Episod 17
"Chun-Lia"
Geng-geng hoppers sekolah sedang buat breakdance di court badminton depan kantin, sedang berdendang lagu "Always On Time" dari Ja Rule dan Ashanti.
"Hey, Jose, what's up nigg?" kata Rafique bersalaman dengan Jose.
"Yo, Rafique, what's up ma dogg, come 'ere ma *nigga?"
*(Nigga adalah perkataan bersifat derogatif yang di Amerika, berasal dari perkataan Sepanyol,'negro', bermaksud 'hitam)
"Where's ya new gal ma man?" tanya Rafique.
"Rebecca? Ayesha? Marla?"
"Sarah!"
"Too bad she saw me naked with Christine last Sunday," kata Jose riak, tanpa rasa bersalah.
Entah tiba-tiba terdengar suara Eleena menjerit nama Kamelia.
"Kamelia, berhenti!"
"Hey, who's dat hot chick there? The one who scream her friends name?"
"Eleena. No chance bro. Even our big bro pun tackle tak dapat. Senyum pun tak. Dia suka mamat geek tu, siapa nama dia..."
"Nizam, yang patah kaki tu..."
"Yeah, that dude."
"Pelik la makwe zaman sekarang, taste balak nerd," kata Rafique.
Tiba-tiba kepala Jose diterajang tepat dari Kamelia.
"What the fuck, girl?"
"Korang semua kalau nak mampus, datang dekat. Aku ada perhitungan dengan Jose."
Jose dah gosok-gosok kepala kesakitan.
"Kau cari nahas kan, fuckboy?"
Tiba-tiba kawan Jose bersuara.
"Baru aku ingat, dia ni yang tumbuk Shah Skin tu. Mamat tu badan tough pun tumbang. Chow weh, chow!"
"Jose, gerak lu."
Semua member mencecet lari.
Kamelia heret Jose sampai jalan tar. Orang ramai di kantin keliling tengok saja Kamelia bangunkan Jose, kemudian bagi satu penumbuk pada dagu Jose.
"Kam, sudah!" kata Eleena.
"Kau memang nak mampos, Jose. Orang lain breakdance juga, b-boyz juga. Kau dengan Shah Skin sama je, kerja rosak scene. Shah Skin scam duit orang, kerja kau, memantat hopeless romantic girls!"
"Kenapa kau pukul aku? Bukan salah aku!"
"Bukan salah kau, kau kata?"
Satu tendangan padu pada alat sulit Jose.
"Memang bukan salah kau, salah konek kau. Sebab tu aku tendang dia. Sekarang kau nak mengaku salah tak?"
"Apa salah aku?"
"Eh tanyalah konek kau, mana aku tau. Aku terajang dia lagi kang. Eh, bodoh, aku suruh tanya, tanya lah!" Kamelia terajang sekali lagi alat sulit Jose.
Ustaz Hanafi lalu tepi.
"Sudah, jangan bergaduh."
"Ustaz, hari tu dah ada mangsa makan taik, kan? Ustaz nak makan penerajang tak?"
"Kam...tolong.."
"Eleena, diam. Ini perhitungan saya dengan konek mamat ni," Kamelia sepak lagi alat sulit Jose.
"Weh Jose, tanyalah konek kau, kenal pussy nama Sarah, tak?"
"Kenal."
"Jose, aku tak suruh kau jawab. Aku suruh kau tanya konek kau, konek kau kenal pussy nama Sarah tak?"
"Huh?"
"Tanya laaaaa!" Kamelia sepak sekali lagi alat sulit Jose.
"Bird bird, bird bird kenal tak pussy nama Sarah?" Jose bertanya pada alat sulit sendiri.
Semua di depan kantin terbarai gelak Jose memalukan diri sendiri.
"Apasal konek kau tak jawab soalan kau? Konek kau bodoh macam kau jugak ke?"
"Konek mana boleh cakap, Kamelia..." Jose dah meringkuk kesakitan.
"Dah tu, kau nak salahkan siapa? Kau tak nak mengaku salah. Baik kau tanya dengan konek kau, sebelum aku terajang konek kau sampai terkoyak skrutum kau dan terkeluar testis dan aku bagi anjing liar tepi jalan tu. Cheras Perdana ni banyak anjing."
Dah nak SPM ni semua istilah Sains ke Matematik semua budak form 5 hafal je.
"Aku minta maaf sebab aku main-mainkan Sarah, Kam. Kam, sakit Kam!"
"Dah, Kam. Sudah," Eleena menarik hujung baju kurung sekolah Kamelia. Kira power juga Kamelia boleh terajang orang dengan pakai kain baju kurung. Eric Cantona pun jem macam ni.
Kamelia terus berundur, dan sentuh bahu Eleena untuk beransur keluar dari scene.
"Breakdance tak power mana, headspin pun tak boleh buat, ada hati nak jadi fuckboy. Muka dah la macam tiang lampu, ada hati nak mainkan hati member aku, silap besar la."
"Kam, Sarah macam mana?" tanya Eleena.
"Mak dia kata dia stabil."
"Eleena, kemarahan tak selesaikan masalah. Saya faham, awak marah dengan dia, tapi..."
"Kalau Nizam tipu awak, macam tu lah saya akan terajang dia," Kamelia cuba buat Eleena faham.
Eleena mengangguk.
"Awak, boleh tak awak ajar saya cara tumbuk macam tadi? Saya tahu yang tendang terbang tu saya tak boleh buat," tanya Eleena.
"Yang tendang tu, gunakan daya turjahan kaki untuk tolak kedepan badan awak sebelum menetapkan halaju sasaran. Benda ni ada dalam fizik. Kenapa awak tak ambik kelas sains?"
"Sebab saya nak belajar sastera."
"Tapi awak pandai sains dan matematik."
"Saya minat sastera Melayu."
"Patutlah hari tu saya nampak awak pinjam buku Putera Gunung Tahan. Lepas tu di rumah ada buku Hamka, Pram, Abdullah Munshi."
"Nanti kita bertukaran buku, mahu? Awak pinjam buku saya, saya pinjam buku awak? Saya juga mahu mendalami falsafah Barat seperti awak."
"Baik. Eleena, siapa idola awak?"
"Ibu Kartini, pejuang hak wanita Indonesia. Kamu? "
"Tun Teja."
"Ya, dia seperti awak."
--
"Cermin Mata Pusaka"
"Awak nak tahu, masa dia tendang kepala lelaki tu, terbang! Macam Samurai X! Kagum betul saya, tapi takut juga masa tu," kata Eleena sambil suap bubur ayam yang dimasaknya.
Nizam hanya nganga mulut minta suap.
"Oh ya, saya ada satu kejutan untuk awak."
"Apa dia?"
"Pejam mata awak."
Nizam ikut saja kata Eleena. Eleena sarungkan Nizam dengan bingkai yang diperbuat dari kayu keruing. Terdapat ukiran yang bermotifkan bunga dan daun di pemegang bingkai.
"Buka mata awak."
"Cermin mata zaman bila pakai kayu ni?"
"Awak, jaga elok-elok tau cermin mata ni. Ini cermin mata arwah ayah saya."
Nizam dah rasa tak sedap.
"Ini arwah ayah awak punya, saya tak boleh terima ni."
"Arwah ayah saya dulu dia teringin mahu jadi pemain muzik keroncong. Tapi halangan keluarga, suruh menceburi bidang perniagaan. Dengan cermin mata inilah dia membaca. Sekarang ini awak punya."
"Tak boleh macam ni. Arwah ayah awak punya ni."
"Cerminnya saya ganti berdasarkan cermin mata awak yang patah tu. Selesa tak?"
"Di mata, selesa. Di hati, tak."
"Awak tak suka ke?" tanya Eleena.
"Bukan, cinta. Tapi ini terlalu berharga untuk saya."
"Jadi, jagalah cermin mata ini seeloknya."
"Eleena, kenapa awak buat macam-macam benda pada saya. Kalau satu hari nanti, katakan kita tak ada jodoh, sakit kita berdua nanti."
"Saya percaya kalau kita mahu, kita usaha. Kalau tak dapat, kita redha. Jadi saya mahu dengan awak. Katakan kita tiada jodoh, saya redha. Tapi saya takkan menyesal walau sikit pun bila bersama awak," Eleena terus suapkan lagi bubur nasi.
"Tapi Kam ada cakap, kalau awak tipu saya, dia nak tendang awak macam dia tendang Jose."
"Fuh, fuh, fuh! Panasnya bubur ni!" tiba-tiba Nizam menggelupur.
"Awak, bubur ni dah sejuk lah. Apa yang panas ni?"
"Sebab disuap oleh awek yang 'hot'?" kata Nizam.
"Jangan jatuh cinta sebab kecantikan. Jatuh cinta sebab kita faham," kata Eleena yang terus menyuapkan Nizam. Nizam stress sebab pickuplinenya sudah tak laku lagi. Dia memikirkan dia perlu berguru dengan Hafiz lepas ni.
Eleena letak mangkuk bubur tadi tepi meja. Kemudian dia ambil beberapa warna akrilik.
"Tak senonoh lah Adli ni, ada ke lukis benda macam ni," kata Eleena.
"Awak buat apa tu?"
Perlahan-lahan dia cat cast kaki Nizam, tetapi di bahagian tandatangan dan contengan tidak diganggu.
"Bosan nampak putih je cast awak ni."
"Nanti awak nak padamkan contengan orang ke?"
"Eh, saya cuma cat yang kosong je. Yang ada tandatangan tu saya biarkan. Termasuklah yang tak senonoh ni."
"Padam je. Gila apa nak pergi ambik SPM dengan ada gambar macam ni."
"Awak yang cakap ya, tapi 'you're ma man' ni saya tak padam ya, Nizam?" tanya Eleena memohon kebenaran.
"Yang tu takpelah."
"Nizam, bila awak dah baik nanti, awak nak ikut saya tak, teman belajar tendangan terbang dengan Kamelia?"
"Ish, tak sudah-sudah dengan tendangan terbang."
"Betul awak, awak pernah main Street Fighter. Selalu saya temankan Edry main. Saya selalu kalah."
"Apa pulak tak pernah. Mestilah pernah."
"Dia tendang lelaki tu macam Chun-Li," kata Eleena.
Eleena terus mengecat cast kaki Nizam dengan corak bermotifkan batik Jawa berwarna merah dan hitam.
"Warna kegemaran awak."
"Wow, awak ingat."
--
"Kamelia Belajar Main Gitar"
Kamelia sedang termenung panjang mengenangkan Sarah. Walaupun aunt Fauziah kata Sarah semakin pulih, tapi Kamelia bimbang dia buat lagi.
"Kau termenung apa lagi, Kam? Mana rakan imaginari kau yang kau selalu borak tu?" tanya Adli di tepi pintu.
Kamelia pandang Adli. "Kau lagi? Mana yang lain?"
"Azlam biasalah, kerja. Tapi kejap lagi dia nak datang. Ni Nizam takde, Hafiz la jadi vokalis ni. Tu yang kena tunggu lagi tu. 'Pasangan diraja' kat hospital," kata Adli sambil kunyah keropok Twisties yang dia beli di kedai bawah.
"Ail dengan Rafi mana?"
"Rafi, biasalah. Cari makwe kat chat. Entah bodoh apa la kerja dia buat. Tak faham apa motif. Ail pulak kena jaga adik."
"Eh, Adli. Kau tak rasa bersalah ke bila kau prank macam tu?" tanya Kamelia yang ingin tahu diri Adli.
"Kau pernah tengok Jackass?"
"La, bodohnya. Abang aku la suka tengok benda macam tu."
"Aku ni pemegang falsafah Margeraisme."
"Ya Allah kau ingat kau Bam Margera ke, Adli?"
"Tak, aku Adli Margera."
Kamelia mati akal dengan Adli. Ada je dia menjawab.
Adli tengah tune gitar, dan keluarkan kertas chord lagu. Dia main lagu No Doubt - Simple Kind of Life. Kamelia pandang saja Adli praktis lagu tu.
"Adli, aku nak minta kau something, boleh?" tanya Kamelia tiba-tiba.
"Ah kau, kau ingat aku boleh terima ke cinta rebound dari kau? Dah gagal dapat Nizam, nak aku pulak. Tau la aku Adli Margera," kata Adli sambil bersandar tepi dinding.
"Babi la kau, mana ada aku suka Nizam!" tapi Kamelia menahan merah pada wajahnya.
"Habis tu, kau nak minta apa? Bapak aku niaga char kuey teow je, aku tak kaya."
"Aku nak minta kau ajar aku main gitar. Aku ni, malulah. Nama je bapak aku bekas pemain gitar 70an, bukak studio jamming, bukak kedai muzik, tapi tak reti main apa-apa alat muzik."
"Kau jeles dengan Eleena kan, haa sebab tu kau nak belajar kan?"
"Kenapa pulak aku nak jealous dengan dia?"
"Eleh, kura-kura makan tauhu, pura-pura tak tahu pulak minah ni."
"Ala, Adli, tak baik tau kedekut ilmu. Cuba tengok Eleena, dia ajar Nizam matematik, lepas tu Nizam ajar kau matematik, tanpa Eleena share ilmu, kau tak boleh laksanakan strategi Margera kau masa Qiyamullail hari tu. Kau gunakan teorem Pithagoras kan?"
Adli mengalah.
"Ah, bawak datang gitar kau, aku tunjukkan cara main gitar macam Yngwie Malmsteen."
Kamelia tunjuk jari tengah.
"Kau tengok, belum apa-apa, dah kurang ajar dengan sifu. Tunduk hormat 100 kali!"
"Bodoh, kau ingat ni cerita Shaolin Cina ke?"
"Mestilah, nanti masa latihan nanti, aku nak kau angkat air penuh satu tempayan naik bukit menara tepi highway tu."
"Kau nak ajar aku ke tak, kau tak nak ajar, aku tanya Azlam, banyak songeh la kau, Adli," Kamelia dah fedap.
"Ye la, aku nak ajar kau la ni. Bak datang la gitar."
Kamelia capai gitar ayahnya di sebelah meja cashier.
"Sebelum kau nak reti main gitar, kau kena belajar macam mana nak tune gitar dulu. Kau jangan jadi macam Hafiz, hari tu kena terajang dengan Azlam sebab tak tune betul-betul."
Adli tekan satu per satu tali.
"Kau petik sekali, dengar, sama tak?"
Kamelia ikut saja bunyi gitar yang dipetik Adli.
"Kau nak belajar lagu apa dulu?" tanya Adli.
"El Scorcho," kata Kamelia.
"Dah agak dah niat kau ni, bukan aku tak tau kau ni senyap-senyap nak sailang Nizam dari Eleena, kan? Aku dah dapat cium niat kau tu."
"Ish, mana ada, tak baik tuduh aku macam tu, elok-elok je niat aku ni nak menimba ilmu."
"Belajar lagu lain la, ada ke belajar lagu tu dulu. Chord basic pun tak reti lagi. Meh aku ajar kau lagu About A Girl."
"Nirvana?"
"Tu lagu pertama aku belajar main gitar dengan Abang Kay, band Paku Tekan."
"Band mana pulak tu?"
"Brader burger, kawan Dam Ganjaran. Dia yang ajar Nizam main gitar."
Kamelia mengangguk kepala.
"Ikut jari aku," kata Adli.
Kamelia ikut.
"Bukan tali tu! Jari telunjuk kau kat sini. Takpekan aku pegang jari kau ni? Kau jangan jatuh cinta dengan aku pulak," kata Adli sambil membetulkan kedudukan jari Kamelia.
"Sakitlah jari aku, tajam tali ni."
"Ha, nanti jari kau dah kasap macam aku ni, baru kau boleh power main gitar. Macam kau terajang si Jose tu, mesti kau mula-mula nak terajang orang, kaki kau goyang-goyang, kan?"
Kamelia mengangguk.
"Sama lah. Kau start main gitar mula-mula bunyi macam sial. Lama-lama kau dah biasa, kau dah boleh main."
Jenuh juga Adli nak mengajar Kamelia ni. Sampai lenguh tangan dia strumming lagu sama.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top