Episod 12

"Sebiji Buah Tamar"

Ziel-O tunggu Adli di tempat parking motor pada pagi itu. Dengan basikal pinknya, di depan bakulnya ada sebungkus nasi lemak.

"Nah, nasi lemak sambal ikan bilis petai, sorry, sambal kerang habis," kata Ziel-O menghulurkan plastik pada Adli.

"Ok je ni, aku layan gak sambal petai. Ni, peralatan yang aku suruh kau bawak, kau bawak?" tanya Adli sambil mencapai plastik nasi lemak.

"Bawak," kata Ziel-O.

"Macai kau mana?"

"Alim Kasut? Kejap lagi dia sampai."

"Jap, kenapa nama dia Alim Kasut? Dia meniaga kasut ke?"

"Tak. Bau dia macam bau kasut."

Adli tahan gelak.

"Bau kedai ke?"

"Kasut bau kedai heaven beb. Ni tak, bau kasut kepam, macam bau stokin."

"Astaga, anak siapa la dia ni. Jadi, kau setuju kan cutting kita."

"Alim cakap dia nak cut sikit, so boleh tak kau makan 50, kitorang sorang 25? Ni pun aku dah cut aku punya bahagian 5 percent tau?"

"Aku ingatkan Alim Kasut kau tu sanggup lakukan apa saja demi kau. Ah, takpelah. Sekarang, kau nampak tak kereta ustaz Hanafi tu?" tanya Adli.

"Ha, aku letak tahi kucing tu. Aku tau bukak pintu jenis Wira tu."

"Kau pakai wayar hanger pun boleh bukak la pintu Wira tu," kata Adli.

"Kau suruh si kasut tu lepak warung makcik jap, aku ada taklimat jap nak cakap dengan korang," kata Adli yang melintas jalan menuju warung makcik jual kuih.

Kejap lagi Alim Kasut datang, dan nampak Ziel-O dan Adli sedang melepak depan gerai.

"Woi, kau makan kasut ke apa? Apahal bau badan kau bau kasut, sial?" kata Adli sambil menutup hidung. Makcik niaga kuih dah tak boleh blah. Si kasut ni menjejaskan perniagaannya.

"Bang, kita nak buat kat kereta siapa ni?" tanya Alim Kasut.

"Ustaz Hanafi. Nanti, konon-kononnya kau nak buat, aku cekup kau, dan bawa ke ustaz. Pastu kau tadah la bontot jap. Pastu dapat habuan dari ustaz, kita bahagi, ok?"

"Cantik, bang."

"Lagi satu, kalau ustaz bagi banyak duit, kau beli minyak wangi. Minyak atar kat masjid tu pun takpelah dari kau bau kasut macam ni," Adli light rokok.

Alim Kasut pun ambil peralatan seperti wayar hanger dan playar untuk buka pintu kereta Ustaz Hanafi. Sedang dia 'buat' kerja, tiba-tiba Adli 'mencekup' Alim Kasut.

Adli terus bawa Alim Kasut menuju ke bilik guru.

"Ustaz, ustaz! Dah jumpa dah! Dia ni cuba mendajal kereta ustaz!" kata Adli dengan perasaan bangga.

"Bagus, kamu ikut saya ke bilik disiplin."

Adli buat muka barua, konon-kononnya dah dapat tangkaplah pendajal tu. Alim Kasut pun melakonkan watak dengan baik, meronta-ronta macam konon-kononnya melawan lah.

Cikgu disiplin, Cikgu Afifi bagi tiga das rotan. Celaka, perit juga libasan cikgu ni. Macam nak menangis si Alim Kasut.

Selepas mendapat sebatan, Alim Kasut pun tunggu tepi, menunggu Adli mendapat habuan.

"Adli, terima kasih, kerana membantu saya dalam penyiasatan ini. Dan sebagainya habuannya, saya berikan kamu sepotong doa dan sebiji buah tamar. Rasulullah s.a.w bersabda, tamar ini baik untuk kecerdasan fikiran."

Hangin je muka Adli bila dihulurkan sebiji tamar ke tangannya.

Alim Kasut yang terbongkok tahan sakit tadi datang dekat.

"Dapat berapa?"

"Buah kurma. Dah la sebiji. Fak, ini mengundang kemarahan Adli Margera! Kau panggil Ziel-O kejap! Kita ada misi penting!"

Adli dan Alim Kasut berjalan menuju ke basikal pink, tempat Ziel-O sedang menunggu.

"Apa cerita?"

"Ustaz dah game kita. Buah kurma sebijik je dia bagi aku. Sekarang kita kena laksanakan satu kerja jahat. Pukul berapa sekarang?" tanya Adli.

"10 pagi."

"Tak boleh ni. Kita kena buat lepas rehat. Lepas rehat, kau berdua jumpa aku dekat gazebo depan pusat sumber, ok?" kata Adli.

"Kita nak buat apa ni? Musibat punya ustaz!" kata Ziel-O.

"Kau, KH kau ambik elektrik tak?" tanya Adli.

"Aku ambik ERT," jawab Alim Kasut.

"Kau serius lah, Alim? At least kau ambik pertanian aku boleh terima lagi. ERT? Ish, tak boleh pakai kau ni. Kau Ziel-O? Jap, nama kau siapa, sengal?"

"Ziela."

"Ok, kau ambik apa?"

"Elektrik."

"Cun. Sekarang, aku nak kau blackoutkan sekolah, kau ikut aku."

"Lepas tu?"

"Bila blackout, cikgu-cikgu mesti keluar. Dan masa nilah kita ada masa yang sikit untuk buat kerja kita."

"Kau nak buat apa, Adli Margera?" tanya Ziela.

Adli tersenyum jahat.

"Kau ada gam yang maha kuat tak?" tanya Adli.

Alim Kasut buka beg, hulur gam kayu.

"Kau hisap gam ke, pukimak!" Adli stalait kepala Alim Kasut. Malang betul Alim Kasut ni, tadi dah kena libas, ni kena stalait pulak.

"Patut la bau kasut, celaka! Ok, Ziela, kau jalankan kepakaran kau dalam memutuskan bekalan letrik lepas rehat nanti," kata Adli sambil tersengih jahat.

--

"Mixtape Nizam"

Kamelia melihat Nizam yang sedang mendengar walkman sambil membaca sesuatu dalam buku catatannya. Oleh kerana Radhi sedang memekak depan kelas, Kamelia memberanikan diri untuk duduk sebelah Nizam.

"Anda, dengar apa tu?"

"Huh? Oh, anda. Ni ha, dengar mixtape. Semalam dengar Time Highway Radio. Cool gila dorang main lagu 80an balik. Ni lagu April Skies, Jesus and the Mary Chain," kata Nizam sambil menunjukkan lirik yang ditulisnya pakai tangan.

"Wow, cool. So, lepas ni, anda free tak? Maybe anda boleh ajar saya main gitar seperti dijanjikan?" tanya Kamelia.

"Oh ya, ok jugak. Ingatkan anda dah main dram, dah tak berminat belajar main gitar."

"Eh tak la, nak belajar main gitar. Tapi seganlah nak tanya anda."

"Kenapa anda segan?"

Kamelia tiada jawapan.

Kipas tiba-tiba berhenti.

"Blackout ke? Pulak."

"Petang ni, saya dan Eleena ada projek keroncong kami. Tapi datang la sekali. Boleh kita buat projek Paddle Pop Pelangi kita. Kita kalau boleh nak buat lagu sendiri. Penat la, asyik main lagu orang je," kata Nizam.

Kamelia mengangguk faham bahawa Nizam mengutamakan Eleena darinya.

"Bawa gitar hari tu. Anda nak belajar lagu apa?"

"Saya nak belajar lagu..."

"Cornflake Girl?"

Kamelia tersenyum dengan menahan malu.

"Susah kot. Belajar lagu yang simple-simple dulu?" tanya Kamelia.

"Ha, Muse?"

"Lagu apa?"

"Unintended?"

Kamelia mengangguk setuju.

"Sounds nice."

"Jumpa anda di Eleena's. Bawa gitar hari tu, ok?"

"Baik, anda."

Kamelia mahu berbual panjang lagi, tapi nampaknya Nizam begitu fokus mendengar mixtapenya, jadi dia berundur ke mejanya. Dia terus memandang lukisan gambar Nizam di bukunya. Dia tak tahu apakah patut dia tunjukkan pada Nizam.

"No, you can't do this, Kam."

Miko si arnab muncul depan meja.

"Sampai bila kau nak simpan rahsia ni?"

"Aku tak boleh lah, Miko. Aku tak sanggup. Eleena terlalu baik untuk aku."

"Tapi dia dah benarkan, kan?"

"Aku tak rasa dia suka aku, kau pun tau kan, Miko?"

"Kau belum tanya lagi?"

"Miko, kau gila ke? Karang kalau dia tak nak cakap lagi dengan aku, macam mana?"

"Hidup ni ambik risiko, Kam. Sampai bila? Ke kau nak settle down dengan orang lain yang kau tak ada hati pun?"

"Tak boleh lah, Miko..."

"Weh, Kam. Kau cakap dengan pencil box ke?" tiba-tiba Radhi tegur.

Muka Kamelia merah padam.

"Takde apa la, Radhi."

"Kau ok ke tak ni? Muka kau pucat semacam je?" tanya Radhi.

"Aku ok."

"Adoi, tadi aku nampak Adli tadi. Mana pulak dia ni. Tak masuk kelas langsung."

Bunyi loceng bomba berbunyi.

"Huik?"

--

"The Legendary...Adli Margera!"

Selepas berjaya memutuskan bekalan elektrik, loceng bomba berbunyi. Jadi semua para guru dan pelajar sekolah menuju ke tapak perhimpunan.

"Perhatian pada semua pelajar dan para guru, diminta semua untuk turun ke tapak perhimpunan kerana berlakunya masalah bekalan elektrik," kata cikgu bertugas dengan megaphone.

Semua turun menuju ke tapak perhimpunan sementara menunggu TNB dan pihak bomba untuk sampai.

Masa inilah Adli mengajar kedua-dua apprenticenya, Ziela dan Alim Kasut tentang pendajalan dalam erti yang sebenar.

Gam kasut yang digunakan untuk tujuan menghidu oleh Alim Kasut tadi diletakkan pada kerusi Ustaz Hanafi.

"Dia tertinggal handphone la," kata Adli.

"Kau nak buat apa?"

"Kau sapu gam tu pada handphone dia. Sekarang, aku letakkan sebiji tamar dia bagi tadi kat atas meja sebagai peringatan, siapa Adli Margera, kahkahkah!"

"Ok, Ziela, sekarang kita hidupkan bekalan elektrik sebelum TNB sampai," kata Adli.

"OK, cun!"

Mereka bertiga berlari menuju ke bilik pencawang elektrik sekolah dan menghidupkan semula bekalan elektrik.

Di tapak perhimpunan, semua nampak kipas berpusing kembali.

"Ok, semua balik ke kelas."

Ustaz Hanafi balik ke mejanya. Sedang dia duduk, dia capai telefon Nokia 1100nya.

Dia rasa aneh. Kenapa lain macam je dia pegang telefon sendiri ni.

Dia nak letak telefon tu di atas meja, tapi telefon itu terlekat pada tangannya. Kemudian baru dia sedar bontotnya juga terlekat dengan kerusi.

Dia nampak buah tamar yang diberi tadi.

ADLIIIIIIIIIIIIIIIIII MADEFAKERRRRRRRR CIBAIIIIII KANINA LANCAUUUUUUUU!!!

Bergema jeritan Ustaz Hanafi sehinggakan satu sekolah terkejut.

"Celaka mamat ni, aku ingat dia tak datang," kata Nizam dah tahan sakit perut nak tergelak.

"Kata nak cuci tangan lah, Adli Margera stays in CP la, macam-macam lah kau ni, Adli," Kamelia menahan gelak.

--

"Not Now, Miko."

Kamelia datang membawa gitarnya dan tiba di rumah Eleena. Eleena masak nasi lemon bersama ayam bakar bersama dill dan lemon, bersama air pink lemon.

"Cinta, kenapa masakan kita semua bertemakan lemon? Awak tengah marah ke?"

"Haha, tak lah, cinta. Kebetulan, lemon tengah sale di Carrefour semalam. Jadi macam banyak sangat beli. Saya pun gunalah semua lemon ni untuk masak," kata Eleena sambil nak panaskan oven.

"Kam cakap dia nak datang," kata Nizam sambil memotong asparagus.

"Eh, cinta. Bukan macam tu lah, macam ni, awak patahkan je asparagus ni. Bahagian lembut, kita pakai. Yang keras, kita buang."

"Oh, saya potong bawang ni betul tak?"

"Okay lah tu. Lepas tu awak letak bawang tu atas ayam, selang-selang dengan lemon."

Dengar loceng rumah berbunyi.

"Edry, tolong kakak buka pintu. Kak Kam datang tu," kata Eleena sambil membasuh beras untuk memasak nasi lemon.

"Kak Kam, selamat datang," Edry cium tangan Kamelia.

"Kakak ada?"

"Dia sedang masak. Kakak Kam ok ke ni, muka kakak macam pucat je?"

"Kakak ok, Edry. Cuma letih sikit."

"Masuklah. Nanti Edry beri kakak air."

Kamelia masuk. Eleena terus memeluk Kamelia.

"Maaflah, badan bau ayam. Baru nak masak. Nasib baik Nizam dah sampai, dia pun sibuk potong bawang. Kam, awak sihat, muka awak macam pucat je?" tanya Eleena.

"Ok cuma letih sikit."

"Kam rehat dulu, tengok TV ke apa dulu, saya dengan Nizam sedang masak."

"Nak saya tolong ke?"

"Eh, tak apalah. Kam rehat di sofa tu. Saya dengan Nizam siapkan masakan, lepas tu kita makan sama-sama, ya?"

Edry letakkan segelas air pink lemon di meja untuk Kamelia.

"Terima kasih, Edry."

Edry sambung menonton CatDog.

Sambil tu, Kamelia nampak Eleena dan Nizam sedang bermesra-mesra di dapur. Bergelak ketawa. Bergurau senda.

"Not now, Miko."

Miko duduk di tepi sofa.

"Kau tak cemburu ke dengan diorang?"

Kamelia sumbat telinga dan menyanyi lagu "Leaving on a Jet Plane".

All my bags are packed, I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye

But the dawn is breakin', it's early morn
The taxi's waitin', he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go

'Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go

"Kam, awak ok ke ni? Risaulah saya," Eleena sudah merasa tak sedap hati.

Kamelia terus pitam. Kesakitannya yang selama ini ditanggung oleh Kamelia, sudah sampai ke kemuncak.

"Ya Allah, Kam!" Eleena meluru berlari ke arah Kamelia.

"Edry, ambil telefon kakak. Cepat!"

--

Dr Raihana masuk ke dalam wad. Eleena sedang menangis sambil memegang tangan Kamelia yang masih tidak sedarkan diri. Nizam pula hanya berdiri sayu melihat Kamelia yang lemah sedang bertarung dengan kesakitan. Wak Ramlan pula sedang menahan air mata sambil membaca Yasin.

"Doktor, boleh beritahu apa sakit dia," tanya Eleena.

Dr Raihana melepaskan nafas yang berat.

"Dia menghidap kanser ovari stage ketiga, dan sangat genting. Kami akan hantar dia ke hospital pakar, cuma kami perlukan maklumat tentang insurans."

"Doktor, apakah hysterectomy akan dijalankan?" tanya Eleena.

"Ya. Pihak hospital pakar akan menjalankan hysterectomy dan prosedurnya akan diberitahu di pihak hospital pakar itu."

Eleena terus menangis dan memeluk Nizam.

"Kamelia, kita sahabat dunia akhirat. Awak bertahanlah. Awak kuat, awak Chun-Li saya."

"Be strong, Cornflake Girl."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top