Episod 9

"Hey Jealousy!"

Masa korang kecik dulu, korang tengok tak rancangan Di Mana Joe Jambul? Ya, pada masa ini Kamelia sedang dalam usaha untuk kantoikan rancangan jahat Eleena untuk menganiaya Nizam.

Kita kembali dalam rancangaaaaann....

SIAPA ELEENA!

Sedang dia memikirkan teori-teori dalam kepala otaknya, band Mangkuk Hayun masuk.

Nizam terus datang menerpa meja cashier.

"Kamelia."

Dia punya terkejut macam kena sampuk hantu, menggelupur. Terus dia masukkan buku siasatan Eleena Mahathir dalam laci.

"Ya, nak apa?" Kamelia terus berdiri dan gementar tak tentu pasal. Dia nampak Eleena bawa keyboard. Matanya terbeliak.

"Come on, takkan dia terror main muzik jugak, takde chance la aku macam ni, eeeiii..."

"Boleh cik Kamelia tunjukkan saya mana nak masukkan wayar kabel dari keyboard ini ke speaker?"

Ayah Kamelia datang membantu.

"Nak pakai keyboard ke? Kejap, saya tolong."

"Nama pakcik siapa?"

"Oh, nama pakcik, Ramlan."

"Pakcik Ramlan, terima kasih sebab bantu kami."

"Sama-sama."

Mereka semua masuk dalam bilik studio. Kamelia ikut-ikut masuk, sebab first time orang bawa keyboard main studio jamming sini.

"Ok, cuba test?" kata ayah Kamelia.

Eleena tekan keyboard. Kamelia harap Eleena ni acah-acah je reti main keyboard.

Sementara yang lain sedang test tune, Rafi sedang ketuk dram untuk panaskan badan, Eleena main lagu Bohemian Rhapsody.

Wak Ramlan terus kagum melihat bakat Eleena.

"Fuck, takkan ni pun dia terror," getus hati Kamelia.

Azlam, Adli, dan Ail semua pandang ke arah Eleena. Tapi mata Eleena pandang Nizam yang sedang buka beg gitar.

Kamelia hempas pintu. Terus duduk di kerusi sambil memeluk tubuh.

"Baik betul budak tu, cakap pun sopan santun je," ayah Kamelia memuji Eleena depannya. Berbara je rasa telinga.

"Macam mana nak dapat duit banyak, lepas tu terrer serba-serbi, cantik pulak, disukai ramai. I know, Eleena...you're..."

"A LUCIFER!"

Kamelia terus tulis perkataan tu besar-besar di bukunya.

"Aku kena pergi rumah dia, mana tau dekat rumah dia ada altar untuk worship Satan!"

Gorengan gitar Azlam dan permainan keyboard Eleena, membuatkan ayah Kamelia menangis.

"Bah, dah kenapa menangis?"

"Lagu kegemaran arwah mak. This band has done it great!"

Lagilah Kamelia berbara. Sebelum ni tak pernah pun puji band Mangkuk Hayun. Tiba-tiba datang Eleena, sampai menangis kegembiraan dibuatnya.

Mereka main lagu Tubthumping, dan kaki Kamelia tidak boleh berhenti menghentak kaki tanda layan.

"Stop listening, Kam. Stop listening! Arggghhh why are you so good at anything!"

Balik dari rumah, selepas kemas-kemas studio, Kamelia muncung muka. Ayah Kamelia rasa pelik dengan kelakuan anaknya.

"Kenapa dengan kau ni, Kam?"

Kamelia diam, mencebik. Pandang tingkap. Dalam hatinya macam ternampak-nampak muka Eleena sedang mengejek dirinya.

"Abah ingat nak masukkan band Aboo dengan band Mangkuk Hayun tu dalam Battle of the Band kat Kajang tu la, kalau dorang berminat la. Tapi abah harap sangat dua ni main. Especially keyboardist tu.."

"Semua orang ni dah kenapa? Dia ni datang dari mana lepas tu semua benda dia terror, dia ni siapa?"

Ayah Kamelia dapat rasa kecemburuan yang ketara dari anaknya.

"Kam rasa dia ni sebenarnya agen yang dihantar untuk pecahbelahkan group underground! Kam tak percaya dengan dia ni."

"Kam kenal dia?"

"Kenal lah. Sejak dia ada kat sekolah, semua orang cakap pasal dia. Dah la sibuk nak ngorat Nizam."

Oops, terlepas cakap.

Ayah Kamelia tergelak terkekeh melihat cemburu melampau Kamelia.

"So, you want to be popular like her lah?"

"Benci. I hate popular girl!"

Ayahnya tergelak di sepanjang perjalanan sampai balik rumah. Hangin je Kamelia.

"Gelak puas-puas!" Kamelia mencari kunci untuk buka pintu rumah.

"I never thought you can go this low. Your jealously makes you ugly, tau tak?"

"Ye la, semua orang asyik nak puji dia."

Ayah Kamelia menepuk bahu Kamelia.

"Cuba berkawan dengan dia, dan belajar dari dia, bukan hanya mencemburui dan membenci, ok?"

Berkawan? Huh!

--

"First Date"

In the car I just can't wait,
to pick you up on our very first date
Is it cool if I hold your hand?
Is it wrong if I think it's lame to dance?
Do you like my stupid hair?
Would you guess that I didn't know what to wear?
I'm too scared of what you think
You make me nervous so I really can't eat

Let's go, don't wait, this night's almost over
Honest, let's make this night last forever
Forever and ever, let's make this last forever
Forever and ever, let's make this last forever

Rafi sikat tepi, kemudian sikat tengah. Macam Tomok. Serabaikan rambut balik.
"Najwa ni macam mana orangnya. Ah sial lah!"

Dia buat rambut pacak-pacak. Macam budak hiphop. Ah, Najwa ni pun dia kenal kat channel MiRC #klhoppers. Kena acah-acah hiphop la macam ni.

Dia pinjam half cap visor Fuad. Zaman sekarang pelik, pakai topi tapi tak nak kena rambut.

Dia dial dan call Ail. Ajak teman.

"Kau nak dating, kau pergi la! Habis tu, aku nak buat apa je kat situ?" tanya Ail.

"Ala, temankan la aku. Sekali ni je. Nanti Najwa tu mesti bawak member punya. Kau date la dengan member dia."

"Kepala otak la dia. Aku malas lah nak ada awek, semak kepala aku!"

"Ala Ail, macam ni sikap dan tingkah lakumu terhadap sahabat dunia wal akhiroh kau ni?"

"Haaa ye la, jap lagi motor aku sampai."

Motor Ail sampai depan rumah Rafi. Ail muka dah semak dengan penampilan Rafi yang macam nak minta penampar.

"Nah, helmet."

"Ala, kau tau, aku nak buat rambut pacak-pacak ni, sejam tau tak? Pastu kau suka-suka nak rosakkan rambut aku dengan helmet."

"Dah tu, kau naik la bas."

"Tak nak, lambat."

"Dah tu, kau nak kepala kau pecah bersepai macam kat iklan masa berita tu, perbezaan tembikai yang pakai helmet dengan yang tak pakai helmet?" kata Ail, merujuk kepada iklan keselamatan jalan raya yang menggunakan tembikai.

"Ye la ye la aku pakai helmet."

"Karang kepala bersepai nanti sia-sia, awek tak jumpa, rambut pacak-pacak kau tu pun tak ke mana."

Sampai di Metro Kajang, Ail parking motor depan studio jamming Suresh, dan lepak mapley yang menjadi port budak-budak underground Kajang.

"Mana awek tu? Call la."

Rafi call. Tak angkat. Call lagi, tak angkat. Lima kali call tak angkat. Hantar SMS.

"hi najwa. rafi ni. i kt mply dpn metro."

Tak berbalas juga.

Last sekali Rafi call bertubi-tubi sampailah dia angkat.

"Siapa ni? Nak beli kerepek ke?"

"Hah? Kerepek?"

"Ye. Ni nombor Kak Hasnah. Jual kerepek kat Sungai Ramal."

Rafi letak telefon.

"Sial, makcik jual kerepek nombor ni."

"Kau ni Fi, salah salin nombor. Dah fikir pakai konek, nombor telefon pun salah tulis. Kau bagi nombor phone kau?"

"Bagi."

SMS masuk.

"Adli."

Rafi bukak.

"hi, tgu najwa ke, nah i send gambar tetek i. hahaha"

Adli bagi gambar tetek yang dilukis dengan photo editor dari telefon Nokia 3310. Dah la tetek tu dia lukis macam W je. Titik dua. Dah la tetek dia lukis tu sebelah kecik, petak sikit pulak.

"KIMAAAAAAAAAAAAAAAKKK KAU ADLIIIIIIIIIIIII"

Ail dah agak, ni kerja Adli mendajal member.

--

"Handphone"

Pada zaman ini, handphone sudah semakin penting dan mula mendominasi gaya hidup masyarakat. Orang ramai mula meninggalkan telefon rumah, dan lebih mudah dengan telefon bimbit.

Dalam geng Mangkuk Hayun, yang tak ada handphone cuma Nizam. Azlam pun dah ada handphone. Sejak ada makwe ahmoi kat Leisure Mall dia pun dah pakai handphone.

Masa lepak di kedai mapley, semua orang pegang phone. Ail main game snake. Rafi main message. Azlam, walaupun sedang baca ROTTW, tapi sekali sekala, SMS masuk, dia reply message.

Nizam hanya melopong tengok semua orang ada telefon bimbit.

Nizam balik rumah dan termenung. Dan berfikir panjang.

"Aku sorang je ke zaman ni yang tak pakai handphone?"

"Ish, takkan nak cakap dengan abah nak handphone. Abah tu mesti membebel dengan aku zaman reban ayam dia. Orang tua memang macam tu."

"Nak tanya mak?"

"Mak aku pun tak pakai handphone, mustahil la dia nak belikan untuk aku."

Akhirnya, Nizam beranikan diri, tanya ayahnya yang sedang layan perlawanan snuker di Star Sports.

"Bah, Nizam nak tanya sikit, boleh?"

"Apa dia?"

"Nak handphone?"

Terkejut beruk bapak dia. Tiba-tiba anak dia nak pakai handphone.

"Kau nak pakai handphone buat apa? Kau bukannya kerja pun. Nak bayar bil, mahal!"

"Ada prepaid la, bah. Sekarang ada topup RM30."

"Masa aku baya umur kau ni, Zam, jangankan telefon, kasut bola pun aku tak mampu beli, tau!"

"Ye la bah. Tanya je."

"Pergi belajar sana. Tahun ni kau nak SPM."

"Baik."

Nizam tension. Bapak dia ni suka bandingkan dengan zaman dia muda. Benci betul. Nak melawan kang, derhaka.
Mak Nizam nampak Nizam termenung.

"Kenapa, Zam?"

"Nizam tanya je kat abah, Nizam nak handphone. Dia sibuk cakap pasal zaman dia muda. Nasib baik dia tak suruh Nizam pakai seluar bellbottom. Asyik nak cerita masa dia muda je. Bosan la."

Mak Nizam membelai rambut anaknya. Dia rasa mungkin ini satu tekanan perasaan memandangkan semua kawan-kawannya dah ada handphone.

"Nizam nak ada handphone sebab nak call Eleena ya?"

"Ish, ke situ pulak mak ni. Nizam nak ada handphone sebab nanti senang, apa-apahal jadi, tak payah terkial-kial cari public phone la, nak kena pecah syilling la. Zaman dah teknologi macam ni, kena la ada."

"Nanti mak ikhtiarkan. Nizam belajar rajin-rajin tau. Lepas tu doa, murah rezeki."

Esok di sekolah, macam biasa Nizam makan bento yang dibuat oleh Eleena. Kali ini bento bentuk beruang panda.

Tapi dia macam termenung panjang. Makan pun macam tak makan je.

"Nizam, Nizam ok?"

"OK je, Eleena. Cuma tengah fikir sesuatu."

"Fikir pasal apa?"

"Eleena rasa zaman sekarang ni, handphone penting tak?"

"Semakin penting. Belum penting, tapi semakin penting."

Nizam cuba fikir ayat Eleena 'semakin penting'. Ye lah, takdelah mati kalau takde phone, tapi susah la kalau nak berhubung.

"Ingat cuti sekolah ni nak kerja kat KFC tu kejap la. Part time. Nak beli handphone. Kalau tak, susah nak arrange jamming. Nak call budak-budak lain lagi, nak call studio lagi."

Eleena pasang telinga dan mendengar luahan perasaan Nizam.

"Nanti, balik sekolah, ikut saya, boleh?"

"Nak pergi mana?"

"Ada lah."

Balik sekolah, Nizam hanya mengikut Eleena menaiki kereta BMW yang dipandu Cik Osman.

"Cik Osman, boleh tak, kalau pergi ke kedai telefon kejap. Saya nak beli topup."

"Baik, cik Eleena."

Kereta berhenti di depan kedai handphone sebelah Seng Soon.

"Maaf, boleh tanya, ada SIMcard Maxis? Kemudian saya nak topup Maxis RM100."

Terbeliak mata Nizam. Baya-baya dia mana ada orang topup RM100 sekali. Nak telefon siapa topup macam tu. Paling maksimum RM60 kalau Maxis. Sekarang RM30 pun dah ada.

"Semua, satu ratus empat puluh ringgit."

Eleena hulur duit dan ambil kad gores tiket untuk topup dan SIMcard Maxis.

"Cik Osman, kita balik rumah."

"Dengan Nizam?"

"Ya, dengan dia."

Setibanya depan rumah Eleena, dia ajak Nizam masuk sebentar.

"Awak duduk di kerusi dapur dulu, saya naik atas sebentar."

Nizam hanya tunggu sambil Edry hulurkan segelas air oren dari peti ais untuk Nizam.

Edry letak gelas itu sebelah kanan meja tempat Nizam duduk, kemudian menghulurkan tangan untuk salam.

"Eh, Edry. Tak payahlah salam cium tangan."

"Edry kena hormat abang."

"Salam biasa-biasa pun takpe."

"Maaf, Edry dah biasa macam ni. Abang Nizam, jemput minum ya."

"Terima kasih."

Edry sedang praktis main piano. Nizam mendengar sahaja lagu yang dimainkan Edry. Di atas meja piano ada bermacam-macam action figures milik Edry semestinya.

"Wah, sedapnya Edry main piano."

"Kakak lagi pandai. Abang Nizam, boleh Edry tanya satu soalan?"

"Apa dia?"

"Abang Nizam dah ada girlfriend?"

"Ish, mana ada. Siapa je la nak abang ni."

"Kakak."

"Eh, abang dengan dia kawan je lah," kata Nizam sambil pegang bahu Edry.

"Abang jadilah boyfriend kakak."

Nizam ubah topik.

"Lawa Gundam ni. Edry buat sendiri eh?"

"Gundam tu kakak punya lah. Edry punya yang ni."

Oh, Eleena main Gundam ke?

"Awak, ke dapur kejap. Saya ada benda nak tunjuk," kata Eleena dari belakang Nizam.

Nizam kembali ke dapur. Ada kotak warna merah dengan tulisan Jepun. Gambar handphone flip dari DoCoMo.

"Baiklah, ini telefon Nizam sekarang."

Mata Nizam terbeliak.

"Saya tunjukkan macam mana nak pakai telefon ni."

"Ni telefon Jepun kan? Bukan telefon Jepun tak boleh pakai SIMcard luar ke?"

"Ada beberapa jenis, boleh. Yang ni contohnya. Ini telefon lama saya, saya dah tak pakai yang ini."

Eleena keluarkan SIMcard Indonesia dari kocek SIM di belakang telefon.

"SIMcard Indonesia?"

"Ya, telefon ni saya beli di Jakarta. Ok, ini setting bahasa. Saya tukarkan ke Inggeris."

"Kenapa pakai bahasa Jepun?"

"Saya belajar bahasa Jepun jadi saya nak biasakan diri gunakan bahasa itu. Baik, saya dah tukarkan bahasa."

Eleena gores kad topup RM100 dan masukkan nombor topup untuk kredit.

"Lain kali, kalau nak topup, tekan *122# lepas tu nombor topup. Apa-apa masalah, beritahu saya. Ini pengecas telefon."

"Ni awak jual kat saya berapa ni?"

"Saya bagi." Eleena senyum.

"Ish, mahal ni. Tak boleh la macam ni. Saya akan bayar balik, ansur-ansur."

"Saya kata saya bagi. Lagipun saya pun dah ada telefon saya yang baru."

"Tak boleh la macam ni. Asyik awak bagi je."

"Nizam, persahabatan kita tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Ambil lah. Awak perlukan, dan saya ada. Saya bagi."

Berat mulut Nizam nak bercakap. Terharu sampai tak terkata.

"Terima kasih sebab handphone ni."

"Terima kasih sebab persahabatan kita."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top