Episod 16

"Kapal Terbang Jepun"

Lagi seminggu sebelum pertandingan teater peringkat daerah yang akan berlangsung di Bangi. Kamelia dan Cikgu Adam sibuk berbincang tentang prop-prop serta bagaimana untuk mempercantikkan lagi persembahan. Baju tentera Jepun beli dekat pasaraya Balakong je. Baju tentera British dan askar Melayu, celoreng buat sendiri pakai water colour.

Semua ini pakai duit Cikgu Adam sendiri. Ini disebabkan pihak sekolah tidak mempunyai dana untuk membiayai projek teater sekolah ni.

"Apa je sekolah ada duit? Tu, makmal komputer sekolah tu, pergi kunci, buat apa? Beli komputer enam tujuh biji, pastu buat perhiasan je bila Najib datang."

Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pendidikan ada datang sekolah merasmikan makmal komputer minggu lalu.

"Kau ni, Kamelia. Aku tengok kau ni pendiam je dalam kelas. Tapi kalau kau bukak mulut, peh, pedas betul mulut kau ek?" kata Cikgu Adam yang tengah ambik pelaka warna biru dan merah sedang mewarna bendera British.

"Eh, cikgu. Design Union Jack cikgu ni, salah ni. Patut garis putih kat merah ni belah atas."

"Asal nampak macam bendera British, dah la. Kau kalau nak betul-betul, baik kau beli je bendera British. Memang ada jual, tapi kau faham la, aku takde bajet untuk semua ni."

Kamelia mengangguk faham. Kamelia dok buat celoreng hijau pada baju askar Melayu.

"Ni, kau ada idea untuk 'wow factor' persembahan teater ni?"

Ini yang Kamelia dari tadi fikir.

"Ah, rilek kejap la. Kang habis rehat, kau balik kelas."

"Cikgu nak hisap bob marley eh?"

"Eh kau ni, diam-diam lah. Kalau kantoi ni mampos aku kena gantung kerja," kata Cikgu Adam gelak.

"Ingat saya tak layan ke?"

"Kau jangan macam-macam."

"Serius."

"Camtu, kita cari port layan jap. Tu, kat belakang bengkel Kemahiran Hidup tu."

Kamelia kemas semua cat pelaka dan water colour yang ada. Kemudian Cikgu Adam dan Kamelia mencari port tersorok untuk mereka menghisap bob marley sesama.

"Aku tak sangka betul aku hisap ganja dalam sekolah dengan anak murid aku ni," kata Cikgu Adam, gelak.

"Barulah cikgu yang cool, macam Great Teacher Onizuka."

"Iye? Besok kena ada komik Cikgu Adam Gempak."

"Majalah Gempak la yang terbit, kot?"

"Eh, Kamelia. Nanti kau fikirkan la macam mana nak kasi persembahan tu gempak. Aku dah habis akal dah fikir ni."

Cikgu Adam hulur joint pada Kamelia.

"Cepat sikit hisap. Kau karang kumur sikit mulut tu. Bau ketara bau ganja."

Kamelia gelak. Mungkin dah stoned.

Bunyi loceng sekolah tanda waktu rehat pun dah habis. Kamelia buang puntung di tepi longkang. Jangan risau, daun je pun. Eco-friendly.

Sampai kelas, cikgu Sejarah pun mengajar kisah serangan Jepun di Pearl Harbor. Kamelia pulak terbayang-bayang filem Tora Tora Tora yang ditontonnya berkali-kali.

Tiba-tiba dia terbayangkan kapal terbang Mitsubishi Zero melayang di kepalanya.

Sekali, dua kali terbang dan bunyi kapal terbang itu jelas di imaginasinya. Dia mulai terfikir untuk menggunakan kapal terbang itu sebagai prop untuk persembahan teater. Dia rasa euforia dan rasa idea ini sungguh cantik.

"Yes! Kapal terbang Jepun!" jerit Kamelia tiba-tiba dalam kelas 4 Amanah.

Malaikat lalu.

Semua pandang Kamelia dalam keadaan pelik, sebab dalam kelas, dia jarang buka mulut.

"Kamelia, duduk. Kamu berangan apa ni?"

Alif Zakwan lalu ditepi konon-konon nak buang sampah.

"Kau stoned eh? Kikiki!"

"Kau diam."

Budak nakal biasanya cover sesama sendiri. Jadi Kamelia rilek je kalau Alif Zakwan tau. Dia pun tau je Alif tu kaki hisap ganja juga tu.

--

"Cinta Ni Benda Poyo Geli-Geleman"

Grounded hari ke 9. Setiap hari balik sekolah je, ayah Nizam telefon rumah. Takde chance langsung dia nak curi keluar. Kes dia dan kawan-kawannya baling air mop ke peminat-peminat Tomok masih lagi jadi isu.

Rajin pulak ayahnya memantau. Geram sangat la dengan perangai Nizam tu.

Jadi petang baru habis sekolah, Nizam hanya menemani maknya menonton drama Mexico berjudul La Usurpadora lakonan Gabriela Spanic. Punyalah dia khusyuk menonton drama Mexico sampai mak dia goreng cekodok pun dia buat tak tau.

Disebabkan drama ini difollow rapat oleh abang Khairul, ini adalah satu-satunya point yang paling senang untuk Nizam ajak berborak dengan abangnya.

"Eh, yang si Estefania ni nak marah-marah Paulina, dah kenapa?" tangan Nizam capai cekodok sambil khusyuk mendengar makian hamun Estefania "porque porque".

"Sebab dia ingat Paulina ni Paola, kembar dia. Paola ni kembar Paulina, tapi jahat."

Nizam dah jem. Boleh pulak orang layan drama Mexico bersiri macam ni.

Larat pulak si Gabriela Spanic ni berlakon dua watak. Dah la dua watak ni saling berlawan sesama sendiri.

"Si Carlos ni, tak sudah-sudah. Hmm."

Nizam merasakan, layan juga drama Mexico ni. Tapi stress pulak memikirkan konflik yang berlambak-lambak ni.

"Asyik berebut lelaki je perempuan Mexico ni, takde ke nak berebut benda lain?" tanya Nizam.

"Haih, kau ni banyak tanya la pulak, tengok je la TV tu."

Telefon berbunyi.

"Kacau betul. Siapa pulak yang call ni?"

Rupanya si Sarah. Cerita la dia dah break up dengan Hafiz. Emo sorang-sorang, dan ajak member nak lepak. Haih, hari tu Hafiz yang call dia mengadu hal cinta. Nak tau perbualan tu, baca novel Bau Semangat Anak Muda.

"Korang ni, ingat aku ni kaunseling cinta ke?" Nizam mula stress. Sudahlah dia dah stress pasal geram dengan Paola ni dah enjoy menjoy dengan Alessandro, lepas tu membiarkan Paulina menderita dengan semua masalah dia ni, tambah pulak masalah dua budak poyo ni.

"Kau ni, aku kena grounded la."

"Aku datang rumah kau la."

"Aku kena grounded la, Sarah. Kau nak cakap apa, cakap la kat sini."

"Aku bosan kat sini, aku nak bunuh diri."

"Weh, bodoh. Kot yer pun nak bunuh diri, biarlah berbaloi. Biarlah hensem macam David Beckham ke, macam...ah, Matt Bellamy ke. Macam Carlos Daniel ke. At least la, macam Hairie Othman ke. Ada ke nak bunuh diri sebab Hafiz. Sama je la dua ekor korang ni."

"Aku tak tau nak cakap dengan siapa sekarang."

"Member kau yang kat Hussein Onn tu?"

"Dia asyik sibuk je. Aku call dia tak angkat."

"Dia dah boring dengan kau agaknya. Dah la, kau jangan kacau aku nak tengok La Usurpadora ni. K, bai."

"Kacau je. Dah sampai mana dah? Kimak punya Paola, berenjoy sakan dengan Alessandro kat Monaco!"

--

"Creep"

Setiap hari, Wan lalu di hadapan kelas Sofia - 4 Amanah, hanya semata-mata mahu melihat gadis pujaannya. Setiap hari dia lalu, dan setiap hari juga dia pandang Sofia. Tapi Sofia tak pernah peduli dengan Wan. Entah Sofia tahu atau tidak kewujudan Wan, atau sememangnya tak peduli.

Maka sebagai pemerhati dengan mata yang tajam, Kamelia merasakan Wan ini seorang yang creepy.

"Lagi sekali dia lalu, aku memang baling pemadam ni kat kepala dia."

Nak baling benda keras kang mati pulak anak orang.

Wan jalan, dan berhenti depan kelasnya. Pura-pura pandang bawah. Saat bila dia menoleh ke arah Sofia, Kamelia baling pemadam ke kepalanya.

Wan toleh belakang. Kamelia pandang tepat ke arah mata Wan. Sejak melihat Kamelia menghalau tiga orang skinhead hari tu, dia jadi macam takut dengan Kamelia.

Wan terhegeh-hegeh pergi dari situ. 

Waktu rehat, hari Rabu. Kamelia terus menuju ke pusat sumber.

Masuk-masuk je, dia terus tumbuk meja pusat sumber.

"Lagi sekali kau buat-buat lalu macam tu, aku sumpah aku akan terajang kau depan mata Sofia. Kau faham tak?"

Wan takut dengan kata-kata Kamelia.

"Kau boleh tak jangan jadi creep?"

"Tapi..."

"Tapi apa? Kau suka dia? Macam tu caranya kau nak tarik perhatian dia?"

"Aku tak tahu..."

Kamelia tarik kerusi, dan duduk.

"Sekarang ni, kau nak mengorat perempuan..."

"Kejap, kau...kau nak ajar aku mengorat Sofia ke?"

"Diamlah, fucker! Aku tumbuk kau kang."

Wan pasang telinga. Dengar betul-betul apa yang dia kena dengar.

"Ada lima syarat untuk kau faham perempuan. Pertama...kau kena tahu dia tu orangnya macam mana."

Wan ambik pen, dan kertas.

Kamelia gelak.

"Skema gila kau ni."

"Apa?"

"Tak payah la tulis nota, bodoh. Ingat, ingat! Kau ni otak lemah fikiran ke?"

Wan terkebil-kebil.

"Kau kena tahu, dia ni perempuan jenis apa. Once kau tau ni, barulah step nombor dua, start cari apa yang patut. Birthday dia ke, dia suka makan apa ke, apa-apalah."

"Ketiga?"

"Ketiga, kau kena pandai kawal situasi. Kau kena tengok mood dia macam mana hari tu, atau kau kena faham yang kitorang ni..."

"Hah?"

"Kitaran.."

"Kitaran?"

"Apa bengap sangat kau ni? Kau tak ada adik beradik perempuan?"

Wan geleng kepala.

"Mak?"

Wan geleng kepala.

"Kau pernah tengok perempuan? Ahli keluarga kau?"

"Makcik angkat. Arwah nenek."

"Kau anak yatim piatu?"

Wan diam panjang.

"Macam ni, aku tahu semua ni susah untuk kau, tapi Sofia tu popular. Cantik pulak. Aku minta maaf awal-awal, aku tak nak kau sakit hati di kemudian hari."

"Tapi, setiap orang berhak bermimpi, kan?"

"Tu je lah kau boleh. Lebih dari tu, susah lah. Realiti."

Kamelia terus bangun dan meninggalkan pusat sumber.

"Kamelia? Nombor empat apa?"

"Bila dah ada peluang, kau terus je gamble."

"Nombor lima?"

"Ah, kau cari sendiri. Dan jangan lalu lagi depan kelas aku macam seorang creepy stalker!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top