Episod 5
"Viva Forever"
Pagi Ahad itu adalah pagi yang paling dingin dalam hubungan persahabatan antara Kamelia dan Sarah sejak mereka kenal dari kecil dulu. Buat sekejap mereka berkawan, tapi sejak peristiwa semalam, Kamelia tak bercakap langsung dengan Sarah.
Tapi Kamelia sayangkan Sarah. Sebab dia adalah sahabat paling baik yang dia pernah ada.
Ayah Kamelia memerhati mereka berdua. Masa arwah ibu Kamelia meninggal dunia, Sarah dan Ray adalah orang yang menemani kemurungan Kamelia.
Sarah angkut begnya yang macam unta Baghdad tu.
"Nak uncle hantarkan ke nearest LRT?" tanya ayah Kamelia.
"It's okay, Ara naik teksi je, pakcik."
Ayah Kamelia tahu, peristiwa semalam menyakitkan hati Kamelia. Tapi dalam masa sama, dia nak Kamelia untuk memaafkan kesilapan yang dilakukan Sarah.
"Kam, Ara dah nak balik tu."
Kamelia hanya memeluk tubuh dan duduk di dapur sambil minum Milo. Dah nak period ni lagi buat dia tak boleh nak tenang. Moodnya tidak menentu. Silap-silap boleh jadi puting beliung.
"Kam, dah berapa tahun Ara jadi kawan baik kau, takkan macam ni je nak putus kawan? Tak baik tau."
Kamelia masih memeluk tubuh. Kemarahannya masih membara walaupun semakin reda.
"Kam, go. Mak tak suka kalau Kam macam ni."
"Bah, please stop using Mak for every mood that I have. She's dead, and I accept that fact."
Ayah Kamelia tak boleh nak cakap apa lagi dah. Kamelia kalau dah marah, dia kalau dah dingin sedinginnya tu, dia memang pissed off.
Sarah memandang Kamelia dengan rasa bersalah. Mungkin ini detiknya yang dia akan berpisah, dan putus sahabat.
Tiada apa yang lebih memeritkan selain kehilangan ahli keluarga, dan putus sahabat.
"Kam, aku pergi dulu?" tanya Sarah, yang berjalan menuju ke dapur untuk bersalam.
"Bah, would you excuse us for a while? Kam ada benda private nak cakap dengan Ara."
"Okay."
Kamelia merenung tajam ke mata Sarah. Mulutnya kelu untuk berkata, dan dia sedang berhati-hati untuk memilih perkataan agar tidak melukakan hati sahabat baiknya.
Kamelia kemudian melepaskan nafas panjang.
"Sarah, kau ingat tak, your very first involvement with boys? At age 11?"
"Dengan David?"
Kamelia mengangguk.
"Kenapa?"
"You once told me that you will do anything, including to join Christian for sake of him. You were 11. Tahun 1995."
Sarah diam. Kamelia ingat semua benda.
"For me, that's the most stupid thing you've ever said to me. But that's okay, because you were 11 at that time."
Sarah cuba mengimbau kembali kenangan semasa beliau bersekolah rendah bersama Kamelia dulu.
"Ara, hidup kita panjang lagi, tau? What's more important is our own life, not boys. Masa you buat benda tu dengan Jose, did you ever have a single thought, that you are in my house? Did you respect me? You naik scooter dengan Jose while I walked to Saree Dee, takpe lagi. You've done that on my bed, I can't take that. Off my limit."
"I'm sorry, Kam."
"Did you respect me? Did you respect your mom, your dad, most importantly, yourself?"
"Kam, masa I slipped into that, I wasn't thinking anything. I'm just want to impress him."
"Love is not about impression, Ara. Love is about you to care, respect and concern. Ara, you tau tak yang I concerned about you ni? Seminggu tak pergi sekolah, lepak rumah I. I pergi sekolah, you tido. I balik sekolah, you keluar entah mana. Tau-tau tengok battle b-boyz training break dance. Tak kisahlah nak tengok, I pun suka tengok break dance. But doesn't necessarily sampai kena ponteng sekolah, kena buat itu semua, just to impress one fuckboy."
"Kam, I hurt you so bad."
"You are my best friend, Ara. You kenal Jose tu baru seminggu, you kenal I dah berbelas tahun, yet, you sanggup buat macam ni. Kalau I datang rumah you, lepas tu I jumpa lelaki lain, buat bodoh je dengan kawan sendiri, lepas tu have fun with a stranger dude on your bed, apa you rasa?"
Berat perasaan Sarah merasakan kesalahan ini.
"At least you ada your mom. Aunty Fauziah tu punyalah baik. I wish I have a mom, tapi I realized, mak I dah takde. Fikirlah tu."
"Kam..."
Kamelia memeluk Sarah.
Viva forever, I'll be waiting
Everlasting, like the sun
Live forever,
For the moment
Ever searching for the one
--
"MiRC"
"Fi, pukul berapa dah ni? Nizam kat rumah lagi ke?" tanya Ail yang sedang bakar rokok di kedai mapley.
"Tadi aku call dia, mak dia cakap dia tengah mandi."
"Mandi dah la macam iklan sabun Lux Erra Fazira. Sejak dia dah ada makwe ni, bukan main menyemat je," kata Ail.
"Tu la. Tapi baek doh awek dia."
"Ye ke tu awek dia?" Adli menyampuk.
"Ye la, sampai cari rumah lagi, lepas tu kau tengok, mana ada rehat dengan kita lagi," kata Rafi.
"Janganlah jealous bila member dah ada makwe. Kau tu, awek Terengganu chat kau tu apa cer?" Adli menghirup teh ais.
"Makcik doh, sial lah, kat nama chat letak nama Natasya Adriana, macam nama awek cun. Sekali, bila hantar gambar kat e-mail, hmmph, makcik."
"Tu la Fi, aku dah cakap, jangan cari makwe kat MiRC. Dah la lepak channel #kampung, #mamak, channel-channel tu dipenuhi makcik-makcik, kau tau?" kata Ail sambil mengunyah roti canai.
"Okay, macam mana kau nak tau channel yang dipenuhi dewi remaja?" tanya Rafi.
"Benda ni senang je, Fi. First, jangan guna WEBnet. Guna DALnet. WEBnet networkingnya lebih tertumpu pada kelompok macam ni."
"Apa bezanya?"
"DALnet lebih tertumpu kat kawasan bandar. WEBnet ni dah la line slow, senang DC."
"Oh, nombor dua, Ail?"
Adli pandang saja apa yang Ail cakap sambil minum teh ais.
"Lepas tu, elakkan channel macam #kampung, #mamak, #kl, #malaysia."
"Kalau #sexmelayu, #klsex, #jbsex? Tu channel faveret aku tu," kata Adli mengekek-ngekek.
"Tu channel cybersex, gila. Kau memang la rasa macam kau main dengan awek, tapi realitinya, kau melancap depan PC. Lepas tu kau stim dengan tulisan. Baik kau tengok gambar Babyrina. Lagipun, mana kau tau tu betul perempuan, entah-entah lelaki menyamar," kata Ail.
"Kau macam dah expert je main chat ni, Ail?" kata Adli.
"Habis tu, nak main channel apa?"
"Macam aku, aku main channel #backpackers, sebab aku nak tau tip-tip mengembara dekat negara luar," kata Ail.
"Ada awek tak?" Rafi terus menyambar.
"Kau ni fikir awek je, Fi. Aku ada la dua tiga orang luar. Aku kenal orang Norway, lepas tu orang Montreal, Canada. Lepas tu lagi sorang orang Indonesia. Dia ajak aku trip dekat Pulau Jawa tahun depan. Tu yang aku fikir nak kumpul duit tu."
"Habis tu, channel macam mana aku patut masuk?" tanya Rafi.
"Macam Nizam, dia suka masuk channel #underground. Banyak gig-gig inform kat situ, selain flyers. Macam aku pun main gak la channel tu. Kalau kau nak awek hiphop, kau main channel #klhoppers. Awek skate, #klskaters. Pastu kau kenalah aktif dekat chatroom, baru dapat SOP."
"SOP tu mende?"
"Kira kau orang yang dalam circle orang penting la. Kalau kau tengok kat chatroom tu, nickname dia ada + dekat depan. Kalau yang AOP, dia ada @ kat depan. AOP ni ada dua kategori, satu circle friends founder, maksudnya orang penting dalam group, dan lagi satu, founder la. Founder tu pengasas group."
"Nanti aku nak buat channel #cherasperdana la, aku nak jadi founder," kata Rafi.
"Kau sorang je la main group tu."
"Weh, mana Nizam ni. Payah betul la dia ni, bila la dia nak beli handphone?" Adli dah menyirap tengok jam. Rafi dah ketuk-ketuk dram kat meja tanda nak panaskan badan untuk jamming.
--
"Kereta BMW"
Nizam ikat tali kasut Vans kelabunya di depan rumah. Dia pakai baju Weezer logo =w= warna biru, seluar jeans Evisu.
Mak Nizam tersenyum je tengok anaknya yang mula dah nak membesar dari tepi tingkap.
"Hensem anak mak, pergi jumpa anak Mahathir ke?"
"Ish, mak ni. Orang nak pergi jamming."
"Esok-esok tanya la dia, bila dia nak datang rumah? Mak nak belajar buat bento macam dia buat tu."
"Bukak je lah channel NHK tu, mak. Ada kat situ."
"La, mak nak gak kenal kawan, ehem, awek kau ni, Zam."
"Bukan awek la mak, kawan kelas je. Tak nak bercinta ni, dah nak SPM."
"Nizam pergi dulu, mak. Sorry salam dari luar. Dah pakai kasut."
Nizam angkat beg gitarnya dan mula berjalan ke CP4, dan singgah ke FR Shoppe untuk membeli air Coca Cola.
Nizam seluk dompet di belakang poket seluarnya yang ada rantai. Wallet No Fearnya sudah mula seasoned, wallet yang dipakainya sejak tahun 1998.
"Takpe, saya bayar."
Suara halus dari belakang itu amat dikenalinya. Rupanya Eleena sedang beli barangan dapur untuk bentonya.
"Hi, Nizam."
Eleena senyum.
"Eh, takpelah. Air Coca-Cola je pun."
Tapi dia dah hulur duit lima puluh ringgit.
"Tak apa. Awak nak pergi mana ni?"
"Nak pergi jamming."
"Boleh saya hantar?"
Berpeluh sejuk di dahi Nizam.
"Tapi saya gerak dengan kawan saya."
"Takpe, kawan awak, kawan saya juga, kan?"
Nizam pun fikir juga. Nak menunggu bas kat Cheras Perdana ni boleh tahan seksa juga. Bas Intrakota nombor 65 ni datang sejam sekali kadang-kadang.
Kereta BMW tiba di depan kedai runcit. Eleena duduk depan.
"Awak letak gitar awak di bonet belakang tu."
"Kawan awak kat mana, Nizam?"
"Kedai mapley belakang."
"Cik Osman, boleh pergi ke gerai mamak di belakang pasaraya?"
Kereta BMW berhenti depan gerai. Kelihatan Ail, Rafi dan Adli berdiri melihat kereta BMW yang pernah menyapa mereka bertiga satu masa dulu.
Nizam turunkan tingkap kereta.
"Woi, naik!"
Tiga-tiga ternganga melihat Nizam duduk belakang macam bos.
"Letak gitar awak di belakang bonet," Eleena beritahu pada mereka bertiga.
Ketiganya janggal sebab naik kereta sedap pertama kali. Selama ni naik kereta buatan Malaysia je. Paling power pun kereta Honda.
"Nizam, kenalkan lah kawan-kawan awak kat saya."
Nizam pandang tiga-tiga orang membernya.
"Yang pakai cap ni, nama dia Adli. Yang tepi ni nama dia Rafi, yang lagi satu ni, Ail."
"Hi Ail, Adli, Rafi. Nama saya Eleena. Eleena Mahathir."
"Anak Mahathir ke?" tanya Rafi dalam nada penuh kekaguman.
"Ya, nama ayah saya Mahathir. Tapi bukan Perdana Menteri."
"Kereta macam ni bukan orang calang-calang," kata Ail.
"Alah, itu ayah saya. Yang saya ni macam awak semua juga, baru nak menduduki SPM."
"Ayah awak kerja mana?" tanya Adli pula.
"Ayah saya bekerja di Wisma Putra. Baru tahun ni dipindahkan ke sini. Selama ini sejak saya kecil, saya tinggal di Jakarta, ayah saya bertugas di kedutaan di sana."
"Oh, anak duta ke ni?" tanya Rafi.
"Setiausaha sulit. Sementara ini, saya tinggal di sini sementara nak tunggu dapat rumah di Putrajaya."
"Boleh tunjuk jalan?"
"Err, belok kiri, lepas tu nampak Telekom, ambil jalan kiri, belok ke kanan," Nizam menunjuk jalan.
"Ni depan kubur ke?" kata pemandu Eleena.
"Kat depan sekolah tu, cik."
"Nizam, kat situ ada kedai kaset?"
"Ada. Kat studio jamming tu."
"Cik Osman, nanti berhenti di situ ya?"
"Nak jemput pukul berapa, cik?"
"Pukul 6:30 petang?"
"Baik, cik."
Mereka bertiga menaiki tangga menuju ke studio jamming Wak Ramlan.
Kamelia sedang susun vinyl, dan terkejut, bila Nizam bawa perempuan lain. Dia rasa, entah. Macam cemburu.
"Hi, nama cik?" tanya Eleena.
Kamelia rasa pelik. First time orang tak kenal tanya nama.
"Kamelia."
"Maaf cik Kamelia, boleh saya tanya, di sini ada vinyl dari Ebiet G. Ade? Atau Broery Marantika? Saya nak beli vinyl untuk hari lahir ayah saya."
Kamelia terkebil-kebil. Pertama kali orang muda menggunakan loghat seorang diplomat dalam studio jamming ni.
"Kejap, saya cari."
"Zam, Lam tak datang ke?" tanya Adli.
"Dia kerja hari ni. Hafiz datang kejap lagi. Tunggu dia kejap."
"Wah, ada The 5.6.7.8's. Kumpulan yang saya kenal dari filem Kill Bill. Tapi saya lebih tertarik dengan Happy End. Awak ada cadangan?"
Kamelia mula rasa tergugat betul dengan minah ni. Dah la dia macam rapat je dengan Nizam.
"Awak, err, you nak yang mana?"
"Saya suka dua-dua. Tapi tak mengapa, saya beli Happy End dulu.
"Saya beli tiga vinyl ni. Berapa harganya?"
"Seratus ringgit."
Eleena keluar dua not lima puluh ringgit.
"Terima kasih, saya jual."
"Saya beli. Boleh saya tanya, sewa studio jamming ni berapa ringgit untuk sejam?"
"Sepuluh ringgit."
Eleena hulur lagi dua puluh ringgit.
"Dua jam."
Hafiz tiba di depan pintu, dan cuit ibu jari semua anggota kumpulan Mangkuk Hayun.
"Jom, studio!" kata Nizam selaku ketua kumpulan.
Semua collect duit.
"Kamelia, sejam," Nizam hulur duit.
Kamelia tunjuk ke arah Eleena.
"Dia dah bayar, dua jam."
"Oh ya, Hafiz, ni kawan aku, nama dia Eleena."
"Hi Hafiz, nama saya Eleena. Eleena Mahathir."
"Anak..."
"Bukan Perdana Menteri."
"Awak semua, kalau lain kali, boleh saya turut serta? Saya boleh main keyboard."
"Eh, boleh je!" Rafi menyampuk.
Atas permintaan Eleena, mereka main lagu The Cranberries, Ode to My Family, kerana beberapa lagu Indonesia atau Jepun yang dimintanya kumpulan Mangkuk Hayun tak tahu nak main.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top