Bab 1
AKU pandang Mariah, si terpaling gedik di dalam restoran ini. Tapi, anehnya perempuan itu diam seribu bahasa padahal kelmarin perangai dia sangat menjengkelkan. Dia gemar mengutuk aku, ada aje kerja aku dipertikai. Sampai sanggup pedajal aku, tapi hari ini dia berubah drastik.
Duduk dan sembunyi wajah. Jari sedang menguis-nguis kuku berkilat berwarna merahnya bercorak buah ceri. Datang rasa ingin tahu membuak-buak bilamana orang yang tak reti duduk diam menjadi senyap menyepi begini. Pasti ada sesuatu yang berlaku.
Aku bangkit dan duduk berdekatan dengannya. Bila dekat, aku perhati makin tertunduk kepala Mariah. Seperti mahu menyembah ke bumi. Aik, makin tak sabar aku nak tahu benda apa yang sedang menghambat tempurung kepalanya.
"Cik Mar... Cik Mar okey tak?" soalku tanpa berlengah. Tiada respon, Mariah diam tanpa kata. Aku nak cuit bahu dia tapi takut dia mengamuk. Dia kan jijik dan anti dengan aku. Karang tersentuh, jadi gorila dia kat sini.
"Cik Mar..." Jeda begitu saja kerana Mariah bangkit tanpa pandang wajahku. Namun, mataku tertancap pada belakang lengan Mariah yang kelihatan kebiruan. Ada orang dera dia ke?
"Mulan..."
Tersentak, gelabah aku kerana diseru oleh seseorang. Mata tak berkelip memandang Chef Xu Kai. Lelaki berbadan tegap, dan mempunyai karakter seperti Chameleons. Seakan ada dua personaliti. Kadang garang nak mampus dan kadang mesra alam. Pelik tapi benar.
"Ya, Chef Kai..."
"Dah makan?" Chef Xu Kai duduk depan aku. Matanya yang sepet namun memukau itu sedikit mendebarkan sukmaku. Sebenarnya aku ada menyimpan sedikit perasaan terhadap Chef berdarah cina ni. Putih melepak kalah aku. Dah namanya cina, kan? Tapi pelat cinanya tak langsung kedengaran. Agaknya dah terbiasa guna Bahasa Melayu kut. Itu jadi fasih.
"Belum chef. Kenapa?"
"Dah malam ni, kenapa tak balik lagi?" Soalan lain pula dihumban padaku.
Aku kerling jam di tangan. Tepat pukul sembilan malam. Sepatutnya aku dah balik pukul lapan malam. Tapi disebabkan aku letih, nak berehat sekejap. Hari minggu seperti ini ramai orang datang menjamu selera. Tak cukup tangan melayan, walaupun aku sekadar pelayan di sini.
"Saya balik dulu lah. Minta izin ya, Chef Kai..." Bergegas aku bangun. Chef Xu Kai pun dah pandang aku macam aku ni lauk untuk dimakan. Lebih baik aku balik. Seram sejuk juga kalau dah bercakap berduaan dengan Chef Xu Kai ni.
"Tunggu... Aku nak masuk dalam kejap. Kau tunggu sini." Lekas Chef Xu Kai bangun, aku yang terpinga-pinga dibiarkan begitu saja. Adoi, kenapa pulak aku kena tunggu? Karang kalau lambat, takutlah aku nak balik rumah dalam keadaan gelap gelita. Bahaya untuk perempuan sepertiku.
"Tapi, Chef..." Aku mengeluh hampa. Takkanlah hari ni pun kena tidur sini secara senyap-senyap? Gara-gara terlupa waktu sudah melewati pukul 11 malam. Tak mahulah, sudahlah peristiwa tempoh hari masih melekat di ruang ingatan. Kus semangat! Menyeramkan.
Sambil pandang pintu, aku pandang depan. Tercari-cari di mana chef kacak lagikan garang itu. Kata suruh tunggu, ni hampir lima minit masih tak nampak bayang. Dia melabur di tandas ke?
Bosan menunggu, aku bangun nak beredar. Langkah kuhayun panjang, tika itu rasa berat juga hati. Takut esok Chef Xu Kai mengamuk sebab aku ingkar arahan dia. Kalau aku kena buang kerja macam mana? Ish, tak mungkinlah hal remeh macam ni pun sampai nak kena buang kerja. Chef Xu Kai bukannya perangai tak semenggah. Memang dia seorang yang tegas dan namun masih pandai mengawal emosi. Bukan seperti segelintir chef, pantang ada kesalahan menengking sampai jiran berbatu pun dengar.
"Hei, Mulan!"
Terpaku langkahku, namun tak pula aku palingkan tubuh hadap ke belakang.
"Pekak ke? Tadi aku suruh kau tunggu..." Suara garau Chef Kai bergema lagi. Aku gosok bahuku yang terasa meremang tiba-tiba. Bukan apa, suara garau Chef Xu Kai itu hampir nak meluruhkan jantungku.
Lenganku terasa dipaut kejap oleh sepasang tangan seseorang. Dan, aku dibawa berjalan tanpa hala tuju. Aku terpinga-pinga mengikuti langkah Chef Xu Kai. Seumur hidup, tak pernah pun Chef Xu Kai buat perangai angkut aku seperti ini. Sudah semestinya, aku bukanlah rapat dengan Chef Xu Kai. Jarang sekali hendak berborak.
Cuma... gara-gara peristiwa itu, Chef Xu Kai seperti memerhatikan setiap gerak geriku. Mungkin hanya perasaanku, tapi kadang kala aku tertangkap dia mencuri pandang aku. Pelik, kan?
"Chef Kai nak bawak saya pergi mana?" soalku bila kaki mula letih nak berjalan. Kenapa berduaan berjalan bersama Chef Xu Kai buatkan aku kurang selesa. Tidak senyaman seperti bersama Chef Xuan. Di sini, ada dua chef Cina, kedua-duanya telah masuk islam. Makanan di sini juga halal.
Kedua-duanya kacak. Cuma Chef Xuan lebih mesra berbanding Chef Xu Kai. Entahlah, ada staf Restoran Delight kata Chef Xu Kai ni memang sedingin ais. Lagi-lagi bila pertama kali bertugas, semua dilayan dindin. Entah bagaimana komunikasi, guna bahasa isyarat kut? Tak pun berinteraksi melalui buku 555.
"Dinner." Pendek jawapan dia.
"Tapi, saya nak balik dah..."
"Dinner dengan aku," potong Chef Xu Kai tanpa basa basi.
Gulp! Kenapa garang sangat? Habis tu aku nak balik lewat malam ke? Dalam keadaan gelap begini? Lagipun, kalau dah dinamakan dinner. Memang lewatlah aku balik. Nak menunggu order lagi, nak makan lagi. Takkan lah main telan je makanan tu? Haish, stress betul.
"Saya tak nak balik lambat..." Kerana geram, aku terlepas cakap.
"Aku hantar kau balik lepas dinner."
"Eh, tak payahlah. Susah-susah je. Lagipun..." Tak sedap pula bila balik dihantar depan rumah. Segan pun masih tersisa, bukannya aku kenal rapat pun dengan Chef Xu Kai ni.
"Aku bukan cakap Bahasa Cina, Mulan. Faham kan? Aku cakap aku hantar, maknanya memang aku akan hantar! Jangan nak banyak cakap sangat."
"Tapi, chef. Saya tak rapat dengan Chef Kai pun sampai kena dinner sama-sama."
Langkah kami terhenti tengah jalan. Dia berdiri depan aku, sambil pandang tepat ke dalam mataku. Pandangan yang sukar hendak ditafsirkan. Macam marah, tapi tak berapa sangat. Aneh belaka.
"We will, Mulan. Shut up, or else I will do something that you don't even like."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top