148. Karya Anda Disanggah Atau Dikritik?
Salam hormat. Bersua lagi di topik yang berbeza. Selalunya dalam penulisan, ada jurang perbezaan antara penulis lama, berpengalaman dengan penulis baharu.
Artikel kali ini akan menyentuh tentang sanggahan atau kritikan oleh penulis lama atau terkadang perasan terlebih dirinya amat sastera, lalu mengkritik karya penulis baru yang dianggap picisan.
Bagaimanakah anda mahu menangani situasi ini? Adakah kalian mahu marah dan melenting serta menghamburkan ke dada fb? Atau bergosip dan membawang sesama rakan demi meluahkan hati agar lega? Ya, saya tak nafikan memang ada sanggahan dari pihak mereka yang geli melihat perkembangan dunia penulisan di luar kotak sastera dan mendapat sambutan dari segenap peringkat usia.
Pada saya, abaikan dan pejamkan mata sambil terus berkarya tanpa mempedulikan kata-kata mereka. Sewaktu saya menulis karya-karya sastera yang lebih serius dan solid pengisiannya, memang ada masa memandang sepi pada pengkarya novel-novel yang dianggap sebagai picisan. Suatu masa saya sedar bahawa kebaikan ada di mana-mana saja tanpa mengira dalam ujana mana yang kita santuni.
Lagipun karya sastera ini kurang diketengahkan dan khalayaknya terlalu kecil hinggakan mahu mencari karya tersebut agak payah. Tapi satu persoalan yang fikir selepas menyertai kem Alaf21, siapa yang meletakkan label sebegitu rupa? Adakah mereka benar-benar memperjuangkan sastera? Atau di manakah ruang lingkup yang membatas dan membezakan antara dua dunia ini?
Ya, benar karya sastera lebih serius dan penceritaannya lebih mendalam dari pelbagai aspek dan tidak menyentuh isu-isu yang dikatakan remeh. Tapi bukan tiada dalam karya sastera yang tidak menyentuh isu yang sama.
Jadi, sebagai penulis, tulis sahaja. Apa niat di hati, akam dikira tidak kira sama ada sastera atau tidak. Pedulikan label melabel ini. Ia merugikan dunia dan industri penulisan yang sedang mekar indah di negara kita.
Kepada mereka yang dikata, caci bagai, anggap sahaja itulah asam garam dalam dunia penulisan. Inilah dunia sebenar penulisan dan bukan sekadar terperuk dalam dunia oren ini. Selamat menulis dan terus berkarya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top