Episod 12A
"Internet"
Lagu Stan dari Eminem berkumandang di Winamp Kamelia, album dari The Slim Shady EP. Cuaca hujan memang kena dengan lagu ni. Kamelia rasa bangga sebab lagu ni belum keluar radio lagi tapi dia dah tahu lagu ni, berbanding kawan-kawan dia kat sekolah yang masih stuck dengan lagu "The Real Slim Shady". Kelakar jugak kadang-kadang bila jadi remaja circa late-90s/early-2000s ni. Zaman ni, siapa tahu lagu lain lebih, dia knowledge power.
Kamelia sedang menaip diarinya di internet. Baginya adalah lebih selamat menulis diari di internet kerana memiliki password dan tidak ada siapa yang akan membacanya. Tetapi Kamelia berfikir suatu hari nanti, bila internet semakin maju nanti, apakah kita semua dapat tahu rahsia terdalam kita bila semua orang ada teknologi tercanggih.
Ah, diari dia bukannya maklumat rahsia kerajaan yang diburu CIA. Cuma diari seorang gadis berusia 16 tahun sahaja.
"You got (1) unread message(s)."
Kamelia klik pada pautan di e-mailnya.
"Ah, iklan lagi. Lama-lama penuh spam aku macam ni," Kamelia kecewa. Dia sebenarnya menunggu jawapan dari Ray.
Dia on MiRC. DALnet, Dayton, Ohio.
"Ala, lagging pulak. Benci la macam ni."
Dia cuba masuk, dan masih disconnected.
"Ala, internet rosak lagi ke?"
Dia cabut wayar di modem, kemudian masuk balik. Dia cuba sambungkan kembali internet.
Treeeeeeeetttt tret tret treeeetttt
Treeeeeeeetttt tret tret trettttttt
Treeeeeeeetttt treeeeeetttt
Tengah sedap-sedap tulis diari, dah putus. Kacau bilau hidup dia. Dia merasakan penulis zaman dahulu cabarannya cuma bila kertas habis, atau mungkin bila typewriter habis ink. Tapi penulis pada alaf baru sudah pastilah bila internet takde.
Memanglah ada Microsoft Words, tapi macam mana nak upload kalau tak ada internet?
Fikir Kamelia, mungkin akan datang orang upload novel dari internet je. Tapi dia fikir lagi, akan datang, bila kamus, dan segala ilmu dah ada dalam Yahoo, orang nak baca ke?
Sedangkan sekarang ni library kosong je.
Kamelia tutup modem, tutup komputer setelah mengetahui internetnya rosak lagi.
Dia pandang telefon Nokia 3210nya.
1 message received.
"w0i bitch, kau on9 x?"
Bodoh Sarah, dia memang suka-suka panggil orang macam tu kat best friend dia.
"tenet rosak."
"ray on9. Dia tanya icq kau."
"Fuuuuuucccckkkkkk youuuuuuu TMNet!" jerit hati Kamelia. Terasa macam nak nangis je. Tapi apakan daya, sambungan internet tak berjaya.
"Kalau la internet boleh disambungkan ke handphone aku ni, kan bagus. Someone genius must invent that," kata Kamelia bermonolog sendiri. Tapi lepas tu dia fikir, kalau tulisan tu takde hal lah, font Nokia. Kalau orang hantar gambar takkanlah bentuk petak-petak hitam? Bapaklah buruknya.
"Tapi masa tu mungkin ada teknologi kot, macam mana nak hantar gambar through phone. Ah, sekarang ni pun nak letak gambar sendiri pun kena scan, lepas tu nak upload ke Geocities pun like 20 minutes. Harap-harap in the future, telefon ni pun ada built in camera. Siap boleh hantar terus gambar. Tak payah nak scan bagai."
Kamelia hanya mampu membayangkan. Kalaulah dia boleh sampaikan idea ni pada Ray. Bapak dia dah la kerja syarikat teknologi kat Silicon Valley.
Kamelia menyimpan cita-cita nak jadi software engineer dan bekerja di California Bay Area macam Uncle Roslan. Dan jadi supergenius macam Ray.
Tapi dia fikir, dia mampu ke nak belajar coding tu semua. Geocities pun dia terkial-kial.
--
"In The Mood For Love"
Nizam pulang ke Cheras Perdana dengan berita yang menyayat hati. Studio Underground dah terbakar. Dia terduduk tercengang bila dia dapat tahu cerita dari Ail.
"Bila terbakar? Siapa bakar?" tanya Nizam yang pegang gagang telefon dengan tergoyang-goyang kerana hatinya luluh.
Ail kata tiga hari yang lepas. Nizam membayangkan wajah Jamal Tongko. Mesti sedih orang tua tu. Mana budak-budak macam dia nak jamming lagi lepas ni?
Lepas letak gagang, Nizam terus naik basikal menuju ke CP4, dan lebih spesifik, Restoran Nora untuk makan asam pedas. Restoran ni sebelah gudang jenama sukan tempatan, Garoos. Jersi sekolah CP dari mula bukak sekolah sampai sekarang Garoos yang taja.
Sambil menuju ke Restoran Nora tu, dia nampak Studio Underground yang dah hangus terbakar. Hatinya luluh dan kecewa. Dari tahun 1996 lagi studio jamming tu dah main peranan dalam hidup dia.
Dia nampak Azlam sedang merokok dan minum segelas teh tarik.
"Weh, apa kau buat sini, Lam?"
"Aku datang ingat nak jamming. Nak call kau, sebab kau kata kau balik dari Langkawi hari ni. Kalau kau takde pun, aku nak lepak dengan Aboo. Sekali tengok, ha, terbakar studio jamming."
Nizam tak boleh nak cakap apa. Bak kata pepatah Melayu alaf baru, "nasi dah jadi nasi goreng".
"Kau buat apa je lepas ni?" tanya Azlam.
"Takde benda lah."
"Jom, ikut aku pergi tengok Leisure Mall. Kita tengok cerita Hong Kong."
"Cerita apa?"
"Haaa, cerita ni bagus ni. Tapi kita naik bas la. Aku tak bawak helmet spare ni."
Nizam macam biasa kunci basikal dekat cybercafe. Lepas tu, Azlam dan Nizam tunggu bas dekat tempat perhentian bas depan public phone tu.
"Lam, aku nak tanya, boleh?"
"Ha, tanyalah."
"Kenapa nama kau Azlam?"
Azlam tergelak terbahak-bahak sampai tersedak-sedak. Sampai terkeluar air mata.
"Aku orang Ipoh, kau tau?"
"Ha, apa kaitan?"
"Masa aku dilahirkan, ramai orang letak nama Azlan. Sebab nama sultan negeri aku lah."
"Ooo, tapi kenapa tak Azlan? Kenapa Azlam?"
"Pendaftar tu silap tulis. Huruf n macam huruf m, hahaha!"
Terbarai Nizam gelak.
"Tapi aku suka nama Azlam tu, rare. Lain dari yang lain," tegas Azlam.
"Ye la, best kalau nama kita lain dari yang lain."
Bas Cityliner 888 tiba. Tiba di Leisure Mall, mereka terus melintas Jalan Cheras dan masuk ke Leisure Mall.
Mereka masuk ke kedai roti di sebelah supermarket Tops di tingkat bawah Leisure Mall. Ada cashier ah moi tu senyum semacam dekat Azlam.
"Lain macam je ah moi tu senyum kat kau, Lam?"
"Haha, dia belajar main gitar kat tempat aku kerja tu," kata Azlam.
Azlam kata dia minat pengarah Hong Kong ni, namanya Wong Kar Wai. Sebelum ni, katanya, ada filem berjudul Chungking Express.
Selama ni Nizam kata cerita Hong Kong yang dia tau cuma Cheng Ekin dengan Stephen Chow je.
Cerita ni mengisahkan dua orang berjiran yang mengesyaki bahawa pasangan suami dan isteri masing-masing curang dengan mereka. Lalu mereka berbincang tentang teori-teori dalam fikiran diorang tentang kecurangan pasangan masing-masing sampai mereka berdua tak sedar yang mereka jatuh cinta.
Pada akhirnya, mereka berpisah dan lelaki tu membisikkan satu rahsia di sebalik dinding Angkor Wat.
Dalam bas, Nizam berfikir panjang.
"Apasal kau senyap, Nizam?" tanya Azlam.
"Aku fikir."
"Apa yang kau fikir?"
"Kenapa cerita cinta Cina boleh buat aku fikir lama macam tu, kenapa cerita cinta Melayu tak boleh?"
Azlam ketawa. Bas berhenti di depan sekolah pekan Suntex Batu Sembilan. Nizam pandang tepi.
"Ni ke studio jamming bapak awek tu?" detik hati Nizam. Mungkin ini port studio jamming baru dia nanti.
Bas bergerak menuju ke balai polis Batu 9, dan bergerak menuju ke arah Cheras Perdana.
"Kalau kau nak cerita Melayu yang berfikir, kau kena tulis sendiri lah. Tapi, memang ada, cuma kau belum jumpa lagi. Percayalah."
Nizam pula berfikir tentang awek Cornflake Girl.
--
"Nama Dia, Nizam."
Sarah datang ke rumah Kamelia, kali ini bersama Hafiz. Kamelia agak bengang juga dengan Sarah ni bila bawa boyfriend sekali ni. Dan Hafiz pun bawak motor, dan mahu melepak dengan rumah Nizam lepas ni.
Nasib baik Hafiz ni jenis tak masuk rumah, hanya duduk kat luar je.
Kamelia serba salah. Nak biarkan Hafiz kat luar macam rasa kurang ajar, tapi nak bagi masuk, nanti apa pulak jiran kata. Bapak dia dah la kat studio jamming, tengah pasang-pasang wayar.
Baru Kamelia teringat. Rupanya Hafiz ni kawan lelaki yang dia selalu kat sekolah tu. Jantungnya berdegup kencang.
"Jom la, kita lepak sekali," kata Sarah.
"Tak boleh lah, Ara. Aku kena jaga rumah. Bapak aku kat luar."
"Macam tu, aku suruh Hafiz bawak member dia ke sini, amacam?" kata Sarah dengan ideanya yang fikir nak melepak je.
"Woi, jangan jangan jangan!" Kamelia dah la takut nak jumpa lelaki sebarang-sebarang. Sarah ni pun ingat kawasan ni macam Petaling Jaya ke? Sini dah la macam-macam jenis orang.
"Kau ingat boyfriend kau tu hamba tebusan kau ke, setan? Tak payah, tak payah! Ish, kau nak lepak, kau lepak je dengan dorang."
"Ala, Kam. Kau ni tak sporting la. Bila lagi nak lepak sama-sama? Lepak je kot."
"Kau tak faham lah, Ara!"
"Apasal?"
"Aku tak nak jumpa kawan dia la."
"Kenapa?"
"Tak nak la!"
"Si Nizam tu ada buat salah kat kau ke?"
Kamelia tergamam. Nama dia Nizam ke?
"Dia budak kelas sebelah aku la."
"Habis tu?"
"Tak nak la."
Tapi Kamelia punya blushing sampai pipinya merah kemerahan.
"Kau suka kat Nizam ya?"
"Mana ada mana ada, kau tu asal nampak lelaki je kau terus je syok, kau ingat aku macam kau ke?"
Defensif Kamelia tak boleh nak disorok.
"Apa kata, kau call abah kau, kau nak keluar."
"Abah aku tak kasi lah!"
"Bohong! Abah kau jenis cool. Dia kasi kau keluar punya."
Punyalah panjang umur. Ayah Kamelia sampai rumah.
"Haih, lupa pulak ambik toolbox abah. Eh, Sarah, apa khabar?"
"Uncle Ramlan, tengok Kam ni, dia tak nak keluar dengan Ara. Dia cakap dia tak boleh keluar."
"Siapa cakap, keluar lah."
"Siapa nak jaga rumah, bah?" Kamelia cipta alasan lagi.
"Selama ni kau keluar, abah keluar, takde pulak kau tanya soalan ni. Kunci je lah rumah, macam tak reti."
Kamelia dah tak ada alasan. Abah dah bagi green light, tapi dia yang nak red light.
"Aku nak naik apa, setan? Takkan naik motor boyfriend kau? Tumbuk kau karang!"
"Lepak kat Saree Dee la, dekat je, jalan kaki pun boleh," abahnya menyampuk lagi.
"Bah, Kam ada ujian bulanan ni minggu depan. Ni, teater lagi. Tak nak la.."
"Kam, tak elok la, kawan dah datang jauh-jauh, kau tak nak jumpa sekali."
"Betul tu, Uncle!" kata Sarah, menyampuk.
"Abah hantar la, macam tu. Saree Dee?"
Kamelia tarik muka.
"Ye la, ye lah! You're so dead meat, Ara!" geram betul Kamelia dengan Sarah ni.
"Hafiz, call Nizam. Ajak dia keluar."
"Takde kredit."
"Hampeh. Aku pun kredit expired."
Ayah Kamelia tumpangkan Kamelia dan Sarah menuju ke Saree Dee, restoran tomyam di Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.
Punyalah berdebar jantung Kamelia, kalau lelaki bernama Nizam tu ada depan mata dia.
Kat meja makan Kamelia punyalah nervous sampai dia order dua gelas air teh o ais. Sementara nak tunggu Hafiz bawak Nizam datang ke sini.
Hampir 40 minit kemudian, Hafiz datang, tapi bawak Ail.
"Nizam takde, I jumpa Ail je. Ni bandmate Nizam. Kawan I gak ni."
Punyalah lega hati Kamelia. Hati dia punyalah nervous nak meletup.
Entahlah, dia macam suka dengan budak Nizam tu, cuma dia tak kenal mamat tu. Lagipun hati dia masih terfikirkan kat mamat California tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top