(❀◦‿◦)

"Sekarang, untuk perlawanan penentuan kejuaraan di peringkat antarabangsa, dipersilakan peserta bernombor 5803 iaitu Gempa dan peserta bernombor 5678 iaitu Halilintar untuk masuk ke gelanggang. "

"Woooaaahhhhh!!! "

Kedengaran begitu ramai sekali para penyokong bersorak dengan riuh-rendah sekali sebagai tanda memberikan sokongan ke atas 2 orang peserta yang kini sedang berjalan masuk ke dalam gelanggang perlawanan.

2 orang remaja lelaki yang lengkap berpakaian uniform taekwondo dan dilengkapkan pula dengan tali pinggang yang menunjukkan taraf kedudukan mereka dalam rangking kelab yang tersohor di serata dunia itu. Blackbelt. Mereka berdua berjalan seiringan walaupun keduanya berada di sisi gelanggang yang bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing menunjukkan wajah datar dan seolah-olah tidak memperdulikan sorakan yang riuh itu.

Seorang pengadil lelaki yang ditugaskan untuk menjaga gelanggang berjalan masuk ke dalam gelanggang dan memberikan tunduk hormat kepada 5 orang pengadil yang setiap seorang bertugas di setiap bucu gelanggang dan seorang lagi di tengah hadapan gelanggang.

Selepas itu, pengadil tersebut memberikan arahan kepada 2 orang peserta tadi untuk segera masuk ke dalam gelanggang. 2 peserta itu akur dan masuk ke dalam gelanggang yang menjadi tumpuan ramai orang.

Di situlah satu-satunya gelanggang yang bakal menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Kejohanan Pertandingan Taekwondo Peringkat Antarabangsa yang ditempatkan di negara Malaysia.

Pengadil tadi memberikan arahan untuk mereka tunduk hormat di hadapan barisan pengadil lain dan saling menunduk di hadapan antara satu sama lain.

"Cha ryuht, kyung nae!"

"Taekwan! "

Kedua peserta terakhir itu menundukkan badan mereka 90 darjah dan berdiri tegak semula. Mata mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Riak wajah mereka jelas memperlihatkan keseriusan yang ada di dalam jiwa mereka.

Pengadil tadi mengarahkan mereka untuk berpusing ke belakang supaya nombor yang dipakai di bahagian belakang mereka mudah dilihat oleh pengadil yang akan menandakan markah mereka.

"5678 merah! 5678 merah! 5803 biru! 5803 biru! Baiklah, pandang ke pihak lawan masing-masing. "

Sesuai dengan arahan pengadil, mereka bertatapan semula.

"Open your stand, choon bi! "

Mendengar arahan yang khusus dalam taekwondo, mereka pun mula membuka kekuda dan bersedia untuk berlawan. Masing-masing saling memberikan pandangan yang serius kepada pihak lawan. Semua orang termasuk mereka mula berdebar melihat suasana yang hangat dan tegang itu.

"Choon bi... Sei.. Jak! "

Maka, bermulalah perlawanan mereka berdua. Masing-masing mula bergerak untuk mencari titik serangan pihak lawan. Kedua belah tangan mereka berdua dengan sigap melindungi badan mereka terutama dada masing-masing bagi mengelakkan pihak lawan daripada datang dan menumbuk.

"Whoooooo!! Go Halilintar!!! "

"Gempa! Gempa! Gempaaaa!! Go Gempa!!!"

Suara sorakan semakin kuat bergema di dalam dewan yang luas dan tertutup itu. Pihak penyokong yang setia menyokong team masing-masing mula memberikan sorakan padu buat team mereka.

Halilintar, peserta bernombor 5678 yang memakai pelindung berwarna merah segera menghampiri Gempa, iaitu peserta bernombor 5803 yang memakai pelindung berwarna biru.

Dengan pantas Halilintar mula mengangkat kaki kirinya dan menendang badan kanan Gempa namun serangannya dapat ditepis oleh Gempa. Tidak membiarkan pihak lawannya mara, Gempa mula melangkah untuk mendekati Halilintar dan menghalakan tumbukan padu kepadanya.

Halilintar dapat melindungi dirinya dengan kedua belah tangannya. Namun dia sedikit meringis apabila dia dapat merasakan tumbukan yang cukup keras daripada Gempa. Tulangnya dapat rasa kesakitan itu.

"Sstt- tak guna. "

Halilintar berdecih kesal. Dia menghambiri Gempa lalu memberikan sepakan paras perut, tendangan sisi dan tendangan belakang.

Gempa cuba sedaya upayanya untuk mengelak kerana tendangan Halilintar cukup pantas dan tangkas. Kerana tersilap terleka, dia terpaksa menerima tendangan keras dari Halilintar di wajahnya membuatkan bibirnya terkoyak sedikit.

PANG!

"Chao!! "

Suara pengadil menghentikan mereka berdua. Pengadil tadi berjalan menghampiri Gempa dan melihat keadaannya.

"Boleh sambung? "

Gempa menganggukkan kepalanya sambil mengusap bibirnya yang sudah berdarah dengan menggunakan bajunya. Dia kembali ke posisi sedia berlawan sebaik sahaja pengadil tadi mengambil tempatnya semula.

"Baiklah... Seijak! "

Dan perlawanan bermula semula. Gempa dengan tangkas menghampiri Halilintar dan memberikan tendangan sisi dan melompat lalu menghayunkan satu lagi tendangan sisi.

Zaasss!
Pang!

Halilintar terundur sedikit apabila menerima tendangan keras itu. Kerana dia mengelak menggunakan tangannya, sekali lagi dia terpaksa menahan rasa perih di situ kerana tendangan Gempa tadi.

Tidak mahu mengalah, Halilintar mula menghampiri Gempa dan menghayunkan tendangan namun dapat dielak oleh Gempa. Gempa mahu menumbuk Halilintar akan tetapi ia dapat dibaca oleh Halilintar. Segera Halilintar menepis tumbukan Gempa dan memberikan tendangan padu di badan Gempa.

POW!!!

"WWHOOOOO!!!! Naisu Halilintar!!!"

Kerana tendangan yang kuat tadi, Gempa terpaksa berundur beberapa langkah dan menahan rasa senaknya di bahagian perut. Sakitnya tidak terkata kerana dia merasakan bahawa perutnya hampir terbelah dua jadinya.

Melihat pihak lawan semakin lemah, Halilintar tidak melepaskan peluangnya lalu dia segera menghampiri Gempa dan melayangkan satu tumbukan ke arahnya.

"Ckh! Hup!!"

Gempa yang sedar akan hal itu terus menepisnya dan dengan terpaksa menahan rasa senak, dia memusingkan badannya dan memberikan tendangan pusingan belakang kepada Halilintar.

BANG!!

Berpusing Halilintar jadinya apabila menerima tendangan tersebut. Pening menerpa dalam dirinya kerana tendangan yang boleh tahan kuat tadi.

"Yaayyy!!! Go Gempaaaa!! "

Sorakan gembira dari pihak Gempa semakin menjadi-jadi riuhnya. Mereka menepuk-nepuk tangan masing-masing dan teruskan bersorak sebagai tanda memberikan sokongan kepada lelaki itu.

Pengadil sekali lagi menghentikan mereka berdua dan berjalan menghampiri Halilintar. Dia bertanyakan keadaan Halilintar untuk mendapatkan kepastian keadaan lelaki itu dan Halilintar hanya menganggukkan kepalanya menandakan bahawa dia baik-baik sahaja.

Perlawanan diteruskan. Boleh dilihat bahawa perlawanan antara 2 orang remaja lelaki yang dari 2 tempat yang berbeza begitu handal sekali berlawan di dalam gelanggang. Masing-masing tidak mahu menyerah kalah dan cuba untuk mencari point markah untuk kemenangan.

Mereka berlawan selama 3 pusingan. Dan di pusingan yang terakhir inilah bakal menentukan siapakan juara yang sebenarnya.

Berlawan yang menggunakan kekuatan fizikal amat melelahkan. Ditambah pula mereka harus mengatur strategi sendiri untuk menumpaskan pihak lawan yang tidak kalah kuatnya. Sungguh menakjubkan jika mereka mendapat kemenangan itu.

Kini keduanya sudah kelelahan. 3 pusingan tanpa henti membuatkan nafas mereka mula turun naik dengan laju. Hawa di badan mereka juga mula memanas menandakan bahawa mereka mula berpeluh.

Namun selagi perlawanan belum berakhir, selagi itu mereka tidak akan menghentikan perlawanan mereka berdua.

Para pengadil terus memerhatikan perlawanan mereka dan mencatat segala markah untuk mereka bagi menentukan siapa pemenangnya. Manakala para penyokong pula masih kuat memberikan sorakan kepada mereka berdua.

BANG!!

"Arrghh-!! "

Halilintar terundur ke belakang apabila dia menerima tumbukan keras dari Gempa di bahagian perutnya. Memang tumbukan lelaki itu bukan main! Halilintar kembali memandang ke arah Gempa dengan pandangan berang dan amarah. Seolah-olah sebagai tanda seekor raksasa yang tidur sudah bangun di dalam badannya.

Tinggal 5 saat sebelum masa tamat, Halilintar segera berlari ke arah Gempa dan menyerang Gempa dengan setiap gerakan pukulan ke arah lelaki itu. Namun, Gempa seolah-olah dapat membacanya dan dengan mudah dia dapat mengelaknya.

Terleka dengan setiap serangan, sebaik sahaja Gempa berjaya mengelak dari satu tumbukan Halilintar, Halilintar terus mengangkat kaki kanannya dan memberikan tendangan sisi yang keras kepada Gempa. Dan,

POOWW!!

Gempa terjatuh ke atas arena sambil terbaring lemah. Suasana mula menjadi senyap. Penyokong yang sedari tadi riuh bersorak kini semuanya terdiam. Para pengadil juga sampai berdiri kerana terkejut.

"WWWOOAAAHHHH!!!! "

Suara kuat penyokong menyedarkan semua orang di situ. Para penyokong mula bersorak kepada Halilintar kerana serangan terakhirnya. Pengadil yang menjaga arena terus berlari mendapatkan Gempa diikuti juga jurulatihnya. Mereka berdua memeriksa keadaan Gempa sebelum paramedik datang untuk melihat keadaannya.

Tidak lama menunggu, Gempa akhirnya dapat bangkit dan dia meminta supaya rawatannya ditangguhkan sehingga pengumuman pemenang diumumkan. Dan seperti jangkaan semua, pengadil mengumumkan pemenangnya setelah selesai berbincang dengan para pengadil lain yang ada di arena itu.

"Baiklah, tanpa menunggu lama. Inilah saat-saat yang kita nantikan! Dan... Pemenang sparring secara individu pada tahun ini ialah.... "

Semua menantikan dengan tidak sabar. Halilintar sempat melirik ke arah Gempa yang berada di sebelah kanan pengadil sementara dia berada di bahagian kiri. Jelas kelihatan wajah Gempa yang sedang memunduk. Sudah tahu akan keputusannya.

"HALILINTAR!!! "

"WOOOAAAAAAAHHHHH!!!! "

Begitu riuh sekali dewan arena itu apabila pemenang telah diumumkan. Pengadil mengangkat tangan Halilintar sebagai menunjukkan kejuaraannya. Halilintar pula hanya mempamerkan wajah datarnya dan mengangguk. Pengadil mengarahkannya dan Gempa untuk berpeluk sebagai adat pertandingan.

"Tahniah. Tsk-"

Halilintar memandang ke arah Gempa dengan khawatir apabila dia terdengar bunyi decihan dari mulut lelaki itu. Tiba-tiba teringat akan tendangan kerasnya pada Gempa tadi.

"Kau ok? "

"Ah, ya. Aku ok. Tahniah sekali lagi, ya? "

Gempa menepuk-nepuk bahu Halilintar sebelum mula berjalan menuju ke arah tempat kawan-kawannya yang lain. Halilintar terdiam seketika sebelum dia dikejutkan dengan ucapan tahniah dari kawan-kawan sekolahnya. Mereka begitu gembira buat Halilintar.














So far cerita ni masih kurang memuaskan tapi author cakap straight to the point, cerita ni pendek je. 😂😂

Banyak lagi cerita yang ditangguhkan jadi harap para readers dapat menikmati cerita ni walaupun mungkin akan ada plot twist? Tak tahulah~ 👀👀💞

Tapi tak akan ada sequel (kot?) Tengok keadaan.

Sila tinggalkan saranan dan komen semua, ya? Rindu nak berbual dengan readers dan nak berkenalan dengan yang baru~ 😉

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top