Episod 4
"B-Boyz"
Lagu Anak Ayam dari kumpulan Too Phat berkumandang semasa sekumpulan budak battle b-boyz sedang praktis tarian break dance di court badminton, di sinilah berkumpul golongan peminat hiphop di Bandar Tun Hussein Onn.
Beratur scooter di tepi jalan, dan ramai para lelaki memakai seluar baggy mengelilingi court badminton itu.
Jose menunjukkan skil b-boyz yang cukup menarik, sehinggakan ramai para gadis menjerit-jerit nama Jose.
Sarah paksa Kamelia ikut. Muka Kamelia muncung masam macam Daria Morgendoffer.
"Enjoy la sikit Kam!" jerit Sarah tepi telinga Kamelia. Rasa macam nak lempang je kawan dia sorang ni.
"Aku dengar la, tak payahlah jerit, pekak tau tak?" Kamelia muncung. Tapi takdelah level macam duckface.
Bukan Kamelia tak suka hiphop. Dia layan je segala jenis muzik. Tapi kalau orang yang dah lama dengar muzik hiphop, dia mesti kecewa dengan scene hiphop pada zaman 2000an ni.
Zaman 80an dan awal 90an masa arwah Tupac masih hidup, hiphop bercakap tentang hal masyarakat tertindas.
Tetapi, Kamelia bukanlah tak suka Too Phat. Dia muncung sebab terpaksa temankan Sarah menunggu Jose prektis break dance.
"Jose I love youuuuu!"
Kamelia geleng kepala. Sarah pun mula transform pemakaian fesyennya dari Courtney Love ke Missy Elliot.
Kamelia paling pantang orang berubah kerana awek/balak.
Jose mengakhiri tarian breakdance dengan buat spin, sebelum dia buat "Y".
Sarah tergedik-gedik melompat-lompat. Kamelia mencebik.
Sarah terus memeluk Jose dan mereka terus berjalan menuju ke scooter Jose.
"Kam, jumpa kat Saree Dee!"
"Ye lah, kau naik scooter dengan balak kau, aku jalan kaki. Nice."
Kamelia risau dengan perubahan Sarah ni. Bukanlah dia tak suka dengan Jose, dan bukanlah dia tak suka kalau Sarah ada boyfriend, tapi dia tak mahu pelajaran Sarah terjejas. Tahun ni SPM.
Kamelia yang budak pandai ni pun risau.
Dia tiba di Saree Dee, restoran Melayu yang menjadi port tempat lepak budak-budak b-boyz sebab situ ada shisha. Tapi malam je lah. Siang nasi campur.
"Kam, sini, sini!" jerit Sarah.
"Baby, perkenalkan, ni best friend I dari dalam perut lagi, Kamelia."
"Kenal. You budak 5 Amanah kan?"
"Kamelia mengangguk."
"I budak 5 Jujur."
Dalam hati Kamelia kata, "ye ke tak tanya pun".
Kamelia tiba-tiba mesej ayahnya. Nak blah dari ketidakselesaan ini.
"bah, kt mne?"
"petronas suadamai. isi minyak."
"bah, kam kt saree dee. jemput kam sini bah? pg studio."
"k"
"bah, lain kali jgn msg k camtu. org marah nanti."
"kenapa?"
"nnti ckp lah."
Kereta Honda Civic tiba di Saree Dee.
"Ara, aku kena chow. Kau nak balik, ni kunci rumah. Aku kena tolong abah aku."
Sarah pandang Kamelia hujung mata. Bengang pulak Kamelia bila Sarah dengan pakwe.
Kamelia masuk kereta dan hempas pintu sekuatnya.
"Menyampah aku! Datang menumpang rumah aku lepas tu bila dah jumpa jantan, buat aku macam gampang!"
"Kenapa ni, Kam?" ayah Kamelia bertanya.
"Ara la, bah. Tengok dia tu, tergedik-gedik dengan jantan tu."
"Biarlah dia, dia pun nak ada boyfriend juga."
"Tak kisah la nak ada boyfriend ke apa but don't treat your best friend like a fucking doormat la!"
"Kam, watch out your language. Abah tak suka. Arwah mak mesti tak suka."
"Sorry, bah. Kam rasa Kam dah nak period agaknya ni. Tapi kalau tak pun, Kam memang betul-betul marah ni."
"Dah, sampai studio abah belanja cendol. Sejuk kan hati tu sikit. Nanti balik rumah, discuss dengan Sarah. Jap, dia tu tak pergi sekolah ke? Abah tengok dah seminggu kat rumah kita tu."
"Kam dah cakap dah. Dia kata takpe. Hotak dia, tahun ni SPM dia boleh buat main-main."
Abahnya geleng kepala tengok budak-budak zaman sekarang.
--
"Bau Semangat Anak Muda"
"Zam, Azlam datang ke?" tanya Adli.
"Dia kata dia datang. Tadi dia telefon rumah aku."
"Habis tu, aku nak main mende?"
"Ha, camni. Kau main rhythm."
"Habis tu kau?"
"Aku nyanyi."
"Nanti Hafiz?"
"Dia growl."
"Huih, nak bawak lagu Slipknot ke?"
"Apa pulak Adli. Kita main Soulfly ni. Sepultura. Kita main hardcore sekarang."
"Earth Crisis, Black Flag," Ail mencelah.
"Aku nak main double pedal la macam ni," Rafi pulak acah-acah power.
"Woi, serius la. Asal tiba-tiba main hardcore ni?" Adli mahukan kepastian.
"Hafiz ada lagu baru. Lagu kita sendiri."
"Jadi?"
"Time lagu kita tu, dia la nyanyi. Aku main gitar. Lagipun main je ramai-ramai. Tak pun kau main turntable macam DJ Lethal," kata Nizam merujuk pada pemain turntable Limp Bizkit.
"Main lagu Chocolate Starfish ke?" tanya Ail.
"Tu album la, Ail. Keep rollin rollin rollin rollin!" Rafi menyinggung siku Ail.
Bas berhenti di Batu 9. Mereka berjalan menuju ke studio jamming Wak Ramlan. Jawa rupanya dia ni.
Nizam masuk ke dalam studio jamming, dia nampak vinyl dan kaset dari bermacam-macam zaman.
Aboo dan bandnya sedang main lagu Mother dari kumpulan Pink Floyd. Band Aboo ni lah satu-satunya band yang jamming di studio yang Kamelia tak merungut langsung.
"Woih, Aboo pun dah main kat sini la!" kata Ail.
"Weh, Zam, Lam mana?"
Nizam memandang Kamelia yang sedang khusyuk mendengar gorengan gitar Aboo yang almost perfect macam David Gilmour. Sampai kejam mata dia menikmati lagu ni.
Azlam masuk ke studio.
"Woih, Pink Floyd!"
"Weh, Lam."
Nizam cuit ibu jari Azlam. Semua bersalaman.
Azlam macam biasa terjah masuk.
"Aboo! Long time no see my friend!" Azlam berpelukan dengan Aboo.
Nizam sekali lagi pandang Kamelia. Kali ini Kamelia baru perasan Nizam pandang dia. Jantung dia berdebar-debar setiap kali dia nampak Nizam.
"Aaaa..."
"Mmm.."
"Kamelia?"
"Ya?"
Kamelia pandang mata Nizam, tapi takut.
"Aboo main lagi berapa minit?"
"Lagi sepuluh minit."
"Wow, banyak vinyl. Macam-macam. Grateful Dead pun ada. Poster Led Zeppelin tu jual tak?" tanya Nizam.
"Oh, tak. Sorry," Kamelia terkebil sambil main rambut.
"Oh, takpe. Kaset ni berapa harga?"
"Mana?" Kamelia buat-buat mahu fokus bekerja.
"Yang ni," Nizam tunjuk kaset band The Lightning Seeds.
"Wow. Oh, yang tu harga RM13.50. Best price I..ermm, saya boleh bagi, ermm, sepuluh ringgit."
"Cool, saya beli."
Nizam hulur not sepuluh ringgit.
"Saya jual."
Kamelia tekan lampu merah tanda Aboo sudah last song. Hafiz masuk ke studio jamming bawak gitar.
"Dah siap lagu baru?" tanya Nizam.
"Dah, tapi aku tak confident la main. Aku kena check dengan Azlam dulu."
"OK, lepas ni kita main."
Azlam capai gitar, dia goreng main lagu Smells Like Teen Spirit.
Rafi ketuk dram, Ail petik bass.
Load up on guns, bring your friends
It's fun to lose and to pretend
She's over bored and self assured
Oh no, I know a dirty word
--
"Fuck You!"
Kamelia mengemas studio dan spray dengan bau pewangi sebelum pulang. Ayahnya sedang check berapa barang yang terjual dan berapa ramai yang dah jamming hari ni.
"Bah, tadi Kam ambik duit dalam cash register tu. Kam beli ubat. Sorry, Kam tak tahan lah sakit kepala ni."
Ayahnya hanya mengangguk. Dia tahu peel anaknya macam mana bila waktu-waktu hampir nak ke penghujung bulan ni.
"Kam nak apa-apa tak?" tanya ayahnya.
"Nak bubur."
"Esok abah beli ketam, abah masak sup ketam, nak?"
"Abah ni," Kamelia tersenyum.
"Tadi budak jatuh basikal tu datang main jamming. Boleh tahan band dia main tadi."
Kamelia tersenyum. Dia tak boleh nak sorok segan dia.
"Aboo main lagi best la, bah."
"Muzik ni bukan untuk kita banding-banding, Kam. Muzik ni untuk kita bergembira."
"Tau bah," tiba-tiba Kamelia tak boleh nak sorok dia punya blushing.
"Lain macam je kau senyum ni, kau syok dengan dia ke?"
"Mana ada bah, dia budak sekolah Kam je."
Ayahnya ke Taman Kota Cheras, beli bubur. Kemudian dia terus menuju ke Bandar Tun Hussein Onn.
"Kam, Sarah tu duduk rumah kita berapa lama? Besok Ahad, kalau dia tak balik, abah call ayah dia."
"Kam risau la dengan dia tu, bah."
Kereta sampai ke rumah. Nampak scooter Jose.
"Shit!"
Mood Kamelia dari jadi super manja tadi tiba-tiba menjadi raksasa gorgon yang bakal mengamuk di rumah.
Kamelia buka pintu biliknya dan nampak benda yang korang boleh expect dan tak patut berlaku dalam rumah Kamelia.
"Sarah! Dude, get out from my house!"
"Kam, I'm sorry...I tak sengaja."
"Kau suruh lelaki ni blah dari bilik aku, sekarang jugak sebelum aku bunuh mamat ni kat dalam bilik ni jugak."
"Hey, relax. Chill."
"Apa chill-chill? Ini bilik aku! Sarah, we need to talk right now! Kitchen!"
Kamelia jalan hentak kaki turun tangga menuju dapur.
"Kam, Kam. I'm so sorry, I'm so impulsive and..."
"Besok, I nak you balik rumah. Go home, and study. Tahun ni SPM. Jangan buang masa dengan jantan tak guna macam ni."
"But why you have to stigmatized hoppers as jantan tak guna, Kam?"
"Woi, ada ramai hoppers yang aku kenal kat dalam Malaysia ni tau. Not just KL. So, you tak payah nak defend si one fucker ni, sebab your lovesick has blinded you! Ini jantan tak guna, you faham tak!"
"Kam, I'm sorry."
"Ara, if you want to be my best friend, besok, you balik rumah. It won't be nice to end our friendship years like this."
"Fine, I'll go home tomorrow. I know I'm over the line."
Sarah peluk Kamelia. Kamelia hanya membiarkan saja Sarah memeluknya dan menangis di bahunya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top