Episod 10
"Famous Cake House"
Kamelia tercari-cari donut coklat di kedai roti yang paling famous di Cheras Perdana, Famous Cake House. Kedai roti tu bersebelahan Klinik Kita dan bengkel kereta Ricardo.
Sedang dia membelek-belek mana donat yang sedap, dia melihat juga roti sosej yang penuh dengan mayonais dan cili sos.
Pengawas pusat sumber creepy masuk dalam kedai roti. Dia membelek-belek mana roti yang dia ingin.
Kamelia menjarakkan dirinya sikit sebab dia rasa mamat ni creepy. Lagipun, dia kurang selesa dengan cara mamat ni pandang Sofia.
"Hello," kata lelaki pengawas pusat sumber creepy tu.
"Hello Tolstoy fan," Kamelia mula mengambil dulang dan penyepit dan memilih donat coklat yang diingininya.
"You mind?"
"Hah?"
"Roti sandwich sardin tu, sebelah kanan awak, thanks."
Kamelia menghulurkan bungkusan roti sandwich sardin ke dulang.
"Lama tak singgah library?" tanya lelaki tu.
Kamelia rasa meremang bila dia tanya soalan itu.
"It's okay kalau tak nak cakap dengan saya pun. Saya cuma nak buat kawan je, sorry."
"Kamelia."
"Sorry?"
"Kamelia, nama aku Kamelia. Sorry, aku memang jenis tak cakap dengan orang sangat."
"Wan. Nice to know you."
Sebentar lagi, Sofia masuk dan terserempak dengan Kamelia.
"Eh, Kamelia. Dia ni ke yang bagi epal kat you tu? Hi, may I have Nescafe milkshake.."
Wan terus mellow. Kamelia pulak faham, sebab dia tau, mamat jatuh basikal tu yang pulangkan walkman dia, dan yang bagi epal tu.
Bunyi blender ais bising dalam kedai roti. Kamelia capai roti cheese.
"Nak chocolate rice lebih ya? Whipped cream sekali."
"Eh, Kamelia, ambilkan I roti butter tu, ha, tepi you tu, thank you."
Kamelia pandang Sofia dan pandang Wan yang terus pandang Sofia macam creepy gila.
"See you tomorrow, Kamelia," Sofia terus tarik pintu kedai roti dan keluar.
"Kau kalau nak mengorat perempuan, jangan pandang macam tu, boleh? Creepy, bodoh."
Kamelia terus ke cashier dan mengeluarkan not lima ringgit. Berpulang baki dua keping syiling seringgit.
"Lagi satu, baju tu, gosok!"
Kamelia terus meninggalkan Famous Cake House, lalu terserempak dengan Cikgu Adam.
"Kamelia, sini!"
Kamelia terpinga-pinga.
"Kenapa, cikgu?"
Kemain layan Cikgu Adam makan nasi campur ikan kembung bakar kuah asam dengan kuah asam pedas ikan pari dia makan. Dia punyalah ramas-ramas nasi tu dengan sambal cencaluk sampai jilat-jilat jari.
"Nak makan, order lah!"
Kamelia tunjuk donat.
"Minum?"
Kamelia tunjuk botol air mineral.
Cikgu Adam memintanya untuk menjadi pelakon, dan pembantu pengarah dalam teater, kerana pertandingan teater peringkat daerah bakal berlangsung.
Kamelia mana suka naik pentas ni. Dia stage fright kot. Tapi sebab Cikgu Adam merayu-rayu dengannya, dia terima sebab Cikgu Adam sahajalah kawannya.
Kamelia balik rumah dengan terkebil-kebil dengan apa yang harus dia lakukan. Dia termenung je depan rezeki masa ayahnya sedang mencedok nasi.
"Lauk paceri nenas tu, your favorite."
"Tau."
"Aik, kau ni dah kenapa, Kam?"
Kamelia runsing. Garu-garu kepala.
"Takde bah. Cikgu kat sekolah, mintak Kamelia masuk teater sekolah, wakil daerah."
"Ha, bagus lah. This is your time to show your talent!" ayahnya tersenyum bangga mendengar berita dari Kamelia tu.
"Kam jadi pembantu pengarah, apa benda yang Kam kena buat?"
"Haih, kau ni bukan suka belajar benda baru ke? Inilah masanya."
"Tapi abah tau kan, Kam ni macam mana. Stage fright."
Ayah Kamelia senyum. Dicapainya pinggan yang ada paceri nenas tu, kemudian diletakkan dalam pinggan anaknya.
"Makan dulu, nanti abah bincang."
Barulah Kamelia berselera nak makan.
--
"Dinajpur Rockers"
Band Aboo sedang melayan lagu Lynryd Skynyrd - Free Bird sambil Azlam dan Nizam melopong melihat betapa magiknya gorengan mat pemotong rumput ni. Disebabkan kecoolan Aboo ni masa zaman 90an dulu, ramai budak-budak grunge cuba nak tiru dressing macam Aboo.
Orang kata true grunge dressing macam pemotong rumput. Kasut kena seasoned, seluar kena koyak. Baju kena bundle. Baru true. Benda ni datang dari zine-zine budak-budak scenester yang boring tak tau nak buat apa kat rumah, dibuatnya Bible Grunge, lepas tu pergi jual kat budak kecik.
Macam skinhead gak, tali merah tanda apa, tali hitam tanda apa. Grunge pun ada. Kalau pakai Converse merah maknanya kau grunge nazi. Kalau pakai Converse hitam kau grunge anarcho.
Kepala bana dia.
Saat Aboo menggoreng gitar sampai tahap syurga nombor enam, lagu Free Bird yang belakangnya maha panjang ini buat Azlam dan Nizam saling menghanggukkan kepala macam gaya Beavis and Butthead.
"Power la Aboo!"
Kawan Aboo hulur gitar pada Azlam, suruh dia main sekali.
Azlam start goreng lagu The Smiths - Heaven Knows I'm Miserable Now, dan Aboo terus ikut main macam gaya Johnny Marr.
Selepas jamming, Azlam dan Nizam ajak Aboo dan bandnya melepak di kedai mamak.
"Nama kau, Aboo, kan?" Azlam salam tangan Aboo. Aboo senyum tanda hormat.
"Kau dari mana?"
"Bangladesh mari lah."
"Tau lah Bangladesh. Itu negara. Bandar kau, dari mana?"
Aboo lagging kejap.
"Dhaka? Chittagong?"
"Oh, bukan bukan."
"Mana?"
"Dinajpur."
"Ayah aku, dulu, pernah bawak aku pergi sana. Aku pergi Cox Bazar. Makan ikan. Fish."
"Oh, ya, situ ikan banyak sedap!" kata Aboo tunjuk tanda bagus.
"Hey, kawan, you suka makan Bangla food ka? Ini malam you free ka?" tanya bassist kepada band Aboo.
"Free lah," kata Azlam.
"Ini malam, mari rumah. Makan. Bangla food."
Azlam pandang Nizam, Nizam rasa tak selesa. Dia masih belum rasa nak cuba lagi makanan Bangladesh.
"Jom la, Nizam. Bila lagi nak rasa makanan Bangladesh?"
"Sedap ke?"
"Sedaplah! Kau try dulu. Jom!"
Nizam mengikut saja kata Azlam. Selepas minum dua gelas teh ais, Nizam pun ikut Azlam dan band Aboo pergi ke FR Shoppe membeli barangan runcit.
"Chingri, konir dom!"
Mereka sedang berbincang untuk masak apa, akhirnya mereka masak kari ikan dan telur.
Mereka pilih sayur bayam untuk dimasak.
Azlam dan Nizam hanya mengikut mereka berempat untuk ke rumah sewa mereka di rumah kedai atas cybercafe.
Aboo siang ikan, kawan-kawan basuh beras dan masak nasi, lagi sorang basuh sayur.
Lagu Californication dari Red Hot Chili Peppers berkumandang kerana carta minggu ini lagu ini nombor dua di radio, nombor satu ialah lagu Eminem, The Real Slim Shady.
Dan mengikut Nizam, selaku penggemar kari, yang dah merasa banyak kari termasuk kari di Penang, merasakan kari Bangladesh memang real deal.
Sampai tambah lauk dua round.
Lepas makan, Azlam lepak-lepak dan borak-borak dengan Aboo. Aboo ni sebenarnya belajar tinggi di Dhaka, dalam bidang IT. Tapi itulah, disebabkan tak ada kerja, dia terpaksa naik tongkang dan mengharung Laut Benggala menuju ke sini. Sampai sini, kerja potong rumput. Gaji RM450. Bolehlah hantar duit ke sanak saudara di Dinajpur.
"You, Bob Marley?" kata Aboo.
Nizam tolak, tak nak.
Azlam ambik je. Mereka borak banyak benda. Nizam yang tak hisap pun boleh kena high contact. Kejap lagi dia dah gelak-gelak.
Lama-lama Nizam tercapai dan terhisap. Kejap lagi dia pun dah cautud.
"Ini mana mari?" tanya Azlam.
"Dinajpur mari lah."
"Boleh tanam ka?"
"Bangla, bob marley, legal!"
"Betul ke, Aboo?"
"Betul la tarak tipu."
"Tak payahlah pergi jauh-jauh sampai Amsterdam, pergi Bangladesh cukup lah!" Azlam gelak ketawa sambil menghulurkan joint pada kawan sebelah.
--
"Hakuna Matata"
"Smack dowwwwnnnn, smack dowwwwnnnn!" Ail dah melompat dari kerusi plastik saat dia berjaya membuat The People's Elbow pada Undertaker yang diguna oleh Rafi.
Dengan satu hentakan siku sahaja, Undertaker terus KO.
"Kau kalah Rafi, kau payung lagi sejam!"
"Pantat la, pantat!" Rafi ketuk-ketuk joystick PlayStation di pehanya.
"Aku pakai Stone Cold lepas ni, mampos kau Ail!"
"Nak main Hell in the Cell tak?"
"Tak, main No Holds Barred!"
Lawan punya lawan, kalah lagi. Rafi fed up. Rafi ajak tukar game. Lawan FIFA atau F1.
"Kita lawan F1 dulu, amacam?" Ail bagi cadangan.
"Tak pun Gran Turismo?" Rafi bagi cadangan.
"Itu kau kena modify kereta semua. Tu baik main kat rumah Adli. Dia ada game tu kat rumah dia. Kena ada memory card. Lawan F1 la, aku pakai Michael Schumacher," Ail mula membelek-belek katalog CD game yang ada.
"Ah, aku pakai Mika Hakkinen, cirit kau nanti aku kerjakan."
"Kita tengok..."
Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik dan berbangga dengan pencapaian negara di persada antarabangsa, Ail dan Rafi terus sahaja bersetuju untuk menggunakan litar Sepang sebagai gelanggang perlumbaan.
Pada lap pertama sahaja, Mika Hakkinen dan memotong Michael Schumacher sebab Ail merapu di corner pertama yang sukar itu.
Rafi memecut laju meninggalkan Ail 1.516 saat di belakang.
"Makan asap la kau, Ail!"
"Cibai!"
Ail terlanggar tayar belakang Rafi, lalu tayar keretanya gelong.
"Woi, main jahat Schumacher!" Rafi dah start stress tayar belakang dah senget, menyebabkan dia terpaksa masuk pitstop.
"Bodoh Ail main jahat, baik kau masuk pitstop," Rafi dah bengang kawannya main tipu.
"Ye la aku isi minyak jap, aku tunggu kau gerak," Ail bertegas dia memang tak sengaja langgar tayar belakang Rafi.
Oleh sebab tukar tayar belakang agak lambat, Ail tunggu di tepi pitstop untuk Rafi jalan.
Mereka kembali berlumba sebaik saja keluar dari pitstop, kali ini Ail mendahului dengan 0.738 saat. Rafi terus mencucuk Ail ketika di chicane, sebelum memecut dan memberi tekanan pada kereta Michael Schumacher, sebelum memotong Ail pada hairpin lap Bunga Raya dan memecut hingga garis penamat.
"Last lap, Ail!" Rafi meninggalkan Ail seperti lipas kudung.
"Sial, aku kalau game race je mesti kalah dengan kau," Ail mula tertekan kerana Rafi sudah meninggalkan dirinya begitu jauh.
Perlumbaan dimenangi oleh Rafi dengan begitu bergaya sekali.
"Tukar track la. Kita main Monaco. Ada terowong! Tengah bandar pulak," kata Ail yang nak test track lain.
"Lawan kat Suzuka Jepun la, situ pun ada terowong. Monte Carlo susah la, jalan dia sempit, kang kau langgar tayar aku lagi."
Pilih punya pilih akhirnya mereka bersetuju pakai trek racing Monza di Itali. Jalan pun lebar, jalan straight pun panjang.
Ail guna kereta adik Michael, iaitu Ralf Schumacher yang memandu Williams, sementara Rafi pula menggunakan kereta Benetton, Giancarlo Fisichella.
Ternyata Ail memang diayamkan kalau bab racing dengan Rafi. Ail kena tinggal sampai 5 saat jauhnya. Kalau kau kena tinggal 5 saat tu kau memang lauk bab lumba racing ni.
"Lawan game bola la gini!" Ail mahu mencari kemenangan mutlak. Game wrestling dia menang, game F1, dia kalah.
Mereka pilih FIFA 99 sebab ada pasukan bola Malaysia. Ada Selangor, ada Terengganu, ada Pahang. Tapi tu la, nama semua merapu.
Carlos Tanaka, Michael Hernando. Asal boleh je lah nama pemain bola ni dia letak nama.
Tapi sekarang ni kan musim Euro 2000, mestilah nak lawan negara-negara. Ail guna Netherlands sebab dia minat Dennis Bergkamp. Lagi satu, Belanda tuan rumah dengan Belgium tapi satu pemain Belgium pun dia tak kenal.
Rafi dia mat scudetto. Dia layan Juventus sebab minat Alessandro Del Piero.
Perlawanan antara Itali dan Netherlands berlangsung menentukan siapa menang lawan game hari ini. Permainan total football yang cuba disampaikan oleh Ail dan falsafah cattenacio yang cuba dipertahankan oleh Rafi.
Melalui sepakan sudut, Ail memperoleh gol pertama hasil dari tandukan Edgar Davids.
"Gooooollll Oranjessss!" kata Ail dengan menyebut Oranje dalam nada Melayu.
Tension pulak Rafi dengan Francesco Toldo ni. Boleh pulak dia lepas gol gitu.
Melalui sepakan percuma Nesta, Rafi menghantar bola ke Totti, Totti menyepak dan gol!
"Italiaaaaaaaaaaaa!" jerit Rafi menggegarkan pusat game Cheras Perdana.
"Takyah la jerit camtu, pantat!"
Perlawanan berakhir dengan seri. Dan penalti. Dan baru je nak pilih player, dah habis masa.
"Nak sambung?" tanya Ail.
"Malas lah."
"Penalti ni?"
"Lain kali kita sambung perhitungan kita. Sekarang dah nak maghrib, nanti mak aku marah."
Mereka berdua pulang berdua dengan berlumba basikal siapa sampai CP3 dulu dia menang.
Macam biasa, bab berlumba, Rafi akan menang lawan Ail.
"Makan cirit la, Ail!"
"Kimak la Rafi!"
"Hahaha jumpa kat sekolah besok!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top