Episod 10

"Melukis di Pusat Sumber"

Kamelia melepak di pusat sumber, seorang diri. Mati kutu dia duduk dalam kelas lama-lama. Memandangkan budak form 5 ni dah nak SPM, maka cikgu sebenarnya makin malas nak masuk kelas, dan bagi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran sendiri.

Tapi biasalah, cikgu kalau tak masuk, haraaaaaaamm nak belajar.

Jadi, dalam keadaan kelas 5 Amanah yang bising tu, Kamelia cuba menenangkan diri dengan menjauhkan diri dari kebisingan orang ramai.

Sejak dua menjak ni, dah tak nampak pulak pengawas pusat sumber yang nak ngorat Sofia tu, mana pulak dia menghilang, fikir Kamelia.

Kamelia lukis potret pelakon popular 70an, Marlon Brando. Tapi bukan gambar Godfather tu, gambar biasa dia. Projek lukisan gambar Marlon Brando tu sebenarnya dah lama dia mula, tapi sejak Eleena datang dalam hidup dia dan mengganggu fikirannya, dia asyik nak menyiapkan buku teori konspirasi dia yang tak sudah-sudah tu.

Geram je tengok dia hari-hari dia share makan bento tu. Dalam hati Kamelia mencebik je.

"Takat buat nasi kepal buat bentuk ayam, bentuk beruang tu pun si Nizam nak pandang. Puih! Dasar lelaki."

Kamelia sudah siapkan mata dan hidung, sekarang dia sedang fokus bahagian mulut.

Untuk fokus yang jitu, dia sumbat dan curi-curi dengar walkman dalam pusat sumber. Takut kot-kot Cikgu Noraini nak rampas je kalau dengar terang-terang.

Tapi pelik juga sejak dua menjak Cikgu Noraini jadi cikgu disiplin baru ni, makin berleluasa pulak budak ponteng sekolah. Orang hisap rokok pun dah selamba. Entah kenapa Cikgu Noraini tidak setegas yang dijangka.

Lagu Across The Universe berkumandang lembut dalam telinga Kamelia. Lagu tu menjadi lagu dodoiannya semasa dia bayi dulu.

Lagu ini mengingatkan dia dengan arwah mak. Ternyata perangai hippie mak dan ayahnya mempengaruhi fikirannya hingga dia membesar pada hari ini.

Kamelia terpandang depan pusat sumber.

"Apa si lucifer ni nak buat dalam pusat sumber ni, pulak? Kimak la!" detik hati Kamelia melihat Eleena sedang bertanyakan sesuatu pada pengawas pusat sumber.

"Budak lelaki skema pakai songkok necktie ketat pun kau nak cakap mesra-mesra, sudahlah sejak kau rapat dengan Nizam, dia dah tak pandang aku lagi. Kimak, bitch! Sundal!"

"Ah, dia datang dekat la pulak. Fuck, siap melambai kat aku ni apahal? Nak mesra-mesra dengan aku la ni. Niat jahat dia ni aku dah tau sangat dah."

"Hi, Kamelia. Wah, cantik lukisan Marlon Brando ni."

Kamelia terus tutup lukisannya dengan tangan.

"Eh, tak tak. Saja je lukis ni."

Kamelia buat fake smile.

"Boleh saya duduk di sini?"

"Duduk lah. Kerusi tu kan hak milik kerajaan."

Eleena tarik kerusi.

"Barangkali kalau awak boleh tunjuk ajar saya melukis, saya gembira kalau dapat melukis secantik lukisan awak ni."

Kamelia mencebik.

"Bapak skema ayat dia sial. Ni bapak dia pakai kereta jata kerajaan ni, kerja Dewan Bahasa ke? Mesti nak skemakan budak-budak underground kat sini. Macam la tak tau." Kamelia terus bermonolog dalaman.

"Boleh je," jawab Kamelia. Tapi nada tak ikhlas langsung. Dalam hatinya nak kenakan yuran sebanyak RM300 sebagai yuran pembelajaran.

"Terima kasih, Kamelia. Oh, bila awak nak ke rumah saya untuk belajar bento? Hari tu masa di depan FR Shoppe awak kata awak nak belajar?"

Kamelia berkerut dahi.

"Bila masa....oh, ah! Inilah peluang aku nak tengok kat rumah dia ada altar satanik si Lucifer ni. Aku ambik gambar, pastu aku tunjuk kat Nizam, biar padan muka dia."

"Nanti bila saya free, saya beritahu."

"Baiklah, Kamelia..."

"Panggil je Kam."

"Oh, maaf. Kam. Saya pergi ke rak buku ya?"

Kamelia tepuk-tepuk bibir.

"Ah, sudah. Aku pun dah bersaya-saya ni. Ah sial la minah ni!"

Nampak Eleena pinjam buku Putera Gunung Tahan.

"Dia ni mesti nasionalis. Mesti orang kuat Umno. Nama bapak pun Mahathir. Besok aku bagi dia buku Shit Shannon Ahmad kat dia, nak tengok reaksi dia macam mana."

--

"Cabaran Cikgu Rahman"

I ain't happy, I'm feeling glad
I got sunshine in a bag
I'm useless but not for long
The future is coming on
I ain't happy, I'm feeling glad
I got sunshine in a bag
I'm useless but not for long
The future is coming on
It's coming on
It's coming on
It's coming on

Ail bersiul dan menyanyi lagu Gorillaz - Clint Eastwood dalam kelas sambil membelek-belek buku Atlas KBSM, sambil melihat peta Amerika Selatan.

"Kalau aku nak ke Ushuaia, Argentina ni, berapa jauh kalau dari Buenos Aires? Hmm, naik bas ni pun makan berhari rasanya."

Rafi melihat membernya Ail tengah khusyuk melihat peta.

"Rajin benar kau ni ngafal nama negara, kau ni tak bosan ke belajar Geografi?" tanya Rafi yang duduk di sebelahnya.

"Dah aku minat, Fi. Aku nak jadi pengembara."

"Haha, lupakan la Ail. Nak pergi Siam pun belum ada duit."

"Satu hari nanti, Fi. Aku akan pergi jauh dari Cheras Perdana ni."

"Pergi mana je? Bagan Lalang pun tak larat nak bawa motor sejauh tu. Ok la, nanti aku ajak geng-geng kita gi panjat Broga, mesti kau nak."

Ail diam saja. Kejap lagi Cikgu Rahman masuk kelas.

Cikgu Rahman umumkan pada kelas, ada pertandingan Geografi peringkat daerah. Dia sedang mencari siapa nak jadi wakil sekolah.

Rafi angkat tangan.

"Kamu nak jadi wakil sekolah kuiz Geografi ke, Rafi? Ujian bulanan hari tu pun dapat markah cukup makan."

"Bukan cikgu, saya nak cadangkan Ail."

Ail pandang Rafi.

"Woi, tak payah la."

Cikgu Rahman pandang Ail dengan pandangan selenge. Walaupun dia pelajar Geografi yang power, tapi imejnya selaku pemonteng sekolah terulung membuatkan cikgu rasa ragu-ragu.

"Kamu yakin ke kamu boleh harumkan nama sekolah, dengan perangai tak semenggah kamu ni, Ail?"

"Dah la Rafi, cikgu pun tak yakin dengan aku. Mampos la."

"Bukan tak nak yakin, kamu tu, selalu ponteng sekolah."

"Cikgu kalau nak bagi saya, saya jawab je la sehabis boleh. Kalau gagal, janganlah marah."

"Baik, awak dah cabar saya. Saya cabar awak untuk layak final top 3. Minggu  depan!"

Ail buat muka rilek. Dia bukan nak target nak menang pertandingan kuiz peringkat daerah pun. Dia target nak jadi pengembara macam Ian Wright.

Balik dari sekolah, mereka empat sekawan macam biasa melepak di mapley.

"Woi, Nizam dah ada handphone baru! Peeehhh!" kata Rafi yang terkejut melihat perkembangan terbaru Nizam.

"Handphone flip pulak tu. Ni handphone Jepun ke?" tanya Adli.

"Haah."

"Siap ada sticker Hello Kitty. Makwe beli ke?"

"Apa pulak makwe aku. Eleena tu member aku je la."

"Member jenis apa belikan handphone ni, Zam? Dia suka kat kau la. Apa bodoh kau ni," Adli gelak-gelak sambil minum milo ais.

"Takde la. Dia cantik, dah la kaya. Mesti ada pakwe lain punya."

"Dulu kemain kutuk Hafiz, frust menonggeng pasal Sarah. Eh, minah tu dah couple dengan Jose. Dah jadi budak hiphop la pulak?" kata Rafi.

"Woi, pahal kau senyap je ni, Ail?" tanya Adli.

"Pening la aku. Cikgu Rahman cabar aku masuk pertandingan Geografi peringkat daerah."

"Bab Geografi aku memang respek kau, Ail. Kau boleh menang punyalah, sure punya!" kata Nizam menepuk bahu Ail.

"Eh, kau dah ada handphone baru? Handphone flip ni. DoCoMo ni Jepun punya brand kan? Boleh pulak kau pakai kat sini. Kau beli kat mana ni, Nizam? Mesti mahal punya."

"Bukan Ail, dia tak beli. Ni makwe dia punya la. Kahkahkah!" berderai ketawa Adli.

"Zam, kau kahwin nanti, aku nak jadi pengapit kau?" kata Rafi.

"Muka kau jadi pengapit, Fi? Tetamu, tok kadi, dengan pengantin semua lari. Dah la nak dating dengan Najwa kat Metro Kajang kahkahkah!"

Ail pulak terbarai ketawa.

"Babi la kau Adli. Siap bagi gambar tetek sebelah kecik bentuk petak kat aku."

"Haha, korang rasa la, 2020 nanti, kita boleh send gambar real tak?" tanya Adli.

"Merepek la kau, Adli. Dengan handphone Nokia tu, dapat tetek warna hitam putih je, nak stim apa?" Rafi membantah.

"Sah kau tak tengok Beyond 2000 ni, Fi. Akan datang aku tengok, ada teknologi baru, dinamakan MMS. Teknologi tu nanti boleh send gambar, siap gerak-gerak. Orang panggil gambar tu, GIF," Nizam bercerita tentang dokumentari futuris yang dia gemar tonton.

"Aku mana ada ASTRO, Zam."

"Kalau ada pun, kau tengok Astana Idaman je. Pastu tengok Maria Farida, buat modal, kahkahkah!" kata Adli yang disambut ketawa oleh kawan-kawan.

--

"Chocolate Chip Butterscotch Cookies"

Band Mangkuk Hayun bermain lagu Salam Rindu dari kumpulan Tipe-X.

Lampu merah studio sudah menyala, tanda last song.

Nizam masuk riff lagu Weezer, Hash Pipe. Dengan spek mata tebal macam tu, gaya-gaya main gitar dah macam Rivers Cuomo.

Kamelia mengendap je Nizam dari cermin studio. Geram je tengok kecomelan Nizam. Entahlah, sejak dia involved dengan siri penyiasatan misteri Eleena ni, dia tak dapat tahan keobsesan dia dengan Nizam.

Pernah sekali dia tengok video baru Weezer lagu Hash Pipe ni di Channel V di ASTRO, yang ada lawan sumo tu, dia pandang Rivers Cuomo pun dia terbayangkan Nizam.

Sah, dia gila bayang dengan Nizam. Walaupun dalam hati dia masih mahukan Ray.

Serba-salah dia dibuatnya.

Band Mangkuk Hayun keluar dari studio, dan Nizam bawa keyboard Eleena keluar dari studio.

"Berani minah tu memacaikan Nizam? How could she? Geramnya aku!"

Tiba-tiba Eleena berhenti di depan meja cashier.

"Nak apa pulak minah ni ya Allah, dia ni!"

"Hi, Kamelia."

"Apa hi? Bagi salam la. Kau ni Islam ke kafir? Ish, aku pun jarang bagi salam, apahal aku ni," kata Kamelia dalam hati.

Dia pun tak tau apa sebab dia nak anti sangat, tapi dia menyirap tengok Nizam yang dah makin smart dressing dia. Jacket Nizam pakai tu mesti mahal, brand Jepun tu.

"Kaya boleh la. Kapitalis."

"Hi, Eleena," jawab Kamelia, nada tak ikhlas. Buat-buat belek majalah NME yang dikirim abang dia yang belajar kat Sheffield.

Eleena keluarkan sesuatu dalam beg.

"Apa pulak ni? Entah-entah bom."

Sebalang biskut dia keluarkan.

"Dah kenapa? Raya lambat lagi. Macam-macam la trick-in-the-bag dia ni."

"Saya buatkan biskut ni, rasa lah."

Kamelia usha slack pada botol biskut tu. Ayah Kamelia menghampiri Eleena.

"Pakcik nak rasa satu, boleh?"

"Eh, pakcik Ramlan! Rasalah. Memang bagi ni."

Kamelia pandang muka ayahnya dengan tak puas hati.

Muka ayah Kamelia terbeliak. Kamelia harap tak sedap.

Ayah Kamelia ambil dua keping biskut lagi. Dia kunyah lagi. Lepas tu dia ambil lagi.

Dah sampai lima keping ni yang merisaukan Kamelia.

"Sedap ni, pandai Eleena buat biskut. Kam, try ni. Sedap!"

"Takpelah, Kam kenyang lagi ni," Kamelia terus buat-buat baca majalah.

"Pakcik Ramlan, Kam, saya balik dulu ya? Kam, nanti saya nak belajar melukis dengan awak lah. Lukisan Marlon Brando awak tu cantik."

"Boleh, kena bayar. RM300."

Ayah Kamelia pandang dengan perasaan marah.

"Apa ni Kam?"

"Takde apa-apa la, bah! Kam kemas studio dulu."

Kamelia terus masuk dalam studio sambil jalan hentak kaki.

"Takpe, pakcik Ramlan. Saya memang nak belajar melukis dengan dia. Saya suka tengok lukisan dia. Cantik. Berapa ringgit pun saya sanggup bayar."

"Kamelia memang macam tu. Bila dia bad mood, semua orang dia nak marah."

"Takpe, pakcik Ramlan. Saya balik dulu ya? Cik Osman dah tunggu saya di bawah."

Ayah Kamelia memandang anaknya yang sedang menggulung wayar kabel gitar.

Dalam kereta, lagu dari kumpulan Cast - Walkaway berkumandang dari mixtape Britpop vol 13 yang dibuat sendiri Kamelia. Ayahnya hanya diam sepanjang perjalanan menuju rumah.

"Kam tak faham, kenapa semua orang suka kat dia? Entah-entah dia ada niat jahat."

"Kamu kenal dia?"

"Kenal lah! Kat sekolah semua orang sebut pasal dia. Dia la paling cantik, paling baik, paling pandai. Semua dia lah!"

"Maksud abah, kau kenal dia betul-betul?"

Kamelia diam.

"Kalau tak suka dia pun, tak perlu la cakap macam tu depan dia. Sekurang-kurangnya, rasa satu biskut dia tu."

Kamelia memandang cermin tepi. Egonya masih kuat dalam hatinya.

"Budi pekerti ni tak perlu bayar apa-apa pun."

Sampai rumah, ayahnya meletakkan balang biskut Eleena di atas meja, dan naik atas.

Kamelia mula rasa mahu rasa biskut chocolate chip butterscotch cookies di balang itu.

Dia kunyah. Molekul-molekul biskut itu bertukar menjadi enzim dan bercampur dengan air liur lalu reseptor otaknya berkata biskut ini adalah satu mahakarya epik yang membawanya ke tingkat teratas langit.

"Mak aiiiiiii ni biskut ke cebisan makanan dari syurga? Sedapnyaaaaaaaaa!"

Kamelia belum pernah makan biskut sampai menangis kegembiraan.

Dia nampak bintang-bintang yang penuh dengan chocolate chip dan matahari besar yang penuh dengan lautan butterscotch diiringi lagu Technopop dari The Buggles. Dia terasa mahu berenang dalam lautan butterscotch yang lemak berkrim disukai ramai ini.

"Cilaka minah ni, dadah apa dia letak ni. Dia ni lucifer yang telah meracuni aku dengan keenakan biskut butterscotch ni. Dan aku telah merelakannya. Ooohh!"

Kamelia tidur dengan menghabiskan semua biskut di dalam balang itu sambil tertidur di ruang tamu, dalam kepuasan makan biskut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top