149. Sanggahan Terhadap Karya Porno

Salam hormat.

Untuk kali kedua saya menuliskan perkara ini. Jujur ada beberapa karya sebgini yang saya sengaja membaca sebelum menulis artikel untuk melihat dan mendalami permasalahan psikologi yang dianggap mencarik-rabitkan dunia penulisan yang indah dan suci ini. Sebelum ini juga saya menulis dan mengkiritik hal ini. Dalam erti kata lain, ya, dunia oren mengalami keruntuhan moral yang tak terkawal dan tertapis serta menjahanamkan pembaca yang masih hijau dan mentah. Semakin maju manusia, akal fikiran semakin mundur ke belakang zaman jahiliyah.

Kalau ada di antara kalian yang menulis karya sebegitu, biar saya katakan begini ... adakah kalian berkira-kira bahawa tulisan itu tidak dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? Adakah dengan menulis kisah begitu takkan mempengaruhi pembaca? Adakah kalian merasa seronok dengan jumlah view dan vote serta pengikut yang ramai? Adakah kalian fikir akan terlepas dari dicatat oleh malaikat yang mencatat dosa pahala kita? Begitu? Ataupun terasa lega kerana dapat melampiaskan fantasi anda dan dikongsi bersama insan-insan lain? Atau kalian fikir saya ini terlalu ustaz untuk menegur kalian?

Jika begitu, saya katakan begini - tunggu sahaja dunia itu akan terbalik dan mengenai batang hidung kalian suatu masa nanti. Masa akan sampai tanpa kalian menyedari dan sempat berbuat apa-apa.

Perbuatan menyalahgunakan dunia oren sebagai tempat bercerita hal-hal yang eksplisit dan mempengaruhi orang lain adalah suatu hal yang bertentangan dengan moral, etika dan juga agama. Sebab itu, tidak hairanlah dunia sastera menghukum keseluruhan penulis di luar lingkungan mereka sebagai picisan, perosak dan sampah dalam dunia penulisan. Wajarlah penghinaan yang diberikan jika ini masih berterusan.

Sesekali kalian yang menulis karya begitu, cuba renungkan apa matlamat nya? Seronok? Banyak lagi cara lain. Cukuplah kerosakan dan keruntuhan moral yang berlaku di luar, jangan rosak dan jahanamkan lagi dunia oren tempat kita mengasah bakat dan membuat promosi karya. Pengkarya sebegini memang tiada tempat di luar. Kalian ini hanyalah syaitan bertopengkan penulis yang tiada kerja lain melainkan merosak hati dan pemikiran manusia lain.

Hampir setahun saya di dunia oren, rasanya semakin banyak bercambah penulis porno yang seronok sekali menulis tak kira lelaki mahupun perempuan. Jikalau terlalu mahukan semua itu, sila berkahwin dan hentikan segala perbuatan kalian mencemari platfom ini.

Akhir kalam, kalian yang elok-elok ... mari perangi mereka. Kita laporkan bamyak-banyak kali kepada admin wp agar akaun mereka dipadam, jika tumbuh lagi, kita lapor lagi. Begitulah seterusnya, jangan letih memerangi kebatilan!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top