Dua Dunia(Chapter 2)

Kuro bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah dia.Nasib pemilik restoran itu baik hati dan selalu belanjakan makan dan minum dia.Tambahan pula pemilik itu selalu memberi hadiah kepada dia.Kuro selalu berhajat untuk membalas budi baik bos dia.

"Kuro ambil pinggan dan cawan di atas meja itu,boleh?". Arah pelayan itu kepada Kuro.

"Boleh mak cik!". Kuro berkata dan mengambil sebiji besin.Dia terus ke meja yang dimaksudkan oleh pelayan tadi dan mengangkat semua pinggan dan cawan di atas meja.

Senja pun tiba,Kuro perlu balik jika tidak,dia akan mendapat pukulan daripada pakciknya.

"Kamu dah buat kerja yang baik,Kuro. Nah! Upah kamu untuk hari ni.". Kata pemilik restoran itu.

"Terima kasih Pak Cik Kenari!". Kata Kuro dan terus berlari menuju ke rumahnya.

Kuro berjalan kaki di satu lorong.Tiba-tiba dia terlihat seekor anak kucing yang comel berada di tengah jalan.

"Comelnya kucing tu!". Kata Kuro.Tiba-tiba sebiji lori dipandu dengan sangat laju dan hampir melanggar anak kucing itu.Dia berlari menuju ke kucing itu dan menolak kucing itu ketepi sikit.

Kucing itu selamat tetapi Kuro tidak sempat untuk mengelak kerana jaraknya antaranya amatlah dekat.Dia hanya menutup mata dia.Pemandu lori itu mencuba sedaya upaya untuk mengelak Kuro.

Tiba-tiba,badan Kuro dikelilingi cahaya yang sangat terang.Apabila cahaya itu semakin pudar,Kuro membuka matanya perlahan-lahan.Alangkah terkejutnya,dia berada di tepi jalan.Pemandu itu berasa lega kerana tidak langgar Kuro

"A..aku masih hidup?". Kata Kuro memeriksa badan dia yang masih bercantum.Dia memeriksa keadaan sekeliling dan ternampak di sebelah dia adalah kucing yang diselamatkannya tadi.

"Awak..bukankah awak dah lari tadi?". Kata Kuro.

"Meoww!!". Kucing itu berbunyi.Tiba-tiba kucing itu mula bercahaya dan bertukar menjadi seorang perempuan berambut putih.

"AAAHHHH!! KUCING JADI MANUSIA!!". Jerit Kuro terkejut dengan fenomena pelik bin ganjil yang berlaku di hadapan dia.

'Shushh..jangan terkejut sangat'

"Awak ke yang bercakap tu?". Kata Kuro terdengar bisikan seorang gadis.

'Iye..saya gunakan telepati..nama saya Shiro..awak?".

"Saya Kuro.Selamat berkenalan.". Kata Kuro.

'Ooh nak tak jadi kawan baik saya?'. Balas Shiro.

"Mestilah nak! Tapi kenapa awak tak boleh bersuara?..". Tanya Kuro kepada Shiro.Reaksi muka Shiro yang tadinya tersenyum kini hilang.

'Tak de papa..saya tak boleh bagitahu awak sekarang..'. Kata Shiro.Kuro hanya menganggukkan kepalanya.

"Ooh awak tinggal kat mana?". Tanya Kuro.Shiro terdiam dan tiba-tiba dia menggelengkan kepalanya.

"Awak tak de tempat tinggal..takpe awak boleh tinggal dengan saya.Nak tak?". Tanya Kuro lagi sekali.Shiro sangat gembira sampai dia tersenyum sehingga ke telinga.

"Haha..mari!". Kata Kuro lalu bangun dan berjalan menuju ke rumah.Shiro bangun dan terus berlari menuju Kuro sambil memegang tangannya.

'Comelnya..kenapa ni..kenapa rasa jantung ni berdegup apabila dia memegang tanganku..adakah ini cinta..'. Desis hati Kuro.
_________________

Keesokaan harinya...

Shiro tidur di atas katil Kuro manakala Kuro tidur di bawah.

Shiro telah terjaga dari tidurnya kerana matahari telah terbit.Dia membuka matanya.Ketika dia mahu membuka matanya dia ternampak Kuro diikat oleh seseorang.Shiro terkejut dan mahu menolongnya tetapi seorang telah menarik tangannya.

Orang yang menariknya adalah Rei pakcik Kuro.Shiro meronta-ronta supaya dilepaskan tetapi Rei menggenggamnya terlalu kuat.

"Hai cik adik..hei Kuro,kau dah ikut jejak langkah aku eh? Haha sekarang mari kita berseron-..". Satu tolakan yang begitu kuat terkena Rei sehingga dia terhempap dinding.Tolakan itu begitu kuat sehinggakan dinding itu hampir retak.

"Huh? Kuat juga ye kau,perempuan. Ambil nii!!". Kata Rei lalu berlari sambil mngenggam tangannya seperti mahu menumbuk Shiro.

Shiro mengelak dengan begitu mudah.Rei menumbuk banyak kali tetapi Shiro menepis dengan begitu senang sekali.

Tiba-tiba,percikan darah ada di mana-mana.Iris milik Kuro terbuka luas,terkejut melihat apa yang berlaku di hadapan dia.Rei yang tadinya bertenaga kini sudah terlantar di atas lantai.

Shiro sedang memegang pedang yang entah dari mana datang.Iris Shiro yang asalnya berwarna biru kini bertukar kepada merah.Dia mendekati dirinya kepada Kuro.

_______________

Kuro telah pengsan selama 2 hari.Shiro sangat risau dengan keadaan Kuro.Dia berdoa supaya Kuro cepata sedarkan diri.
Tiba-tiba mata Kuro dibuka perlahan-lahan.

"Shiro..lama ke awak kat situ dan kenapa awak menagis?". Kata Kuro.Shiro terkaku dan dia terus memeluk Kuro.

'Tak..saya menangis sebab awak dah sedar..kejap eh saya ambilkan air untuk awak.'.

Shiro keluar dari bilik Kuro dan menujubke dapur.Kuro yang duduk di atas katil tersenyum gembira melihat Shiro.

'Dia ni memang risau gila kat aku..hmm aku harap dia boleh bercakap dan kuasa aku kalau aku gunakan lagi..aku terus jadi normal balik..hmm'. Desis hati Kuro.

Sambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #cabaran