Artikel Khas Buat Penghuni Wattpad
Salam hormat.
Sejak saya meladeni media sosial Wattpad yang dianggap sebagai Facebook untuk para penulis, ketika itu saya lama juga tidak berkarya dengan serius. Satu hari, sepupu saya memperkenalkan media ini. Tanggal Ogos, 2017 saya mendaftar akaun untuk berkenal-kenalan dengan aplikasi ini. Bila Google, saya dapati media sosial ini sudah agak lama wujud tanpa saya sedari. Rasa seperti terkilan pula kerana lambat mengetahui.
Mula-mula agak janggal kerana tidak biasa menulis novel dan dibaca oleh khalayak.
Namun ada sesuatu yang saya pahatkan dalam hati yakni, mahu berkarya sebanyak mungkin dan 2018 adalah tahun yang saya sasarkan matlamat saya. Matlamat saya adalah untuk menyiapkan 12 novel serentak, mana dulu yang tamat, tak mengapa. Janji, saya berusaha sekeras mungkin agar tercapai, Insyaallah.
Mula menulis Ogos 2017 dan awal Disember 2017, novel Rockers Cintan (RCSB) Sdn Bhd selesai walaupun ia bukan novel pertama tulis di sini. Ia mengambil masa hanya 4 bulan sahaja. Saya tambah semangat.
Selanjutnya, dua lagi novel yang ditulis serentak, hampir selesai dengan mengambil masa 5-6 bulan, bertajuk Memoir Kampung Boy dan Ostad Power Metal, Alhamdulillah syukurlah.
Dalam keghairahan menulis dan menyiapkan novel-novel saya, sesekali saya meninjau akaun rakan penulis lain. Saya dapati sesetengahnya tiada pengalaman atau tiada bimbingan langsung dalam dunia penulisan. Ketika itu saya teragak-agak adakah berbaloi mahu mengongsikan pengalaman saya menulis sejak 2003 dengan khalayak di sini?
Pada asalnya, saya hanya mahu menulis dan membukukannya sahaja, tetapi terasa seperti ada satu tanggungjawab pula untuk menyebarluaskan maklumat dan pengalaman. Maka, saya cekalkan hati untuk berbuat demikian. Ada kala garang artikel saya, ada kala biasa-biasa. Bila melihat respons terhadap siri artikel Catatan Seorang Editor (CSE) saya tahu, saya perlu berbuat sesuatu untuk membimbing kalian di sini.
Justeru, saya menulisnya serentak dengan novel-novel yang sedang digarap. Saya rasakan, inilah satu sumbangan kecil yang mampu saya lakukan biar banyak halangan dan cubaan semasa menulis. Pun sudah hampir ke garisan penamat. Banyak masa saya, tersisa untuk CSE tapi saya puashati dapat membantu mana yang memerlukan dan serius dalam penulisan.
Jadi, sahabat-sahabat sekalian, itulah niat saya menyertai wattpad; menyelesaikan novel tang digarap. Tak kira di mana, saya mengadap henfon untuk menulis mana-mana idea yang dipancing. Tiada istilah bermain atau suka-suka kerana saya ada matlamat yang harua dicapai.
Dalam masa yang sama, saya membuat pelawaan kepada yang berminat untuk memfizikalkan novelnya agar ditag pada karya mereka. Kemudian saya pilih. Dilihat ramai yang berbakat dan tak tahu bagaimana untuk mengetengahkan karya masing-masing. Saya bukakan peluang itu atas dasar mahu membantu, kerana saya teramat faham bagaimana sukarnya apabila tiada editor yang rajin atau mahu melayan karenah penulis, lebih tepat diri saya sewaktu mula-mula menghantar manuskrip novel pada penerbit. Editor langsung tiada menghubungi kecuali tiba-tiba dikhabarkan sudah mahu terbit.
Baik, ada yang mengambil peluang ini secara serius. Setengahnya pula main-main dan menyangka saya ini juga tidak serius. Justeru, saya katakan kepada mereka yang terpilih tetapi tidak serius, anda sangat rugi dan takkan lagi anda berjumpa di luar editor yang akan melayan perangai dan karenah kalian. Kalau ada, itu memang bertuah.
Seterusnya, ingin saya tanyakan kalian. Apakah niat kalian menulis? Jawapannya saya maklum, ada yang serius, ada hanya suka-suka dan ada juga tak ambil peduli langsung merasakan wattpad hanya tempat melepaskan perasaan yang terbuku semata. Itu pilihan dan hak masing-masing.
Tak cukup itu, saya lihat pelbagai ragam polemik yang terjadi dalam wattpad ini, menyebabkan saya membuat tafsiran longgar terhadap seseorang penghuni wattpad. Saya tahu sama ada mereka yang menulis ini serius atau hanya sekadar mencari khalayak atau mahu populariti murahan supaya ramai pengikut. Akibatnya, berlaku pelbagai pergolakan dan pergaduhan demi pergaduhan yang saya anggap sangat merugikan mereka yang terlibat.
Seharusnya, tenaga akal dan fikir ditumpukan pada penulisan tetapi dibazirkan pada perkara-perkara yang tak berfaedah dan langsung tidak bermanfaat atau membantu mempercepatkan lagi siapnya karya yang dinukil di sini.
Alangkah ruginya!
Oleh yang demikian, saya menyeru kalian rakan wattpaders agar memperbetulkan semula niat menulis di sini. Cuba betul-betulkan ingatkan kembali mengapa kalian mendaftar akaun ini? Adakah untuk menulis? Mencari pengikut? Mahu popular? Atau bagaimana?
Pesan saya, hentikan segala polemik dan gawat dalam wattpad ini jika anda benar-benar punya niat tulus untuk menjadi penulis yang berjaya. Jangan sia-siakan platfom yang bagus dan tidak wujud pada zaman awal saya menulis. Jika tidak, rugi sendiri dan membazir masa.
Kesimpulannya, fikirlah baik-baik semula NIAT anda menyertai platfom ini agar tidak sia-sia. Jika sekadar hanya mencari polemik dan bertegang urat, lebih baik menulis di PC atau laptop.
Selamat memperbetulkan kembali niat kalian dan terus menulis demi untuk diri sendiri. Kalau mahu berjaya, lakukanlah sesuatu jika sudah tersasar dari niat asal. Apapun pilihan di tangan masing-masing. Media sosial tempat kita berkenalan dan mencari kawan, bukan bermusuhan!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top