Part 3 JODOH
Bab 1 sebenarnya, kira masa dia orang dah sama2 dewasa. Min 24, Chan 30.
Eh Chan lahir 1989 ek? 😛
Part 3.
“KENAPA Min yang kena kahwin? Kak Aidin kan ada.” Aku membulatkan mata apabila mama membuka cerita tentang lamaran Mak Ngah Tia dan Pak Ngah Iz untuk keluarga kami.
“Kak Asyikin dah nak kahwin, Kak Aidin dah ada kekasih.”
“Min dah ada kekasih juga.” Aku bertegas.
“Min tipu, mama. Min tu single lagi. Baru kelmarin dia update status pasal ‘best nya hidup single, tak pening kepala.” Kak Aidin menyampuk tiba-tiba.
Aku mengetuk hujung dahi sambil memejamkan mata. Yang aku update status kat facebook pasal ni kenapa?
“Betul Min?”
Aku diam tidak menjawab.
“Ni, opah sendiri yang dah campur tangan minta mama terima aje lamaran mak ngah untuk Min sebab rata-rata cucu perempuan dia dah laku. Tinggal Min je ni harapan opah,” sambung mama.
“Min tak sedia lagi nak jadi isteri orang. Mana boleh nak jadi isteri orang kalau tak sedia.” Aku menabur alasan.
“Dah tu nak reject mak ngah ke ni?” soal mama.
“Reject je la.”
“Alasannya? Min tak sedia?” Mama menekan suara.
Aku dah mati kutu apabila mama mula beremosi gara-gara hal ni aje. “Ha’ah, cakap Min tak sedia lagi.”
“Min dah umur 24, dah habis belajar, dah ada kerja, single pula tu, apa salahnya...”
“Mama, orang lain tak apa, janji jangan anak lelaki mak ngah.” Aku menyampuk.
Kak Aidin ketawa tiba-tiba. “Din tahu, mama! Ni pasal Min malu la tu sebab dulu Rayfan pernah tengok dia mandi bogel!”
Aku membulatkan mata. Tanganku laju mengetuk hujung bahu Kak Aidin. Benda macam tu pun dia masih ingat lagi?
Mama tersenyum kecil. “Ha, alang-alang dia dah tengok, kahwin terus je apa salahnya.”
Aku menjegilkan mata. “Mama dah tanya ke anak mak ngah, dia setuju ke tak. Entah-entah dia dah ada girlfriend. Dah belajar jauh-jauh bertahun tu, tak kan la tak ada bawa girlfriend kut?”
“Mak nga cakap, Rayfan tu gila kerja. Dia tak peduli sangat pasal kahwin. Bila mak ngah tanya pasal kahwin, dia kata serah je kat mak ngah untuk carikan dia isteri. Tu yang mak ngah tanya ada tak yang masih single lagi. Opah pun cakap elok kahwinkan Rayfan dengan mana-mana cucu dia yang ada supaya ikatan kekeluargaan lebih terjamin.”
“Lah, selama ni tak terjamin ke?” Aku menggaru kepala.
“Bukan tak terjamin. Tapikan Rayfan tu anak angkat je. Kalau angkat dari kecil tak apa. Ni dah besar panjang.”
“Yang ambil dia jadi anak angkat tu kenapa?” Aku masih lagi membidas.
Mungkin sebab mama geram kerana aku asyik menjawab, dia memukul pahaku kuat.
“Adoi ma, sakitlah...” Aku menyeringai kecil.
“Benda begini Min bawa main. Opah dan mak ngah serius tau.”
“Tapi Min tak setuju.”
“Adik anti sangat dengan Abang Rayfan sebab dia masih berdendam lagi, ma. Try suruh Abang Rayfan minta maaf pada Min, esok juga Min setuju kahwin dengan Abang Rayfan. Sikit punya handsome Abang Rayfan tu. Badan sado, muka kacak meletup-letup. Chinese looks lagi. Aku kalau tak ada boyfriend...”
“Aidin!” Suara mak memetir.
Aku tunjuk ibu jari pada Kak Aidin.
.
“ADIK! Mak Ngah Tia datang, dia bawa Abang Rayfan. Nak bermalam rumah kita seminggu katanya.”
“What the...” Aku bangun dari katil mendengar kata-kata Kak Aidin.
Ni yang buat panas punggung ni. Laju aje aku capai tudung dan sarung di kepala. Kak Aidin ikut serta berlari anak di belakangku sambil sesekali menepuk lenganku.
“Eh, sabarlah kalau ya pun rindu.”
“Kak Aidin, jangan nak mengarut kalau tak nak makan penumbuk.” Aku bercakap sambil menuruni satu persatu anak tangga.
“Ha, adik...” Mama terpinga-pinga melihat aku laju menapak ke ruang tamu.
Wajah Chan kupandang sekilas. Dia dengan muka batunya sambil membelek telefon pintar, Mak Ngah Tia pula memandang wajahku berhati-hati.
“Ha, Min... lama mak ngah tak tengok Min, dah besar ya.” Mak Ngah Tia menegur. Apa pula lama tak tengok. Tahun lepas masa raya berkumpul aje kami, masa tu aku masih kecil ke?
Aku menuju ke arah Mak Ngah Tia dan menyalaminya.
Mak Ngah Tia siap memeluk tubuhku dan mencium kedua-dua belah pipi. Ni sejak bila pula affection terlampau tinggi? Selalu tak pernah cium pipi pun.
“Kenapa Mak Ngah Tia datang?” Aku menyoal tanpa memandang kiri dan kanan.
Mak Ngah Tia terkulat-kulat mendengar soalanku.
“Ha... Ni... Ha... Err... Mak... Eh Silap. Ni, Rayfan ada conference kat sini lima hari. Jadi mak ngah ni mengikut aje, dah alang-alangkan dekat dengan rumah usu, mak ngah nak ikut sebab lama sangat tak jumpa usu, Usu Fadhil, Aidin dan Min.”
“Jadi mak ngah tidur kat sini lah ya?”
“Min... Ada ke patut tanya mak ngah macam tu. Memanglah tidur sini, kan mak ngah datang semata-mata sebab nak jumpa kita. Alang-alang dah Rayfan ada conference, mak ngah ikut la sekali menjenguk kita. Kalau tak tidur sini, kena bayar duit hotel pula. Rumah kita ni bukan tak ada bilik tamu. Bilik Asyikin tu pun kosong tak ada orang tinggal sejak dia balik kerja kat Penang.” Mak menegurku.
Aku mengangguk kepala dua kali.
“Kenapa, Min tak suka ke mak ngah datang?” Mak Ngah Tia tunjuk muka sedih.
Aku tersengih lebar. “Eh, tak lah! Min suka. Teruja sangat! Best nya mak ngah datang!” Aku cepat-cepat menidakkan tanggapan Mak Ngah Tia walaupun aku sedar atas dasar apa modus operandinya untuk datang ke rumah kami.
“Nak rehat kejap boleh tak? Sebab Fan nak ready untuk conference esok.” Chan membuka suara.
Aku menoleh ke arah lelaki itu. Senyum tak, apa pun tak. sHui, tengok muka dia aje berapi terus hati aku ni.
“Boleh je, masuk kat bilik tamu. Min, apa lagi, tunjuk la bilik tamu kat Abang Rayfan tu.”
Aku terus bangun dari duduk apabila mama menyuruhku. Ni peluang keemas-emasan ni.
“Jom, Min tunjuk.” Aku berjalan mendahuluinya.
“Wow, laju progress. Tahniah mak ngah dapat menantu tak lama lagi.” Celupar gila mulut Kak Aidin. Suara dia satu rumah boleh dengar tau tak?
Aku menoleh dengan renungan tajam. Jaga kau Kak Aidin!
Makin laju aku menaiki anak tangga menuju ke atas gara-gara dilanda geram.
.
Preorder telah dibuka
Ws : http://www.wasap.my/+60198817140/kombosuga
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top