Episod 3

"Kalah, Payung!"

Satu pagi Ahad yang damai, ketika saat penduduk Melayu di Cheras Perdana menanti saat gossip hangat dan terbaru artis, Melodi, Rafi sedang penyek kebosanan dalam rumah. Dia kunci bilik. Kemudian dia selongkar almari dan mencari beberapa keping kertas.

Telefon berbunyi. Ibu Rafi mengangkat telefon.

"Ya, waalaikumsalam, nak cakap dengan siapa?"

"Makcik, Ail ni."

"Oh, jap ye."

Rafi keluar dari bilik bila ibunya memanggil namanya. Cilaka, dia baru je print senyap-senyap cerita Cikgu Suraya dalam Webmelayuboleh. Hari Ahad la hari line clear nak menghayati seni cerpen porno. Ahad adik Rafi, Fuad - ada kelas tuisyen.

Hampir nak sampai part dia mengendap cikgu tu la telefon nak bunyi. Cibai betul.

"Hello? Ada apa Ail? Keluar? Malaslah. Petang sikit, sekarang ni panas kot. Mana ada nak tengok Melodi, ingat aku macam kau ke? Ha, ok. Dalam pukul....pukul 4 la, redup sikit. Jumpa kat depan Famous Cake House. Ok, bye."

Rafi kembali masuk ke bilik, dan kembali berimaginasi menjadi Amir dalam cerita porno lagenda ini.

Ah, sedap.

Sejurus keluar, Rafi mula rasa menyesal dan fikir nak bertaubat kerana dosa besar melancap. Dia rasa dia perlu mandi wajib lepas ini. Keluar bilik je, nampak surah Yasin gantung di ruang tamu di sebelah sudu dan kayu besar yang tergantung di ruang tamu rumahnya. Dia mula memikirkan dosanya akibat melancap dan memikirkan apa yang akan terjadi padanya jika dosa melancapnya hari ini akan menghantui hari matinya.

Rafi mula masuk bilik balik, dan belek-belek majalah Gempak yang dibelinya di kedai runcit FR Shoppe.

Entah macam mana, dia tertidur.

Dia sedar-sedar, orang ketuk pintu kuat gila. Jam dah pukul 4:30. Ail sedang layan filem Ali Setan dalam slot filem 80an Melayu petang Ahad. Adiknya Fuad bengang sebab abang kunci bilik.

"Bodoh la kau, suka kunci-kunci pintu. Kau buat apa, melancap?" marah Fuad pada Rafi. Ail dari tepi gelak mengekek.

"Kata nak gi?" kata Ail naik naik kening bagi signal.

"Mana?"

"Lam Ba," Lam Ba adalah ejaan jawi kepada LB, yang sebentar lagi aku akan terangkan apa kedianya benda ni.

"Oo, kejap. Aku pakai baju."

Rafi sarung baju rewang kahwin sedara dia yang dia dulu jadi ketua penanggah, dan sarung selipar ke kaki. Naik motor dengan Ail, menuju Lembah Beruntung.

Apa itu Lembah Beruntung? Lembah Beruntung, atau nama panggilannya LB, atau signal code Ail dan Rafi sebagai Lam Ba, adalah pusat snooker dan arked yang masih bertahan walaupun kini trend arked mulai mati sejak kewujudan cybercafe.

Kalau dulu budak-budak lepak arked main Daytona, sekarang budak lepak cybercafe lawan Counter-Strike. 

Ail dan Rafi try ajak Nizam, tapi sejak wujudnya cybercafe, dia tak minat dah nak pergi LB. Dia layan game Counter-Strike, Red Alert atau cari chord lagu dekat GuitarTab.com.

Ajak Adli, Adli kena ikut family dia pergi Shah Alam sebab nak lawat abangnya yang dah masuk UiTM.

Jadi, dia masuk ke LB untuk lawan snooker. Ada dua table snooker, dua-dua ada orang main.

"Alamak, penuh la pulak," kata Ail.

Terdapat geng Cina sedang sedap lawan snooker.

"Woi, Malayu! Mau lawan snooker ka? Lu sama kawan, lawan kitolang. Amacam, kalah lu bayar table," kata Cina tu.

"Jom la, macibai kanina," jawab Rafi mula panas.

"Weh, lek la doh. Kau tak yah la," Ail mula cuak lebih.

"Kita kena ajar dorang sikit."

"Rafi.."

"Kau gak kan ajak aku main snooker tadi? Takkan kau nak melanguk je?"

Ail terpaksa mengalah sebab Rafi dah mendesak.

Mereka main two of three, kena menang dua game baru menang.

Rafi riak lebih depan Cina tu. Ail perhati tepi je. Cina tu saja bagi payung satu table. Bola payung je dia bagi.

Ail rasa kimak. Rasa macam Rafi tak sedar dia kena game.

Round kedua, Rafi dan Ail kena belasah. Round ketiga, rasa macam nak balik.

Rafi tak sedar, semua orang dalam game tu pandang dia.

"Lu sudah kalah, lu payung! Satu latus bagi gua, lu keluar!"

Ail dah terkebil-kebil. Mana nak dapat RM100. Poket dia ada lima ringgit je. Tu je la dia ada. Rafi ni lagi la. Selalunya Ail la bagi duit.

Semua orang macam nak pukul Rafi dan Ail. Tapi tak, bagi warning saja.

"Lu Melayu, kalau lu tak bayar sampai Selasa ni, lu mati! Gua tau cali lu!"

--

"Hati-hati!"

Lagu Casey Jones dari kumpulan Grateful Dead berkumandang dalam bilik Kamelia, sambil Kamelia, baring atas katil dan kaki terjungkit, membaca majalah NME yang abangnya kirim dari UK. Ternyata dia tersangat gembira apabila dua hari lepas, terdapat sampul beralamat rumah dan berstem UK.

"Dia membaca reviews NME, album seperti Modest Mouse - The Moon and Antartica yang akan muncul pada Jun ini. Walaupun dia belum dipasarkan. Padahal baru je Kamelia nak minta abang dia beli CD album kompilasi "Building Nothing Out of Something".

"Dah nak ada album baru juga, Modest Mouse. Radiohead pun nak ada, wah, what a great year for British music," kata Kamelia dalam hati.

Bunyi telefon Nokia 3210 monofonik dari telefon Kamelia. Kawan baiknya di Petaling Jaya telefon.

"Hello Ara! Where you at? KL? Ala you duduk PJ buat apa nak datang KL? Oh, ada gig ke? I don't think I boleh sampai right on time lah. You faham la, bas Cheras macam mana. Siapa main? Butter, Koffin, Lyme, lagi? Projekt AK? Eh ni gig besar ke? Tak apalah, have fun."

Kamelia tutup panggilan. Ayahnya sedang potong rumput.

"Bah, jom makan luar, lapar lah?" Kamelia terus tegur ayahnya dari luar.

"Makan mana?"

"The Mines."

"Kejap, lagi sikit nak siap potong rumput. Siap!"

"Aye, aye, Captain!" Kamelia tabik hormat abahnya.

Kamelia pakai baju Elmo background hijau, dan seluar jeans Levis. Ayahnya siap potong rumput, simpan mesin, dan terus ke bilik air dan mandi. Bersiap, makan pada hujung minggu. Mesti kena sedap.

Dulu best sebab ada abang sulung, tapi sejak abang dah pergi study UK dapat scholarship MARA, buat IB. Bukan murah nak buat Baccalaureate. Tapi bagi abahnya, berbaloi.

Siap sahaja, mereka berdua naik kereta, dan keluar dari zon taman. Menuju ke jalan besar, tiba-tiba abahnya hampir terlanggar seorang mamat naik basikal.

"Weh, abah sakit lah, brek mengejut macam tu!" Kamelia terhantuk bucu cermin pintu kereta sikit. Kamelia menggosok-gosokkan kepalanya, risau juga kalau membengkak. Nanti jadi ikan flowerhorn.

Abahnya pandu ke depan sikit, dan tegur budak basikal tadi.

Abahnya berhenti dan tengok budak basikal tadi yang terjatuh.

"Brek kat jalan pasir, tayar botak, memang la jatuh, nak. Kau tak apa-apa ke?"

"Tak apa-apa, pakcik."

Kamelia amati budak basikal yang abah dia hampir langgar tadi.

"Shit, budak hari tu!" Kamelia terus capai majalah NME di tangannya dan menutup mukanya.

Tanpa disedarinya, Nizam dah nampak Kamelia tadi.

"Budak tu dah nampak ke, shit!"

Abah Kamelia kembali masuk dalam kereta.

"Abah rasa dia panik la. Dia nak lintas jalan, dia nampak abah bawak kereta laju, tak confident, break tengah jalan, jatuh sebab jalan berpasir. Nasib baik abah tak terlanggar dia tadi."

Kamelia pandang sahaja Nizam dari kereta, dan Nizam pandang mata Kamelia. Nervous campur malu sebab peristiwa tadi timbul tiba-tiba.

"Kau dengar tak apa abah cakap ni, Kam?"

"Hah, hah, ya abah!"

"Dah kenapa kamu pandang budak tadi macam kena rasuk hantu je? Dia ada buat jenayah kat Kam ke?"

"Tak, tak, tak, bah!"

Kamelia dah terketar-ketar.

"Nasib baik abah tak langgar, kalau tak, tak ada jodoh lah anak abah ni, haha!"

"Apa abah ni!" Kamelia rasa tak selesa dengan gurauan ayahnya.

"Kamu pun lagi satu, pakai seatbelt tu. Apa nak jadi budak zaman sekarang ni tak fikir road safety langsung."

Ceramah free JPJ dari abah.

--

"Ahad Yang Membosankan"

Nizam dan Dam Ganjaran lepak di belakang kedai mamak, macam biasa. Nizam masih lagi terkejut dengan peristiwa hampir dilanggar kereta abah Kamelia tadi.

"Teruk luka kau, Nizam?"

"Takde sangat, luka kat siku aku ni je lah, nasib baik spek aku tak patah. Hari tu, spek aku patah sebab slam dalam gig, mengamuk abah aku nak beli spek baru."

"Habislah, kau dah tak boleh buat People's Elbow lagi bila kau lawan wrestling dengan aku lagi, haha!" Dam Ganjaran tergelak sambil minum air teh o ais limau.

"Aku boleh buat Rock Bottom," kata Nizam, confident.

"Macam la kau boleh angkat aku, haha! Sekali aku tombstone kau, patah tengkuk kau nanti!"

"Kau jadi Cactus Jack je la, Dam! Kau tak sesuai la jadi Undertaker. Muka pun muka stoner lebih kurang," kata Nizam yang meniup-niup pasir di luka sikunya.

"Ney, maggi goreng tak nak sayur, satu!" kata Dam Ganjaran.

"Roti tampal kuah ayam, tak mau sambal!" sahut Nizam pula.

"Petang Ahad nak buat apa eh?" Nizam tanya Dam Ganjaran.

"Entah, mana aku tahu. Budak band kau takde ke?" Dam Ganjaran tanya Nizam balik.

"Adli pergi Shah Alam, ikut keluarga dia pergi jumpa abang dia kat UiTM. Ail dengan Rafi aku tak tahu la pergi mana. Aku ada gak telefon dorang tadi, tak angkat la pulak."

"Layan Aboo jamming la, dorang dah book studio dah tadi."

"Kau dah tak bawak bas Foh Hup lagi ke, Dam? Memanjang aku tengok kau kat studio."

Dam Ganjaran hanya diam. Dia malas nak bercakap pasal kerja pada petang Ahad ni.

Nizam tak ada halatuju petang Ahad tu. Stress pulak dia dibuatnya. Nak jamming, member semua ada hal.

"Eh, aku naik studio dulu lah, ney, bungkus lah megi goreng tu."

"Duit bayar?" tanya Nizam.

"Kau bayar dulu, nanti aku bayar balik."

"Buto. Kalau main jamming dapat diskaun takpe jugak."

"Ala, kau dengan member pun nak berkira."

Kimak betul Dam Ganjaran. Makan selalu nak orang payung.

Lepas bayar, dia naik studio. Aboo dengan gengnya sedang jamming lagu Jimi Hendrix macam biasa. Nizam hanya duduk melanguk, melepak sambil mendengar band Aboo berjamming.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top