Episod 11
"Hello, Dari Planet Zuhal"
"Abah, kita nak pergi mana ni?" tanya Kamelia yang dalam kereta Honda Civic dengan ayahnya, sambil cangkuk tali keledar keselamatan kereta.
"Dah pakai, seat belt?"
"Dah."
Ayahnya memandu keluar dari jalan masuk Cheras Perdana. Menuju ke Lebuhraya Cheras-Kajang.
"Kita nak pergi mana ni, bah?"
"Eh, rilek lah. Nah, minum air ni."
"Apa ni?"
"Ubat."
"Ubat sensei ke?"
Ayahnya diam saja. Dia pandu dan masuk ke simpang Ampang.
"Mana ni, bah?"
"Minum dah? Apa ni?"
"Dah sampai angkasa, beritahu."
Lagu Starman dari David Bowie berkumandang.
"Dulu, masa papa dengan mama layan cendawan, lagu ni lah," ayah Kamelia mula bersuara.
"Shit, abah! Apa ni!"
"Dah terbang belum?"
"Oh my God!"
Tiba-tiba Kamelia rasa euforia. Dia rasa dia terdengar detikan bunyi komputer, bunyi elektronik, diikuti dengan bunyi gamelan, bunyi burung, dan bermacam-macam bunyi.
Kejap lagi Kamelia nampak segala-galanya lebih terang dari biasa. Pandai ayahnya pilih lagu. Kali ini lagu Light My Fire dari The Doors. Kamelia nampak terang berderang. Sebelum dia nampak imej Mahathir dalam pelbagai bentuk.
"Abah, kenapa Kam nampak Mahathir, macam-macam warna?"
"Kau, Kamelia binti Ramlan, adalah produk Mahathir Mohamad, tahun 1984."
"Macam kereta?"
"Ya, setiap kereta ada siri nombor dan tahun keluaran. Siri nombor kau ialah kad pengenalan kau."
Kamelia nampak sejarah hidupnya semula, dan 'kapsul masa' dalam sel otaknya telah terbuka.
"Abaaaaaahhhh...Mikoooooooo!"
Miko ialah arnab belaan Kamelia semasa dia berusia 8 tahun.
"Hello, selamat datang ke Planet Saturn. Saturn dalam bahasa Melayu, apa Kam?"
"Zuhal."
"Hello dari Zuhal."
"Wow, that's a good title for a novel, bah."
"Kisah seorang alien yang tersesat dalam intergalaktik dan tersadai di ketamadunan usang bernama planet Bumi."
"Dan jatuh cinta dengan gadis Bumi."
"Meh, cliché tu, Kam."
"Habis tu?"
"Dia rindukan kekasih dia di planet Zuhal. Dan dia mahu pulang tapi tak tahu macam mana."
"Akhirnya, bila dia kecewa dia tak dapat pulang, dia jadi ikan paus."
"Kenapa ikan paus, Kam?"
"Seumur hidup abah, berapa kali abah jumpa mayat ikan paus tersadai tepi pantai?"
"Entah. Tak pernah."
"Sebab tu lah Kam nak dia jadi ikan paus yang mati kecewa sebab kerinduan pada kekasihnya di Zuhal."
Kamelia nampak arwah ibunya, kemudian dia menangis.
"Bah, Kam nampak ibu."
"Cakap salam dengan dia."
"Assalamualaikum...ibuuu!"
Kamelia tiba-tiba rasa hiba yang amat sangat, sehingga kepalanya di dashboard teresak-esak menangis.
Dia nampak senyuman ibu yang terakhir sebelum ibu melambai pergi.
"Ibu...jangan tinggalkan Kam! Kam rindu ibu!"
Kemudian dia dengar suara radio dari bermacam-macam zaman. Suara Ronald Reagan, Tony Blair, Bill Clinton, Mahathir Mohamad, Lee Kuan Yew, Deng Xiaopeng, Sudirman, Mikhail Gorbachev, Noel Gallagher, Kurt Cobain, Jamal Abdillah, Amy Mastura, Samsul Ghau-Ghau, Art Attack, sebelum dia mendengar degupan jantungnya sendiri.
Seperti gelombang radio yang terlepas di angkasa, Kamelia membiarkan fikirannya meneroka jauh dalam ruang angkasa.
"Bah, kita nak pergi mana ni?"
"Port dating abah dengan ibu. Back in 1979. Kita tengok bintang."
Mereka berdua hanya duduk di tepi bukit itu hingga matahari terbit.
Ini adalah satu pengalaman yang paling hebat dalam hidup Kamelia.
"Abah, Kam tau apa Kam nak buat untuk teater tu nanti."
"Membantu tak?"
"Sangat."
--
"Konsumer Melayu Alaf Baru"
"Abah, kenapa?" tanya abang Khairul pada ayahnya apabila dipanggil mesyuarat keluarga. Nizam keluar dari bilik, dan mak dari bilik tidur utama.
Semua berkumpul di ruang tamu. Abah ada sesuatu untuk diumumkan.
"Start minggu depan, kemas depan ni. Kita akan renovate rumah, depan ni dan dapur."
Mak Nizam terpinga-pinga.
"Untuk apa ni?"
"Rasanya dah boleh start renovate. Saya dah dapat kontrak baru dengan syarikat baru."
Ayahnya bercadang untuk beli peti ais baru, tv baru, dan perabot baru.
"Banyaknya duit, bah?"
"Bukan, ini namanya murah rezeki, Zam. Bersyukur, Allah bagi untuk kita satu keluarga. Jadi, sepanjang cuti sekolah ni, pekerja start renovate rumah, kita akan pergi bercuti ke Langkawi."
"Woooooo cantik lah abah!" kata Khairul excited.
"Bah, rumah ni nanti siapa jaga?" tanya Nizam.
"Kau. Haha! Sepanjang kita takde rumah ni, Uncle Tam akan tengokkan rumah kita. Pekerja dia yang akan pasang tingkap baru, pasang tiles baru nanti."
"Nizam nak bawak kaset-kaset, boleh?"
"Bawak lah kau."
"Komik?"
"Hah? Kau nak bercuti ke nak baca komik?"
"Nizam kalau cuti, Nizam baca komik."
Khairul pening tengok peel adiknya yang macam-macam.
"Kita nak jalan-jalan, Nizam. Kalau kau baca komik, apa point?"
"Dari KL sampai Kuala Perlis drive enam jam, takkan takde masa nak membaca kot?"
"Camtu baca la buku-buku pelajaran. Tahun depan nak SPM."
"Komik juga ilmu."
"Apa ilmu yang kau boleh dapat dengan baca komik, Zam?"
Nizam pandang sinis abang Khairul. Entah apa benda yang buat dia fikir macam ni. Sejak pergi Summer Camp Hassan Ali dulu, Nizam terus tak minat nak ikut jejak abang dia. Walhal abang dia sama-sama dengar Nirvana dengan abang-abang bujang jual burger dulu.
Nizam terus masuk dalam bilik dan bukak radio. Nizam memberontak dalam bilik seorang diri. Dia rasa bosan dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.
Dia merenung poster-poster di biliknya. Dia pandang muka Billie Joe, Emmet Butterfingers, Fred Durst, Rachael Leigh Cook, Bret Hitman Hart, dan dia melihat dirinya sendiri di cermin.
"Bosan, bosaaaaaannn!" jerit Nizam sekuat hati.
"Bila la aku boleh keluar dari bilik ni dengan bebas?"
--
"Small World, After All"
"Nizam, Nizam!" Hafiz panggil Nizam depan rumah.
Nizam sedang belek-belek majalah Kreko di tengah petang dia tak tau apa nak buat. Lagi beberapa hari lagi akan ada orang ukur rumah dan lakukan renovasi rumah. Projek ini dijangka makan dua minggu dan keluarga Nizam akan melancong ke Langkawi.
Masyuk betul ayah dia.
Mak Nizam sedang goreng cekodok ikan bilis sambil si Khairul sedang menonton Senario petang-petang.
Nizam keluar dari rumah dan buka pintu.
"Weh, Pis. Kau datang?"
"Aku nak tengok Journey to the West kat rumah kau, boleh? TV aku rosak kena sambar petir."
"Tu la kau Pis, selalu sangat tengok VCD blue. Tu yang kena sambar petir."
"Dah, abang. Cerita Son Wukong dah start."
"Son Wukong dah start ke?" mak Nizam dari dapur menyahut.
"Haah. Tepi, apa ni tengok lawak macam ni," Nizam terus capai remote. Khairul terus blah. Mak Nizam bawak cekodok dari dapur ke depan.
"Rul, Zam. Nah, cekodok. Jemput makan cekodok, Pis. Makcik nak layan Son Wukong ni."
Mak Nizam terus bersila kat depan sambil minum secawan teh. Ternyata cerita pengembaraan sahabat monyet ini menjadi kegemaran hampir semua orang pada masa ini.
Lepas Son Wukong, rancangan Famili Ceria yang diacarakan oleh Chef Wan. Tak berapa nak masuk. TV3 tayang Roda Impian bersama Halim Othman dan Abby Abadi.
Tapi lepas ni ada Who Wants To Be a Millionaire, rancangan gameshow paling rating tinggi. Jalaluddin Hassan bakal menemani anda!
Akibatnya semua orang kat rumah tu tak solat Maghrib. Mungkin jutaan lagi sama jugak.
SMS masuk dalam telefon Nokia 3210 Hafiz.
"hello, how low?"
Hafiz kerut kepala.
"Apa benda ni?"
"xkn x tau kt, lgu nirvana. Btw, im @ btho. Where u at?"
Terkejut Hafiz. Sarah dekat Bandar Tun Hussein Onn dan dia di Cheras Perdana.
"I kat cp. jom, jmp kt studio underground?"
"mne tu?"
"studio jamming. u dgn sape?"
"my fren. Tapi i naik kereta dengan abang i. Jumpa kwn. ttyl."
"pe tu?"
"talk to you later lah, ngok."
Nizam pandang Hafiz yang tersengih-sengih depan telefon.
"Sarah ke?"
"Haah. Dia kat Hussein Onn dengan kawan."
"Dia buat apa?"
"Entah. Jumpa kawan dia kot."
"Kau mesej dia, Nizam nak jumpa."
"Hah? Pehal kau nak jumpa dia?"
"Sebelum dia jadi awek kau, aku dah kenal dia, sengal!"
"ara"
"ya wat?"
"kwn i nizam nak jumpa?"
Kejap lagi Sarah terus call.
"Bagi cakap dengan Nizam jap?"
"Huh?"
"Nak cakap dengan Nizam."
Hafiz hulur telefon pada Nizam.
"Nizam!"
"Woi, aku ingat kau dah mampos bunuh diri dulu?"
"Mana ada la, ni, kau kat mana ni?"
"Rumah aku la."
"Rumah kau kat CP ke?"
"CP 2. Lorong hujung. Nombor 18."
"Jap lagi aku datang dengan kawan dengan abang aku."
"Lepak mana?"
"Lepak tomyam, ada tak kat situ?"
"Abe depan bengkel kedai Ricardo. Aku datang situ!"
"Zam, pergi mana tu?" mak Nizam tanya.
"Abe We!"
"Belikan nasi paprik satu, teh o ais bungkus. Nah, sepuluh ringgit. Beli makanan kau sekali."
Hafiz dan Nizam mula menapak menuju ke CP4. Ada tangga kecil warna merah menuju ke kedai tomyam di depan bengkel kereta Ricardo.
Nizam duduk. Bakar rokok, selamba.
"Macam mana kau kenal Sarah?"
"Sejak ada internet ni, semua orang pun jadi makin dekat."
"Ye la, kau jumpa dia macam mana?"
"Gathering channel #kawan kat Burger King KLCC."
"#kawan? Dia selalu lepak #klskaters."
"Ye la takkan satu channel je kau main? Rafi ya la main satu channel."
"Channel apa?"
"#kampung."
"Ah semaklah channel tu. Sama semak dengan #mamak."
Sarah turun dari kereta. Sarah macam biasa acah-acah mak Frances Bean.
"Nizaaaammm lama tak jumpa!" jerit Sarah.
"Macam mana boleh kau ada kawan kat sini?"
"Dulu kawan aku ni duduk PJ. Tapi lepas tu bapak dia pindah sini, baru bukak studio jamming kat Taman Suntex."
"Eh, ada eh studio jamming kat Taman Suntex?" tanya Nizam.
"Baru bukak katanya. Mana abang aku ni."
Abe We datang.
"Be, teh o beng so. Kasi kueyteow ladna satu. Bungkus, nasi paprik, teh o beng."
Hafiz makan nasi goreng Amerika. Sarah tak makan.
Kejap lagi dua orang dari kaki lima bengkel Ricardo menuju ke kedai tomyam.
"Cornflake Girl?"
Budak perempuan tu berhenti, dan cakap sesuatu dengan abang Sarah, lepas tu chow ke mana entah.
Nizam nak tanya Sarah siapa nama kawan yang lari tu yang setakat ini yang dia tahu Cornflake Girl je. Tapi tak nak nampak gelojoh. Nanti poyo pulak tanya nama member ni.
Bak kata iklan line telefon Celcom, dunia semakin mudah untuk berhubung. Lagu Sting - Desert Rose mengiringi iklan tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top