Episod 11

"Konsultan Margera"

Adli termenung panjang sambil bawa motor menuju ke sekolah. Dia masih tak puas hati dengan Ziel-O ni. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mencari siapakah dia ni.

Mula-mula dia syak Kamelia, sebab boleh pulak dia tak perasan ada orang letak nota dalam meja sedangkan dia duduk di sebelah. Tapi lepas tu dia fikir pulak, Kamelia ni macam mana pulak nak masukkan bangkai burung dalam beg cikgu yang dia sendiri pun tak kenal.
"Kamelia ni termenung lebih usha Nizam ni, ish teruk minah ni. Kalau dia alert sikit, dah settle dah problem ni," fikir Adli sambil lock motornya di parking motor.

Dia nampak budak perempuan bawak basikal pink. Tapi apa yang menarik perhatian Adli ialah dia pandang kiri dan kanan, lepas tu dia pakai sarung tangan.

"Dia buat apa tu sampai pakai sarung tangan?" kata Adli. Adli perhati je minah ni dari jauh. Perlahan-lahan Adli mengikutnya dari belakang.

Dia nampak tangan budak perempuan tu keluarkan spraycan.

"Amatur gila dia ni buat kerja, tak tengok timing," Adli rileks saja melihat budak itu dari jauh.

"Jangan cekup orang kalau first time nampak, kau biarkan je dia buat kerja. Kau observe je dia," Adli terus fokus melihat budak perempuan tu buka pintu kereta cikgu.

"Woi bodoh, nak spray pintu kereta tengok la kiri kanan. Orang tengah ramai ni. Nak dajal kereta cikgu dari jam 8.30 pagi sampai 10 minit sebelum rehat, atau setengah jam selepas rehat, sebelum balik. Atau meeting cikgu. Kau buat time pagi ni, kantoi la, sengal!"

Dia tulis ZO.

"ZO? Heh heh! Sudah dikenalpasti."

Adli terus memerhati dia dari jauh. Dia keluarkan sesuatu dari begnya. Dalam plastik ada sesuatu yang dibungkus dengan surat khabar.

"Bangkai gagak? Damn, ni trademark dia ni," Adli terus tanpa jemu memerhati minah ni buat kerja. Dia letak bangkai burung tu dekat dalam beg member dia.

"Lah, camtu je? Kau telah cari pasal dengan Adli Margera, Ziel-O. Mess with the best, die like the rest," kata Adli sambil memerhatikan dia masuk kelas mana.

Sepanjang hari tu, dia tak masuk kelas. Dia hanya memerhati saja budak tu. 10 minit sebelum rehat, Adli bukak rantai basikal dia, masukkan dalam plastik, dan sorokkan dalam beg.

Lepas rehat baru Adli masuk.

"Woi, kau apasal baru sekarang masuk kelas?" tanya Kamelia yang sedang belek buku Sejarah Form 6 yang tebal nak mampos.

"Aku menjalankan tugas-tugas khas," kata Adli yang keluarkan buku teks.

"Nizam dengan Radhi mana?" tanya Adli.

"Radhi pergi toilet kot. Nizam dia tak datang hari ni."

"Dah kenapa? Kena gegata lagi? Hmm, satu pasal la pulak aku nak melawat dia ni."

"Gegata tu apa?"

"Kau pernah tengok Fantastic Four?"

"Mestilah."

"Kau tau kan watak lelaki badan macam batu-bata tu? Ha macam tu la badan dia kalau dia termakan durian dengan sotong. Dulu dia kena macam tu la, aku, Ail dengan Rafi jumpa dia."

Kamelia mengangguk kepala.

Cikgu Sejarah masuk. Semua bangun ucap selamat sejahtera dan terus fokus pada pelajaran.

Balik dari sekolah, Adli cuba nak start motor, tapi baru dia perasan, kickstarter dia ada orang cabut.

"Puki ayam betul, aku punya motor dah la kena kickstart, ni macam mana aku nak start motor aku ni?"

Tiba-tiba budak perempuan tadi datang depan dia.

"Bagi balik rantai basikal aku, sebelum aku dajal motor kau dengan lebih teruk, Margera," kata budak perempuan tu.

"Ooh, jadi kau la Ziel-O. Kau ingat kau power macam Steve-O?"

"Kau mungkin popular dalam scene dajal kat Cheras, tapi Kajang ni area aku!"

"Kalau berdasarkan apa yang kau buat tu, lame gila scene Kajang punya dajal," kata Adli, rilek.

"Kau jangan cabar aku!"

"Tak cabar, sekadar menyatakan fakta je. Kau punya darjat pendajalan tu level budak Form 3 je bagi aku."

"Memang aku budak Form 3 pun," kata Ziel-O.

"Patutlah," Adli gelak.

"Woi, jangan nak ageist sangat!"

"Oklah, sekarang ni, apa kau nak dari aku? Aku dah cuci tangan, kau cari pasal dengan aku. Tak pasal-pasal aku kena petik," kata Adli mahu meminta penjelasan.

"Kita lepak minum dulu," kata Ziel-O.

Adli bersetuju.

"Sekarang, bagi rantai basikal aku," kata Ziel-O.

"Bak balik aku punya kickstart motor," Adli minta balik.

"Ok, satu, dua..."

Dua-dua bertukar barang.

"Sekarang, apa kau nak dari aku?" tanya Adli.

"Aku nak kau jadi assistant aku," kata Ziel-O.

Adli hanya menunjukkan jari tengah pada Ziel-O.

"Woi, level aku dah bagi Pegawai PPD makan tahi, kau tau? Takat letak bangkai burung ni aku level Form 1 Form 2 je," kata Adli sambil hirup sirap ais.

"Kau jangan pandang rendah dengan aku," kata Ziel-O.

"Okay, macam ni. Sekarang, aku dah cuci tangan. Aku dah bersara dari arena pendajalan ni. Ustaz Hanafi cakap, kalau aku dapat cekup kau, dia nak bayar aku. Aku ni kalau bersifat barua, dah lama aku serahkan kau pada dia."

"Kenapa kau tak kantoikan aku je?"

"Sebab aku ada better offer. Macam ni, aku tak nak buat, tapi aku offer kau konsultasi. Kira khidmat nasihat. Setiap idea dajal, setiap teknik, kau kena bayar aku. Lepas tu, kau kena cari sekor kambing hitam untuk dikorbankan demi keuntungan kita bersama. Kau dapat bina nama kau, aku dapat duit dari kedua belah pihak, amacam?" kata Adli sambil kunyah keropok lekor.

"Gila perangai Illuminati kau ni, Margera," kata Ziel-O.

"Biasalah, dah level pro macam aku kenalah bersifat Illuminati," Adli kembang kuncup hidung.

"Disebabkan kau punya bagi makan tahi dekat pegawai PPD tu level epik, aku respect kau. Benda tu satu daerah cakap," kata Ziel-O.

"Setiap satu khidmat nasihat, kau kena belanja aku nasi lemak sambal kerang. Atau karipap sardin lima ketul berserta sirap limau bungkus, kalau dajal level rendah ni. Aku malas nak pau lebih-lebih kat budak kecik ni," kata Adli sambil menghabiskan keropok lekor.

"Okay, deal."

"Deal. Tapi kau kena cari pak sanggup yang boleh aku gunakan untuk diserahkan pada Ustaz Hanafi."

"Ada, namanya Alim Kasut. Dia crush dengan aku. Dia sanggup lakukan apa saja demi aku."

"Cantik, orang begini memang sangat diperlukan. Besok, aku nak dia dajal pancitkan tayar kereta ustaz. Lepas tu aku cekup dia, lepas tu aku serahkan dia pada ustaz. Lepas tu habuan, aku 80, kau 20, amacam?"

"Babi, 50-50 lah."

"Banyak songeh kau, aku yang dapat lubang, kau yang nak makan banyak. Ok, 70-30?"

"Boleh lah. Esok ya?"

"Lagi satu, keropok lekor ni, kau belanja. Nasihat aku, jangan dajal kereta cikgu sebelum masuk kelas. Atau rehat. Kantoi, bodoh. Pilih time paling lemau macam pukul 11 macam tu. Time orang tak ramai. Kalau petang, pilih pukul 2 atau 3 petang sebelum rehat."

Ziel-O buat tanda jari okay sambil menghulurkan duit pada makcik di warung.

"Satu kerja aku nak kena pasang balik kickstart motor aku ni!"

--

"Cikgu Matematik Saya"

Nizam tengah relax menonton DVD Lord of the Ring, Fellowship of the Ring di rumah Eleena sambil makan nasi goreng bersama-sama awek tersayang sambil pakai baju sekolah.

"Best betul ada port ponteng sekolah baru ni," kata Nizam sambil mengunyah nasi.

"Cinta, hari ni jamming pukul berapa?"

"Entah, tunggu Kam balik kot."

Cerita dia, sebab utama Nizam tak nak pergi sekolah hari ni sebab dia bangun lambat. Malam tadi dia tido lambat sebab melayan konsert Wilco di Channel V.

Eleena bersandar di bahu Nizam sambil disuap nasi goreng oleh Nizam.

"Cinta, sekolah baru best tak? Kam kata best," Eleena nganga mulut bila Nizam hulurkan sesudu nasi goreng.

"Tak best, sebab tak ada orang buatkan bento," kata Nizam.

"Amboi, rindu bento saya ke?"

"Mestilah."

Tiba-tiba Eleena block pandangan Nizam dari menonton DVD.

"La, tengah tengok Aragorn lawan tentera Sauron ni," kata Nizam.

"Jom, kita lawan pulak?"

"Errkk..."

Eleena merangkak depan sampai mukanya di depan muka Nizam.

"Err, nasi goreng ni..."

Eleena bisik ke telinga Nizam.

"Letak la tepi dulu..."

"Cik Osman..."

"Dia tak ada kat rumah, tadi kan dia keluar..."

"Lord of the Ring.."

"Esok-esok boleh tengok.."

"Hmm.."

"Hmm.."

TV ditutup. Sebentar lagi mereka berdua melayar impian.

"Awak tak nak meneroka Middle-Earth saya ke?"

Disebabkan dia baru saja menonton Lord of the Rings ni, jadi dia tak berapa tahu pop culture reference cerita ni.

"Pakai lightsaber ke?"

Eleena gigit bibir bawah dia.

"This is our most desperate hour. Help me, Obi-Wan Kenobi. You're my only hope," kata Eleena berbisik pada Nizam, guna ayat Princess Leia dalam Star Wars A New Hope.

"Bukan Han Solo ke?"

"Masa ni dia belum jumpa Han lagi la, dia baru hantar R2-D2 ke Tattoine jumpa dengan Luke dan Obi Wan," kata Eleena lagi.

"Wow, you hafal skrip Star Wars?"

Eleena dah malas nak bercakap lagi. Dia terus hinggap di tengkuk Nizam.

"Aaa..."

Eleena gelak nakal bila Nizam menggeletar.

"Rasa macam ngorat budak sekolah pulak, hehe!" Eleena gelakkan Nizam pakai baju sekolah.

"Diam. Diam. Diam. Diam. Diam. Diam."

Muka Nizam dah merah padam. Rasa macam tak best pulak bila makwe bahan dia 'budak sekolah'.

"Kita main roleplay, nak? Awak jadi Amir, saya jadi Cikgu Suraya."

"Huh? Awak kata awak tak tahu dulu?"

"Silap awak lah, siapa suruh awak beritahu, hehe!"

"Awak memang cikgu matematik saya pun..."

"Bila tayar basikal awak nak pancit depan rumah saya?" bisik Eleena.

"Ermmm..."

Cuaca pun redup-redup je. Macam nak hujan je ni.

--

"Shasha Lavigne"

Kamelia turun dari bas di depan Taman Suntex tanpa disedari ada orang mengekorinya dari belakang. Dia nampak motor Adli dan Radhi di depan studio jamming ayahnya.

Adli dan Radhi datang melepak di studio jamming Wak Ramlan.

"Kam, asal lambat?" tanya Adli.

"Kena pergi hospital jap tadi, sakit perempuan."

Adli oo kan saja.

Kejap lagi Nizam dan Eleena sampai dekat studio. Nizam pakai baju sekolah sambil bawa keyboard. Adli dengan Radhi pandang pelik. Kamelia lagi la pelik.

"Kam..." Eleena peluk Kamelia.

"Korang dari mana ni? Apasal Nizam tak datang sekolah?" tanya Kamelia.

"Dah la tak datang sekolah, datang sini pakai baju sekolah, apahal?" tanya Adli yang memandang slack pada Nizam.

"Tak adalah, hari ni Nizam nak belajar matematik, lepas tu basikal dia pancit depan rumah saya, nak pinjam pam basikal..." kata Eleena, tersipu.

"Sejak bila pulak kita ambik paper Matema..." Adli lagging kejap proses fikirannya. Radhi dapat tangkap dan terlopong.

"Eiii aku geraaaaaammmm je celaka ni....." Adli hempuk muka Nizam dengan majalah Kreko yang dipegangnya. Radhi salam cuit jari pada Nizam.

"Aku pun nak belajar Matematik gak," kata Radhi gelak-gelak.

"Tak boleh, 'Amir' ada sorang je," kata Eleena sambil memegang tangan Nizam.

"Advance kau ni, Eleena," Adli geleng-geleng kepala.

"Anda naik basikal pergi sekolah ke, Nizam?" tanya Kamelia, nada blur.

Adli dan Radhi terbarai gelak sebab nampak sangat Kamelia tak faham apa-apa.

"Jom la, jamming. Kam, jadi drummer!" Adli terus meluru ke studio. Kamelia capai drumstick.

Mereka main lagu California dari Phantom Planet, dan Kamelia teringat pada Ray yang dah hampir enam bulan tak hantar apa-apa email. Dia bimbang, bila Eleena dah pergi Jepun nanti, benda sama akan berulang.

Lepas tu Nizam main lagu dari The Vines, Get Free, sebelum menggoreng gitar lagu 311 - Amber. Adli menyanyi sebab mamat ni minat band ni.

Radhi pulak nyanyi lagu Knocked Silly dari OAG, kemudian Eleena nyanyi lagu I Believe In dari Jennifer Love Hewitt. Dan Karma dari Cokelat.

Tiba-tiba ada budak curi-curi masuk dalam studio jamming. Necktie merah yang dia rembat dari ayahnya yang kini menjadi trend budak-budak zaman sekarang kerana Avril Lavigne sedang popular dengan lagu Sk8er Boi dan Complicated.

"Weh, sape ni weh?" tiba-tiba Radhi pandang Adli.

"Peminat Nizam," Adli dah gelak-gelak.

Eleena pandang Nizam, sambil berbisik padanya. Nizam beritahu Kamelia, "Sk8er Boi!"

He was a boy.
She was a girl.
Can I make it anymore obvious?
He was a punk.
She did ballet.
What more can I say?
He wanted her.
She'd never tell.
Secretly she wanted him as well.
And all of her friends stuck up their nose.
They had a problem with his baggy clothes.

He was a skater boy.
She said, "See ya later, boy."
He wasn't good enough for her.
She had a pretty face but her head was up in space.
She needed to come back down to earth

Terloncat gembira minah tadi bila dengar band ni main lagu kegemarannya.

Habis sesi jamming, mereka semua beransur dan lepak di kedai cendol, port biasa sementara nak tunggu Cik Osman tiba.

"Abang..." kata awek dressing Avril Lavigne pada Nizam. Nizam pandang budak perempuan dengan wajah penuh blur.

"Saya minat abang, boleh tak nak ambik gambar dengan abang sign kat buku biodata saya?" tanya awek tu sambil menghulurkan buku yang dihias cantik untuk tujuan biodata. Dia siap bawak magic pen, pen warna warni lagi.

"Kakak nak conteng juga, boleh?" tanya Eleena. Budak tu teragak-agak.

"Nama adik, siapa?"

"Shasha."

"Nama kakak, Eleena Mahathir."

"Anak Dr M ke?"

Eleena geleng kepala. Dia turunkan tandatangan sebelah tandatangan Nizam. Siap bentuk hati antara tandatangan mereka berdua.

"Terasa macam artis, sial!" kata Radhi.

"Kita memang lah artis, Radhi. Cuma bukan selebriti je," kata Kamelia sambil menghirup cendol.

"Nak tangkap gambar?"

"Dengan Nizam sorang je ke? Marah Kak Eleena nanti!" kata Adli.

"Abang Nizam couple dengan Kak Eleena ke?" tanya Shasha.

"Ya," Nizam mengangguk.

"Kita suka kat abang Nizam!" budak tu dah menangis dah.

Semua dah terbarai gelak.

"Shasha, jangan lah menangis. Nanti bila dah besar, ada ramai lagi yang hensem-hensem di luar sana, okay?" Eleena pujuk Shasha.

Kamelia perhati saja dari jauh. Dia pun pura-pura tabah je ni.

"Entah apa minyak dagu kau pakai ni Zam, bak tang!" kata Adli sambil tumbuk perut Nizam.

"Dah besar nanti, Shasha nak cantik macam Kakak Eleena jugaklah!" kata Shasha.

"Kak Kamelia pun cantik jugak," kata Eleena.

"Kak Kamelia cantik tapi garang!"

Kamelia geram je tengok budak ni. Fikir budak je.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top