Episod 6

"English Week"

Sejak pembukaan Sekolah Menengah Cheras Perdana, ada satu tradisi sekolah untuk mengadakan minggu Bahasa Inggeris atau English Week. Sepanjang seminggu ini, digalakkan untuk berbahasa Inggeris. Dan sepanjang minggu itu, Persatuan Bahasa Inggeris akan membuat aktiviti-aktiviti di sekolah untuk menggalakkan pelajar sekolah berbahasa Inggeris.

Kamelia masuk sekolah ni, dia tak pernah berminat pun nak register kelab ke persatuan. Dia cuma daftar unit beruniform je. Serabut dia memikirkan nak masuk unit beruniform apa.

Pandu puteri, dia tengok macam best, tapi kat sekolah ni dorang ni meriah sikit. Kamelia tak suka meriah-meriah ni.

Puteri Islam ni macam bakal-bakal ustazah. Kamelia ni benda macam ni dia malas. Benda pertama dia malas pakai tudung. Dia sebenarnya malas nak iron tudung, pakai tudung kena betul depan cermin, leceh. Dia jenis rambut bob macam Mathilda dalam Leon The Professional, settle.

Dia tengok pulak Persatuan Bulan Sabit Merah. Kurang Melayu, tapi banyak sangat aktiviti. Kamelia ikutkan malas nak pergi sekolah sangat.

Kadet polis, ah, memang tak lah. Tak kuasa dia nak berkawad.

Last-last dia pilih kadet bomba. Sebab meeting setahun sekali, tu pun nanti bomba datang buat demo. Pastu jadi ahli lelap. Asal ada sijil.

Tapi dalam Persatuan Pendidikan Seni, walaupun dia bukan ahli, tapi dia macam defacto leader. Cikgu yang jaga persatuan ni ialah cikgu Seni kelas dia, Cikgu Adam. Tapi Cikgu Adam respect kebolehan Kamelia dalam seni. Jadi, walaupun dia bukan ahli persatuan, tapi dia macam ketua umum lah. Cakap Kamelia mesti didengar tanpa dibantah Presiden persatuan yang hanya jadi macai Kamelia.

Kamelia selalu merasakan dia macam level Godfather dalam Persatuan Seni sebab dia tak payah jadi ahli pun orang dah respect dia.

Maka berlangsunglah pertandingan choral speaking antara kelas. Benda ni memang Kamelia rasa fak.

"I hate choral speaking!" detik hati Kamelia. Berdiri atas pentas lepas tu kena hafal cue, hafal choral, dan hafal nada.

Tapi dia terpaksa masuk sebab cikgu ugut nak failkan ujian bulanan. Memang la dia tak ambik pot, tapi malas la nanti abah bising.

Di samping tu, ada tuju hadiah. Masa ni lah kau nak hantar buah epal ke, gula-gula ke, bunga ke kat crush kau kat sekolah.

Kamelia terkebil-kebil menghafal choral yang diedarkan oleh ketua choral speaking kelas, Leong Mun Yee.

Dia pasang je telinga bila Mun Yee bercakap tentang gaya choral speaking dengan English loghat Kantonis.

Kamelia hanya diam dan pasang telinga, dengar tak dengar.

Kedengaran budak-budak nakal dalam kelas cuba bercakap English dengan campuran bahasa dari WWF seperti jabroni, candy ass dan three sixteen.

Ada juga yang benar-benar nak mempelajari bahasa ini dengan menghafal lagu Britney Spears, Eminem atau Robbie Williams. Atau lagu NSYNC It's Gonna Be Me.

Tuk! Tuk!

Tiba-tiba ada dua orang persatuan Bahasa Inggeris bawak bakul berisi gula-gula, epal, bunga dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba ada pulak lelaki dapat bunga. Sah, ni member dajal. Bodoh. Ada yang beli untuk crush. Sofia dapat tiga bunga ros.

"Fuyoo siapa bagi..." kecoh satu kelas pandang Sofia. Kamelia berani jamin salah satu mesti mamat pustakawan hari tu.

"Cornflake Girl?" kata tukang bawak bakul tu.

"Huh?" Kamelia terkejut.

"Cornflake Girl?"

Kamelia terpinga-pinga. Setahu dia, itu lagu Tori Amos.

Dan kaset yang dalam walkman yang dirampas, sebelum dipulang secara misteri tu, kaset Tori Amos, album Under the Pink.  Takkanlah...

"Siapa kat dalam kelas ni yang suka makan Cornflakes ni?" sahut budak-budak lelaki yang menyahut-nyahut.

Kamelia perlahan-lahan berjalan menuju ke arah tukang pegang bakul. Tukang pegang bakul tu perlahan-lahan bagi epal kat Kamelia dengan ucapan yang diikat pada tangkai epal.

Semua orang pandang Kamelia, tergamam.

"Thanks," kata Kamelia.

Dia baca perlahan-lahan ucapan pada tangkai epal tu.

From: Someone who found your walkman.
To: Cornflake Girl
Class: 4 Amanah
"If you have five seconds to spare, then I'll tell you the story of my life. Sixteen, clumsy and shy. That's the story of my life."

Kamelia sengih-sengih baca nota tu. Wow, syoknya ada secret admirer. Minat The Smiths pulak tu. Tapi Kamelia control hormon dia depan semua orang dalam kelas.

Lepas tu dia rasa seram balik.

"Who are you?"

--

"Bertemu Crush Ini Sama Macam Bertemu Hantu"

Kamelia mengambil keputusan untuk turun rehat. Salah satu sebab kenapa dia turun ke kantin sebab kitaran ovarinya yang menyebabkan dia jadi super lapar. Dalam beberapa hari lagi, dia akan mengalami bendera jepun dan dia rasa dia nak marah semua orang.

Jadi, di tangannya ada sebiji epal yang diberi oleh seorang identiti misteri, dan dia mahu makan bubur ayam.

Dia makan dengan penuh berselera pagi tu. Dalam kepala dia bermain lagu Son of the Gun dari The Vaseline. Macam mood dia ceria sangat.

Lepas tu dia makan epal tersebut. Kamelia suka epal. Epal hijau Granny Smith adalah kegemarannya, tapi epal merah, Honeycrisp pun dia okay.

Lepas dia letakkan mangkuk kosong dalam baldi, dia nampak lelaki yang dia selalu terserempak berjalan menuju ke belakang bangunan sekolah. Kamelia curious.

Kamelia malas nak ikut lelaki tu dari belakang, nanti nampak gedik pulak. Jadi, dia cuba untuk pergi ke perpustakaan.

Mengenangkan hari ni hari Rabu, dia terkenangkan lelaki creepy perpustakaan tu hari.

Dia mengambil keputusan untuk ke tandas.

Selepas bermonolog dalaman komplen dengan sebiji jerawat naik depan cermin, dia membetulkan sikit sikatan rambutnya. Betulkan ikatan rambutnya.

"Dah nak period la ni!"

Dia keluar tandas, dia terserempak dengan lelaki tu dekat belakang bangunan tengah hisap rokok.

Lelaki tu terkejut, Kamelia lagi terkejut.

"Sorry," kata Kamelia kemudian undur diri. Pipinya merah nak mampus terserempak lelaki tu.

--

"Bro Azlam"

Balik dari sekolah, Nizam dah ketuk-ketuk kepalanya. Seolah-olah menyesal. Dalam hatinya sia-sia je dia bagi epal kat awek tu.

Last-last kantoi hisap rokok.

Mana tau makwe tu tak suka ke?

"Ah, fuck off lah! Aku kenal rokok dulu la, baru kau!" kata Nizam seorang diri, lepas tu beli rokok batang kat mamak belakang supermarket, macam biasa.

"Mamak, mi goreng satu, telur mata! Air teh ais."

Nizam light rokok. Sekejap lagi, Adli dan Rafi datang dan cuit ibu jari Nizam. Rafi tersengih-sengih pegang bunga.

"Woih, siapa bagi bunga tu, Rafi?" tanya Nizam.

"Jenna Carrera, awek mana pulak nama macam ni?" kata Rafi tersengih-sengih.

"Nama samaran tu Fi! Entah-entah Alin Jerawat kot. Dia minat kat kau tu Fi!" kata Adli tergelak-gelak. Nizam pandang je Adli, macam tak tau ni kerja dajal dia. Kot yer pun letak la nama convincing sikit.

Ada ke Jenna Carrera. Nama porn star mana la kau rembat.

"Salam, sini korang kenal tak budak nama Nizam," kata seorang lelaki rambut panjang pakai baju Faith No More, seluar jeans Levis.

"Azlam?"

"Ha, Nizam! Yes!"

Azlam dan Nizam bersalaman cuit jari. Bagi korang yang nak tau macam mana Azlam dengan Nizam kenal, kau baca la Bau Semangat Anak Muda. Malas aku nak tulis banyak kali.

"Kau buat apa sini?" tanya Nizam.

"Aku kerja kedai gitar kat Leisure Mall, tapi hari ni aku ambik day-off, jadi aku cadang nak lepak dengan kau."

"Kau datang naik apa?" tanya Nizam.

"Tu, motor buruk aku. Ha!"

"Ooh, naik motor rupanya. Ni member aku, Adli, lead guitarist band aku. Yang ni, Rafi, drummer."

Azlam bersalaman.

Borak punya borak, Rafi ajak sambung jamming yang hari tu terbengkalai sebab Nizam yang emosi tak stabil sejak peristiwa Cikgu Noraini tu.

Adli datang lambat, tapi mereka pun menuju ke Studio Underground.

Tapi Adli selalu miss cue. Time dia patut masuk, dia tak masuk. Azlam duduk one corner dengan band Mangkuk Hayun jamming.

"Ala, Adli, kau tak serius la!" kata Nizam bila Adli salah masuk lagu lagi. Dah la tune tak sama dengan Ail.

Nizam dah stress.

"Ciggie break! 5 minutes!" kata Nizam keluar dari studio jamming. Semua hisap rokok tepi tangga.

"Kau ni Adli, aku takde la nak perfect macam artis, tapi serius la sikit. Dulu bukan main kata minat main gitar. Last-last asyik tak serius je, tension la aku," Nizam mula komplen.

"Sorry la, aku lupa chord tadi."

"Kau ni asyik lupa je, asyik main berhenti, main berhenti, bila nak perfect? Kat rumah kau prektis lah!"

Satu kumpulan serius dengar kata Nizam.

"Tau la kita main suka-suka, tapi serius la sikit main tu. Jom masuk balik," Nizam terus masuk studio.

Azlam goreng lagu Scar Tissue seorang diri. Semua tergamam. Rafi terus berlari ke tempat dram, dan sambung. Ail terus main bass ikut Azlam.

Nizam mula ikut rhythm Azlam, dan Adli melanguk menonton.

Azlam melayan gorengan gitar pada ending lagu itu seperti John Frusciante, rambutnya menggerbang seperti seorang rockers ikonik.

"Cantik la Lam, happening doh kau!" kata Nizam menghulurkan high five pada Azlam. Sampai ke sudah je lah Azlam main. Adli cuma pandang sampailah Jamal Tongko cakap last song.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top