knoxville!"
"Sedap jugak nama tu."
"Tapi kalau kau masih bau kasut kepam lagi aku panggil kau Kasut lagi."
--
"Nizam Bertemu Dengan Rafi"
"Bola lagi. Hai, bosannya," Nizam minum nescafe ais seorang diri sambil menghadap TV. Musim World Cup ni dia fedap sebab pergi mana-mana je orang layan bola. Dalam kelas, Radhi ajak borak pasal bola.
Dia kalau bab bola ni dia malas sikit nak sembang. Dia main je bola, bukannya si Nizam ni kaki bangku pun. Pernah je main jadi attacking midfielder kat sekolah dulu. Takdelah terror, bolehlah pass bola tu. Cuma dia tak minat bercakap pasal bola dalam nada yang fanatik. Main bola, ya, main. Jadi fanatik bola, sorry.
Rafi tepuk bahu Nizam.
"Woh, kau rupanya Fi."
Rafi keluarkan rokok.
"Rokok?"
Nizam tolak.
"Kau sejak dengan Eleena, kau dah tak hisap rokok, kan? Baru aku perasan."
Nizam senyum je. Entahlah, dia tak pernah cakap pun dia berhenti hisap rokok kat orang, tapi dia baru sedar yang sebenarnya dia berhenti hisap rokok tanpa dia fikir pun dia berhenti hisap rokok. Eleena pun tak pernah suruh dia berhenti hisap rokok sebenarnya.
"Haah. Aku tak perasan pulak aku dah lama tak merokok," kata Nizam.
"Kau hisap je. Ikut cakap awek, buat apa?" kata Rafi. Nizam tergelak sarkastik.
"Dalam ramai-ramai orang, kau yang cakap macam tu, Fi?"
"Ye la, aku tak kacak macam kau, kau boleh la dapat awek macam Eleena tu."
"Kau tu yang pandang rupa, Fi. Kau nak awek terima kau seadanya, tapi awek tak lawa, kau tak nak. Tu, Alin Jerawat tu minat je kau, tak nak pulak. Tapi aku tak paksa la kau terima sesiapa je, Fi. Cuma kalau kau nak awek lawa, kau tu memandang pada rupa."
"Apa yang ada kat Eleena sampai kau terima dia? Dia lawa kan? Dia kaya kan?"
"Tak, aku suka dia sebab dia pandai matematik, dia pandai main piano, dia pandai pasang Gundam, dia pandai main game Street Fighter, dia pandai bahasa Jepun, dia pandai bercakap pasal falsafah Barat, Timur dan Nusantara, dan dia ada koleksi muzik yang hebat-hebat."
"Tapi semua tu takkan ada kalau dia tak kaya, kan Nizam?" Rafi balik-balik nak guna point sama.
"Kalau dia kaya pun, bukan itu yang aku pandang. Aku pandang dia sebab dia suka berkongsi ilmu. Mak aku, dari satu haram tak reti masak masakan Jepun, sekarang dah terror betul masak. Kamelia, dari pendiam sombong tak cakap dengan orang, hari ni jadi baik dengan semua orang. Dia bawa impak positif pada semua orang."
"Ye la positif sampai aku pun korang dah tak nak lepak lagi," kata Rafi.
"Kau tau kan Ail dah balik, cuti sem? Ada kau nak jumpa dia? Tak, kau sibuk menghadap chatroom mencari awek yang entah siapa-siapa tu. Weh, nak cari awek bukan macam tu lah. Kau kenal isi hati dia dulu, lepak, kenal, baru kau tahu dia macam mana."
"Kau tahu ke segalanya pasal Eleena? Kau tak rasa ke dia tiba-tiba datang, lepas tu nak tunjuk kat semua orang dia ni hebat?"
Nizam bengang.
"Sukati kau lah, Rafi. Malas aku nak cakap dengan orang macam kau."
"Kau sanggup putus kawan sebab perempuan, Zam? Kawan sejak sekolah rendah?"
"Tak, Rafi. Kau yang berperangai aneh. Orang lain ok je. Adli, Ail tu aku kawan je lagi. Ada pernah kau tanya diri sendiri?" Nizam terus pergi cashier dan bayar.
--
"Kamelia Pulang Ke Rumah"
Ticking away the moments that make up a dull day
Fritter and waste the hours in an off-hand way
Kicking around on a piece of ground in your home town
Waiting for someone or something to show you the way
Tired of lying in the sunshine staying home to watch the rain
You are young and life is long and there is time to kill today
And then one day you find ten years have got behind you
No one told you when to run, you missed the starting gun
And you run and you run to catch up with the sun but it's sinking
Racing around to come up behind you again
The sun is the same in a relative way, but you're older
Shorter of breath and one day closer to death
Every year is getting shorter, never seem to find the time
Plans that either come to naught or half a page of scribbled lines
Hanging on in quiet desperation is the English way
The time is gone, the song is over, thought I'd something more to say
Wak Ramlan memandu sambil mendengar lagu-lagu dari Pink Floyd - Dark Side of the Moon. Lagu "Time" sedang berkumandang dalam kereta. Kamelia yang masih lemah, duduk dalam kereta, di pangkunya ada surat khabar Mingguan Malaysia yang melaporkan berita bahawa Dr Mahathir mahu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Abah masih ingat lagi masa dia mula-mula jadi Perdana Menteri dulu. Abah tengah nak siap-siap kumpul duit, nak meminang mak kau. Sekarang, kau pun dah besar panjang, rasa sekejap je semua ni bila fikir balik," kata Wak Ramlan sambil bagi signal ke kanan untuk masuk ke simpang Bandar Tun Hussein Onn.
"Tapi dia dah 21 tahun jadi Perdana Menteri, bah. Kam belum lahir lagi. Sekarang Kam dah umur 18 tahun dah," kata Kamelia.
"Masa itu relatif. Masa kau kat hospital tu, kau rasa lama gila tak?"
"My longest two weeks in my life, bah. Bosan!"
"Kan? Bila segalanya berjalan dengan perlahan, membosankan dan dunia tak berpihak pada kau, kau rasa lama sangat. Walaupun sebenarnya sekejap je. Tapi bila masa bergerak dalam keadaan menyeronokkan, dan dunia bersama kau, kau rasa kejap je. Kam, jarak kita dengan kiamat ni sebenarnya macam jarak jari telunjuk ni, dengan jari hantu je. Bila-bila masa je kita kiamat."
"Sejak bila abah layan ceramah PAS ni, bah?" kata Kamelia yang malas nak layan.
"Ni bukan ceramah PAS, Kam. Ini hakikat. Masa arwah mak kau meninggal, abah tak rasa abah boleh bertahan walau sehari pun. Tapi, pejam celik pejam celik, dah 11 tahun abah besarkan kau dan abang Kamil kau berdua."
"Abang Kamil tu bila nak balik Malaysia? Macam dah hilang pedoman je Kam tengok dia. Rambut kuning tu takpelah, macam dah lupa diri je dia orang Melayu," kata Kamelia.
"Kita ni sebenarnya sama je, manusia. Kalau dia dah duduk situ, dah adapt dengan persekitaran dia yang macam tu, macam tu lah dia. Contohnya kau, masa mula-mula pindah sini, kau buat perangai PJ kau, langsung kau tak ada kawan. Sekarang kau dah makin Cheras, makin ramai kawan kau, sampai lawat kau ke hospital bila kau sakit."
Kereta berhenti depan rumah. Akhirnya selepas dua minggu, akhirnya Kamelia nampak rumah.
"Ah, dapat baring kat katil sendiri. At last!" kata Kamelia.
"Eh, bah? Kenapa pintu tak kunci? Bahaya lah abah ni, tak kunci pintu. Karang pencuri masuk, sia-sia," kata Kamelia.
"Ye ke? Abah dah tua, pelupa."
Kamelia masuk dalam rumah.
"Abah, abah masak apa ni? Bau sedap je."
"Eh, abah mana masak apa-apa."
Dia bau nasi lemon dan ayam bakar lemon.
Kamelia masuk dapur. Dia nampak Eleena sedang menunggunya di meja dapur, tertidur depan nasi yang terhidang.
"Eleena?"
Eleena terbangun dari tidur.
"Kam?"
"Abah yang kasi dia masuk tadi," kata Wak Ramlan naik ke atas.
"Ish, susah-susah awak je masakkan ni semua untuk saya!"
"Saya takut awak kempunan je, hari tu saya masak nasi lemon, awak tak merasa."
"Eleena..."
Kamelia terus mendakap Eleena.
"Makanlah, dah sejuk dah tu. Lama betul tunggu awak."
"Faham-fahamlah, jalan kat MRR2 tu selalu jam," kata Kamelia, tersenyum.
Sambil makan, mereka berbual tentang banyak perkara, tentang kisah masa kecil, dan hal-hal lain.
"Eleena, bila awak nak ke Jepun?"
"Sebulan dari sekarang. Awak cepatlah sembuh. Lepas ni saya dan Nizam rancang untuk ajak kawan-kawan ke Sungai Gabai. Tahun lepas, arwah Azlam pun ada."
Kamelia senyum.
"Masa itu relatif. Jadi, masa yang kita ada ni, kita habiskan bersama dengan kegembiraan, ya?"
"Nanti kita akan jumpa lagi, bila umur kita panjang. Jangan lupa hantar surat pada saya nanti."
"Saya harap awak berubah fikiran tentang media sosial, Eleena."
Eleena senyum dan geleng kepala.
"Tulisan tangan ada roh, berbanding tulisan pada skrin komputer, Kam."
Kamelia mengangguk kepala tanda faham. Mungkin itulah Eleena, dan Kamelia sedar dia tak mampu mengubahnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top