Episod 12A

"Surprise!"

Nizam sedang membuat latihan tubi sains, dan sedang menggunakan formula yang diajar oleh Eleena.

"Jarak=masa x laju. Kalau kelajuan ialah 65km/j dalam masa 15 minit..."

"16.25 kilometer..." jawab Eleena.

"Kalau nak cari masa, 27 kilometer dengan kelajuan 80km/j?"

"20 minit 15 saat.."

"Jangan lebih makan.." kata Nizam.

"Kalau nak makan, jangan bagi lebih," sahut Eleena pula.

"Kalau nak lebih, jangan bagi makan! Hahaha!" serentak kedua-dua mereka mesra menghafal formula pengiraan jarak, masa dan laju.

"Otak awak macam kalkulator lah, Eleena."

"Awak pulak pandai dalam sejarah, geografi.."

"Geografi saya tak boleh lawan Ail."

"Dia memang hafal peta kan? Hari tu, awak tau, dia ada borak dengan saya tentang Gunung Bromo. Saya cakap la saya pernah ke sana. Dia punya semangat nak tahu semua benda pasal Indonesia tu."

"Tahun lepas, dia ajak saya, Rafi dengan Adli pergi berjalan ke Ipoh, kemudian Kelantan. Dia nak sangat tengok dunia luar."

"Apa kata, kita ajak dia jalan-jalan lepas habis SPM ni?" tanya Eleena.

"Tapi tu lah, cerita asal, kita plan berempat je. Tapi memandangkan Adli satu sen pun tak simpan lagi, Rafi pulak asyik sibuk main chat cari awek, saya tengok Ail tu dah macam kecewa dah."

"Hmm, takpelah. Cakap dengan dia, kalau ada rezeki, kita bertiga pergi ke Pulau Pinang. Saya teringin makan nasi kandar," Eleena tersenyum.

"Ajak Edry sekali?"

"Eh mestilah. Dia kan hero saya. Lagipun, Cik Osman orang Kepala Batas, jadi senang kalau kita nak gerak dari sana. Cuma tak boleh la semua pergi, memandangkan band kita sama ramai macam kumpulan Chumbawamba."

"Saya rasa better ajak Ail. Tapi itulah, kalau ada Adli lagi best. Dia tu kelakar."

"Nanti dia bagi makan julap kat orang lain kat sana, macam mana? Tak haru-biru?"

Cikgu Rafidah ajar Sains masuk kelas.

"Buat latih tubi saya bagi semalam tu ya, due date saya kata esok, 26 haribulan.."

Eleena ambil telefon bimbitnya sorok-sorok. Dia teks Adli.

"adli, jalankan misi anda. (^v^)"
"baik bos! nk pgl ail n rafi skg ke?"
"ya. cik osman di pintu pagar sekarang."

Adli bagi signal dari kelas 5 Setia ke Ail dan Rafi dari 5 Adil dari seberang koridor. Sebentar lagi, mereka berdua turun ke bawah berjumpa dengan Cik Osman.

Adli pula sedang menyiapkan sesuatu untuk operasi rahsia ini. Dengan meletakkan serbuk kunyit, tepung, beberapa biji telur dan pewarna sirap.

"Hasta la vista, viva la Adli Margera hahahaha!"

Cik Osman ketuk pintu kelas 5 Ikhlas.

"Ini kelas 5 Ikhlas ke?"

"Ya, cari siapa?"

"Nizam bin Lazim?"

Tiba-tiba Ail dan Rafi bawa makanan. Edry bawa kek.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Nizam! Happy birthday to you!"

KFC barrel 3 set untuk birthday party satu kelas.

Muka Nizam terkejut. Dia tak pernah sambut birthday pun sebenarnya. Tiba-tiba ada pulak orang bawa kek dan makanan serta air minuman.

"Err, awak...rancang semua ni?"

Eleena tiba-tiba bangun dari kerusi dan berlari-lari anak menuju ke depan.

Nizam berdiri, dan dari belakang Adli mencampak tepung, kunyit, dan mengetuk telur di kepala. Serta simbah pewarna sirap pada baju.

"Sial, Adli."

"Happy birthday, ma man!"

"Balik ni mak aku marah doh, habis baju sekolah aku."

Eleena letakkan dua ketul ayam goreng dalam tupperware, bersama dengan segelas air, menuju ke kelas 5 Amanah.

"Hi Kam," Eleena tegur dari belakang kelas.

"Eh, Eleena. Birthday siapa?"

"Nizam. Jom lah, sekali, kita makan."

"Eh, takpelah. I kena siapkan exercise Prinsip Akaun ni."

"15 minit?"

"Eh, takpelah. Tell Nizam, happy birthday ya?"

"Okay, ini ayam untuk awak. Dan air. Kalau nak join, datanglah kelas sebelah."

"Takpe, it's okay. Lagipun I tak rapat sangat dengan dia. You guys have fun, enjoy."

"Baiklah."

"Eleena, thanks for fried chickens and drink!"

"Say thanks to Nizam, today is his birthday."

"Tapi you kan yang buat surprise party ni?"

Eleena senyum sebelum masuk kelas. Somehow dia dapat tahu, yang Kam tahu perasaannya.

--

"My Stupid Brother"

Kamelia dan ayahnya tunggu abangnya di KLIA, selepas hampir dua tahun dia berada di sana. Tahun depan dia buat short course untuk diploma, sebab dia ambil IB, sebelum dia belajar degree.

Salah satu perkara yang menjadi tekanan ibu bapa ialah kos pendidikan yang semakin meningkat. Dan kadang-kadang Kamelia merasakan satu hari nanti bila pendidikan sudah menjadi milik untuk orang kaya, maka ramai tak berpeluang untuk berpendidikan.

Yang ada kena berhutang dan hidup sakit.

Dia terfikir adakah Leonardo da Vinci atau Ibnu Sina mengalami hutang PTPTN macam zaman sekarang ni.

Sebab bila kita berhutang, kita jadi hamba. Bila kita jadi hamba, sampai bila-bila minda takkan bebas. Bila minda tak bebas, macam mana nak ada idea penciptaan dan inovasi macam Leonardo atau Sina?

Kamelia tahu, satu hari nanti ayahnya juga perlu berhutang tinggi macam sekarang ni, untuk menanggung abangnya yang belajar di luar negara.

Tetapi, Kamelia memikirkan adalah lebih baik untuk dia tidak ke mana-mana universiti dan teruskan perniagaan ayahnya. Mungkin itu lebih baik, buat masa ini. Dalam masa sama, dia kumpul duit untuk belajar dan mendapat ilmu.

Masalah utama sekarang ialah orang ke universiti untuk mendapat sijil, supaya sijil itu digunakan untuk mencari kerja, dan untuk membayar semula harga sijil itu.

Kamelia tidak mahu begitu. Dia merasakan cukuplah beban yang ditanggung oleh ayahnya. Dia mengambil keputusan, walau apa pun keputusan SPMnya nanti, dia tak mahu menyambung mana-mana pelajaran yang lebih tinggi.

Dia mahu belajar menguruskan perniagaan untuk ayahnya. Perniagaan kecil, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit.

Sejak peristiwa 11 September, penerbangan menjadi lebih sukar, terutamanya umat Islam. Pada hari tersebut lebih 3,000 orang meninggal dunia akibat serangan keganasan di Menara Berkembar World Trade Center.

Ray menceritakan pengalamannya di California, keadaannya agak sukar terutamanya jika anda beragama Islam, atau sekurang-kurangnya berjambang. Ramai orang Sikh yang diserang oleh penduduk redneck bodoh yang tidak tahu beza orang Islam dan Sikh.

Sebelum 11 September, dia menyimpan hasrat untuk ke California dan belajar dalam bidang IT, seperti Uncle Lan dan Ray.

Tetapi dunia sudah berubah sejak pagi Selasa itu. Dunia tidak lagi sama seperti dulu. Optimistik menuju ke abad ke-21 dari pasca Perang Dingin, sudah semakin dilupakan.

Kamelia nampak abangnya yang pakai baju gaya-gaya Jamiroquai menolak troli menuju ke mereka berdua.

"Abah, apa khabar? Yo, apa cerita, doh?"

Kamelia pandang je abangnya yang sudah jadi mat salleh celup.

"Jom, kita balik rumah."

"Hey, rumah kita sekarang kat mana now?"

"Bandar Tun Hussein Onn," kata Kamelia.

"You mean dekat dengan hospital mata tu ke?"

"No."

"Then?"

"Cheras."

"Amende la duduk Cheras. Dah la traffic jam, tempat barai pulak. Hey, Kam, kau ada tak member-member hot chicks kat sana? Ah, awek Cheras tak boleh bla doh."

Kamelia pandang semacam je pada abang Kamilnya. Dahulu dia mungkin bersetuju dengan abangnya, tapi sekarang dia rasa agak defensif.

Dia sudah merasakan sense of belonging pada tempat ini.

"Eh, budak-budak sekarang layan apa doh?"

"Layan apa?"

"Entah. Hiphop, maybe. Or muzik underground."

"Ye lah, macam kau la. Budak grunge."

"Bila masa aku proclaim aku grunge?"

"Ye la, dengar muzik-muzik alternatif."

"Dah tu?"

Ayah Kamelia diam saja mendengar perbualan dua orang adik beradik ni.

"So, tomorrow at my school, ada Hari Kantin, want to follow?"

"Ha, boleh la layan budak-budak jongos sekolah korang ni, haha!"

"Eii, kerek betul abang aku ni. Poyo je nak kutuk tempat orang, apahal? This is my town, my place!"

Esoknya Kamelia dan abangnya ke Hari Kantin sekolah. Pelbagai juadah dan makanan telah dijual di padang. Nama je Hari Kantin, tapi buat kat padang sekolah. Pelbagai acara diadakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk mengumpul dana untuk membina tembok sekolah serta membaiki infrastruktur sekolah.

Ada pertandingan karaoke, ada pertandingan memasak peringkat guru, ada pertandingan nasyid, dan talent time.

"Lamenya korang punya sekolah, ish! Tak happening la," komplen abang Kamil.

"Gila bosan. Zaman bila la nak ada clown ni Kamelia oi!"

"I swear, lagi sekali dia komplen sekolah aku, aku maki abang aku, kau tunggu."

Menyiraplimau je Kamelia tengok abang dia. Ingatkan dia datang makin happy, tapi semak.

"Eh, kat sekolah ni takde ravers ke?"

"What?"

"Rave? Ala, rave party!"

Abang Kamil buat tarian sotong depan Kamelia. Ikutkan hati dia, macam nak lempang je mamat ni. Malu doh, malu!

"Kau nak rave party kau balik la Sheffield kau tu, lahanat!"

"Rileks la, Kam. Sekarang trend orang layan rave kat sana. Dorang menari lagu dubstep, lepas tu ada drug party.."

"Tu sekolah ke kandang binatang?"

"Tu la korang, tak open. Tak maju macam we all."

"Barat bukan kayu ukur ketamadunan yang sebenar pun."

"Peh, serius Mahathir doh ayat kau. Peh!"

Kamelia malas nak layan abang dia. Rasa bodoh pulak bila bercakap macam ni. Dua tahun pindah, dia dah langsung tak kenal abang dia.

"Lambat lagi la sekolah korang nak ada rave party macam kitorang. Lagi 15-16 tahun lagi kot," kata Abang Kamil yang tiba-tiba nampak Eleena.

"Wo, who's that girl? Lalalalalaaa" abang Kamil nyanyi lagu Eve.

"Awek member aku, apahal?"

"La, ye ke? Mana balak dia, biar aku pukul dia heh!"

"Kau sentuh dia, kau makan lutut aku!"

"Rileks la doh, kau serius sangat ni apahal? Chill, gila baek sial woot woot! Hekeleh mamat nerd ni ke balak dia? Muka skema pakai spek tebal.."

Kamelia terus blah.

"Aku dah tak kenal dah abang aku."

"Wei, Kam. Rilek la. Aku main-main je kot. Sejak dari dalam airport semalam kau bukan main serius. Eh, kejap, mana nak beli makanan? Aku lapar. Fuh, penat macam baru lepas gangbang.."

"Woi, along! Kau nak beli makanan kena pakai kupon la. Nah, ambik kupon lima ringgit ni."

Kamelia berdiri di depan warung samosa Cikgu Latifah. (nota: dia bukan mak Nizam, hanya kebetulan nama sama).

"Cikgu, samosa ni satu berapa?"

"Seringgit satu."

"Mana cukup makan satu. Cikgu Latifah punya samosa dah la sedap. Dia pakai kari Babas.

"Ala, aku ada kupon dua ringgit je?"

Kamelia mengalah. Dia beli dua keping.

"Nah, lagi seringgit."

Nizam?

Kamelia keluarkan duit seringgit. Nizam menolak.

"Terima kasih, Nizam."

Abang Kamil terus memeluk Kamelia depan Nizam. Lalu berjalan menuju ke arah keluar dari sekolah.

--

"Mungkinkah Dia?"

"Oh, dia dah ada boyfriend rupanya, ah fuck la perasaan macam ni."

Nizam hisap rokok tepi longkang. Dia mengakulah yang, walaupun Eleena tu cantik, baik, dan macam-macam dia ada, tapi sebenarnya dia crush dengan Cornflake Girl.

Sebab Kamelia ranggi, nampak misteri dan lebih masuk jiwa. Nizam termenung panjang tepi longkang tu.

"Woi, kau buat mende sini?" tiba-tiba Ail dan Rafi datang menegur.

"Hisap rokok la, takkan aku meniaga nasi lemak kat sini? Kau tak nampak ke?" Nizam seolah-olah macam menengking.

"Lek lah, pehal marah-marah ni?" tanya Rafi.

"Takde apa. Aku ok je kot. Mungkin cuaca panas. Aku semak, ramai orang gini."

"Mana Eleena? Dia cakap dengan aku dia ada masuk talent time."

"Hah? Dia buat apa?"

"Mana aku tau, talent time dekat dewan. Jom la kita tengok."

Nizam hanya mengikut sahaja Ail dan Rafi menuju ke dewan.

"Mana Adli?"

Adli sedang melepaskan satu tahi yang panjang dalam jamban.

"Fuh, tak sia-sia aku makan makanan yang penuh dengan serat dan zat besi. Tahi aku begitu panjang. Ini tahi yang cukup berkualiti tinggi."

Selepas cebok, dia pakai sarung tangan getah. Kemudian dia ambil tahi itu, dan letakkan tahi tersebut dalam roti ban panjang.

"Nice!"

Dia meniru videoklip The Offspring "Original Prankster", dimana seorang anak mentroll ayahnya dengan meletakkan najis anjing dalam hot dog ayahnya.

Cuma kali ni dia rasa tahi anjing adalah mughallazah, dan tak nak la orang terkena najis berat. Satu hal pulak nak kena samak gigi.

Jadi, dia menggunakan tahinya sendiri.

Kemudian, dia bungkus hot dog itu dengan tisu warna pink seperti yang dibungkus di gerai-gerai.

Dia bungkus cantik-cantik, kemudian dia buang sarung tangan getah tu dalam jamban, dia flush bagi hilang semua kesan bukti.

Perlahan-lahan dia letakkan hot dog najis itu di celah-celah hotdog yang diniagakan oleh Ustaz Hanafi.

Pegawai Pendidikan Daerah tertarik dengan roti hotdog yang dijual oleh Ustaz Hanafi.

"Tuan, hotdog ni saya proses sendiri. Insya-Allah, enak, berkhasiat, dan yang paling penting, halalan toyyiban."

"Satu berapa ni?"

"Seringgit."

"Baik, baik."

Pegawai itu pun bayar pakai kupon yang diberi oleh pengetua sekolah.

Dia buka tisu itu tanpa melihat isi kandungannya. Dan dia terus makan, dua kali gigit, sebelum termuntah teruk depan Ustaz Hanafi.

"Apa ni..? Masya Allah, ustaz..."

AAAAAAAAAAAADLIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!

Nizam, Ail dan Rafi sedang duduk di dewan terdengar suara Ustaz Hanafi yang bergema bak halilintar. Satu sekolah boleh dengar suara dia menjerit kegeraman.

"Apa babi lagi mamat ni buat, dah nak habis sekolah pun mendajal ustaz tu apahal doh?" kata Rafi sambil tenang minum air tembikai.

Nampak Eleena membawa keyboardnya, dan memasang kabel keyboard ke speaker.

I wanted to be like you
I wanted everything
So I tried to be like you
And I got swept away

I didn't know that it was so cold
And you needed someone
to show you the way
So I took your hand and we figured out
That when the time comes
I'd take you away

If you want to
I can save you
I can take you away from here
So lonely inside
So busy out there
And all you wanted
was somebody who cares

I'm sinking slowly
So hurry hold me
Your hand is all I have to keep me hanging on
Please can you tell me
So I can finally see
Where you go when you're gone

If you want to
I can save you
I can take you away from here
So lonely inside
So busy out there
And all you wanted
was somebody who cares

All you wanted was somebody who cares
If you need me you know I'll be there

Please can you tell me
So I can finally see
Where you go when you're gone

Semua bertepuk tangan, tetapi mata Eleena hanya pada Nizam.

Adli tiba-tiba duduk sebelah.

"Apasal kau bau taik, doh?" kata Ail.

"Ketara ke?"

"Ketara la, bodoh."

"Weh, kalau Ustaz Hanafi cari aku, cakap tak tahu tau?"

"Dah agak." serentak tiga-tiga jawab.

"Hi, Nizam," Eleena datang ke arahnya.

"Weh, Ail, jom tolong angkat keyboard Eleena," kata Rafi sambil nak bagi ruang pada Nizam dan Eleena.

"Jom, keluar?" tanya Nizam.

Eleena terkejut first time Nizam ajak jalan.

"Pergi mana?"

"If you want to
I can save you
I can take you away from here
So lonely inside
So busy out there
And all you wanted
was somebody who cares."

Eleena menutup bibirnya tersenyum.

"Kita pergi rumah saya, ambil gitar kapok saya, lepas tu, awak main piano, saya main gitar. Kita main lagu ni sama-sama."

"Baik."

Nizam pegang tangan Eleena menuju ke kereta BMW, dan Cik Osman memandu keluar dari perkarangan sekolah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top