Episod 20

"Perbualan Bawah Meja"

Jamal Tongko naik ke tangga studio jamming sambil hisap rokok daun. Sampai di tangga, dia pijak rokok daun itu, sebelum dia tolak pintu dan masuk.

Kelihatan band Mangkuk Hayun sedang praktis sementara menunggu band Aboo habis main. Mereka sedang bermain lagu Shifting Sands dari The West Coast Pop Art Experimental Band.

"Pak Jamal Tongko! Lama tak nampak Pak Jamal!" jerit Nizam dan dia meluru ke arah Pak Jamal. Budak-budak lain turut mengikut.

"Abah kau ada?" tanya Jamal Tongko pada Kamelia.

"Abah tak ada, dia keluar tadi. Ada apa?"

"Wah, budak-budak ni main sini pulak ya? Bagus budak-budak ni."

"Cinta, ini Pak Jamal. Dulu kami jamming di studio dia, sebelum studio dia terbakar dulu."

"Apa khabar, Pak Jamal," kata Eleena sambil salam cium tangan Pak Jamal.

"Apa kau panggil dia Zam? Cinta? Lahabau betul kau ni. Bukan main handal kau ya? Baik budak ni. Jaga-jaga, kalau terlepas confirm orang lain nak menyambar," kata Pak Jamal.

"Pak Jamal, Nizam ni pun kalau saya terlepas, ada ramai juga yang nak menyambar ni," kata Eleena senyum. Kamelia merah padam. Dia takut Eleena dah tahu perasaannya. Dia terus diam tak bercakap apa-apa.

"Ni, Kam. Hari tu abah kamu cakap nak hantau wakil untuk battle of the band 2001. Aku cakap la kat dia, dah lepas lama. Tapi tahun depan ada satu. Bulan tiga, dekat Bangi. Aku dengar budak-budak jamming kat Suresh banyak turun. Banyak budak metal, jadi tahun depan kitorang nak buat dua kategori, kategori metal dan kategori bukan metal. Sebab Kajang ni banyak nau budak metal."

"Baik, Pak Jamal."

"Ayah kau nak hantau berapa band ni?" tanya Pak Jamal.

"Dua..." kata Kamelia.

"Tiga!" kata Nizam.

"Tiga? Siapa lagi satu?" tanya Kamelia.

"Cute Evil Monsters?"

Kamelia geleng kepala tanda tak setuju. Bukan sebab dia tak mahu, tapi sebab dia stage fright. Lagipun dia baru je belajar main gitar. Nak main lagu tiga chord pun terkial-kial.

"Kalau abah kau kata tiga, maka tiga borang lah aku bagi. Yuran pendaftaran satu band RM200. Pemenang akan dapat RM2000, tu band Aboo, tu wajib masuk tu. Favorite aku band aku ni."

"Baiklah, nanti saya beritahu pada abah," kata Kamelia sambil matanya memandang Nizam.

Entah apa gila tiba-tiba Adli nak main lagu One Armed Scissor dari At The Drive In. Kali ni Adli yang menyanyi sebab Nizam tak tau lirik.

Eleena duduk luar sebab dia tak bawa pun keyboard. Sejak peristiwa pertengkaran mulut antara Sarah dan Adli, Eleena tak main keyboard sebab Adli tak nak ini dijadikan isu. Sebenarnya Adli suka bila Eleena dalam Mangkuk Hayun.

Kamelia sedang duduk bersila di bawah meja.

"Kam, kenapa duduk bawah meja?" tanya Eleena, pelik.

"Come, come here," kata Kamelia melambai tangan. Eleena datang rapat.

"Duduk," kata Kamelia, senyum.

Eleena duduk bersila sambil merasakan ini sesuatu yang pelik.

"Eleena, awak sudi tak, nak tahu my darkest of the darkest stories?" tanya Kamelia.

"Ya, sudah pasti."

"Eleena, perkenalkan, my imaginary friend, she's a rabbit but she can speaks to me, Miko."

Eleena cuba untuk memahami Kamelia.

"Eleena, I'm schizophrenic."

"Patutlah saya pernah dengar awak cakap sorang-sorang."

"Please, don't judge me for this?" Kamelia menahan malu sampai dia rasa dia mulai mahu menangis.

"Kenapa saya nak hakimi awak? Awak sahabat baik saya."

"Saya takut orang mula rasa yang saya ni gila," kata Kamelia, mulai menangis.

"Awak sahabat saya dunia akhirat," Eleena peluk Kamelia.

--

"Selamat Tinggal, Member."

Satu panggilan telefon dari hospital Kuala Lumpur yang meragut semua perasaan kecuali pilu, pada petang itu. Semua bergegas ke hospital untuk melihat sendiri jenazah arwah Azlam yang mati digilis lori.

Nizam, Ail, Rafi, Eleena bersama Edry dam Cik Osman, Adli, Hafiz, even Sarah, turut melawat jenazah ke hospital, sementara menanti keluarga sebelah Azlam untuk tiba dari Ipoh.

Kamelia tak datang, dia sedang period pain. Kadang-kadang dia takut, period pain dia ni memang macam ni sakit, atau ini sakit luar biasa.

"Anakku! Anakku! Ya Allah, Azlam!" ibu kepada Azlam memeluk ayahnya. Saudara maranya turut datang melawat.

Nizam pegang amanah Azlam. Dia kata, dia beri nombor telefon pada Nizam sebab dia percaya dengan Nizam sorang sahaja.

Apa-apa jadi pada Azlam, jangan telefon, kecuali mati.

Azlam memutuskan perhubungan dengan keluarga, terutamanya ayahnya, selepas ayahnya kahwin lagi satu. Dia kecewa sebab dia seorang yang sayangkan ibunya.

Berat juga hati Nizam nak mendial nombor telefon ayahnya di Ipoh tu.

Semua membaca Al-Fatihah dan Surah Yasin agar jenazah arwah Azlam dikebumikan dengan selamat, dunia akhirat.

Keadaan sugul saat melihat kereta mayat itu pergi menuju jalan ke destinasi terakhir arwah Azlam, di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di Ipoh.

Aboo sedang bermain gitar tepi tingkap di satu malam ketika berita kematian Azlam diberitahu kepadanya.

Lagu yang sedang dimainkan adalah lagu "Tears In Heaven", oleh Eric Clapton.

Setelah mendapat berita itu, Aboo letak gitar, dan solat sunat jenazah ghaib dari Cheras Perdana.

Serta berdoa agar roh Azlam dicucuri rahmat dan membaca Yasin.

Selamat tinggal, member.

--

"Khairul Balas Dendam"

Mak dan ayah Nizam bersiap-siap untuk datang beraya di rumah Eleena. Ayah Nizam mengenakan pakaian baju Melayu teluk belanga, ibunya pula pakai baju kurung labuci design 90an, sementara abangnya Khairul pakai baju kerja kilang baulu yang dia kerja sejak 3 bulan lepas.

Nizam biasalah, kena la pakai gaya Rivers Cuomo.

Tapi pelik abangnya dari tadi sengih-sengih. Nizam pelik betul dengan perangai abangnya dalam kereta ni. Dah start hisap gam balik ke apa ni?

Eleena buka pintu rumah dengan kebaya nyonya warna ungu berserta batik Jawa. Tambah pulak dia lepaskan rambut.

"Makcik Latifah, Pakcik Lazim, masuklah rumah! Hi abang Khairul..."

Eleena perlahan paut jari kelingking Nizam. Nizam berhenti.

Eleena memandang dengan mata yang agak nakal pada Nizam. Eleena buka vinyl lagu-lagu Melayu 70an. Lagu Wajah Kesayangan Hamba dari Hail Amir berkumandang.

"Hai, cinta," kata Eleena menunjukkan lesung pipitnya, dan gigi taringnya yang comel. Pandangan nakalnya tepat cukup cutting edge, laser guided missile pada Nizam. Sengaja dia pakai kebaya nyonya ungu ini sebab bila pakai, akan nampak collarbone. Dan Eleena sengaja pakai perfume Anna Sui sebab dia mampu.

"Ya?" kata Nizam yang macam masa mula-mula dia kenal Eleena. Dia telan air liur macam Vince McMahon tahu dia bakal kena Stone Cold Stunner.

"Boleh mengorat?" Eleena pandang manja.

"Kenapa...a..a..a..wak nak..nak nak meng...mengorat pakwe sendiri?"

"Macam kereta, cinta juga harus diservis, sayang. Kalau tak hantar servis, nanti rosak," kata Eleena memaut leher Nizam.
Abang Khairul perlahan-lahan membuat kerjanya. Dia letak spender kotor Nizam gambar Astro Boy warna hijau muda. Dan celakanya yang ada kuning-kuning pulak tu.

Ternyata ilmu pendajalan yang dituntut yang diperoleh dari Adli di kedai mapley dua hari sebelum itu, sangatlah epik dia boleh pergi.

Eleena buat soto ayam pada keluarga Lazim yang melawat rumahnya. Edry salam cium tangan ibu dan ayah Nizam.

"Baiknya budak ni," kata mak Nizam.

"Wow, lagu-lagu Melayu 70an! Pakai record vinyl pulak tu," kata ayah Nizam pada Edry.

"Awak nak pandang saya sampai bila ni, saya takut lah, awak," kata Nizam.

Eleena belai rambut, dan ke leher.

"Op op opppp!"

Kemudian Eleena lari masuk rumah gelak sambil tutup mulut.

"Dia gelakkan aku apa?"

Dia pandang bawah.

"Shit! Kimak ah!"

Tangannya tutup sesuatu yang tertonjol.

Masa makan di meja, dia main-main kaki Nizam. Main urut-urut kaki. Nizam nak makan pun tak senang.

Lepas tu pandai memainkan watak pulak tu. Dia boleh je buat-buat tenang borak dengan mak ayah Nizam sambil main-main kaki dengan Nizam.

Nizam tarik kaki dari kerusi. Eleena pijak lutut Nizam. Nizam automatik turunkan kaki. Eleena main-main dengan kakinya balik.

Tiba-tiba Nizam terbangun.

"Nak pergi toilet jap, tak tahan!"

Eleena gelak sambil tutup mulut. Dia cuba tahan tapi gagal.

"Kenapa Eleena gelak?" tanya mak Nizam.

"Makcik Latifah, muka Nizam ni, kalau dia tahan kencing, memang macam ni eh?"

Eleena ni high ke?

"Dia ni memang tak senonoh, dari kecik suka tahan kencing. Kena batu karang, kang, padan muka! Dah la suka makan garam. Ya Allah, Eleena, risau makcik."

"Baik, dengan saya dia tak boleh makan garam yang banyak."

"Apa lama kau buat dalam toilet tu, Nizam?" ayah Nizam menjerit. Khairul gelak.

Semua tak tahu Nizam sedang menangis, struggle dengan phobia sendiri.

Selesai makan, mereka bersalaman pulang, tapi Eleena masih on-the-mood nak mengorat Nizam.

Tapi, Eleena nampak mata Nizam, menangis.

Eleena tarik tangan Nizam.

"Kenapa, awak?"

Eleena pandang Edry.

"Edry, tolong kakak, boleh? Main piano untuk keluarga abang Nizam? Kakak nak cakap dengan abang Nizam sebentar."

"Baik, kakak."

Eleena mahu mengalih perhatian keluarga Nizam dari melihat Nizam menangis.

"Cinta, kenapa?"
"Awak, saya phobia dengan perempuan sebenarnya. Sebab.."
"Saya dah tahu. Mak awak dah cerita."
"Masa saya kecik.."
"Ya, saya tahu. Yang itu."
"Lagi satu, saya pernah ternampak Cikgu Noraini..."
"Adli dah cerita dengan saya."

Nizam diam.

"Yang jahat bukan kerana ia lelaki atau perempuan, tapi sebab sifatnya sendiri. Sifat jahat tiada dalam jantina. Dan tentang Cikgu tu, bukan salah dia pun. Dia tak tahu pun awak ada dalam almari tu."

"Maafkan saya, sebab saya lebih-lebih. Tapi awak tak marahkan saya kan?" Eleena mahu pengukuhan jawapan.

"Saya suka sebenarnya, tapi cuma saya takut sebenarnya."

"Macam tu, saya akan buat hari-hari sampai awak dah tak takut lagi dah, tau?" kata Eleena, tersenyum nakal.

Nizam tersenyum.

Edry main piano lagu Belaian Jiwa, sebab mak Nizam request.

"Saya cintakan awak, Nizam."
"Saya cintakan awak juga, Eleena."

Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh..belaian jiwa

Eleena pandang mata Nizam, dan meletakkan lengannya di leher Nizam, dan menyanyi lagu itu.

"Awaklah bidadari saya, cinta."
"Awaklah perwira saya, cinta."

Keesokannya, ketika Eleena sedang vakum rumah, dan sedang mengibas-ngibas bantal untuk bersihkan habuk, dia nampak seluar dalam gambar Astro Boy yang ada kuning-kuning tu.

"Astro Boy? Hmmm...."

Dia terus dial nombor Nizam.

"Hi cinta."
"Ya, ada apa, cinta?"
"Sama ada Adli menyelinap rumah saya semalam, atau ada seseorang letak seluar dalam hijau muda Astro Boy. Soalan saya, masa awak datang tu, awak pakai seluar dalam warna apa?"

"Hitam. Damn, ni mesti abang Khairul! Cibai! Kau korek kain kotor aku!" kedengaran suara Nizam mengetuk pintu bilik Khairul.

Eleena tergelak terkekek sambil tutup mulut.

Sementara itu, di rumah Nizam, Nizam sedang terajang pintu, kakinya terseliuh.
"Bodoh! Kaki aku terseliuh!"
Dalam telefon Eleena kata, "siapa suruh tendang pintu tu? Kaki awak tu belum baik betul lagi."

Dari dalam bilik abang Khairul menyahut, "tahun lepas kau senyap-senyap ambil gambar aku hisap rokok kat kamera abah, kau ingat aku tak nak balas dendam ke?"

"Sial lah kau, Khai. Kau tunggu apa aku akan balas balik," kata Nizam sambil pegang kakinya yang sakit terseliuh.

Bersambung di Cheras Perdana vol 3.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top