∩(︶▽︶)∩
"Huuuuh... "
Halilintar menghabiskan minuman mineralnya dengan sekali teguk memandangkan botol itu sudah hampir habis. Dan sebaik sahaja ia habis, Halilintar terus melemparkan botol tersebut ke dalam tong kitar semula dan ia tepat masuk ke dalamnya dengan mudah. Halilintar tersenyum kecil kerana berjaya memasukkan botol tersebut dengan tepat.
Kaki mula melangkah menuju ke sekitar luar dewan arena kerana memandangkan segala pertandingan yang didaftarkan oleh Halilintar sudah tamat jadi sekarang dia ada waktu yang terluang sebelum peserta dan pengurus sekolahnya akan bersiap pulang.
Halilintar melihat jam tangannya. Jam 5 petang. Walaupun sudah lewat tapi bahang panas matahari masih dirasai. Ditambah pula Halilintar masih memakai pakaian uniform taekwondonya walaupun hanya seluar dan dia hanya memakai baju t-shirt biasa sahaja.
Dengan sambil lewa Halilintar berjalan tanpa hala tuju. Dia menikmati suasana kompleks sukan yang ada di bandar negerinya. Cukup luas untuk memenuhi segala permainan yang boleh dimainkan. Arena tempat Halilintar bertanding tadi adalah arena yang turut dikongsi dengan pertandingan karate dan judo. Manakala di sebelah bangunan arena seni mempertahankan diri pula adalah dewan pertandingan badminton dan ping pong. Di sebelahnya pula adalah tempat pertandingan tenis dan tidak jauh dari situ pula lapangan padang yang sesuai dengan pelbagai jenis acara sukan dan permainan seperti larian 100 meter, 4 x 100 meter dan banyak lagi. Memang seperti namanya yang dipanggil Kompleks Sukan Pulau Rintis. Segala jenis sukan dan permainan boleh dimainkan di sini.
THUD!
PANG!
Terhenti langkah Halilintar apabila dia terdengar bunyi pukulan kuat pada punching bag. Dia cuba memfokuskan pendengarannya sekali lagi dan dia dapat menjejaki bunyi asal suara itu.
"Lagi! Kuat lagi!! Apahal kamu lemah sangat, hah?! "
Halilintar mengintai di sebalik dinding yang terdapat di situ dan melihat siapa yang ada di sebaliknya.
Dan memang tidak disangka, Halilintar menemui pihak lawannya yang dilawannya tadi. Gempa.
Kelihatan lelaki itu cukup hebat sekali menumbuk dan menendang punching bag yang tergantung di siling. Memang biasa kalau kompleks sukan menyediakan kelengkapan sukan untuk digunakan dalam latihan. Namun, apa yang tidak disangkakannya ialah dia dapat bertemu semula dengan lawannya yang masih dia ingat dia cukup kuat. Sangat.
"KENAPA KAMU LEMAH SANGAT, HAH?! DAH PUAS KALAH?! AKU NAK KAU TENDANG LAGI! KUAT LAGI! JANGAN FOKUS PADA TUMBUKAN SAHAJA! TENDANG! TENDANG!"
"Urgh- B-baik sir! "
Melalui pemerhatian Halilintar, dia dapat jangkakan bahawa lelaki separuh usia yang berada di belakang Gempa adalah jurulatihnya. Dan beberapa orang pelajar yang lengkap dengan uniform taekwondo mungkin datang dari sekolah yang sama. Tetapi mereka sama sekali tidak mempedulikan keadaan Gempa. Mereka malah memandang dan tersenyum seperti sedang mempersendakannya.
BANG!!
"Argh-!!!"
"Ckh! Sudah! Aku nak kau rehat 20 minit! Yang lain, cepat bersiap untuk latihan buat seketika sebelum kita bertolak balik! Cepat!"
"Baik, sir! "
Para peserta yang duduk tadi mula berdiri dan membuat barisan di hadapan jurulatih tersebut. Manakala Gempa pula segera mendapatkan beg miliknya dan keluar dari tempat latihan tersebut.
Gempa terus membelok ke kiri dan berjalan tanpa henti menuju ke taman mini yang ada tidak jauh dari kawasan tempat latihan tersebut. Halilintar pula tanpa berfikir panjang terus berlari mengekori Gempa dari belakang. Dia tidak terfikir pun untuk mengikuti Gempa tetapi gerak hatinya memaksanya untuk ikuti lelaki itu.
Setibanya di taman, Gempa menghempaskan begnya lalu membaringkan diri di atas rumput yang menghijau. Gempa memejamkan matanya dengan kuat seolah-olah cuba memaksa dirinya untuk bertenang. Hembusan nafas ditarik dan dihembus dengan kasar. Jantungnya berdegup dengan begitu kencang sekali kerana latihan yang kuat tadi.
Sebaik sahaja merasakan dirinya semakin tenang, secara perlahan Gempa membuka kembali kelopak matanya. Dia memandang langit yang hampir berubah menjadi jingga kerana petang yang semakin muncul.
Awan bergerak dengan tenang sekali di langit itu. Dan Gempa juga ternampak sekumpulan burung yang berterbangan di udara dengan membentuk V besar di dalam kelompok mereka. Mungkin untuk pulang ke rumah masing-masing kerana hari sudah mulai gelap. Selain itu, Gempa juga ternampak jet angkasa yang mungkin sudah lama berlepas dan meninggalkan kepulan asap putih dari enjinnya. Entah apa misi mereka di angkasa tetapi Gempa tidak mahu terlalu memikirkannya.
Suasana taman yang hanya dihuni oleh Gempa seorang sedikit sebanyak menenangkan dirinya. Ditambah pula pokok-pokok bunga yang berbagai jenis ditanam dan berkembang mekar di sana. Dan rumput hijau yang selesai dibuat baring. Ah, tenangnya.
Gempa tersenyum sendiri apabila ketenangan mula menyapa. Dia memejamkan matanya dan mula bersenangdung lagu dengan suara kecil.
"I want to dream more
Though
It's time to leave
Yeah it's my truth
It's my truth
It's all scary
But it's my fate
It's my fate
I still want to struggle."
Gempa menarik nafasnya dan mula memfokuskan untuk terus menyanyikan lagu yang sering menjadi pilihan kegemarannya. Awake - Kim SeokJin (BTS).
"Maybe I, I can never fly
Like those petals over there
It's not like I'm breaking up
Maybe I, I can't touch the sky
I still want to reach out
I want to run a little more."
Satu helaan nafas dihembuskan oleh Gempa. Walaupun dia tidak ingat akan lagi itu dalam bahasa Korea, tetapi makna liriknya sering bermain di dalam ingatannya. Makna yang sangat tepat untuknya.
Dengan perlahan, Gempa mencelik kembali. Pandangannya dari kabur secara perlahan semakin pulih. Dan, barulah dia tersedar, terdapat sepasang iris crimson sedang memandangnya dari atas.
"Sedap suara. "
Wajah Gempa terus kemerahan apabila dipuji dan dia dengan serta-merta bangkit dari pembaringannya dan menoleh ke arah Halilintar. Dia ingat muka Halilintar. Siapa tak ingat muka pihak lawan? Tambahan pula iris crimson Halilintar itu sangat jarang atau lebih senang cakap sukar ditemui di mana-mana.
"Ah, k-kau ni... Ha-Halilintar, kan? Yang aku lawan tadi, kan? "
Halilintar mengangguk dengan bersahaja. Dia masih tidak mengalihkan perhatiannya dari memandang wajah Gempa.
"Baru aku perasan. Iris kau warna emas, ya?"
Halilintar berjalan mendekati Gempa untuk melihat dengan lebih jelas akan iris yang dimiliki Gempa. Bagai terpaku dengan soalan Halilintar, Gempa menganggukkan wajahnya dan kekal berdiri di tempatnya. Membiarkan Halilintar semakin mendekatinya.
Kini, kedudukan mereka hanya beberapa sentimeter dari jarak kaki. Mereka saling bertentang mata dan jujur sahaja Gempa mengaku bahawa Halilintar memang mempunyai wajah yang mencapai tahap 'ada rupa'.
"Kau tingkatan berapa? "
Halilintar mula membuka soalan. Tidak ingin keadaan mereka canggung antara satu sama lain.
"Eerr... 4. Kau pula? "
"Sama. By the way, kau sekolah mana? "
"Sekolah biasa-biasa saja. Dekat bandar ni juga. "
"Sekolah elit? "
Gempa menggeleng.
"Kau? "
"Hmm... Tak tahu juga nak kata sekolah tu elit ke tak. Sebab orang kata sekolah tu elit, tapi aku tak nampak bangunan tu elit. Sama je macam sekolah lain. Mungkin yang cakap sekolah tu elit orang buta kot. "
Terhambur ketawa Gempa apabila mendengar jenaka hambar Halilintar. Dia memegang perutnya demi menahan rasa senak kerana ketawa. Manakala Halilintar hanya memandang sahaja wajah ketawa Gempa. Timbul perasaan bahagia apabila dia berjaya membuatkan lelaki itu ketawa dan tersenyum.
"Rupanya kau ada senyuman yang manis, ya? "
Gempa terhenti dari ketawa dan mula mengetap bibirnya. Wajahnya terus kemerahan sehingga ke telinga. Halilintar yang melihat perubahan wajah Gempa terus tertawa kecil.
"Mudahnya kau malu, ya? "
"Eh?! T-taklah! Mana ada!! I-ia sebab... P-panas je... "
"Panas apanya? Aku rasa dah petang ni. Tak lah panas sangat, kan? "
Gempa menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Malunya kerana tertangkap oleh orang yang tidak dikenali. Ok ralat, baru sahaja kenal.
"Ah, itu pun dia! Gempa! Cepat siap! Kita dah nak bertolak balik dah ni! "
"Ah! B-baik! Nanti aku pergi! Korang dan sir pergi ke bas dulu! "
"Ok! "
Sebaik sahaja salah seorang rakan sekolah Gempa hilang dari pandangan, Halilintar kembali menoleh ke arah Gempa.
"Jadi... Tahun depan kau masuk lagi tak? "
"Mm? Masuk pertandingan ke? "
Halilintar menganggukkan kepalanya. Gempa terdiam seketika sambil memikirkannya.
"Mmm... Tengok keadaan lah. Lagipun tahun depan kan nak SPM? Baiklah... Aku kena balik dah ni. Tahniah sekali lagi ya sebab menang. Kalau panjang umur kita berjumpa dan berlawan lagi di tahun depan, ya? "
"Ah.. Y-ya... "
Gempa menepuk bahu Halilintar dengan lembut lalu segera beredar selepas mendapatkan begnya. Halilintar memandang pemergian Gempa dengan ekoran mata. Dan sebaik sahaja Gempa hilang dari pandangan, Halilintar pun duduk di atas rumput tadi.
"Tahun depan, huh..? Lama lagilah nampaknya aku akan berjumpa dengan dia. Tsk, dah lah nama sekolah tak tahu, nombor telefon pun tak tahu! Haih! "
Halilintar bangkit semula dari duduknya dan menggeliat kecil sekadar untuk merenggangkan badannya. Selepas itu, dia pun berjalan kembali ke tempat perkumpulan peserta sekolahnya yang lain. Untuk bersiap pulang juga.
"Aku harap aku boleh jumpa dia lagi. "
Itulah apa yang difikirkan oleh mereka berdua secara bersamaan pada tahun itu.
Hmm... Progresnya agak lama tapi author akan cuba buatkan ia lebih menarik! Jangan risau, 1 tahun tu kejap je! 😂😂
Tapi mungkin akan tercetus satu rahsia yang bakal dibongkarkan? Atau perasaan lain yang mula timbul? 👀👀✨
Ok, jangan lupa tinggalkan saran dan komen korang, ya? Nak juga dengar review korang. "Next" saja tak puas, dik. 😃 //OK jk :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top