Bab 3

Duri:Cantiknya benda ni...jernih macam permatalah.

Duri terus membelek bahan eksperimen solar itu.

Duri:Hmm.. Apa function benda ni? Nampak macam air kosong je. Tetiba rasa haus pulak. Baik duri minum je. Mungkin solar buat untuk duri.

Situasi solar...

Solar:Ya Allah bosannya... Nak buat apa ni...

Gempa:Aik! Kau tak tengok IG ke? Selalunya kalau kau bosan kau belek je benda tu.

Solar:Hmm... Betul jugak. Kenapalah aku tak terfikir eh? Aduh, bijaknya aku..

Tangan solar meraba dalam poketnya untuk mencari telefon. Setelah puas dia mencari, poketnya kosong.

Solar:Hmmm.. Mana handphone aku?

Gempa:Aik, kau letak mana?

Solar:Aku tertinggal dekat atas kot. Hmmm... Aku naik atas kejap eh. Nak ambil telefon, terlupa.

Gempa:Hmmm... Yelah...

Situasi Duri...

Duri:Hmm.. Baik duri minum benda ni sekarang.

Tiba-tiba, telefon solar berdering. Duri meletakkan semula kelalang kon yang dipegang olehnya sebentar tadi.

Duri:Eh, Halilintar telefon! Hmm, nak bagi dekat solar tapi... Nanti dia tau pulak yang duri ni masuk bilik dia. Baik aku berpura-pura jadi macam solar.

Panggilan diangkat, duri berdehrm lalu telefon tersebut diletakkan di telinganya.

Halilintar:Hello, solar.

Duri:Hmm, kenapa call ni? Aku sibuklah.

Halilintar:Haih, asal aku call kau, kau bagi alasan sibuk. Sibuk, sibuk, sibuk, sibuk. Kau sibuk apa sampai tak boleh tolong aku ni!

Duei:Dah memang aku sibukkan, kau tak nampak ke banyak kerja dalam bilik aku.

Halilintar:Ahh.. Takde, takde. Bagilah alasan apa-apapun aku tetap nak kau turun sekarang! Ni aku oegang banyak barang ni.

Duri:Kau dah balik ke?

Halilintar:Taklah, setan dah balik.

Duri:Hahah, lawak.

Halilintar:Dah, cepat turun!

(Situasi Halilintar)

Solar: (buka pintu)

Halilintar:Hah. Turun pun kau. Tadi bagi banyak alasan sangat. Cepat tolong aku! Berat semua benda ni tahu tak! Kau jangan nak duduk saja!

Solar berasa pelik mendengar kata-kata abangnya itu.

Solar:Alasan? Turun? Siapa bagi alasan dekat kau? Buang tabiat ke kau ni?

Halilintar:Lailahaillallah, dia boleh tanya. Kau jawab panggilan aku tadi kan...

Solar:Bukanlah, aku dekat bawah tadi. Fon aku dekat atas, dengar bunyi loceng aku tengok kau dah balik.

Wajah Halilintar terus menjadi pucat lalu tangannya menggigil.

Halilintar:Habis kalau bukan kau yang cakap.... Tu suara siapa?..

Halilintar dan solar diam membisu, otak ligat memikirkan sang empunya suara itu.

Tiba-tiba, hati solar terdetik sesuatu.

Solar:Aku naik atas sekejap.

Halilintar:Eh, habis barang ni siapa nak angkat?! Woi!!!!!

Kaki solar pantas melangkah anak tangga, dia merasakan sesuatu perkara yang buruk bakal berlaku.

Ketika dia membuka pintu bilik makmal ya, dia tidak sempat menghalang duri yang sudah meminum cecair itu.

Solar:JANGAN!!!!

Ketika solar menyentuh duri, satu arus telah berlaku antara mereka membuatkan tubuh mereka tercampak. Kini, mereka berdua pengsan.

(2jam kemudian)

Duri membuka matanya perlahan-lahan, pelipis dipicit perlahan bagi mengurangkan sedikit rasa kesakitan di kepalanya itu.

Duri:Erghhh.. Peningnya kepala aku..

Solar:Erghhh, duri dekat mana ni?

Duri:Eh, kau pahal dah buang tabiat jadi  diri aku?

Solar:Kenapa rupa solar macam thorn?

Mereka memandang antara satu sama lain lalu menjerit.

Solar & duri: TIDAKKKKK!

[Dapur]

Gempa:Benda apa yang kecoh sangat tu?

Halilintar:Entah, duri usik solar kot?

Taufan:Aku naik atas jap, nak suruh diorang turun.

Gempa:Okey...

(Makmal solar)

Solar:Apa kita nak buat ni???

Duri:Ni semua kau punya pasal!

Solar:Duri tak sengaja... Janganlah marah...

Duri mengeluh kasar, dia cuba berfikir cara untuk mengembalikan diri mereka kepada yang asal.

Solar:Duri risau...

Duri:Kau nak risau apa? Semua masalah ni punca dari kau tahu? Sekarang ni jenuh aku nak fikir apa perlu aku buat! Kau ni satu hari kalau tak buat hal boleh tak?!

Solar:Duri minta maaf... Duri tak sengaja.

Duri mendengus kasar, kini tangannya sibuk menyelak muka surat bagi mencari sebarang penawar, manalah tahu jika dia terjumpa.

Duri:Sekarang ni semua benda aku nak selesaikan. Kau tahu tak cikgu aku nak laporan projek aku minggu ni? Kalau aku tak siapkan, habislah reputasi aku!

Solar hanya menundukkan wajah, kakinya menguis lantai makmal itu.

Duri:Hah, dah jumpa!

Solar terus mendekati duri dengan penuh rasa ingin tahu.

Solar:Jadi... Apa penawarnya?

Duri:Dekat sini dia tulis... Hmm, semua bahan aku dah ada tapi satu je takde.

Solar:Eh, kenapa?

Duri:Sebab bahan tu dihabiskan untuk buat projek yang aku kena hantar ni...

Duri menutup bukunya lalu mengeluh, puas dia berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Solar pula hanya mampu merenung duri yang stres.

Solar:Ermm... Kita tak boleh guna cara lain ke?

Duri:Mustahil ada cara lain, jika kita mahu cari di buku lain mungkin kita jumpa benda yang sama. Takpe, sementara aku cari bahan untuk penawar ni kita kena biasakan cara hidup masing-masing.

Solar menunjukkan muka runsing tanda tidak memahami kata-kata duri.

Duri menggulingkan matanya lalu memberi ayat mudah.

Duri:That's mean, kau hidup cara aku, aku hidup cara kau. Sekarang, kita perlu listkan cara hidup kita supaya boleh dijadikan panduan.

Solar:Kenapa kita kena buat semua ni? Kenapa tak buat perangai normal je?

Duri:Aku tak mahu diorang syak apa-apa dekat kita.

Solar:Kenapa? Kalau diorang tahu takpekan? Diorangkan ahli keluarga kita juga.

Duri:Ish, kau ni banyak soallah. Kau ikut jelah cakap aku, yang settlekan problem ni aku bukan kau.

Solar hanya diam menikus sambil memerhatikan duri yang sibuk mencari barang-barang yang diperlukan.

Solar:Ermm... Duri minta maaf sebab susahkan solar. Maaf ya? Duri tak sengaja...

Duri:Haish... Yelah, tapi ada syaratnya.

Solar:Eh, ada syarat ke? Alah...

Duri:Kau nak aku maafkan ke tak?

Solar:Err... Nak, nak, nak.

Duri:Dah tu, turutkan je.

Solar:Baik, jadi... Apa syaratnya?

Duri:Kau perlu bantu aku selesaikan masalah ni.

Solar:Alaa, perlu ke?

Duri:Pepandai buat salah, pepandailah kau tanggung eh?

Solar tersentak mendengar kata-kata itu.

Taufan:Eh, korang kat sini ke? Puas aku cari korang dua...

Solar:Eh, taufan! Sorrylah sebab susahkan kau...

Menyedari duri sudah menjeling tajam ke arahnya,solar menyedari dia sudah terlepas kata.

Taufan pula kaget melihat kelakuan kembar itu, aneh sungguh di matanya. Gaya bicara solar itu bagaikan gaya... Bicara duri.

Dan duri pula bersikap dingin seperti solar.

Duri pula senyum penuh makna.

Duri:Sorrylah, taufan. Solar ni tengah praktis berlakon. Katanya dia ada teaser tak lama lagi. Sebab tulah hahahaha...

Taufan:Solar masuk teaser? Mau seriuslah?! Wei, dia dahlah kaku macam robot kot.

Maka tercetuslah tawa antara mereka. Sambil sibuk ketawa, duri menjeling je arah solar.

Duri: "Kau malukan aku harini, Tunggulah kau nanti."

Taufan:Ni, jom turun bawah. Aku nak ajak korang makan. Gempa dah siap masak. Okey?

Duri:Okey. Jom solar!

Solar:Er.. Haa jom, jom.

Agak kekok duri saat dia berada dalam tubuh solar, tapi apa harus dia lakukan. Semuanya sudah menjadi takdir. Dia hanya menuruti langkah duri yang semakin maju ke hadapan.

Solar: "Hmm... Macam mana nak jadi serius ya?"

BeRsAmBuNg...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top