145. Sekitaran Mempengaruhi Penulis
Salam hormat sekalian wattpaders.
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas respons terhadap artikel yang dicoretkan. Pelbagai pertanyaan, diskusi dan dm dilontarkan kepada saya, lambat atau cepat saya akan cuba menjawabnya.
Salah satunya adalah sejauh manakah sekitaran mampu mempengaruhi penulisan kita? Melalui pengalaman penulisan saya sejak tahun 1987, faktor sekeliling adalah sumbangan terbesar pada cara, gaya garapan, isi penceritaan, langgam bahasa dan sebagainya yang berkaitan. Antaranya adalah :
1) Faktor Kekeluargaan
Ini adalah sumbangan terbesar dalam penulisan kita, seawalnya jika minat mula tumbuh ketika masih bersama keluarga, perkara ini biasanya akan terpapar dalam karya.
2) Faktor Rakan Sebaya
Semua orang tahu perkara ini adalah perkara benar. Di mana kita, dengan siapa kita bergaul, jika dia seorang penulis maka ia akan memberikan serba sedikit kesan secara tidak langsung.
3) Faktor Tempat Kerja
Bagi yang sudah bekerja, tidak dapat tidak, ini adalah perkara terpenting yang selalu menjadi isu dan diketengahkan dalam karya.
4) Faktor Pembacaan Atau Tontonan
Apa sahaja yang kita baca dan tonton, selalu akan memberi impak walau paling kecil sama ada dari sudut inpirasi atau peralihan idea dalam karya kita; inspirasi. Bagi penulis baru, terkadang gaya penulisan dan paparan idea juga jelasnya hampir sama mahukan seperti gaya penulis kegemarannya.
5) Faktor Ekonomi
Ini juga adalah penyumbang tetbesar dalam mempengaruhi penulisan kita. Ia adalah perkara merungsingkan penulis jika faktor ini yang berantaian dengan perkara lain, harus diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak, satu huruf pun takkan terbit.
6) Faktor Desakan Hidup
Inilah yang membezakan antara penulis sepenuh masa dan penulis sambilan. Sebab itu ramai memilih untuk membuat sambilan. Jika diteliti karya kedua ini sebenarnya amat besar jurang perbezaan. Mana saya tahu? Sebab dua-dua keadaan ini saya sudah dan sedang alami. Bukan setakat itu, malah gaya garapan juga amat berbeza.
7) Faktor Geografi dan Politik
Ini adalah perkara yang tak dinafikan lagi. Dua faktor ini selalu terjadi pada penulis yang cukup matang dalam berkarya. Ia akan tergambar dalam karya tidak kira sama ada secara implisit mahupun eksplisit.
8) Faktor Iklim
Antara faktor terkecil yang berperanan besar dalam gaya, isi dan penceritaan kalau perasan.
9) Faktor Masyarakat
Ini juga adalah sebahagian besar yang mempengaruhi penulis dalam berkarya. Kadang kala banyak isu yang diangkat dalam karya sama ada ia bersifat didaktik atau secara kritikan halus.
Jadi, inilah antara penyumbang dalam kita berkarya. Sama ada kita perasan atau tidak, semua faktor di atas ada dalam karya atau mungkin sebahagian kecil, ditulis sebagao manisfestasi luahan atau dengan apa jua maksud. Apapun terus menulis dan selamat berkarya. Jika ada lagi yang kalian terfikir, mohon dikongsikan bersama. Terima kasih.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top