Episod 2

 "Radio Imaginasi"

Abang sastera pengawas angkat ikrar depan pentas. Muka kembang-kembang. Bangga pertama kali dapat jawatan. Jawatan penting. Jawatan acah-acah penting.

Muka Kamelia boring. Ikutkan hati, rasa macam nak je tumbuk muka abang sastera angkat sumpah muka bangga ni. Nak tumbuk, takde pasal yang boleh mengakibatkan mempunyai sebab yang sah sejajar dengan Kod Etika untuk menumbuk lelaki tu.

Dia nampak mamat semalam. Kamelia macam terserempak dengan hantu. Kau tahu?

Perasaan berhadapan dengan crush sama macam berhadapan dengan hantu. Takut sebab banyak benda yang tak tahu, walaupun menarik perhatian.

Kamelia cuba menafikan perasaan sendiri. 

"Apasal aku asyik terserempak dengan dia ni, setan?"

"Fuck, bosan sial, perhimpunan!" keluh hatinya lagi. Dia memandang jam Casio petak kurniaan abahnya apabila dia lulus PMR tahun lepas.

Dia sumbat telinga dia pelan-pelan earphone dari walkman di dalam begnya. Ketika sedang duduk bersila atas tar tapak letak kereta merangkap tapak perhimpunan sekolah.

Lagu Tori Amos - Cornflake Girl berkumandang di telinga menamatkan kebosanan alam. Di tapak perhimpunan inilah, masa depan ahli politik poyo akan mula menyinar dan bersinar.

Tiba-tiba teringat meeting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kat New York semalam. Bill Clinton berucap kali terakhir di PBB sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Itu politik peringkat Olimpik. Paling top. Siapa menang, juara dunia.

Tetapi di peringkat sekolah menengah ni, ni level kedua terendah lah, lepas sekolah rendah. Tadika tak kira, masih ramai yang hisap puting susu.

Kalau dah darjah satu masih hisap puting susu, dah boleh halal terajang.

Tiba-tiba bahu Kamelia ditepuk pengawas dan cikgu disiplin wanita. Fak!

"Bak sini walkman kamu, ini sekolah, kamu tahu tak!" kata Puan Noraini sambil menghulur tangan.

"Maaf cikgu, ini saya punya, ayah saya beli. Cikgu tak berhak salahguna kuasa cikgu untuk merampas hak saya. Ini hak saya dan tolong jangan ganggu saya!"

Semua di tapak perhimpunan terdiam kejap. Cikgu Noraini malas nak cerita panjang, sebab dia pun jujur cakap bosan gak dengan perhimpunan. Tapi nak tunjuk kuasa, tapi tak kena gaya. Drama kecil itu menyebabkan semua orang terganggu.

Walkman Kamelia dirampas cikgu. Dalam hati Kamelia rasa macam nak memaki hamun. Kamelia terus pandang lelaki yang dia terserempak semalam.

"Kenapa dia boleh bawak walkman, aku tak boleh? Ke dia pandai cover?"

Kamelia mulai bengang.

Nizam pandang perempuan dia nampak semalam. Tercengang.

"Gila cool doh, budak perempuan tu marah cikgu babi ni!" getus hati Nizam.

Nizam dah pishang dan kebosanan akibat dari perhimpunan yang membosankan ini, Nizam mencetuskan radio imaginasi sendiri.

"CP FM, 118.4 FM. DJ Nizam bersama anda. Pada pagi Isnin ini, kita mainkan lagu dari kumpulan lagu-lagu paling gempak dari kami. Tetapi sebelum itu cuaca buruk nampaknya di Cheras Perdana. Kita akan mainkan lagu berjudul Guerilla Radio, dan lagu ini ditujukan kepada awek 4 Amanah yang kena marah dengan Cikgu Noraini tadi. Dengan ucapan: stay rock!"

Kerana hari cerah maka perhimpunan itu berlangsung lancar. Kalau cuaca baik ialah hari hujan, perhimpunan kensel.

Lagu Guerilla Radio dari Rage Against the Machine berkumandang di kepalanya. Terhangguk-hangguk kepala dia di depan kepala melayan lagu dalam radio imaginasinya.

Kamelia pandang Nizam dari belakang.

"Eh, takkan mamat ni senyap-senyap layan walkman macam aku gak? Tapi kedudukan dia depan Cikgu Rahim cikgu ketua disiplin tu mestilah tak cuak ke, sial?"

Kamelia perhati je Cikgu Rahim, kemudian Nizam. Tetapi Cikgu Noraini kat belakang sedang membawa rotan untuk melibas Nizam.

"Bak sini walkman kamu!" jerit Cikgu Noraini.

Muka Nizam blur. Seingat dia, dia tak bawak walkman dia hari ni sebab semalam bateri dia habis waktu malam semalam.

"Mana walkman kamu, mana walkman kamu!" Cikgu Noraini punggah beg Nizam.

Keluarlah dua tiga keping buku latihan dan buku teks berterabur, kepingan kertas soalan ujian dan entah mende-mende serta habuk beg semua keluar, tapi tak ada walkman.

Ini kerana, seperti Nizam, dia menggunakan radio imaginasi yang tidak memerlukan kuasa bateri, cuma kuasa imaginasi dari minat muzik rock alternatif yang mendalam.

Cikgu Noraini terpinga-pinga. Bahan bukti tidak ditemui. Dia meroyan atas tapak perhimpunan.

Kamelia dari belakang gelak. Dalam hati, dia getus berkata, "Ha, siapa yang malu? Bodoh punya cikgu, macam mana boleh jadi cikgu. Jadi cikgu bukan nak jadi perampas barang orang, jadi pemarah. Ini Zionis, cikgu."

--

"Hey, Teacher! Leave The Kids Alone!"

Kamelia buat bodoh je dalam kebisingan orang dalam kelas 4 Amanah. Dia sibuk menghabiskan bacaan buku "The Perks of Being Wallflower", dan duduk di pinggir kelas. Dalam kebisingan itu, dia cuba menenangkan diri. Rakan sekelasnya, Alif Zakwan sibuk lawan perang lastik kapur bersama rakan-rakannya. Tiba-tiba Alif Zakwan tersalah sasaran dan kapur itu terkena tepat ke mata Kamelia.

Perkataan empat huruf mencarut bahasa Inggeris itu terpacul dari mulut Kamelia.

"Wei, sorry, sorry, sape nama kau..sorry la weh..."

Kamelia hanya diam dan biarkan matanya sahaja berbahasa. Pandang dengan penuh panas.

"Weh, awek. Cakap la, nama kau sape? Aku nak minta maaf ni."

Lelaki tu kemudian memandang nametag kain di dada Kamelia.

"Oh, Kamelia. Aku mintak maaf. Kau bisu ke?"

Kamelia menyirap. Dah la walkman dia kena rampas.

Cikgu Ekonomi Asas, Puan Sosila pun masuk.

Hari ini Puan Sosila mengajar tentang sistem ekonomi dunia. Kamelia pasang telinga.

"Terdapat pelbagai sistem ekonomi dalam dunia. Pertama, sistem ekonomi bebas, atau laissez-faire...negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat, Great Britain, negara-negara Eropah..."

Semua tulis. Kamelia degil. Dia hanya suka pasang telinga.

"Sistem perancangan pusat, ialah negara-negara komunis seperti Rusia, Cuba, Korea Utara..."

Hello? Ni tahun 2000, cikgu. Ini bukan zaman Soviet Union. Tak updated betul.

"Sistem ekonomi Islam adalah sistem ekonomi yang berlandaskan syarak, contoh negara ini ialah seperti Arab Saudi, UAE..."

Dalam hati Kamelia mencarut: "kepala hotak kau!"

"Sistem ekonomi campuran ialah sistem di mana negara tersebut menggunakan sistem pasaran bebas dengan kawalan dari kerajaan, contohnya seperti Malaysia..."

Kamelia terus bangun.

"Ya?" Puan Sosila terkejut melihat Kamelia bangun.

Kamelia terus berjalan menuju ke arah Puan Sosila, dan cakap dengan nada perlahan, nak keluar pergi tandas.

Kamelia capai pas tandas, dan terus blah.

"Kenapa dia tu?" Puan Sosila tanya kawan-kawan sekelas.

"Entah, dia memang jenis tak bergaul dan tak bercakap dengan orang la cikgu. Kitorang tahu nama dia je. Kitorang tak tahu apa-apa pun pasal dia."

"Dia tu sombong cikgu!"

Kamelia dengar je dari hujung telinga budak sekelasnya kutuk dia. Biarlah, dia tak nak join sekali kebodohan ini.

Dia masuk ke dalam tandas, dan dengar dua budak kelas bergosip tentang budak sukan itu lah, mamat hensem tu lah. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

Selepas dia nampak dua budak tu keluar, Kamelia basuh mukanya. Kemudian menjerit sepuas-puasnya.

"BODOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOH---NYAAAAAAAAAAAAAAAAA!"

--

"Hafiz Ajak Jamming"

Nizam sedang melayan kaset yang baru dia beli dari Balakong. Album REM tahun 1996 - New Adventures in Hi-Fi. Nizam yang sememangnya kagum dengan vokal dan lirik Michael Stipe dari REM sejak Kurt Cobain mengatakan REM adalah salah satu band yang memberi pengaruh kuat kepada Nirvana. Dan juga Radiohead. Dan juga Weezer. Pendek kata semua REM adalah Godfather kepada Alternative Rock Band. Lagu REM kegemaran Nizam sudah tentulah "Radio Free Europe" dan "Man On The Moon".

Dia baring di atas katil, dan membuka lembaran lirik pada kaset dan membaca lirik-lirik yang tertulis dalam lembaran tersebut.

"Aku kena mantapkan English aku, baru boleh tulis lirik macam Michael Stipe," bisik hati Nizam.

"Nizam, mak panggil kau berkali-kali, kau tak dengar ke?" abang Khairul buka pintu biliknya.
"Kau kalau dah bukak radio, tak ingat dunia."

Nizam terus bangkit dari katil. Usha panas abangnya.

"Ada apa mak?"

"Ni kawan kau telefon."

"Siapa?"

"Kau ingat aku ni hamba tebusan kau ke? Akulah masak, akulah cuci jamban, aku lah basuh kain. Kau jawab je lah telefon tu!"

Mak Nizam kalau dah bagi sedas, memang padu beb.

Nizam terus capai gagang telefon.

"Hello?"

"Woi, Nizam. Ni kawan lama kau!"

"Siapa?"

"Hafiz!"

Terkebil-kebil Nizam memikirkan nama Hafiz.

"Oh, Hafiz! Ya! Satu kelas layan Nirvana sama-sama dulu!"

"Ya! Tapi aku sekarang layan Limp Bizkit."

"Apa la Limp Bizkit," kecewa seketika melihat taste muzik bekas rakan sekolahnya yang merudum teruk.

"Ni, kau ada kat CP hari ni?" tanya Hafiz.

"Ya, kenapa?"

"Kau tunggu kat mamak belakang Shell."

"Mana ada lagi dah. Sekarang dah pindah belakang Pasaraya Cheras Perdana."

"Mana pulak tu?"

"Ah, kau tunggu aku dekat Seng Soon. Kau kat public phone depan tu kan, Hafiz?"

"Ha'ah."

Nizam terus letak gagang telefon, kemudian capai hooded jacket dia, dan terus capai basikalnya dan kayuh menuju ke kedai depan."

Cuaca mendung dan berangin memang sejuk, tapi memang best kalau layan basikal time macam ni.

Nizam tiba di Pasaraya Seng Soon. Hafiz sedang rilek minum air Coca-Cola.

"Weh, Hafiz, apa cerita? Lama dah tak jumpa?" salam, paut jari, calit ibu jari, kemudian fist bump.

"Saja lepak sini. Weh, kau ada band? Aku nak dengar la kau punya band main camana?"

"Jom, aku rasa dorang dah ada kat Studio Underground tu."

Berjalan belakang lorong, kemudian naik tangga ke atas. Studio Underground port lepak budak-budak kaki jamming. Dam Ganjaran jaga kaunter rilek hisap dam sambil dengar lagu Surti dan Tejo.

"Studio kosong ke?" tanya Nizam.

"Ha'ah. Kau nak masuk ke?"

"Ha'ah."

"Member-member kau ada kat mamak, tengah makan roti canai la tu. Jap lagi dorang naik. Sebab tadi aku pesan dorang beli rokok batang," kata Dam Ganjaran.

"Nak setting dulu boleh?"

Beberapa minit kemudian, Ail, Rafi dan Adli masuk dalam studio.

"Weh, ni member satu sekolah rendah aku dulu, Hafiz!" kata Nizam yang sibuk tune gitar.

Mereka bertiga bersalaman.

Ail capai bass, Nizam capai gitar, Rafi terus duduk dekat dram. Adly capai gitar lagi satu.

Hafiz duduk melanguk.

"Nizam, korang main lagu Radiohead tak?"

"Lagu apa? Creep?" tanya Nizam yang sibuk tune gitar.

"Apa-apa je lah."

"Kenapa, kau nak try nyanyi dulu?"

"Boleh gak."

Boleh tahan la Hafiz nyanyi. Dia suara takdelah sedap sangat macam Thom Yorke, tapi boleh sampai la mood down loser gila babi dari lagu "Creep" tu. Tapi sampai bab menjerit "run, run, run, ruuuuuuunnnnnnn....", Hafiz tiba-tiba growl suara hardcore.

"Sejak bila Thom Yorke nyanyi hardcore ni, Hafiz?" tanya Nizam selepas selesai lagu Creep.

Baru nak start main lagu lain, Nizam perasan satu benda.

Microfon rosak.

"Gila la, langsung takde bunyi. Bapak kuat jeritan kau ni, Hafiz?"

"Mana aku tau?"

"Damn."

Nizam keluar dan minta microfon baru dekat Dam Ganjaran. Dam Ganjaran dah terpinga-pinga mana pulak ada microfon spare. Satu hal kena beritahu Jamal Tongko kena beli mic baru.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top