147. Kurangkan Penggunaan Bahasa Asing
Salam hormat.
Ini kali kedua saya menulis topik di atas.
Harap dapat kurangkan penggunaan bahasa asing sama ada dalam dialog atau naratif. Walaupun saya faham tujuan penggunaannya namun ia tidak membuktikan apa-apa. Sementelah ia tidak pun membijakkan karya kita atau menambah nilai karya.
Kecualilah perkataan tersebut benar-benar tiada dalam Bahasa Melayu. Karya yang menggunakan bahasa asing terlalu banyak akan mencacatkan seluruh manuskrip. Juga membawa maksud bahawa penulis kurang membuat kerja rumah atau menyelak kamus.
Untuk pengetahuan kalian, karya-karya di luar negara pun sama ada tiada atau kurang sangat menggunakan bahasa asing. Tak perlulah nak tunjuk yang kita mampu atau pandai berbahasa luar sedangkan kita lebih fasih dan mahir berbahasa Melayu. Sebab ada juga kedapatan penggunaan bahasa asing terutama Bahasa Inggeris yang teruk atau tunggang-langgang.
Pertama ia adalah soal jatidiri kita sebagai penulis tempatan. Kedua, ternyata permainan bahasa dan perbendaharaan kita amat cetek serta sekaligus menggambarkan penulis yang malas membuat kerja rumah sendiri. Justeru ia menunjukkan kelemahan penulis dalam menguasai Bahasa Melayu dan ketidakmampuan menggunapakai Bahasa Melayu dengan kuat.
Oleh yang demikian, penggunaan dalam bahasa luar harap dapat dikurangkan. Karya yang cantik semampunya menggunakan bahasa Melayu secara penuh. Lagipun ia bukanlah satu jaminan karya kita akan laku keras di luar.
Harap maklum dan selamat menulis.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top