Episod 15

"Sesi Berbual dengan Arnab/Terima Kasih Kawan-kawan!"

Bosan juga hari-hari bau lantai hospital ni, dengan terbaring tak buat apa-apa. Kamelia sudah bersedia menerima hakikat yang dia tidak lagi mampu menghasilkan zuriat, itu sudah dia terima. Yang dia tengah stress sekarang, dia tengah bosan sekarang.

Apa cerita lah Cheras Perdana sekarang. Apa cerita lah studio jamming sekarang.

Dia tengok di sebelah meja, ada Gundam si Edry. Kamelia pegang, kemudian tersenyum. Kemudian dia datang mood swing, dia menangis.

Kemudian dia pandang ada Discman dan beberapa buah CD.

"Nizam..." dia senyum. Dia ambil CD itu, dan tertulis "We Are Always Paddle Pop Pelangi".

"Kenapa kau baik sangat dengan aku, Nizam? Kau tau kan, aku tak sanggup nak langgar Eleena untuk kau?"

Dah la Nizam tau je lagu-lagu favorite dia, lepas tu dia punya lagu tu semua macam...sesuatu.

"Dia ni kan, jangan la buat aku rasa perasan gila macam ni."

"Kau nampak gembira je bila nampak Nizam bagi kau CD dia burn untuk kau?" Miko datang hinggap atas kaki Kamelia.

"Aku tak boleh la, Miko. Aku ada prinsip, aku takkan langgar kawan aku demi lelaki. Ini aku dah pegang sejak sekian lama."

"Prinsip tu tinggal prinsip je, Kam."

"Lagipun, kau suka kalau pakwe kau ada perempuan lain?" Kamelia tanya Miko.

"Aku arnab, aku peduli apa."

"Kan senang jadi arnab macam kau. Tak payah pergi sekolah, tak payah sakit jiwa macam ni. Bosan betul jadi manusia ni."

"Kau cuba bayangkan kau threesome dengan Eleena dan Nizam, wow!"

"Kau jangan nak jadikan aku macam seekor arnab, Miko!"

"Tadi kau juga kata kau dah bosan jadi manusia."

Kamelia bersandar pada bantalnya.

"Yeah. Kalau aku mati kan, aku nak jadi amoeba. Belahan dedua je, tak payah jadi pasangan," Kamelia mula gelak-gelak.

"Kau tak rasa bosan ke hidup jadi amoeba? Kau duduk hospital ni pun kau dah komplen bosan," Miko naik kembali ke dada Kamelia.

"Haah. Mesti bosan jadi amoeba. Dah la duduk dalam air je. Lepas tu membiak pun pakai belahan dedua je. Kita je spesis yang nak membiak dengan having fun."

"Kau je, manusia. Arnab peduli apa. Rabbits don't give a fuck but only fucking."
"Fucking like fucking rabbits."

"Tapi Miko, aku dah tak boleh beranak. Ada ke orang nak kahwin dengan aku?"

"Kau tau, kalau aku la, aku lagi suka tak boleh beranak. Penat kau tau, beranak."

"Tapi kau arnab, Miko. Rabbits don't give a fuck, kan? Eh, jap jap. Ada nurse."

Kamelia buat-buat baring.

"Cik Kamelia sihat hari ni?" tanya nurse.
"Hari ni ok."
"Sebentar ya, kami nak ambil darah untuk sample. Lepas tu nak ganti cadar dan selimut."
"Ok jugak tu. Nurse, perlahankan aircond boleh tak? Sejuklah."
"Baik Cik Kamelia."
"Terima kasih."

Nurse keluar.

"Miko, nurse dah keluar."

"Kau rasalahkan, Sarah ada lawat kau tak?"

"Tak kot. Dia macam dah putus kawan dengan aku. Dia kata Eleena rampas aku dari dia. Dia tak tau masa dia bunuh diri tahun lepas, Eleena yang bertungkus lumus kejarkan aku ke hospital. Kadang-kadang aku rasa la, dia ni sebenarnya attention seeker. Dia tengok aku macam rapat gila dengan Eleena, dia jealous, nak ambil perhatian. Aku bukan tak boleh kawan dengan dia. Aku kawan dengan dia sejak sebelum tadika lagi. Tapi dia tak boleh ubah lah perangai dia. Bukanlah aku tak kasi dia nak ada boyfriend, lantak dia la kan. Tapi kau faham tak, Miko...Miko...Miko?"

Adli dengan Radhi depan mata.

"Kimak kau setan berdua!"

"Aku dah cakap dah, Radhi. Berapa kali aku dengar dia cakap sorang-sorang," kata Adli sambil kunyah Twisties.

"Woi, Kam. Kau ok tak ni? Takkan masuk hospital terus mental kot, hahaha!" Radhi seluk Twisties Adli.

"Sekolah macam mana?" tanya Kamelia.

"Cikgu Rosmawati kirim salam. Nanti pembentangan topik kau dengan Nizam pasal topik fungsi Yang Dipertuan Agong dalam cabang perundangan," kata Radhi.
"Sebenarnya aku dengan kau, Kam, tapi aku pilih Radhi jadi partner aku sebab..." lepas tu Adli buat dua tangannya bentuk seperti kedua-duanya sedang cemolot.

"Babi, mana ada aku dengan Nizam lah!" Kamelia muka merah padam.

"Weh, kau tau tak, selain kau, Ustaz pun masuk hospital," kata Radhi.

"No kidding, apahal?"

"Babi ni la, dia pergi letak gam kayu kat handphone ustaz, dengan kerusi. Melekat tang bontot tu satu hal. Melekat handphone pada tangan tu yang macibai ni buat," kata Radhi.

"Apa pulak aku buat, aku pemantau je. Sekarang ni aku dah ada skuad pelapis. Kerja aku sekarang, aku bagi nasihat je. Ambil upah konsultan," Adli mengunyah Twisties sambil bercakap. Berterabur atas katil.

"Banyak la konsultan kau!" Kamelia gelak-gelak mendengar telatah Adli.

"Tapi serius doh, sejak kau takde, budak-budak jadi down doh. Nak jamming pun takde mood. Drummer takde," kata Adli.

"Eh, kan Rafi ada."

"Kitorang malas. Nizam la, dia rasa macam tak best dah jamming dengan Rafi."

"Ish korang ni, korang kawan baik sejak kecik kot, kenapa macam ni?"

"Woi, bak la sikit Twisties! Bolot sorang!" kata Radhi, menjerit.

"Weh, Radhi. Ni hospital kot. Diam la sikit, nanti doktor marah doh," Kamelia pandang pintu.

"Kam!" Eleena datang bawak sup ketam. Nizam, Wak Ramlan, Cik Osman, Edry, serta Aboo dan band Dinajpur Rockers turut melawat.

"Ail on the way, dia tengah cuti sem!" kata Nizam.

"Serius ke? Ail datang? Rafi?"

Nizam angkat bahu.

"Call tak angkat."

"Eleena! Thanks sebab buatkan sup ketam untuk saya!"

"Saya keluarkan isi ketam supaya awak senang nak makan. Saya harap awak suka makan, sila nikmati," Eleena bukak tupperware dan terkeluar wap sup ketam tu.

"Weh, Eleena. Kau masak sedap la. Aku nak sakit la macam ni," kata Radhi sambil acah-acah terguling.

"Hi, Kam."

"Hi, Nizam."

"Semalam saya dengan Eleena cari hadiah untuk awak, saya fikir CD Queens of the Stone Age, mesti awak suka."

"Gila ke tak suka Queens of the Stone Age! Thanks Nizam, thanks Eleena!"

"Nizam la tau taste muzik awak, asalkan awak cepat sembuh, kita akan jamming."

Eleena hulur tangan.

"Paddle!"

Nizam sambut.

"Pop!"

Kamelia letak tangannya di tangan Nizam.

"Pelangi!"

"Paddle Pop Pelangi! Paddle Pop Pelangi! Paddle Pop Pelangi! PPP! PPP! PPP!"

"Radhi, jom kita buat geng kita?" Adli hulur tangan.

"O..."
"AG!"
"OAG! OAG! OAG!"

Sebentar lagi, Ail tiba dengan lebih kacak dari mula-mula dulu.

"Ail makin hensem la siaaaaalll!"
"Body dah katangggg!"

Ail hadiahkan Kamelia novel Coraline dari Neil Gaiman.

"Wow, thanks Ail."

"Get well soon, Kam."

"Thanks korang semua! Sayang korang semua!"

--

"Margera In SAAS"

"Lipas mana, lipas?"

Ziela keluarkan seplastik lipas.

"Kunci, mangga?"

Ziela keluarkan kunci Solex.

"Bagus. Sekarang kau campak lipas tu dalam bilik quartermaster ni. Lepas tu kau tunggu Cikgu Afifi masuk nak ambik barang-barang," Adli memberi khidmat nasihat dari tepi.

"Mana si kasut ni? Lembab! Buat kerja takde disiplin!" Adli memandang jam Casio di pergelangan tangan.

"Dia berak jap."

"Bodoh, dah la buat rambut pekan. Sekali aku jontos dia baru tau. Mana karipap sardin, mana?"

Ziela hulurkan seplastik karipap sardin. Adli pakai spek mata hitam yang dia beli di Metro Kajang. Dia kemudian mengunyah karipap sardin tersebut.

"Mana kau beli karipap angin ni? Aku geram je tengok Melayu niaga macam ni. Kali terakhir aku makan karipap angin ni, besoknya dia punya warung nasi lemak aku pergi letak bangkai tikus dalam nasi dia. Baru dia reti niaga sikit!" Adli terus potong. Dia buang karipap inti angin tu dalam tong sampah.

"Okay, okay, dia dah nak masuk. Sorok tepi," kata Adli.

Cikgu Afifi masuk dalam bilik quartermaster, dan mengambil barang seperti bip, kon, dan bola ragbi.

"Sekarang!"

Ziela terus lari dan tutup pintu bilik quartermaster. Kelam kabut cikgu tu dalam bilik tu.

"Kunci, kunci!"

Pintu diketuk dari dalam.

"Bukak pintu ni! Siapa kunci dari luar ni! Bukak sebelum saya ambil tindak..aaarrggghhh lipaaaaassss lipaaaaasssss aaarrggghhh lipaaaaasssss..."

"Jom, blah," kata Adli pada Ziela.

"Kau nak kunci dia sampai pukul berapa ni?"

"Maghrib kita kasi lepas la," kata Adli.

Mereka lepak di tepi padang sambil borak-borak melihat cikgu Pendidikan Jasmani sedang membuat latihan senamrobik poco-poco dan tarian Asereje.

"Entah mende-mende la cikgu ajar budak-budak menari tarian setan ni," Adli buka begnya sambil meneguk air mineral.

"Kau rasakan, Adli, Cikgu Afifi tengah ketuk-ketuk pintu lagi ke?"

"Tengah berak dalam seluar kot," kata Adli.

"Kenapa kau nak jadi pendajal masa mula-mula dulu? Siapa yang ajar kau mendajal orang?"

Adli termenung panjang.

"Sebelum aku kenal Jackass la, aku kenal dua orang yang power yang menjadi idola aku sehingga ke hari ini."

"Siapa?"

"Dennis The Menace dengan Macaulay Culkin dalam cerita Home Alone. Sejak itu, aku bercita-cita nak jadi seorang pendajal paling power," Adli tenang melihat awek-awek menari Asereje di padang.

"Aku suka gak tengok cerita Home Alone tu. Tu memang legend betul," kata Ziela sambil kunyah cucur udang.

"Bak tang cucur udang kau, cibai, makan sorang," Adli ambil lidi pada plastik Ziela.

"Siapa orang pertama kau dajal?"

"Jiran lama aku. Sebab dia rembat game Contra aku. Kau nak tau aku buat mende kat dia? Aku curi seat basikal dia. Tapi tu kerja aku masa tadika la. Lame gila."

"Selain tahi tu, apa lagi dajal kau paling epik yang kau boleh banggakan?"

"Kau tau kan, setiap waktu antara azan asar dengan azan maghrib, surau akan pasang tape mengaji Quran kan?"

"Haah."

"Aku tukar tape mengaji Quran tu dengan tape kaset As-Sahar."

"Kau dajal surau? Kepala otak kau! Kau tak rasa berdosa ke?"

Adli senyum.

"Kau tak rasa berdosa ke kalau ceramah surau mengajar kita berpecah belah kerana politik kepartian. Aku ni kalau nak dajal orang, aku ada prinsip. Orang baik aku tak dajal."

"Member-member?"

"Member-member aku dajal takat baling tepung, kunyit, cili sos masa birthday tu biasa la. Tapi aku pernah terdajal member aku masa malam Qiamulail. Ter. Ter."

"Kau buat apa?" tanya Ziela.

"Malam tu aku saja nak dajal orang yang pergi Qiamulail tu lah. Aku letak sabun basuh pinggan, telur, paku tekan, serbuk kunyit kat tangga koridor. Pastu aku pakai jubah ayah aku dengan topeng hantu yang aku beli kat funfair masa aku kecik dulu. Aku sergah la. Pastu, kau kenal kan, Nizam?"

"Yang pakai spek tu? Yang member kelas aku minat gila tu."

"Siapa member kelas kau doh?"

"Shasha. Dia bajet-bajet Avril kalau lepak Metro Kajang. Pakai singlet pastu rembat tie abah dia acah-acah skater boy."

Tersembur air mineral Adli.

"Pahal doh?"

"Hari tu datang studio jamming semata-mata nak mintak autograf si Nizam. Tapi Nizam dengan awek dia la."

"Awek dia yang rambut pendek muka garang tu ke? Satu kelas dengan kau tu ke?" tanya Ziela.

"Tak, minah tu minat Nizam. Tapi Nizam dah ada awek lain. Hot gila la. Macam Jennifer Love Hewitt bila dia senyum."

"Gila babi hot sial. Awek senyum nampak gigi taring ni memang mengundang. Macam Jennifer Love Hewitt, Avril Lavigne..."

"Kau lesbian ke, Ziela?"

"Tak la. Abang aku buat modal melancap."

"Hahaha."

"Pastu, Shasha tu frust la?"

"Of course lah. Meraung dia kat kedai cendol tu. Aku pun tak tau la apa yang ada kat Nizam ni sampai berebut makwe kejar dia," Adli habiskan air mineral.

"Tapi dia muka nerd la. Aku tak suka muka camtu. Aku suka pakwe brutal. Hitam-hitam, budak jahat kat sekolah, pastu kaki ponteng."

Adli pandang Ziela.

"Macam aku la?"

"Haha, ye kot," Ziela senyum.

"Baik kau lupakanlah hasrat kau tu. Sebab kekacakan dan kemargeraan aku cukup terkenal di daerah Hulu Langat tu. Baik kau stick je dengan Alim Kasut. Kau ajar budak tu mandi, pastu dahi jendul dia tu, kau stalait, jontos, kau hangguk kepala dia kat dinding macam Stone Cold, pastu ok la tu."

"Buto! Ada ke nak suruh aku dengan Alim Kasut."

"Susah la kalau aku ni lelaki yang kau idam-idamkan. Taste aku tinggi kot. Paling koman macam Lita. Baru sepadan."

Alim Kasut datang terhegeh-hegeh dengan beg sandangnya.

"Datang dah bau kasut."

Alim Kasut duduk sebelah Adli.

"Weh budak, aku ada hadiah untuk kau ni."

Adli buka begnya. Dia keluarkan sabun mandi Antibax.

"Balik ni, kau mandi pakai sabun ni. Lepas tu kau buang rambut pekan bodoh ni, kasut kau ni, kau buang dalam sisa penapisan toksik. Kau pergi mintak kat abah kau beli kasut baru. Kalau abah kau tak kasi, aku boleh pecahkan kereta abah kau dan jual radio kereta dia."

"Abah aku dah meninggal la, Adli."

Adli berubah muka.

"Weh, sorry weh. Aku tak sengaja."

"Takpe."

"Camni lah, aku belikan kau kasut sekolah, pakai kemas-kemas. Mak kau tak apply zakat ke?" tanya Adli.

"Mak aku buta huruf, tak tau baca."

"Kesian kau ni. Kau duduk mana?"

"Simpang Balak."

"Yang kat Shell tu."

"Malam nanti aku try tanya abah aku macam mana nak tolong mak kau. Mak kau kerja apa?"

"Jahit baju, lepas tu jual kuih."

"Mak dia punya kuih koci baek doh," Ziela menyampuk.

"Camtu nanti aku tanya abah aku. Tapi aku tak janji aku boleh tolong. Aku tanya je, okay?" Adli hulur salam pada Alim Kasut.

"Jom la, balik."

Mereka bertiga berjalan menuju ke parking motor.

"Alim, kau balik naik apa?"

"Jalan kaki."

"Ha, naik motor aku."

Ziela pun tolak basikal pinknya keluar dari sekolah, rumah dia kat Taman Mesra.

Sedar tak sedar, dah sampai simpang Shell baru mereka semua sedar yang Cikgu Afifi masih terkurung dalam bilik stor sukan.

"Camana ni? Nak patah balik ke?" tanya Alim Kasut.

"Besok je la bukak. Tak mati pun kurung dia satu malam dalam tu, chow dulu," Adli drop Alim Kasut depan Shell, lepas tu memecut menuju ke Cheras Perdana.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top